Monday, 30 April 2012

Okay, confirm ... (sticky post)

I dah create this blogspot dah few weeks rasanya but still not sure to teruskan berblogging yang ala-ala tu kat sini or kat supermom0978.com

But a few days ago, I received email from the server company . Penat jugak kalau kena membayar setiap tahun ni and plus minus ada je hal pasal server yang mak sendiri tak reti. But I decided to renew jugak my supermom0978.com domain for a year. Biarlah cerita adik Dzafri kat situ lagi, sampai I tahu how to import from wordpress to blogspot.... or nak kena simpan mana-mana.

Sebenarnya tujuan cerita ceriti supermom0978.com bersambung di sini , I sendiri pun not sure kenapa... maybe nak angin baru .... or maybe new life, new blog? or maybe memang tak ada reason apa pun saja gatal je kan nak pindah sana sini hehehehee

This is not a new blog, cuma kisah di sana , I sambungkan di sini .. tu saja.. and maybe, one day, I akan 'tutup' jugak supermom0978.com for good ya .... 

Anyway, welcome ... again.... to my simple blog.


assalammualaikum,


Friday, 20 April 2012

Huruf besar, huruf kecil

Lebih kurang sebulan lepas, after belek-belek buku sekolah Dzai, I dapat tahu something which I think memang my mistake jugak.  2 books yang I bukak masa tu, teachers bagi remarks yang sama .. "belum dapat membezakan huruf kecil dan huruf besar".  hahahahahahaha ohhhh Dzai ku ....

Dalam latihan yang I tengok tu, student kena tuliskan huruf kecil sebelah huruf besar... my darling Dzai ni, pergi salin semua huruf besar... buku BM and English.. rupanya dia confuse nak bezakan small and capital letter, huruf kecil dan huruf besar.

Slap mummy's forehead.. hi hi

Mr Hubby sakat I, "apalah mummy ni, banyak-banyak benda, yang penting ni pulak lupa ajar Dzai". hihi

Masa mula-mula nak explained to Dzai huruf besar dan huruf kecil tu memang payah gak.  Bila I kata huruf besar, dia tulis huruf tu saiz besar..., bila I kata huruf kecil, sekecil kuman lah dia tulis ahahahhaha adoi!!!

So I kata explained kata dia, gunakan english term.  Capital and small letters. Sebenarnya me and Mr Hubby kalau boleh memang we all nak cakap ngan Dzai in BM jer, sebab sekolah pun cakap BM kan, but kalau dalam keadaan dia tak faham sangat, terpaksa jugak explained dalam english.

Alhamdulillah, after buat exercise untuk tulis huruf kecil dan besar, explained kat dia setiap hari, remindkan dia perbezaan huruf kecil dan huruf besar, now I tengok dia dak ok, improved dah ... syukur.


Mummy punya simple flash card... tak laminate pun.. pakai kertas putih biasa jer ..setiap kali dia nak buat homwwork or bacakan books kat dia, I keluarkan lah flash card ni ... this is capital E, E besar, ni small e, huruf kecil .... lepas sebulan , I tengok ada improvement.

Alhamdulillah .. tu lah, rasanya memang banyak benda kita nak ajar anak ni kan, and sometimes , benda yang kita sangka dia tahu tulah yang dia tak tahu hehehe...

Sorry Dzai ..........

Assalammualaikum



Paper craft



Dzai ni dia suka art and craft.  And yang paling dia suka, origami. Masalahnya, dia selalu choose paper craft yang susah-susah macam gambar kat atas tu ... nak kena buat animals.. ayooooo fengsan mummy nak melipatnya.  Animals lak yang susah-susah, macam bird, penguin lah .. but I cuba buat jugak, walaupun tak jadi macam the picture hahahaha.. sebab tak nak patahkan semangat dia.. I know, semangat dia datang dari semangat I. Pernah one time tu he asked me to do something, I tak boleh buat, then dia merajuk, when I asked him to do sendiri, dia langsung tak nak.. nak I tunjukkan jugak.  Bila I buat dengan dia, automatik, dia ikut I buat... benda yang dia kata dia tak boleh tu actually dia boleh, tapi nak kena mummy buat sama.

I suka jugak beli things or books ikut kegemaran dia, biarkan dia pilih sendiri. Biar dia tahu apa keinginan dia sendiri.  Biar dia berfikir sendiri sama ada dia boleh buat sesuatu benda itu atau tak. Biar dia fikirkan sendiri kemahiran dia... I kena banyak support Dzai dalam his cognitive thinking/kemahiran.

