Tuesday, 22 May 2012

Kasih ibu, kasih anak



Cerita yang I nak sampaikan ini, tak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, hanya sebagai peringatan diri sendiri supaya mengasihi, menyayangi dan menjaga ibu sendiri, walau macam mana keadaannya sekalipun.

Seorang nenek ni, anaknya 7 orang. Yang masih hidup. Seorang perempuan, yang lain semua lelaki.  Semasa dia masih hidup, kesemua anaknya berusia dalam 55 tahun ke atas. Semua sihat tubuh badan.  Sakit-sakit macam biasa tu adalah, tapi dari segi fizikal sihat semuanya.  Semua berpencen, tinggal di rumah sendiri, selesa kehidupan masing-masing, semuanya punya anak yang dewasa, dan bercucu.

Di hujung usianya, selepas beberapa tahun suami  tersayang meninggal dunia, hidup dia seakan terumbang-ambing. Sekejap ke sana, sekejap ke sini, sekejap kat rumah anak ni, sekejap kat rumah anak ni. Bukan tak ada rumah sendiri, namun entah mana silapnya, salah seorang anaknya kata rumah itu kepunyaannya, dibeli dengan duit anaknya itu .. nenek ni tidak membantah, hanya mengikut saja. Dan selepas suaminya meninggal dunia, dia seakan-akan 'terhalau' dari rumah yang telah didudukinya selama lebih 50 tahun , mungkin.

Allah mengujinya sekali lagi. Selama 2 tahun sebelum dia menghembuskan nafas, nenek ini menjadi nyanyuk .. bukan pintanya, namun kerana usia yang makin lanjut yang membuatkan pemikiran dia agak lemah, dan ditambah dengan fizikal yang juga lemah.  Terpaksalah dia meminta simpati anak-anak untuk menjaganya.

Sepanjang I kenal nenek ni, tak pernah sekali dia meminta-minta kepada anak, cucu ... jika anak, cucu datang ke rumah semasa hayatnya masih sihat, dia dan suami sanggup menoreh getah walaupun di usia emas... Anak-anak bukan berusia 20-an.. semuanya dah berpencen dan bercucu, namun entah mana silapnya, mereka cuma acuh tak cuh menjaga nenek ini.. hanya seorang, dua yang tampil sanggup menjaga nenek ni.

Berbalik pada kisah semasa nenek ni sudah semakin uzur, anak-anak dia sepakat biarlah anak perempuan tunggalnya menjaga nenek ini. Ye lah, nenek ni semakin uzur fizikal nya, buang air besar pun terpaksa dipakaikan pampers, alangkah baiknya jikalau anak perempuan sendiri, yang keluar dari rahim ibunya sendiri yang menjaga .  Segala aib nenek ini dapatlah ditutupi, dari dibiarkan menantu perempuan atau anak lelakinya pulak yang menjaga ... namun, sekali lagi, entah mana silapnya, anak perempuan tunggal ini seakan memberontak , tidak mahu menjaga ibunya yang sorang ini.

Sedikit mengenai anak perempuan nenek ini.  Berumur lebih kurang 6o tahun lebih, masih sihat tubuh badan, masih gagah ke sana ke sini, kalau kenduri di kampung, dialah orang yang paling sibuk walaupun bukan kendurinya .. hobinya, suka memasak untuk rakan-rakan, tapi untuk ibu sendiri, diherdiknya nenek itu, dimarahinya nenek itu bila nenek itu meminta makanan untuk mengalas perut.  Dijajanya cerita ibu sendiri, memberitahu orang lain betapa payahnya untuk menjaga ibunya sendiri, mencuci n**is ibunya sendiri, dan sanggup berkata , "Ini bukan kerja aku ... kenapa aku kena jaga mak? patutnya anak lelaki lah yang jaga".

Sigh.

Bukan tak ada anak lelaki nenek itu mahu menjaga, tapi oleh kerana nenek itu memerlukan bantuan untuk membersihkan dia 'luar dan dalam', eloklah kiranya mereka befikir anak perempuan haruslah menjaga, supaya menjaga aib nenek itu.  Namun, tanggapan mereka salah, kerana mengingatkan kakak mereka, anak perempuan nenek itu mahu menjaganya.

Kerana tidak tahan ibu sendiri diherdik, dimaki, diletakkan di depan bili air, tidur hanya berlapikkan suratkhabar dan plastik, salah seorang anak lelaki nenek itu mengambilnya dan menjaganya.  Terpaksa dia memujuk isterinya supaya sama-sama membantu dalam menjaga nenek itu.  Bukan anak lelaki itu tidak boleh menjaga ibunya, tetapi disebabkan ibunya memerlukan bantuan untuk mandi, mencuci dan sebagainya, eloklah jikalau seorang perempuan yang melakukannya, dari seorang lelaki walaupun anak sendiri.

