Thursday, 17 May 2012

Exam week yang penuh dengan stress and peningkatan darah naik

Dzai start exam last Monday.  Isnin ada paper BM-pemahaman dan penulisan.  Bila tanya dia macam mana dia buat exam, dia tak nak bagitau ... ok, masa ni dah tau mesti ada something wrong hehe .. then boleh pulak malam tu dia kena demam panas. sampai 39.1 temperature dia. adoihaiiiii ... memang tension dibuatnya. ni mesti kes minum ais kat sekolah, plus siang tu dia ada cerry berry sikit. But takut jugak nak suruh dia ke sekolah jugak esoknya tu, takut makin melarat demam dia.  Then pagi-pagi hari Selasa tu after subuh, Mr Hubby sms his class teacher cakap nak hantar Dzai to sit for exam jer, lepas tu nak bawak balik. Mr Hubby memang plan nak cuti jer hari tu, tunggu Dzai kat school sampai dia habis exam then bawak balik.

Then his class teacher call me kata tak payahlah buat macam tu.  If dia demam, better dia tak payah datag langsung sebab cikgu takut kalau dia datang dalam keadaan demam tu pun dia takkan nak buat exam dia.  And his teacher pun cakap kat I yang semalam pun dia tak nak buat, sampai cikgu terpaksa cakap kat dia 'I will call your daddy'.. lepas tu terpaksa lagi cikgu takutkan dia nak panggil Puan Norela .. sapa Puan Norela yang Dzai takutkan sangat tu? hahahaha discipline teacher yang ada stick,... yang bab stick tu Dzai yang bagitau I hahaha.. then his class teacher cakap, paper yang dia tak buat tu akan buat waktu lain yang tak ada exam.  Okay, senang macam ni kan ... but kata his paeds , alaaaa darjah satu jer hahahhaha.

kelakar tau anak I ni, nak marah pun ada, nak gelak pun ada ... but we all tak marah pun dia tak nak buat exam tu.. I know dia tak tau nak buat... dia tak tau membaca lagi, how come dia nak buat penulisan BM? memang kesian kat dia, but what to do .. semua orang kena go thru exam.

From what I see masa buat latihan at home, dalam latihan yang ada diagram or illustration and soalan objektif yang pilih a, b or c tu , insyaAllah dia boleh buat.  Math pun kalau bab pecahan , kiraan yang ada gambar , dia boleh jawab .. but if soalan yang hanya ada ayat saja without numbers or gambar, so sorrylah ya memang anakku ni tak dapek jawab.  But if we explain to him soalan nya, insyaAllah he can answer but time exam sapa pulak nak bacakan soalan kat dia kan hahaha

But for us its ok ... dia dah sampai tahap ni pun alhamdulillah syukur.  semua ni ada step by step.. tak boleh nak expect dia pandai dalam masa semalaman.  Macam dia belum pandai bercakap even at age 3 years old, we all bagi masa kat dia sebab tahu dia tak ada masalah serious yang lain macam masalah hearing ke atau yang lain, cuma we think he need a lot of time.. and now, look at him, dah boleh bercakap pun, syukur! Then cabaran ke sekolah pulak , masa tu ke kindie, mula-mula dia tak nak, mengamuk, memberontak, tantrum, meludah semua complete package, but we continue hantar jugak.. and nasib baik last year dapat kindie yang teramatlah okay, sampai the principal yang terpaksa pujuk dia every morning sampai pernahlah principal pun terjatuh sama masa nak pujuk tu, and alhamdulillah he completed his kindie year.

Then pasal toilet train .. waaa memang lamaaaa nak train dia but akhirnya, berjaya jugak.  Then bab homework, bab nak menulis, bab pakai kasut sendiri, pakai stokin sendiri, bab kemas barang sendiri ... memang mula-mula susah semuanya, ambik masa but in the end, alhamdulillah Dzai dapat buat jugak.

Begitu juga dengan exam. Dia belum paham apa itu 'exam', kenapa kena buat sendiri without teacher helping macam biasa , kenapa kena buat ikut time, kenapa kena buat kat kertas..... I know macam-macam persoalan dalam kepala Dzai tu cuma dia tak tau macam mana nak lahkan.. even though dah banyak kali explained to him pasal exam ni, but I rasa dia belum paham lagi ... biarlah .. lagipun me and Mr Hubby dah tetapkan yang tahun ni biarlah Dzai enjoy his school, paham pasal sekolah, apa yang dia kena and tak boleh buat.... and I believe , insyaAllah, tahun depan mungkin berbeza.

I bersedia terima markah 'kosong' dalam report card dia, sebab I tahu tahap pencapaian my son.

Believe me, he deserves more than 0, bukan dia tak boleh buat, cuma sometimes ada 'something; yang menghalang dia.

Yang penting, mummy and Ayah will always be with you and support you my darling Dzai.


Assalammualaikum,





1 comment:

  1. alahai Abg Dzai... teruskan usaha.. never give up.. ini baru half year exam.. insyaAllah.. hujung tahun nanti mesti excelent.. chai yok chai yokkk

    ReplyDelete