One thing, Dzai kan ada sensory problem sikit, especially his fine motor skill.  So bila buat-buat benda like origami ni actually it is good, dia boleh mahirkan lagi penggunaan jari-jari dia, penggunaan gunting and gam. Semua ni nampak simple, and mungkin for kids yang tak ada masalah motor skill, nampak perkara yang I cakap ni mudah, but for Dzai, kadang-kadang nak pegang gunting tu nampak macam complicated for him.  To touch the glue nampak macam kotor sangat for him sebab dia melekit kan... but untuk setahun ni, I memang galakkan dia buat craft gunakan gunting, gam and now minat dia with paper craft sangatlah bagus for his fine motor skill.

Oh ya, his writing pun banyak dah improved, cuma nak ajar dia jarakkan tulisan jer.. tulisan dia semua jenis rapat-rapat hahaha foning kepala den membacanya.


Assalammualaikum




Thursday, 19 April 2012

Jacket potato

Sejak ada lil Dzayd ni, harus lunch I pun kena yang cepat-cepat masak or yang simple gila .. kena makan jugaklah kan, nak diet, tak terdiet mak .. but I rasa lepas bersalin ni my selera lagi membuak-buak sampai my mom sendiri tegur last week, "mummy ni makin tembam lah ..." ............. ohhhhhhhhhh .... tiiiiiiiidaaaakkkk!

Kalau orang lain tegur I macam tu mahu kena tendangan ku hahahaha , kalau Mr Hubby tegur I punya 'back side' besar pun boleh tersentap satu hari kay, but bila mak sendiri tegur, maksudnya betullah tu hahaha

Berat I cuma turun 2,3kg dari berat masa preggie Dzayd.. errmmmm... macam mana nak turun, Mr Hubby ni suka sumbat fridge tu dengan macam-macam jenis cheese dan makanan yang menambahkan berat yang sedia ada (ya ya .. my husband kata I suka salahkan dia hehehe).

Anyway, balik kepada easy lunch tu... I sekarang suka sangat makan jacket potato/baked potato. Sebabnya, senang nak buat and sedap dimakan plus khasiat ... haha khasiat sangatlah kan, cheese melimpah rumah. 



3 benda ni jer untuk buat jacket potato.... I suka pakai yellow potato tu, sebab senang nak empuk/lembut ... Cheese lak I suka pakai Kraft Velvet ni yang memang sesuai untuk jacket potato sebab dia senang cair.  

Cara I :

  1. Basuh potato bersih-bersih then keringkan.  Potong dua tengah-tengah tu tapi jangan sampai belah dua.
  2. Sapukan olive oil keliling potato.
  3. Balut dalam alluminium foil then bakar dalam oven.  I selalu bakar 180-200 degree for 20-30 minutes.
  4. Agak-agak potato dah masak and empuk, sejukkan .  Lepas tu buka alluminium foil tu, masukkan cheese kat tengah potato.
  5. Bakar sekejap for 5 minute untuk chesese cair tapi jangan sampai overcooked cheese tu nanti keras pulak or hangus.

Senangkan .... Dzai pun suka makan ni ... 

Injection Day

(edited entry.  salah letak immunisasi)

Petang nanti ada appointment for Dzayd's 3rd pneumococal injection and Dzai's immunisation darjah satu. Actually kat school Dzai today ada pegawai kesihatan from Pejabat/Klinik Kesihatan Daerah Gombak datang for immunisation budak Darjah 1 and Darjah 6. Its up to the parents nak bagi kebenaran nak buat kat school or buat sendiri.

We choose nak bagi immunisation kat Dzai sendiri sebab , we don't trust him hahahaha .. dia ni dah lama tak dapat injection, last I rasa 2 years ago, after Dzafri passed away sebab we all buat full check up for him. Yelah, masa tu still terkejut and trauma pasal Dzafri, takut Dzai ada simptom-simptom sakit yang we all tak nampak, masa tu we all mintak paeds kat Ampang pUteri buat blood test and Xray.. alhamdulillah , okay.. Tu lah last dia nampak jarum.