Sebelum nenek itu dibawa anak elakinya, anak perempuannya sempat berpesan, "baguslah mak tinggal kat rumah sana , kalau nak mati, mati kat rumah anak jantan mak ....."

Ini kisah benar.

Itulah ayat yang diberikan oleh anak  perempuannya.  Dan kuasa Allah SWT, nenek itu meninggal hanya selepas 4 bulan dibawa ke rumah anak lelakinya. Pada hari kematiannya, anak perempuannya itu langsung tidak menatap wajah ibunya sendiri.  Mungkin takut akan bayang-bayang sendiri , mungkin.....

Nenek itu seorang yang sangat baik.  Seorang ibu dan isteri yang baik, yang mengikut tuntutan Allah.  Solat tidak pernah tinggal.  Mengaji, berwirid semasa hayatnya ... tapi apa kan daya, Allah mengujinya di akhir hayatnya dengan kelakuan anaknya itu. 

Dan selepas beberapa tahun nenek itu meninggal dunia, hidup anak perempuannya makin porak peranda.

Suaminya baru meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.  Ketiga-tiga anaknya bertekak, bergaduh berebutkan harta.  Tiada seorang pun yang mahu menjaganya sekarang.

Balasan?

Hanya Allah yang tahu.


Friday, 18 May 2012

fear factor : rumput



Dzarif ni bukan jenis penakut.  Dia ni selamba jer boleh turun naik kat rumah ni even though masa tu bergelap, belum pasang lampu, bukan dia takut.  Suruh dia masuk bilik sorang-sorang pun dia ok.

Suruh dia bersalam dengan orang yang baru dia jumpa, dia okay jer, tak takut.  Nak tegur strangers pun dia tak takut.  Last 2 weeks, di nampak clown kat KLCC tu selamba rock jer dia mintak baloon from clown tu. Pendek kata, nampak dia macam berani ..... tetapi

Akan tetapi, satu jer yang dia paling takut .... dari kecik sampai tinggi panjang ni..............

Rumput.

Macam gambar kat atas tu.

Comel tak my darling ni ... Dzai masa umur 1 year 2 mths macam tu lah, baru nak pandai berjalan.

Actually we knew about Dzai takut rumput ni masa dia kecik lagi. Macam dalam gambar ni.  But masa tu we all fikir, budak kecikkan , mungkin tak biasa, geli ke, or dia tak tahu itu rumput, or something new for him.

Then bila dia umur 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun .... sampailah sekarang, takut dengan rumput ni still ada. Tapi still before we all tahu yang Dzai ni PDD, ada ciri autistic, memang we thought normallah budak takutkan something. So memang melayan je lah dia everytime dia nak kena berjalan atas rumput, ayah akan dukung dia.

Sampailah last year, bila dah start berjumpa psychiatrist and psychologist, we all tanyakan pasal ni.  And yes, according to them, ada autistic child yang takutkan sesuatu benda and berkait dengan masalah sensory. contoh : loud muzik, candle, clown, baju berbutang, kipas etc etc .. and banyak lagi. macam kita lah, ada benda yang kita tak suka, yang kita rasa annoying kan.

Okay, mari belajar medical term sikit yang I sendiri pun tak tahu hahaha ni pun tengok balik note yang OT bagi I dulu.

Yang I tahu, sensory problem  ada 3 jenis : tactile, vestibular and proprioceptive.

Tactile sensory problem - yang ada masalah sentuhan atau anything connected with sense of touching

Vestibular - yang ni tak sure sangat hahahaha fail!

Proprioceptive sensory problem - masalah dalaman macam otot, dalam bahagian telinga

And in my son's case - rumput. Bila dia dah besar ni makin ketara yang dia takutkan rumput.  Dzai akan cakap rumput tu bau busuk lah, dia akan tunjukkan kegelian dia kat rumput tu, memang dia takkan pijak rumput.  Everytime terkena tempat yang ada rumput, kesianlah Mr Hubby tepaksa dukung dia yang berat 24kg tu.  Bila kat sekolah, last year masa kat kindie and masa masuk sekolah darjah satu hari tu, emamng awal-awal we all dah informed teachers pasal kelemahan dia dengan rumput.

Tapiiiiii kan masa sukan hari tu elok pulak dia berdiri atas padang tu... peer pressure kot tengok kawan-kawan semua berdiri elok atas rumput tu hahaha .. sebab dia wajib masuk perbarisan tu yang kena berdiri atas rumput.. I takut jer dia buat hal, tantrum kat situ but surprisingly, alhamdulillah elok jer muka senyum-senyum.

But still, I bersyukur sangat his sensory problem pasal rumput ni taklah teruk. Cuma yang risau bab sensory problem ni pasal dia masih susah nak pegang pencil , but tak sesusah last year.. tengok lately dah bolehlah pegang even without pencil grip.  cuma kalau nak kena tulis banyak, jari dia cepat sakit lah.

