Thursday, 3 May 2012

Daily living skill

Masa buat assessment Dzai dengan psychologist a year ago, one of the main problem/area concerned is daily living skill. Ciri-ciri macam penjagaan diri, urusan diri ke toilet, bukak pakai baju, mandi sendiri, boleh ambik baju sendiri, pakai stokin, kasut, tolong mummy dengan house chores, pandai nak on off tv, on off switch, kemaskan barng, letak barang-barang kat tempat yang betul etc etc

Alhamdulillah, semuanya Dzai boleh buat after a year ni. Kerja rumah yang dia paling suka buat : tolong ayah angkat groceries yang berat-berat tu (oh ya, I have a very strong boy!), tolong mummy sidai and angkat kain hehehehe - ya I know, from macho work terus jadi feminine ... 

Sikit demi sikit, we all tambah kan lagi chores or things yang wajib dia buat.  Yang paling latest last month, setiap kali makan, I suruh dia bawak his plate and cup ke sinki. And sometimes kalau pinggan dia tak berapa kotor sangat or tak berminya sangat, pandai pulak dia cuci sendiri, ambik sponge dalam dishwasher liquid tu, gosok-gosok pinggan and then, bilas... but I rasa tu saja nak main air jer tu, hehehe but kata orang : sambil menyelam minum air. Dia nak main air, but in the same time, dia boleh belajar basuh pinggan kan ;)

At school, one of the subject before balik sekolah is solat, solat zohor.  After almost 5 months at school, Dzai dah pandai ambik wuduk, walaupun tak kena cara dia, but at least he knows mana body parts yang nak kenakan air, and yang paling I bangga, dia tahu setiap anggota badan tu kena alir air sebanyak 3 kali! padahal sebelum ni mummy ajar langsung dia tak kisah. but betullah kata mr hubby, peers pressure. selalu I tanya Dzai learn from whom ambik wuduk ni (he called it allahuakhbar water), jawapannya mesti : friends ... hihi kecik hati ustazah kalau dengar.

Dzai masih belum pandai cakap yang solat tu solat, atau wuduk atau mengaji. Solat tu dia panggil allahuakhbar, mengaji pulak allahuakhbar read, wuduk pulak allahuakhbar water, kalau azan tu allahuakhbar hahahhaa pendek kata, if anything Islamic, semua allahuakhbar.. sebelum ni Jawi pun dia panggil allahuakhbar write, but since sekolah pun ada subjek jawi dah pandai panggil jawi.  yang subjek arab, feqah, akhlak, tauhid tu I tak tau dia panggil apa.

Alhamdulillah, bila kat rumah pun kadang-kadang bila datang angin rajinnya, memang dia akan ikut I solat Asar and Maghrib.  yelah, weekdays mana pulak nak ada Ayah masa tu kan, Mr Hubby balik pun dalam 9.30 - 10.00pm, masa tu pun Dzai dah tidur hehehe but kalau weekends, and again, if mood dia baik, memang dia suka ikut mr hubby ke masjid... oh ya, masjid pulak dia panggil allahuakhbar house... ermmmm janji kitaorang paham ...

How about mengaji? At school pun ada subject Iqra', so I tak risau sangat, plus weekend pun memang we all panggil ustaz datang rumah, tapi dia ni susah sikit nak mengaji dnegan ustaz tu walaupun ustaz tu lembut jer, pandai pujuk dia, dengan mummy? lagggiiiii susah!

I tried to balance everything ... living skill kena pandai, tahu buat chores sendiri, and at the same time, dia harus tahu kehidupan sebagai seorang Islam.  Dia kena tahu kita kena solat, dia kena tahu kita perlu berpuasa (oh yang ni belum ajar lagi, InsyaAllah Ramadhan kali ni ... tak tahulah macam mana hehe), dia kena tahu kita perlu membaca Quran, dia perlu tahu masjid tempat beribadah , dia perlu tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh.  Autistic or not, dia kena tahu mengenai agamanya.

So far, basic tu dia dah tahu, ada knowledge sikit-sikit walaupun term dia tak betul lagi, tak apalah. Yang penting dia tahu pekara-perkara yang I mentioned tadi.

Yang penting, as I always cakap : berusaha, berdoa, tawwakal... InsyaAllah, akan dipermudahkan olehNya.

Amin


Assalammualaikum,


No comments:

Post a Comment