So I takut kang kena injection kat school, me and Mr Hubby tak ada, takut dia panik and the doctor, nurse or teachers tak tau nak handle dia. Lagipun dia ni kuat.. kang dia tendang doktor or nurse kat situ, haru dibuatnya.. if we all bawak dia ke paeds yang dia dah biasa jumpa and trust, plus me and Mr Hubby ada sekali, so insyaAllah, dia akan tenang sikit.. tak fikir sakit je.

Ingat nak bagi immunisation ni awal sikit from today but Mr Hubby sibuk and kebetulan free hari ni, hari yang sama ada immunisation kat school... tu pun dah bagitau his class teacher and dah sign pun kata we all tak agree diberikan kat school ... confirmed dia akan meraung, melalak bila tengok jarum nanti ...

Petang ni beramai-ramailah nak jumpa budak-budak ni fave paeds ... so Dzayd, bersedialah peha tembam itu untuk dicucuk hehehehe

Bertambah seronok pakai CD






Fruity CD.... yummmmy ! hehehe macam nak geget-geget jer montot tu.

Semakin hari semakin best dan seronok pakaikan lil Dzayd CD...macam-macam print yang cantik ada sekarang, and kalau yang pocket CD tu memang boleh dapat dengan harga murah, semurah RM20.00 satu ... dulu I thought I suka pakai AI2 or AIO, but I think pocket CD, for me lah, lagi senang nak handle.  Sebab konsep pocket ni exactly like disposable diapers, cuma kalau dah kotor tu kita tak buang, kita basuh .. senang jer.  Lepas dah cuci and kering, masukkan insert siap-siap, senang nak pakai.  Kalau malam and nak keluar, I tambahkan bamboo booster jer supaya tahan lama sikit.  But Dzayd ni bukan heavy wetter, so combination tu dah ok for 5,6 hours.. kalau tak poo lah.

My stash dah bertambah, tapi taklah banyak sangat, dalam 30 plus kot. So bolehlah basuh 3 hari sekali, simpan dalam dry pail. Tapi weather sekarang tak tentukan, kadang-kadang satu hari hujan, takut jugak CD tak kering .. but so far ok lagi ... tak beli dah disposable diapers hehehe ...

But Mr Hubby selalu usik I... jimat tak beli dispo diapers tu, but duit habis kat CD lak... hehehehe okay apa.. for a good cause kan .....

Adik, jom survey kat FB.. tengok CD lagi .... weeeeeeee

Assalammualaikum,




Wednesday, 18 April 2012

Telemarketers

First, sorry and no offence to those yang bekerja sebagai telemarketers ni. Cuma nak meluahkan perasan yang dah terbuku lama hehehe

I selalu 'diganggu' with all this phone calls yang selalunya nak menjual insurance. Pelbagai jenis insurance lak tu. I suspected dorang ni dapat my contact number from credit card company, but pernah few times I tanya dulu, mana dapat phone no. ni, tak pernah jawab bagi I faham.  Selalunya jawapan dorang, our agent yang provide with all customer information.  Which agent? Who is the 'customer'? belum apa-apa lagi panggil mak customer hahaha ... tu belum dengan 'konon-konon' invitation free health screening lah ... free stay kat hotel.. but semua tu memang dia kata free, tapi mesti ada tapinya.

I pernah terkena sekali. About 2 years ago.  Insurance cover credit card or something.  If anything happen to me, automatic credit card I dibayar habis ... and the best part is, dekat seribu kali telemarketer tu kata FREE, and seribu kali jugak I confirmed dengan dia batul-betul whether free betul or not.  Memang dia yakinkan I its free sebab I terpilih , and sebagai loyal customer yang dah lama pakai card tu, the credit card company konon-konon nak reward I.. so I agree, sebab dia kata FREE, no payment..... but dia suruh confirmedkan details pasal I  semua.. and surprisingly, credit card number, address semua dah ada dalam sistem dorang.. and yang I tau, dorang ni bukan dari credit card company but agent dihired oleh company tu.

Alih-alih, bulan depan tu dapat statement, ada charges pasal insurance yang ye ye budak marketer tu kata free hahahahaha naik angin I kat situ.  Terus call my credit card company, terus call insurance company yang cover tu (sebab dah dapat the insurance cover note semua), dengan anginnya I complaint lah sana sini.. and nasib baik, the following month, dorang cancelled semuanya.