Cara I cuba overcome pasal masalah pegang pencil : practise, practise, practise. memang everyday kena pegang pencil kan masa kat school and at home masa buat homework. then suruh dia pegang crayon, brush lukisan, then kalau ada masa, memang dia suka buat brushing tu kat tangan, kaki and belakang. Plus educational toys yang ada cara mengikat tali aksut, main beads and tali halus, kadang-kadang suruh dia main therputty and playdoh .. it help a lot dalam cubaan masalah pegang pencil ni.

Entahlah ... I sebagai his mom hanya boleh berusaha and berdoa... but alhamdulillah, even though progressnya perlahan, tapi ada peningkatan. Syukur

Assalammualaikum




Thursday, 17 May 2012

Exam week yang penuh dengan stress and peningkatan darah naik

Dzai start exam last Monday.  Isnin ada paper BM-pemahaman dan penulisan.  Bila tanya dia macam mana dia buat exam, dia tak nak bagitau ... ok, masa ni dah tau mesti ada something wrong hehe .. then boleh pulak malam tu dia kena demam panas. sampai 39.1 temperature dia. adoihaiiiii ... memang tension dibuatnya. ni mesti kes minum ais kat sekolah, plus siang tu dia ada cerry berry sikit. But takut jugak nak suruh dia ke sekolah jugak esoknya tu, takut makin melarat demam dia.  Then pagi-pagi hari Selasa tu after subuh, Mr Hubby sms his class teacher cakap nak hantar Dzai to sit for exam jer, lepas tu nak bawak balik. Mr Hubby memang plan nak cuti jer hari tu, tunggu Dzai kat school sampai dia habis exam then bawak balik.

Then his class teacher call me kata tak payahlah buat macam tu.  If dia demam, better dia tak payah datag langsung sebab cikgu takut kalau dia datang dalam keadaan demam tu pun dia takkan nak buat exam dia.  And his teacher pun cakap kat I yang semalam pun dia tak nak buat, sampai cikgu terpaksa cakap kat dia 'I will call your daddy'.. lepas tu terpaksa lagi cikgu takutkan dia nak panggil Puan Norela .. sapa Puan Norela yang Dzai takutkan sangat tu? hahahaha discipline teacher yang ada stick,... yang bab stick tu Dzai yang bagitau I hahaha.. then his class teacher cakap, paper yang dia tak buat tu akan buat waktu lain yang tak ada exam.  Okay, senang macam ni kan ... but kata his paeds , alaaaa darjah satu jer hahahhaha.

kelakar tau anak I ni, nak marah pun ada, nak gelak pun ada ... but we all tak marah pun dia tak nak buat exam tu.. I know dia tak tau nak buat... dia tak tau membaca lagi, how come dia nak buat penulisan BM? memang kesian kat dia, but what to do .. semua orang kena go thru exam.

From what I see masa buat latihan at home, dalam latihan yang ada diagram or illustration and soalan objektif yang pilih a, b or c tu , insyaAllah dia boleh buat.  Math pun kalau bab pecahan , kiraan yang ada gambar , dia boleh jawab .. but if soalan yang hanya ada ayat saja without numbers or gambar, so sorrylah ya memang anakku ni tak dapek jawab.  But if we explain to him soalan nya, insyaAllah he can answer but time exam sapa pulak nak bacakan soalan kat dia kan hahaha

But for us its ok ... dia dah sampai tahap ni pun alhamdulillah syukur.  semua ni ada step by step.. tak boleh nak expect dia pandai dalam masa semalaman.  Macam dia belum pandai bercakap even at age 3 years old, we all bagi masa kat dia sebab tahu dia tak ada masalah serious yang lain macam masalah hearing ke atau yang lain, cuma we think he need a lot of time.. and now, look at him, dah boleh bercakap pun, syukur! Then cabaran ke sekolah pulak , masa tu ke kindie, mula-mula dia tak nak, mengamuk, memberontak, tantrum, meludah semua complete package, but we continue hantar jugak.. and nasib baik last year dapat kindie yang teramatlah okay, sampai the principal yang terpaksa pujuk dia every morning sampai pernahlah principal pun terjatuh sama masa nak pujuk tu, and alhamdulillah he completed his kindie year.

Then pasal toilet train .. waaa memang lamaaaa nak train dia but akhirnya, berjaya jugak.  Then bab homework, bab nak menulis, bab pakai kasut sendiri, pakai stokin sendiri, bab kemas barang sendiri ... memang mula-mula susah semuanya, ambik masa but in the end, alhamdulillah Dzai dapat buat jugak.

Begitu juga dengan exam. Dia belum paham apa itu 'exam', kenapa kena buat sendiri without teacher helping macam biasa , kenapa kena buat ikut time, kenapa kena buat kat kertas..... I know macam-macam persoalan dalam kepala Dzai tu cuma dia tak tau macam mana nak lahkan.. even though dah banyak kali explained to him pasal exam ni, but I rasa dia belum paham lagi ... biarlah .. lagipun me and Mr Hubby dah tetapkan yang tahun ni biarlah Dzai enjoy his school, paham pasal sekolah, apa yang dia kena and tak boleh buat.... and I believe , insyaAllah, tahun depan mungkin berbeza.

