Monday, 16 April 2012

Pulangkan !!!

Benda yang paling I meluat dan pantang malas nak dengar bila orang suka berjanji tapi tidak menetapatinya.  Tak ada usaha langsung nak kotakan apa yang dijanji. Especially bab hutang.

Serious. Menyampah. 

Pasal hutang.  Biasalah manusia kan, sebelum nak dapat tu macam-macam janji, macam-macam cerita keluar. Mula-mula ceritalah dari A-Z kenapa nak pinjam duit tu. Mr Hubby ni kan I kesiankan sikit, I tak tau kenapa orang suka nak pinjam duit dia, padahal apa yang we all dapat ni pun cukup-cukup jer, lainlah income kababommm kan , tak pelah jugak nak tolong orang selalu ... but memang bersyukur dengan rezeki ni but we all pun ada anak-anak, kena fikirkan masa depan dorang, specially Dzai.  tapi dia ni hati lemah sikit, tak macam I, hati brutal, no mercy punya hahaha .. selalulah jugak dia dapat kawan-kawan or yang kenal sikit-sikit pun berani nak pinjam duit from him.  Ada sorang ni selalu ganggu Mr Hubby nak pinjam duit, and his reason nak pinjam tu kadang-kadaang, isssshhhh dari orang nak tolong jadi tak nak tolong..... meluat dengar. kalau reason tak ada duit nak beli susu anak tu dah biasa, but pernah 2,3 kali dia sms kat Mr Hubby nak pinjam sebab ada orang nak datang rumah, duit tak ada nak beli barang dapur. Aikkkkk???????? Tetamu datang rumah dia, kitaorang pulak nak kena bagi duit.... and then dia ni jenis memang tak pernah bayar langsung lah apa yang dipinjam tu.  mula-mula terkena jugak sebab dia guna anak-anak dia sebagai reason nak pinjam. lepas tu berjanjilah itu ini nak bayar. tengok-tengok bukan nak bayar, lagi naik sedap nak meminjam.

One more, kawan Mr Hubby gak hahaha nak pinjam duit for modal berniaga katanya lah ... berjanji lah itu ini, I promise you 'moon', I promise you 'sun'. Katanya dalam 3,4 bulan akan dapat untung for meniaga tu akan bayar terus semua hutang Mr Hubby. Mula-mula Mr Hubby tak nak tolong, tapi pujukan and his confident yang dia akan dapat balik untung from his business tu and plus dia kawan lama adik beradik Mr Hubby, tu yang terperangkap .... again, janji nak bayar, tinggal harapan jer lah... but tak berhenti kat situ, pernah dia call Mr Hubby nak pinjam lagi sebab wife masuk hospital.. weeeeeeee gerams okay... hutang dulu tak bayar, tambah lagi hutang dia.. but bila dengar wife masuk hospital , kesian jugaklah kan, tapi masa tu I ada terfikir secara jahatnya, kalau dah tak mampu why must you go to private hospital, pergi jerlah govt hospital kan... but again ... errmmmmmm

Sometimes sedih.  We all ni selalu terkena bab hutang from bangsa sendiri, yang seakan-akan tak tahu hukum hakam berhutang... walau apapun, hutang tetap kena bayar. Bila kita mati, perkara pertama ahli keluarga kita akan tanya , kalau si mati ada berhutang dengan sesiapa, sila bagitau sebab hutang memang harus kena bayar. But still I tengok, dorang ni macam acuh tak acuh jer.

But bukan semua yang pinjam tu tak bayar, but sadly what we experienced, yang bukan bangsa sendiri pulak yang committed membayar hutang .. sedih pun ada jugak ...

Ada tu , lepas dah dapat pinjam, bila suruh dibayar, ada saja alasannya.  Yang paling best I dengar, bila tiba ken bayar, mulalah ayat macam "aku rasa tak mampu nak bayar" .. adoi .... ada tu yang berjanji, 'okay, bulan June aku bayar"..bila tiba June, jadi Ogos, bila Ogos jadi December lepas tu ... bye bye love lah . hahahaha 

Family?

I tak nak sentuh hal ni, waluapun memang ada family yang meminjam from us, tapi isu ni sensentap sikit kan . Biasalah tu.
So, bottom line is... kalau tak tolong orang, we all akan rasa bersalah, sebab alasan yang diberi tu selalunya melibatkan anak lah, wife lah .. kitaorang ni pun ada perasaan, hati perut but at least kepada yang berhutang tu, ingat-ingat lah sikit when a person dah tolong you, tolonglah dia balik dengan bayar hutang tu... we all ni pun ada anak-anak, ada perancangan sendiri, ada rumah dan insurance yang nak kena bayar, ada anak yang bersekolah, ada bil hospitl yang nak kena bayar ... but still again,  ~ manusia pandai berkata-kata. sungguh senang menabur janji, menjanjikan bintang dan bulan. bila dapat apa yang diinginkan, masa tu jugak dapat amnesia, kata-katanya sendiri dah tak ingat~ madah berhelah mummybaya hehehe ......

Assalammualaikum,




No comments:

Post a Comment