I tak salahkan these telemarketers, dah memang kerja dia , and none of them pernah rude dengan I.  When I say I need to go now, or kata tak interested, or kata its ok, tak pe, the conversation akan habis kat situ.  But yang tak tahannya, esoknya ada yang lain pulak call , sama ada with same product from different company or different product.... the thing is annoying tau their calls ni. Kejap-kejap call. Ada kadang-kadang everyday I received their calls. Satu hari 2 kali pun ada.  If tak angkat unknown number tu, I takut emergency calls from my son's school ke, or any emergency calls yang lain... so bila ada call walaupun number tak kenal, I angkat jugak. And taktik dorang ni, bila kita jawab je call, dorang tak terus introduce diri tu. Tanya dulu ada masa ke tak nak cakap. But sekarang I dah pandai, I terus kata I sibuk, and terus kata not interested, without dengar product apa pun hahaha, lepas tu cepat-cepat end the call. 

Mana nak complaint about this ya, I tak nak received any calls from the telemarketers lagi ... seriously, annoying ... insurance? no thanks, I dah ada agents yang dipercayai and dah ada insurance for myself and family.  nak stay kat hotel? no thanks, insyaAllah husband I boleh bawak, kalau yang dorang offer tu bukannya free terus, nak kena dengar briefing 2,3 jam baru dapat free.. so tak payah .... free health screening for 45 minutes? no thanks, alhamdulillah we all mampu bayar sendiri/under insurance kalau nak buat health screening (and it will be more than 45 minutes hehehehe)

Bak kat Mr Hubby, nothing is free in this world.. mesti ada muslihatnya.


Tuesday, 17 April 2012

Dzayd's lil corner



Kesiankan corner Dzayd hahahaha .. tak ada cabinet elok-elok pun .... pakai peruk jer kat situ ... ni lah 'tadika' Dzayd Harrith hehehe ... bertadika dengan teacher mummy je kat rumah ... kena start homeschooling balik, but kali ni kita start early ... well, dari buku yang I tengah baca sekarang oleh Glenn Doman - Dream dont's cost anything - betul kan .... so rasanya tak salah I start very early age dengan Dzayd.  yang penting usaha dan doa.  InsyaAllah.

Nak tengok respond Dzayd with all these colourful books and toys?
.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.

"Yummy buku ni mummy......."





"ohhhh ... yang ni lagi yummy, mummy .... tak payah read lah ... kita eat jer ....."

Monday, 16 April 2012

Tahnik dan cukur jambul






Last month we all balik kampung ke hometown Mr Hubby kat Jitra.  Sebenarnya tak plan nak buat kenduri cukur jambul for Dzayd kat sana tapi ada terfikir nak buat tahlil for Dzafri since masa tu dekat dengan tarikh 20 March tu. Mr Hubby pun bincang with his brother kat sana, dia pulak ada restoran, so macm senang pulak nak atur for catering semua. Then terdetik nak buat cukur jambul for lil' boy tu.  Aqiqah memang dah selamat buat masa hari ketujuh kelahiran Dzayd, we all buat macam biasa, through Al Ameen, yang buat program Aqiqah dan Korban ke Kemboja tu. 

Satu lagi, kalau we all nak buat tahlil for Dzafri , memang selalu mintak my BIL aturkan kenduri kat Madrasah Tahfiz, Jitra.  So when hari tu we decided nak buat kenduri, we all pun buat kat tempat yang sama.

Just a simple one.... simple yang boleh.  Yang doorgift tu pun kira 'pakai ambik' jer hahaha tak ada nak custom made ke apa. Nasib baik my MIL house tu kat tengah town, banyaklah kedai-kedai kat situ yang walking distance jer... and kedai pengantin ni memang banyak kat situ .... satu kedai jer cukup, settle masalah I semua ... dalam doorgift tu ada bunga telur letak jelly, saputangan bentuk lollipop, sweets and sedekah for anak-anak Tahfiz tu. 




Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.  Buat kenduri tu lepas Zohor , hari Khamis 15 Mac 2012 dekat Madrasah tu.  Catering pulak from my BIL restoran, nasi minyak with ayam goreng, daging kurma and acar. Syukur .... Ustaz buat tahnik for Dzayd dan kemudian tahlil for Dzafri.

What I experience masa kat sana, kat madrasah tu, a very beautiful experience. Walaupun tengok pusat tu serba kekurangan, taklah selesa macam kita dirumah, tapi rasa begitu tenang, selesa dan nyaman .. walaupun tak ada satu pun kipas kat dalam pusat tu, terasa sejuk, angin tiup ... sungguh tenang sekali .... 