I bersedia terima markah 'kosong' dalam report card dia, sebab I tahu tahap pencapaian my son.

Believe me, he deserves more than 0, bukan dia tak boleh buat, cuma sometimes ada 'something; yang menghalang dia.

Yang penting, mummy and Ayah will always be with you and support you my darling Dzai.


Assalammualaikum,





Saturday, 12 May 2012

Minggu exam

Next week starting on Monday, Dzai start his mid year exam.  Monday ni ada paper BM.

Ohh I tell you, mummy ni macam nak kena hypertension rasanya hahaha.. bila dapat jer note pasal exam ni, rasa macam tak tenteram hidupku.. risau giler... hahaha mak dia over kan, anak dia relax jer.. I rasa Dzai tak berapa nak faham apa itu 'Exam' .. I explainkan kat dia yang nanti teacher akan bagi paper and dia kena jawab without teacher tolong.  Kat rumah memang ada aktiviti book but nasib baik his teacher, subjek Dunia Sains Teknologi, bagi contoh exam paper last year, so dapatlah dia tahu 'the actual exam tu macam mana'.  I siap ingatkan dia suruh turn the pages takut nanti dia buat the first page jer, page yang kat belakang tu dia tak buat.

Dzai ada one major problem : dia tak tahu lagi membaca , so untuk dia paham soalan tu agak payah.  But, dari apa yang I nampak 2,3 hari ni, if ada soalan subjektif and soalan bergambar, insyaAllah dia boleh jawab.  I tak tahu whether dia teka jer terkena jawapan betul, but bila dia explained to me kenapa pilih jawapan tu, memang dia faham soalan mengikut gambar yang ada.  Kira jawapan dia bagi tu bersebab bukan sebab dia meneka.  But dari 30 soalan, cuma 8 atau 12 jer yang betul. 

Kalau bab menjawab soalan dari segi penulisan, I rasa memang yang ni dia tak dapat buat.  Ni yang I risau.  Especially BM and English bahagian penulisan nanti, nak buat ayat, ejaan and sambung ayat... rasanya Dzai tak dapat buat ... tak pelah, memang expected... satu lagi yang merisaukan I, Arab, Tauhid, Feqah and Akhlak.. semuanya ni dalam Jawi... and then kena jawab secara penulisan, dalam Jawi... aiyooo memang susah lah ntuk dia.  But kalau Arab tu, maybe dia boleh jawab part huruf hijaiyyah and nombor. Maybe Jawi pun dia boleh jawab sikit-sikit.  Apapun , tawakkal lah semoga Dzai boleh jawab soalan sikit, walaupun tak semua but hopefully dia tak biarkan page tu kosong ;)

Dari hari Jumaat pun sibuk buat latihan seni since soalan dah dapat.  Ada 3 soalan seni, cuma pilih satu and buat latihan kat rumah.

1.  Lukis pemandangan rumah dan kawasan rumah - yang ni agak susah for Dzai sebab kemahiran melukis dia tak berapa OK lagi, so untuk melukis sesuatau yang memerlukan imagination tinggi tu, I rasa susah sikit kot

2.  Lukis mask, gunting dan warnakan mask - dia nak buat yang ni but masalahnya, dia tak tau nak pegang gunting tu elok-elok, so I tak bagi dia buat soalan ni.

3.  Letakkan 6 helai daun atas kertas lukisan, kemudian renjiskan poster colour dengan menggunakan berus dan berus gigi -  yang ni senang, nasib baik ada soalan macam ni.  So I suruh Dzai buat yang ni jer, and nampaknya dia pun happy buat yang ni plus rasanya dia pernah buat kat sekolah sebab dia yang tunjukkan I cara-cara nak buat. Hati lega lah sikit bila tahu ada soalan yang dia tahu buat.  

So far dah buat 2 kali soalan no 3 for seni ni. Alhamdulillah, nampaknya dia boleh buat. And he know what to do, insyaAllah.

Whatever it is, I cuma boleh berdoa , semoga segala urusan Dzai dipermudahkan olehNya.  Usaha dah pun dibuat (tengah buat), tawakkal and berdoa ... tu saja I boleh buat. Walau apa pun, mummy sangat-sangatlah bangga dengan Dzai, dengan semangat yang dia tunjukkan .  Dia bersngguh-sungguh buat latihan kat rumah, tak buat alasan apa pun... syukur.




Assalammualaikum



Blueberry and Happy Heinys CD


Yummeeeh kan.

Fluffy .. soft ... waaa lagi best pegang budak kecik tu sebab montot dia lembut hehehe

This is my first time mencuba pocket CD yang branded.  Normally kalau pocket CD ni I go for economy one, murah.. kalau satu boleh dapat dalam harga RM20, kalau 5 baru RM100.00 .. banyakkan .... but if kalau dah menggatal nak yang branded punya, brand US ke macam CD di atas ini, harga untuk 4 economy CD baru dapat 1 CD ... errrmmmm ....

