Wednesday, 18 April 2012

Telemarketers

First, sorry and no offence to those yang bekerja sebagai telemarketers ni. Cuma nak meluahkan perasan yang dah terbuku lama hehehe

I selalu 'diganggu' with all this phone calls yang selalunya nak menjual insurance. Pelbagai jenis insurance lak tu. I suspected dorang ni dapat my contact number from credit card company, but pernah few times I tanya dulu, mana dapat phone no. ni, tak pernah jawab bagi I faham.  Selalunya jawapan dorang, our agent yang provide with all customer information.  Which agent? Who is the 'customer'? belum apa-apa lagi panggil mak customer hahaha ... tu belum dengan 'konon-konon' invitation free health screening lah ... free stay kat hotel.. but semua tu memang dia kata free, tapi mesti ada tapinya.

I pernah terkena sekali. About 2 years ago.  Insurance cover credit card or something.  If anything happen to me, automatic credit card I dibayar habis ... and the best part is, dekat seribu kali telemarketer tu kata FREE, and seribu kali jugak I confirmed dengan dia batul-betul whether free betul or not.  Memang dia yakinkan I its free sebab I terpilih , and sebagai loyal customer yang dah lama pakai card tu, the credit card company konon-konon nak reward I.. so I agree, sebab dia kata FREE, no payment..... but dia suruh confirmedkan details pasal I  semua.. and surprisingly, credit card number, address semua dah ada dalam sistem dorang.. and yang I tau, dorang ni bukan dari credit card company but agent dihired oleh company tu.

Alih-alih, bulan depan tu dapat statement, ada charges pasal insurance yang ye ye budak marketer tu kata free hahahahaha naik angin I kat situ.  Terus call my credit card company, terus call insurance company yang cover tu (sebab dah dapat the insurance cover note semua), dengan anginnya I complaint lah sana sini.. and nasib baik, the following month, dorang cancelled semuanya.

I tak salahkan these telemarketers, dah memang kerja dia , and none of them pernah rude dengan I.  When I say I need to go now, or kata tak interested, or kata its ok, tak pe, the conversation akan habis kat situ.  But yang tak tahannya, esoknya ada yang lain pulak call , sama ada with same product from different company or different product.... the thing is annoying tau their calls ni. Kejap-kejap call. Ada kadang-kadang everyday I received their calls. Satu hari 2 kali pun ada.  If tak angkat unknown number tu, I takut emergency calls from my son's school ke, or any emergency calls yang lain... so bila ada call walaupun number tak kenal, I angkat jugak. And taktik dorang ni, bila kita jawab je call, dorang tak terus introduce diri tu. Tanya dulu ada masa ke tak nak cakap. But sekarang I dah pandai, I terus kata I sibuk, and terus kata not interested, without dengar product apa pun hahaha, lepas tu cepat-cepat end the call. 

Mana nak complaint about this ya, I tak nak received any calls from the telemarketers lagi ... seriously, annoying ... insurance? no thanks, I dah ada agents yang dipercayai and dah ada insurance for myself and family.  nak stay kat hotel? no thanks, insyaAllah husband I boleh bawak, kalau yang dorang offer tu bukannya free terus, nak kena dengar briefing 2,3 jam baru dapat free.. so tak payah .... free health screening for 45 minutes? no thanks, alhamdulillah we all mampu bayar sendiri/under insurance kalau nak buat health screening (and it will be more than 45 minutes hehehehe)

Bak kat Mr Hubby, nothing is free in this world.. mesti ada muslihatnya.


1 comment:

  1. Salam...

    Hu hu..baya, saya pun naik rimas dapat call yang macam ni..lately makin menjadi2...pernah sekali saya hamunkan, dah tak tahan sangat, dah 3 kali dapat call dari company yang sama, dah cakap x nak...nak jugak call kita, pas tu bila kita cakap 'saya x berminat, maaf'..tanya lagi kenapa ya x minat? Dah geram sangat saya kata.." Hai, suko hati hati abah den lah"..hiiii garmmm sangat kat diaorang ni!!

    ReplyDelete