Indahnya ciptaan Allah.

Assalammualaikum,




Pulangkan !!!

Benda yang paling I meluat dan pantang malas nak dengar bila orang suka berjanji tapi tidak menetapatinya.  Tak ada usaha langsung nak kotakan apa yang dijanji. Especially bab hutang.

Serious. Menyampah. 

Pasal hutang.  Biasalah manusia kan, sebelum nak dapat tu macam-macam janji, macam-macam cerita keluar. Mula-mula ceritalah dari A-Z kenapa nak pinjam duit tu. Mr Hubby ni kan I kesiankan sikit, I tak tau kenapa orang suka nak pinjam duit dia, padahal apa yang we all dapat ni pun cukup-cukup jer, lainlah income kababommm kan , tak pelah jugak nak tolong orang selalu ... but memang bersyukur dengan rezeki ni but we all pun ada anak-anak, kena fikirkan masa depan dorang, specially Dzai.  tapi dia ni hati lemah sikit, tak macam I, hati brutal, no mercy punya hahaha .. selalulah jugak dia dapat kawan-kawan or yang kenal sikit-sikit pun berani nak pinjam duit from him.  Ada sorang ni selalu ganggu Mr Hubby nak pinjam duit, and his reason nak pinjam tu kadang-kadaang, isssshhhh dari orang nak tolong jadi tak nak tolong..... meluat dengar. kalau reason tak ada duit nak beli susu anak tu dah biasa, but pernah 2,3 kali dia sms kat Mr Hubby nak pinjam sebab ada orang nak datang rumah, duit tak ada nak beli barang dapur. Aikkkkk???????? Tetamu datang rumah dia, kitaorang pulak nak kena bagi duit.... and then dia ni jenis memang tak pernah bayar langsung lah apa yang dipinjam tu.  mula-mula terkena jugak sebab dia guna anak-anak dia sebagai reason nak pinjam. lepas tu berjanjilah itu ini nak bayar. tengok-tengok bukan nak bayar, lagi naik sedap nak meminjam.

One more, kawan Mr Hubby gak hahaha nak pinjam duit for modal berniaga katanya lah ... berjanji lah itu ini, I promise you 'moon', I promise you 'sun'. Katanya dalam 3,4 bulan akan dapat untung for meniaga tu akan bayar terus semua hutang Mr Hubby. Mula-mula Mr Hubby tak nak tolong, tapi pujukan and his confident yang dia akan dapat balik untung from his business tu and plus dia kawan lama adik beradik Mr Hubby, tu yang terperangkap .... again, janji nak bayar, tinggal harapan jer lah... but tak berhenti kat situ, pernah dia call Mr Hubby nak pinjam lagi sebab wife masuk hospital.. weeeeeeee gerams okay... hutang dulu tak bayar, tambah lagi hutang dia.. but bila dengar wife masuk hospital , kesian jugaklah kan, tapi masa tu I ada terfikir secara jahatnya, kalau dah tak mampu why must you go to private hospital, pergi jerlah govt hospital kan... but again ... errmmmmmm

Sometimes sedih.  We all ni selalu terkena bab hutang from bangsa sendiri, yang seakan-akan tak tahu hukum hakam berhutang... walau apapun, hutang tetap kena bayar. Bila kita mati, perkara pertama ahli keluarga kita akan tanya , kalau si mati ada berhutang dengan sesiapa, sila bagitau sebab hutang memang harus kena bayar. But still I tengok, dorang ni macam acuh tak acuh jer.

But bukan semua yang pinjam tu tak bayar, but sadly what we experienced, yang bukan bangsa sendiri pulak yang committed membayar hutang .. sedih pun ada jugak ...

Ada tu , lepas dah dapat pinjam, bila suruh dibayar, ada saja alasannya.  Yang paling best I dengar, bila tiba ken bayar, mulalah ayat macam "aku rasa tak mampu nak bayar" .. adoi .... ada tu yang berjanji, 'okay, bulan June aku bayar"..bila tiba June, jadi Ogos, bila Ogos jadi December lepas tu ... bye bye love lah . hahahaha 

Family?