Again, gatal punya pasal kan.

Yang berdua kat atas tu Blueberry pocket diaper : Blue Camo and Sapphire.  Bawah tu : Happy Heinys Tie Dye.

My Verdict :

Blueberry pocket diaper ni comes with 2 microfiber  insert, satu 3 layer small insert and satu lagi 4 layer long insert yang boleh dilipat dua. Bila pakai yang insert panjang ni yang dilipat dua, the CD akan bulky sikit, but since my baby pun bambam and he is 5 months old already, so tak berapa nampak bulkynya but I think smaller size baby kalau pakai this combination, nampak bulky lah.  I tak pakai lagi the small insert because I think the long insert pun dah cukup, approximately pakai for 4 hours memang tak bocor langsung, meresap elok jer.    But the outer layer yang minky tu memang sangat gebu dan lembut, memang best.  Dalam pulak microfleece, so lembut jugaklah hehe ... semualah lembut. Oh ya, one more, cutting dia amat sesuai for Dzayd, and from their website, blueberry pocket diaper ni muat baby dari 4.5kg - 16kg.  But memang I suka cutting dia nampak my baby selesa and I pakai medium size, for now.

For Happy Heinys pulak, first cutting dia quite small for my darling. From the website memang fit sampai baby 15kg, cuma cutting dia agak kecik sikit for my bambam..for this CD, I kena adjust sampai large size, sebab memang tak fit for medium. Takut nanti kalau size adjustment tak betul tu yang bocor kadang-kadang and baby pun tak selesa.  Insert from microfiber.

Tapi yang I pasti, velcro for these 3 CD memang kuat, tak macam CD I yang lain hehe .. memang velcro dia melekat kuat andb ila nak bukak, nak tarik tu pun still melekat kuat lagi.. tu agaknya beza yang economy and yang branded ....

Tapi tulah, susah nak stop dengan kegilaan membeli CD ni but yang buat I happy kalau part beli CD memang Mr Hubby tak bising, tapi kalau mummy beli baju hahahaha.. tu buat payah nak stop beli .. today pun baru sampai 6 CD hahaha ...

But seriously, memang seronok pakai anak CD ni, especially when paeds banyak kali cakap yang Dzayd ni kulit dia memang sangatlah sensitive, so memang sangat bagus kalau pakai cloth diaper ni... memang ada montot dia merah-merah but I rasanya not so bad kalau berbanding pakai disposable diaper dulu.

Thats all pasal fluffy mail saya yang baru dapat... taklah baru, last 2 weeks kot .. yang baru dapat today nanti-nanti cerita kay.


Assalammualaikum




Thursday, 10 May 2012

Baby development at 5 months

Today Dzayd ada check up and immunisation injection for 5 months.  Berat dah 8.54kg, alhamdulillah.  Tadi paeds ada tanya development dia.  Dah pandai meniarap at 3 month 3 weeks, now dah pandai mengesot sikit, head control pun dah bertambah baik, sitting well when supported cuma dia belum pandai roll over lagi hehe but paeds kata kalau dah mengesot tu tak lama lagi lah.. errmmmm lepas ni kerja mummy dok 'kutip' Dzayd je lah haha

Anyway, paeds also told me Dzayd dah boleh start solid sekarang..kadang-kadang part start bagi makan baby ni pun I confuse.  Dzai dulu masa umur 4 bulan paeds suruh bagi makan, then Dzafri pulak dia suruh 6 months (previous paeds-sama paeds yang advise for both boys), and bila current paeds ni lak kata boleh makan sekarang.. yelah, I bukan doktor, so bila pakar kanak-kanak kata boleh, takkan I kata tak boleh kan hahahha but dia kata start with plain cereal yang tak dicampur dengan susu sebab Dzayd ni super duper allergic teramat, so kena pastikan cereal tu bukan bercampur dengan susu, kecuali kalau soya based boleh.  Then bagi makan yang baby biscuits like Farley tu . Puree dia suruh hold dulu, tengok whether perut dia okay ke tak, sama ada dia poo nanti semua okay baru boleh start puree.

Tadi check kat babycenter.. tengok checklist dia sama ada baby tu dah ready nak makan solids or not, rasanya Dzayd dah ready hahaha



Rumusannya (from the checklist)

  1. Baby kena at least umur 4 -6 months
  2. Berat masa nak bagi makan tu kena double masa lahir or lebih dari 15 pounds (dalam 6.8kg)
  3. Dah pandai head control, and boleh duduk bila kita support dia 
  4. and yang ni paling kena dengan Dzayd - interested or ada curiosity dengan apa kita makan
Memang kalau I makan, tangan dia nak mencapai jer.. semalam I saja letak kuih dekat-dekat dengan dia, nak dicapainya and nampak dia dok telan air liur hahahaha ... cute jer

Bertambah busylah mummy ... but Ayah dia over, ada nak bagi anak dia makan 4 kali sehari ... elllllloooo ... your baby baru 5 months plus, over kan ...

