Friday, 18 May 2012

fear factor : rumput



Dzarif ni bukan jenis penakut.  Dia ni selamba jer boleh turun naik kat rumah ni even though masa tu bergelap, belum pasang lampu, bukan dia takut.  Suruh dia masuk bilik sorang-sorang pun dia ok.

Suruh dia bersalam dengan orang yang baru dia jumpa, dia okay jer, tak takut.  Nak tegur strangers pun dia tak takut.  Last 2 weeks, di nampak clown kat KLCC tu selamba rock jer dia mintak baloon from clown tu. Pendek kata, nampak dia macam berani ..... tetapi

Akan tetapi, satu jer yang dia paling takut .... dari kecik sampai tinggi panjang ni..............

Rumput.

Macam gambar kat atas tu.

Comel tak my darling ni ... Dzai masa umur 1 year 2 mths macam tu lah, baru nak pandai berjalan.

Actually we knew about Dzai takut rumput ni masa dia kecik lagi. Macam dalam gambar ni.  But masa tu we all fikir, budak kecikkan , mungkin tak biasa, geli ke, or dia tak tahu itu rumput, or something new for him.

Then bila dia umur 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun .... sampailah sekarang, takut dengan rumput ni still ada. Tapi still before we all tahu yang Dzai ni PDD, ada ciri autistic, memang we thought normallah budak takutkan something. So memang melayan je lah dia everytime dia nak kena berjalan atas rumput, ayah akan dukung dia.

Sampailah last year, bila dah start berjumpa psychiatrist and psychologist, we all tanyakan pasal ni.  And yes, according to them, ada autistic child yang takutkan sesuatu benda and berkait dengan masalah sensory. contoh : loud muzik, candle, clown, baju berbutang, kipas etc etc .. and banyak lagi. macam kita lah, ada benda yang kita tak suka, yang kita rasa annoying kan.

Okay, mari belajar medical term sikit yang I sendiri pun tak tahu hahaha ni pun tengok balik note yang OT bagi I dulu.

Yang I tahu, sensory problem  ada 3 jenis : tactile, vestibular and proprioceptive.

Tactile sensory problem - yang ada masalah sentuhan atau anything connected with sense of touching

Vestibular - yang ni tak sure sangat hahahaha fail!

Proprioceptive sensory problem - masalah dalaman macam otot, dalam bahagian telinga

And in my son's case - rumput. Bila dia dah besar ni makin ketara yang dia takutkan rumput.  Dzai akan cakap rumput tu bau busuk lah, dia akan tunjukkan kegelian dia kat rumput tu, memang dia takkan pijak rumput.  Everytime terkena tempat yang ada rumput, kesianlah Mr Hubby tepaksa dukung dia yang berat 24kg tu.  Bila kat sekolah, last year masa kat kindie and masa masuk sekolah darjah satu hari tu, emamng awal-awal we all dah informed teachers pasal kelemahan dia dengan rumput.

Tapiiiiii kan masa sukan hari tu elok pulak dia berdiri atas padang tu... peer pressure kot tengok kawan-kawan semua berdiri elok atas rumput tu hahaha .. sebab dia wajib masuk perbarisan tu yang kena berdiri atas rumput.. I takut jer dia buat hal, tantrum kat situ but surprisingly, alhamdulillah elok jer muka senyum-senyum.

But still, I bersyukur sangat his sensory problem pasal rumput ni taklah teruk. Cuma yang risau bab sensory problem ni pasal dia masih susah nak pegang pencil , but tak sesusah last year.. tengok lately dah bolehlah pegang even without pencil grip.  cuma kalau nak kena tulis banyak, jari dia cepat sakit lah.

Cara I cuba overcome pasal masalah pegang pencil : practise, practise, practise. memang everyday kena pegang pencil kan masa kat school and at home masa buat homework. then suruh dia pegang crayon, brush lukisan, then kalau ada masa, memang dia suka buat brushing tu kat tangan, kaki and belakang. Plus educational toys yang ada cara mengikat tali aksut, main beads and tali halus, kadang-kadang suruh dia main therputty and playdoh .. it help a lot dalam cubaan masalah pegang pencil ni.

Entahlah ... I sebagai his mom hanya boleh berusaha and berdoa... but alhamdulillah, even though progressnya perlahan, tapi ada peningkatan. Syukur

Assalammualaikum