I tak nak sentuh hal ni, waluapun memang ada family yang meminjam from us, tapi isu ni sensentap sikit kan . Biasalah tu.
So, bottom line is... kalau tak tolong orang, we all akan rasa bersalah, sebab alasan yang diberi tu selalunya melibatkan anak lah, wife lah .. kitaorang ni pun ada perasaan, hati perut but at least kepada yang berhutang tu, ingat-ingat lah sikit when a person dah tolong you, tolonglah dia balik dengan bayar hutang tu... we all ni pun ada anak-anak, ada perancangan sendiri, ada rumah dan insurance yang nak kena bayar, ada anak yang bersekolah, ada bil hospitl yang nak kena bayar ... but still again,  ~ manusia pandai berkata-kata. sungguh senang menabur janji, menjanjikan bintang dan bulan. bila dapat apa yang diinginkan, masa tu jugak dapat amnesia, kata-katanya sendiri dah tak ingat~ madah berhelah mummybaya hehehe ......

Assalammualaikum,




Friday, 13 April 2012

Masih ada kegilaan handbags lagi ..

Those yang kenal I personally know that I ni minat, suka, obsessed dengan handbags .. murah ke mahal ... branded or not, memang I suka .... Mr Hubby still tak faham kenapa I suka sangat kumpul handbags..but my collection tinggal sikit jer.. ada yang dah bagi my mom, ada yang I dah jual murah-murah to my adiks angkat.  Saja nak kurangkan so that Mr Hubby tengok handbag I sikit jer so dia tak bising lah if I beli yang baru hahaha bagus tak strategi ku ini

Last 2 weeks, 'kecoh' pasal ada coach sale kat US tu kan.. banyaklah blogs and Fb yang I tau reliable , buat announcement pasal coach exclusive sale ni .. and the price... waaaaaahhh I tell you, memang murah giler.  But ye lah, if beli online ni and masa sale macam ni, no dustbag, no receipt, no paperbag semua lah ... I cuma beli handbag coach saja online, tu pun dengan person or website owner yang I biasa beli or yang can be trusted especially yang ramai followers and ada feedbck yang bagus from the customers.  To know whether genuine seller or not, first : follower yang ramai. second : selalu update website and FB with their new stuff. three : boleh baca feedback and comments from customers yang pernah beli kat seller tu.  If the website or FB tu senyap sunyi jer, better jangan beli, takut tertipu.  So far, alhamdulillah, I jumpa reliable seller.

Anyway this is my new baby ... comel jer, sayang lak nak pakai hahaha


Coach Signature Sateen Brooke (khakis/coral)

Harga sebenar (macam kat tag) is USD298.00, plus minus kira price is RM915.00 macam tu, but masa I beli ni ada coach exclusive sale, harga dia RM499.00 saja ... hehehe murah kan .. haruslah rembat satu.

Tak tahulah sebab apa memang I suka coach ... suka sangat, rasa senang nak bawak gi mana-mana . and coach bags yang I ada, memang I pakai selalu ..

So kalau ada orang nak bagi I hadiah ... bagi Coach jer pun okay .. ku terimaaaaaa dengan hati yang suka suki hehehe

Entry hilang

I tak tau pasal apa entry http://mummydhk.blogspot.com/2012/04/step-by-step-untuk-berubah.html tu hilang .... ohhhhhhhhh geramssss ku ...... maybe tadi I ada edit something dengan pakai Ipad, tengok entry tu kosong, I thought sebab tak keluar kat Ipad, but kalau kat lappy jadi normal, so I just save jer lah.. tengok-tengok habis entry panjang lebar tu hilang ...

Dugaan kan ...

Anyway, I tak tau macam mana nak carik balik entry yang hilang.. so maksudnya kena taip balik lah kan ... adohai .... insyaAllah...................


kalau rajin ....

Tuesday, 10 April 2012

New CD lagi



Cute print kan ...

Jenis : pocket CD
Brand : QQbaby
Price : 5 for RM100.00

Murah kan.. suka beli package macam ni. And I memang suka pocket CD.  Kalau tidur malam , I pakaikan Dzayd any pocket cd with 1 MF insert plus bamboolite bamboo booster.  Kalau pakai 2 MF insert terlampau bulky.  Alhamdulillah so far kalau pakai combination I tu memang tak bocor and tahan more than 4 hours.