So , I akan bagi dia makan sehari sekali dulu, tengok macam mana. If everything okay, then akan bagi 2 kali sehari.

Now........ where is my baby and toddler menu book????? ermmm mana pulak ku campakkan buku itu hahaha

Assalammualaikum

Tuesday, 8 May 2012

Masalah : salam

Before this, Dzai ada masalah tak nak salam orang. Memang dia takkan salam , tak kisah kita paksa dia macam mana pun.  Tunjuk kat dia yang kita kena salam tanda hormat orang tua, still dia tak nak.  Buat dunno jer.. geram jugak masa tu, kadang-kadang sampai paksa dia salam dengan tarik tangan dia suruh salam.

Salah I tak patut buat macam tu.  Stress jugak, sebab bila dia tak nak bersalam, mulalah dapat jelingan manja takpun kata-kata sinis dari orang lain, termasuk saudara mara sendiri.  I pernah menangis dengan my mom just because a close family member give statement yang cakap Dzai ni degillah, tak nak mendengar kata, and seolah-olah mengambarkan anak I ni nakal sangat, jahat sangat sampai tak nak bersalam dengan orang lain. Dan yang paling menyedihkan, dia bandingkan pula anak I dengan saudara yang lain.  Macam tak nak bersalam tu satu kesalahan yang besar sangat.

Sigh.

Sedih sangat masa tu.  Yes, I know my son tak macam budak yang lain yang tak ada masalah, but when people talked bad about my son means that they talked bad about me too.  Mak tarak dapat tahan ooooohhh hahaha ni mummy gangster punya ... lu kacau anak wa maksudnya lu kacau wa... hehe .. taklah .. I tak buat apa pun, menangis dalam diam..

Fine, if the kids yang dibandingkan dengan Dzai tu 'normal' , tak ada masalah nak bersalam semua, but it doesnt mean if the kids tahu dan nak bersalam dengan orang bermaksud hidup dia akan berjaya dan menjaminkan dia seorang yang baik .. ermmmm... kadang-kadang ada lagi mentaliti orang yang tak dapat menerima 'Autism' di kalangan mereka WALAUPUN mereka ni golongan yang ada kena mengena dengan pendidikan atau penjagaan kanak-kanak ... pelik kan....

So, masa buat OT session tu memang perkara tak bersalam ni I tanyakan dengan OT tu.  According to her, sensory problem plus autism child ni kan ada masalah social interaction and communication, especially with strangers. Seriously, bila dengar tu I rasa lega, maknanya anak I ni tak peliklah, I mean , maksudnya dia tak nak bersalam tu sebab dia ada condition yang 'menyekat' dia untuk buat seperti orang lain.  Patutlah dari kecik bila suruh bersalam memang dia lari.  But Mr Hubby kacau I yang tengah nak memikirkan macam mana nak overcome this problem : "alaaaah tak salam orang pun tak pe... bukan berdosa". Yep its true but masalahnya, again, apa orang cakap .. sometimes I ni terlampau fikirkan apa orang cakap sampai I pun naik stress sendiri.

Frankly I tak tau apa yang dah we all buat sampai Dzai dah pandai dan mahu untuk bersalam sekarang.  Is it because dia pun makin besar dan makin matured? Or dia ikut apa yang orang lain buat? But I know at school memang mengalakkan bersalam dengan orang lebih tua sebab Dzai pun cerita dekat I, if teachers bagi apa-apa, dia akan salam .. lately kat rumah pun macam tu. If I bagi apa-ap kat dia, even bagi his lunch or dinner, mesti dia kata terima kasih mummy.... salam ;) .... cute!

Or is it because the sensory stimulation yang buat dengan OT before?

Entahlah, tak tahu yang mana satu but alhamdulillah syukur, dalam salah satu usaha itu, nampak berjaya, dengan izinNya.. as Dzai's mom memang everyday I berdoa supaya Dzai tidak mempunyai masalah lain, supaya dia boleh menjadi seperti budak yang lain, dipermudahkan segala urusannya, semoga dia tak ada masalah di sekolah ataupun apa-apa saja. 

So masalah salam dah settle... ni masalah takut rumput pulak.. how? hehehe nanti I ceritakan kay ;)

But I know, there is long way to go .... tak pelah perlahan-lahan kayuh.

Assalammualaikum






Monday, 7 May 2012

Berusaha dan bangga

Semalam lunch at my SIL son's house. My SIL ni ex teacher, bersara last year. 

She said something yang makes me happy satu hari.

"Pandai dah Dzarif cakap sekarang.  Menjawab pun dah pandai.  Kalau dulu kita panggil dia pun , dia buat tak tahu jer ....."