Geram tau print yang baru-baru ni.. semua comel jer especially the minky one. Macam gatal nak tambah lagi hehehe


assalammualaikum,

Extra class - computertots

About 3 weeks ago, Dzai ada start ambik extra computer class kat Computertots, Great Eastern Mall.  Sebenarnya, mula-mula tak plan pun nak hantar dia ke kelas tu, but one day, bila balik dari main-main kat Kidz Sports and Gym kat GE Mall tu, I saja je tunjukkan kat Mr Hubby Computertots sana.  So we went there, tiba-tiba Dzai kata nak belajar computer.  Terus Mr Hubby suruh tanya lebih kurang, then terus sign up nama Dzai.

http://www.computertots.com.my/

Tapi bukan mula masa tu jugak.  Tak silap I hari we register tu hari Sabtu, the next day we all kena datang for trial class sebab teachers nak tengok sejauh mana kebolehan Dzai and in which level dia sepatutnya.  Awal-awal lagi we informed the manager and teachers yang Dzai ni mild autism but insyaAllah, having no problem dengar instruction, memang suka dengan computer, tahu basic nak gunakan mouse, keyboard. Tapi takut jugak dalam hati dia kena reject ke kan hahaha but alhamdulillah, after 1 hour trial class hari Ahad tu, the teacher said dia tak masalah semua, and dia pandai explore semua. So kelas start 18 March 2012, we all ambil slot hari Ahad, pukul 3.15pm sebab tak ramai student and the teacher boleh one to one dengan Dzai.  Kalau ambik yang peak hour, one teacher kena ajar 4 students.

The fees is RM650.00 + RM100.00 (registration fee).  Class once  a week for 1 hour selama 3 bulan.

So far yang I nampak, my Dzai is really excited and looking forward to attend the class every week. Masuk Sunday jer dia akan cakap, "mummy, I want to go my computertots". Bila habis class memang boleh nampak dia happy sangat.  Lagipun programme yang dorang ada lebih structured, bukan macam yang main-main kat rumah tu. Last 2 weeks dia dapat main microscope and magnifying glasses, seronok lah mamat tu dapat main dengan gadget macam tu.  Last week , exploring pasal colours, shape.  Its a good thing jugak masukkan dia dalam kelas computer ni.  A lot of thing dia boleh belajar, and one of it yang we all harapkan , dia dapat berkomunikasi dengan orang lain, for example his teachers sana and other students.

Tengok listing programme tu memang ok. About how to handle keyboarding, computer operation nak shut down and on computer the correct way, problem solving, creativity.. banyak lagi lah. So if after 3 months ni dah habis course dia and Dzai nak sambung, maybe, insyaAllah, we all akan sambung his class lagi.


Dia bangga dengan bag computertots dia tu hehe

assalammualaikum,


Wisdom tooth surgery

I've been suffering dengan sakit gigi with my wisdom tooth , kiri dan kanan for the past 4 years. Since mengandungkan Dzafri. The pain come and go.  Tapi, sebulan yang lepas, makin ketara sakitnya. Mula-mula sakit sangat gigi bongsu sebelah kiri, masa tu I balik kampung kat Jitra.  Went to see dentist sana, dia pun bagitau benda yang I already knew, wisdom tooth I tu mcm tumbuh menyenget sikit, tu yang menyebabkan selalu sakit sebab makanan selalu terkumpul kat celah-celah gigi and that widom teeth menolak gigi yang lain.  Then, about a week ago, sebelah kanan pulak sakit and lagi sakit berbanding sebelah kiri.

Masuk hari kedua sakit, I terus ke dentist kat Taman Melawati.  Ni first time I pergi sana, Mr Hubbylah yang selalu ke sini since tahun 1993 lagi.  Selalunya I pergi dentist kat Wangsa Link tu but lately parking kat situ, mak aiiiiii hazab betul, plus on Saturday the clini tak bukak. And to my surprise, when the dentist checked, dia kata memang pasal wisdom tooth I tu yang baru nak tumbuh .. hehehe 4 tahun pun tak tumbuh lagi, and sama gak situation dengan sebelah kiri, dia tumbuh senget sampai kacau dinding mulut semula.  Dah infection and bernanah ... ayooooo patutlah rasa sakit sangat walaupun baru 2 hari sakit. And I know, its about time kena buang jugak gigi bongsu I tu.. emmang yang tu di'advise' to me dari dulu sampai sekarang. Jumpa 3,4 dentist, the same thing dorang cakap kena buat removal.

Nak tak nak, I set jugak appointment for the wisdom tooth surgery ni on 6 April 2012, last Friday. So kiranya, last Friday tu selamatlah membuang gigi bongsu sebelah kiri ni.  Patutnya the minor surgery (as stated dalam borong oleh dentist), kejap je , lebih kurang 45minit - 1 1/2 hours but mine, 2 1/2 jam. Biasalah, kalau taka namanya 'baya', memang tak sah kalau tak ada complication hahahhaa

The surgery makan masa sebab gigi I tu kedudukannya pelik sikit, so the dentist kena cut sikit bone and gusi, plus I ada history of jawlock.  Actually first time I dengar term ni walaupun I pun experience benda ni.  Jawlock ni tak boleh menganga lama, nanti bahagian rahang mulut tu macam tak boleh tutup, dia jammed sikit hahahah tak sure you all faham ke tak hahaha ... anyway becaue of this, i tak boleh nganga lama, kejap-kejap kena tutup mulut, plus I tak tahan pressure bunyi drilling tu lagi.. kesian dentist and the nurses tu kena tahan dengan I.  But they are so helping and caring, baik jer pegang tangan I semua.

The first night, belum bengkak lagi, but sakitnya, Allah jer yang tahu. Telan pain killer. Makan memang tak boleh langsung, first night tu I makan cereal jer.  Second day, sabtu tu, masa belah tengahari belm membengkak sangat, and the clinic called me nak tau progress I, good customer service kan.. but bila malam tu , ya Allah, pipi I membengkak teruk sampai ke bawah dagu. Lagilah tak boleh makan, cuma makan scramble egg nak alas perut makan ubat. Sakitnya, jangan cakaplah, berdenyut-denyut rasanya, but nasib baik dentist bagi one painkiller ni yang mengantuk so malam boleh tidur.

Hari Ahad tu still membengkak, but Dzai nak pergi sangat ke kelas computertots dia.  So nak tak nak, I temankan jugak Mr Hubby and Dzai ke GE Mall dengan muka bengkak tu, but nafsu makan still there hahaha walaupun sakit.  Tapau spinach lasagna, dapat jugak makan sikit after 3 days tak makan.

But semalam, alhamdulillah, nampak dah surut bengkak nya and sakit pun dah hilang sikit-sikit walaupun still rasa berdenyut but I dah tak makan painkiller since semalam.  Oklah, but still tak boleh bukak mulut besar-besar lagi, Mr Hubby kata baguslah so you tak payah menjerit selalu.

Ermmmmmm.

assalammualaikum,



Thursday, 5 April 2012

Kejadian 3 April

Last Tuesday Dzai ada cakap dengan I yang dia sick, and he doesn't want to go to school. Okay, anak I ni kadang-kadang susah sikit nak baca fikiran dia but memang I tau dia tak tahu menipu. If dia kata dia sick, dia sick lah tu.  But I takut jugak dia malas nak pergi school, tapi since dia kindie last year belum laglah dia buat excuse nak ponteng.

So when he told me he is sick, I still suruh dia ke sekolah even though I tahu yang dia ada batuk sikit-sikit. But dia happy macam biasa bila nak ke sekolah especially bila nampak van dia.

Dalam pukul 10.00am his class teacher called me kata dia muntah, twice and badan dia panas sikit. Ohh my darling Dzai... kesiannya dia/ And kebetulan masa tu, alhamdulillah Allah permudahan segalanya, Mr Hubby memang kat school tengah beli books dia.

Lepas Mr Hubby jumpa dia terus ke paeds kat Ampang Puteri.  Nothing serious cuma muntah tu paeds kata maybe kahak nak keluar.  So dia bagi ubat yang biasa Dzai ambik with antibiotik and kena nebuliser kat rumah.

Mummy terus stress sebab tak dengar cakap anak.  Dzai mc dari Selasa hari tu sampai today..insyaAllah esok kalau dia sihat mungkin akan ke sekolah balik sebab dia pun sibuk complaint boring kat rumah.

Note to myself : please listen to your darling boy when he said he is sick!


assalammualaikum,



Monday, 2 April 2012

Welcome back???

Welcome?

Hehe

Assalammualaikum

I decided to move to another blog, dan apa yang ada di supermom0978.com, biarlah cerita-cerita itu kat situ.

Tutup buku lama bukak yang baru?

Not really.

Cuma , I have like a million reasons kenapa 'nak berpindah' ke blog baru but ..........

Just say, I nak berubah angin.

So welcome to my new blog.


assalammualaikum,



Sunday, 1 April 2012

testing

testing 1 2 3

a b c