Alhamdulillah. Syukur.  Then she said, "Kita tahu dia macam ni, benda yang dia dah pandai sikit-sikit pun kita dah happy kan ....."

Yep, its true. 

Every little thing yang dia pandai buat.  Pandai respond.  Pandai cakap.  Semua I happy.  Semua I bangga. If dalam sehari tu ada satu perkataan baru pun cukup buat I senyum sorang-sorang, kadang-kadang terus sms Mr Hubby cakap Dzai cakap ni, Dzai dah pandai ni.  Yes, I am proud of my son, tak kiralah keadaan dia macam mana pun.  He is still my son and I love him so much.  I bangga dengan dia.  Biarlah 'label' autism tu ada pada dia but for me, he is my darling boy yang sangat bijak dan mempunyai kelebihan dia tersendiri.

Dan satu perkara yang cukup, cukup membanggakan I, yang selalu I cakap dalam blog atau FB, I bangga dengan Dzai sebab ini adalah semua hasil usaha dia ... apa saja yang kita suruh dia buat, dia buat .... walaupun payah, dia cuba jugak .. but yes, there is time dia pun malas, which I think normallah tu for young kids ... memang I rasa gembira dan .... bangga dengan kegigihan Dzai.

For me, setiap manusia ada kekurangan, hanya Allah saja yang sempurna. 

I ada kekurangan, Mr Hubby pun sama, and Dzai kekurangannya, dia ada learning difficulties and a few problem. 

Tapi bila anak kita ada kekurangan, jangan pandang pada itu saja.  Pandang pada kelebihannya.  Pandang pada keistimewaannya.  And soon, insyaAllah dengan izinNya, kekurangan itu akan hilang atau berkurangan. Dan kita akan nampak anak kita itu sama saja dengan anak yang lain.

Its not an easy journey but yet its not a difficult one ....

Assalammualaikum






Saturday, 5 May 2012

Gunakan jari pun boleh






Ada 2 problem utama Dzai : one is fine motor skill which is memegang pencil, ikat tali kasut or makan dengan tangan , benda-benda yang perlu gunakan jari. and the other problem is communicationlah, which , alhamdulillah dah nampak improved dari hari ke hari.

He is still using the pencil grip yang dah uzur tu, dah nak terkoyak dah-kes mummy still tak jumpa pencil grip lain. Actually his class teacher memang tak bagi pakai pencil grip ni kalau Dzai dalam class dia sebab dia nak Dzai practise, but at home I biarkan jer sebab kadang-kadang homework dia banyak sangat, kesian jari-jari dia sakit. Nanti bila sakit and lenguh, mulalah dia tak nak buat homework, tu yang I tak nak tu... but tengoknya dia bolehlah sikit-sikit pegang pencil without the grip.

Satu lagi Dzai ni, nampaknya handwriting dia pun dah improved, berbeza masa dia kat kindie dulu and berbeza dengan 4 months ago.  Now bolehlah baca sikit-sikit tulisan dia but ada juga cakar ayam sampai cikgu tulis note ; improved your writing.. hehehe 

Masalah utama dia bukannya apa, dia suka tulis rapat-rapat semua perkataan .. macam : sayaadabola .. macam ni .. patutnya jarakkanlah in between perkataan tu kan, tak ni semua berkumpul jadi satu ayat hahaha..

So, I teach him to use his finger nak jarakkan each perkataan, jangan bersambung semua.  Nasib jari dia kecik, taklah berjarak sangat, kalau guna jari mummy, harus satu line tu boleh tulis 3 perkataan je hihi .. I kena ajar cara guna jari tu sebab dia macam tak boleh agak macam mana nak jarak in between perkataan tu semua.. sebab before this I suruh jarak.. tu dia ambik ko, satu perkataan kat hujung ni, second word hujung buku hahahaha lawak Dzai ni.

Nampaknya cara mummy ni ada sikit berhasil, but kadang dia lupa gak, tulis balik semua perkataan rapat-rapat bersambung but at least dia tahu cara macam mana nak jarakkan perkataan tu.

Oh ya, Dzai ada exam pertengah tahun on 17 May ni. Stress mak dia terus sampai ke hidung ... hihi . Next week start with hafazan and wuduk test...

Good luck abang Dzai.. bawak balik markah 0 pun mummy still proud of you sebab banyak dah Dzai go through ... ;)

Assalammualaikum



Friday, 4 May 2012

Sama?



Budak kecik ni dah boleh duduk kat bumbo seat abang Dzafri punya ;)

He's going to be 5 months esok, insyaAllah, tak silap I Dzafri 6 months old masa we all belikan seat ni untuk dia. Not only this, but baju and seluar Dzafri pun banyak yang Mr Dzayd boleh pakai dah... especially baju untuk umur 1 tahun hihi .. plus ada 3,4 pasang baju baru yang Dzafri tak sempat pakai pun Dzayd muat dah. 



Samakan ;)

Al Fatihah for my Dzafri ... mummy sayang sangat adik Dzafri ni ......


Thursday, 3 May 2012

menu dinner

I selalu lupa I masak apa tau dalam seminggu tu. Pelupa betul diriku ini.  Lepas tu selalulah gaduh dengan Mr Hubby tuduh I tak masak hahahha ... I rasa I nak buat satu column lah kat tepi tu I masak apa dalam seminggu , bila Mr Hubby suka suki tuduh I, boleh tunjuk dia hahahaha padahal dia memang everyday dinner kat rumah.. sukalah tu buat ai kecik hati

Sebenarnya entry ni tak ada makna apa pun, saja gian nak menaip hehehehe


Daily living skill

Masa buat assessment Dzai dengan psychologist a year ago, one of the main problem/area concerned is daily living skill. Ciri-ciri macam penjagaan diri, urusan diri ke toilet, bukak pakai baju, mandi sendiri, boleh ambik baju sendiri, pakai stokin, kasut, tolong mummy dengan house chores, pandai nak on off tv, on off switch, kemaskan barng, letak barang-barang kat tempat yang betul etc etc

Alhamdulillah, semuanya Dzai boleh buat after a year ni. Kerja rumah yang dia paling suka buat : tolong ayah angkat groceries yang berat-berat tu (oh ya, I have a very strong boy!), tolong mummy sidai and angkat kain hehehehe - ya I know, from macho work terus jadi feminine ... 

Sikit demi sikit, we all tambah kan lagi chores or things yang wajib dia buat.  Yang paling latest last month, setiap kali makan, I suruh dia bawak his plate and cup ke sinki. And sometimes kalau pinggan dia tak berapa kotor sangat or tak berminya sangat, pandai pulak dia cuci sendiri, ambik sponge dalam dishwasher liquid tu, gosok-gosok pinggan and then, bilas... but I rasa tu saja nak main air jer tu, hehehe but kata orang : sambil menyelam minum air. Dia nak main air, but in the same time, dia boleh belajar basuh pinggan kan ;)

At school, one of the subject before balik sekolah is solat, solat zohor.  After almost 5 months at school, Dzai dah pandai ambik wuduk, walaupun tak kena cara dia, but at least he knows mana body parts yang nak kenakan air, and yang paling I bangga, dia tahu setiap anggota badan tu kena alir air sebanyak 3 kali! padahal sebelum ni mummy ajar langsung dia tak kisah. but betullah kata mr hubby, peers pressure. selalu I tanya Dzai learn from whom ambik wuduk ni (he called it allahuakhbar water), jawapannya mesti : friends ... hihi kecik hati ustazah kalau dengar.

Dzai masih belum pandai cakap yang solat tu solat, atau wuduk atau mengaji. Solat tu dia panggil allahuakhbar, mengaji pulak allahuakhbar read, wuduk pulak allahuakhbar water, kalau azan tu allahuakhbar hahahhaa pendek kata, if anything Islamic, semua allahuakhbar.. sebelum ni Jawi pun dia panggil allahuakhbar write, but since sekolah pun ada subjek jawi dah pandai panggil jawi.  yang subjek arab, feqah, akhlak, tauhid tu I tak tau dia panggil apa.

Alhamdulillah, bila kat rumah pun kadang-kadang bila datang angin rajinnya, memang dia akan ikut I solat Asar and Maghrib.  yelah, weekdays mana pulak nak ada Ayah masa tu kan, Mr Hubby balik pun dalam 9.30 - 10.00pm, masa tu pun Dzai dah tidur hehehe but kalau weekends, and again, if mood dia baik, memang dia suka ikut mr hubby ke masjid... oh ya, masjid pulak dia panggil allahuakhbar house... ermmmm janji kitaorang paham ...

How about mengaji? At school pun ada subject Iqra', so I tak risau sangat, plus weekend pun memang we all panggil ustaz datang rumah, tapi dia ni susah sikit nak mengaji dnegan ustaz tu walaupun ustaz tu lembut jer, pandai pujuk dia, dengan mummy? lagggiiiii susah!

I tried to balance everything ... living skill kena pandai, tahu buat chores sendiri, and at the same time, dia harus tahu kehidupan sebagai seorang Islam.  Dia kena tahu kita kena solat, dia kena tahu kita perlu berpuasa (oh yang ni belum ajar lagi, InsyaAllah Ramadhan kali ni ... tak tahulah macam mana hehe), dia kena tahu kita perlu membaca Quran, dia perlu tahu masjid tempat beribadah , dia perlu tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh.  Autistic or not, dia kena tahu mengenai agamanya.

So far, basic tu dia dah tahu, ada knowledge sikit-sikit walaupun term dia tak betul lagi, tak apalah. Yang penting dia tahu pekara-perkara yang I mentioned tadi.

Yang penting, as I always cakap : berusaha, berdoa, tawwakal... InsyaAllah, akan dipermudahkan olehNya.

Amin


Assalammualaikum,