Tuesday, 22 May 2012

Kasih ibu, kasih anak



Cerita yang I nak sampaikan ini, tak bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, hanya sebagai peringatan diri sendiri supaya mengasihi, menyayangi dan menjaga ibu sendiri, walau macam mana keadaannya sekalipun.

Seorang nenek ni, anaknya 7 orang. Yang masih hidup. Seorang perempuan, yang lain semua lelaki.  Semasa dia masih hidup, kesemua anaknya berusia dalam 55 tahun ke atas. Semua sihat tubuh badan.  Sakit-sakit macam biasa tu adalah, tapi dari segi fizikal sihat semuanya.  Semua berpencen, tinggal di rumah sendiri, selesa kehidupan masing-masing, semuanya punya anak yang dewasa, dan bercucu.

Di hujung usianya, selepas beberapa tahun suami  tersayang meninggal dunia, hidup dia seakan terumbang-ambing. Sekejap ke sana, sekejap ke sini, sekejap kat rumah anak ni, sekejap kat rumah anak ni. Bukan tak ada rumah sendiri, namun entah mana silapnya, salah seorang anaknya kata rumah itu kepunyaannya, dibeli dengan duit anaknya itu .. nenek ni tidak membantah, hanya mengikut saja. Dan selepas suaminya meninggal dunia, dia seakan-akan 'terhalau' dari rumah yang telah didudukinya selama lebih 50 tahun , mungkin.

Allah mengujinya sekali lagi. Selama 2 tahun sebelum dia menghembuskan nafas, nenek ini menjadi nyanyuk .. bukan pintanya, namun kerana usia yang makin lanjut yang membuatkan pemikiran dia agak lemah, dan ditambah dengan fizikal yang juga lemah.  Terpaksalah dia meminta simpati anak-anak untuk menjaganya.

Sepanjang I kenal nenek ni, tak pernah sekali dia meminta-minta kepada anak, cucu ... jika anak, cucu datang ke rumah semasa hayatnya masih sihat, dia dan suami sanggup menoreh getah walaupun di usia emas... Anak-anak bukan berusia 20-an.. semuanya dah berpencen dan bercucu, namun entah mana silapnya, mereka cuma acuh tak cuh menjaga nenek ini.. hanya seorang, dua yang tampil sanggup menjaga nenek ni.

Berbalik pada kisah semasa nenek ni sudah semakin uzur, anak-anak dia sepakat biarlah anak perempuan tunggalnya menjaga nenek ini. Ye lah, nenek ni semakin uzur fizikal nya, buang air besar pun terpaksa dipakaikan pampers, alangkah baiknya jikalau anak perempuan sendiri, yang keluar dari rahim ibunya sendiri yang menjaga .  Segala aib nenek ini dapatlah ditutupi, dari dibiarkan menantu perempuan atau anak lelakinya pulak yang menjaga ... namun, sekali lagi, entah mana silapnya, anak perempuan tunggal ini seakan memberontak , tidak mahu menjaga ibunya yang sorang ini.

Sedikit mengenai anak perempuan nenek ini.  Berumur lebih kurang 6o tahun lebih, masih sihat tubuh badan, masih gagah ke sana ke sini, kalau kenduri di kampung, dialah orang yang paling sibuk walaupun bukan kendurinya .. hobinya, suka memasak untuk rakan-rakan, tapi untuk ibu sendiri, diherdiknya nenek itu, dimarahinya nenek itu bila nenek itu meminta makanan untuk mengalas perut.  Dijajanya cerita ibu sendiri, memberitahu orang lain betapa payahnya untuk menjaga ibunya sendiri, mencuci n**is ibunya sendiri, dan sanggup berkata , "Ini bukan kerja aku ... kenapa aku kena jaga mak? patutnya anak lelaki lah yang jaga".

Sigh.

Bukan tak ada anak lelaki nenek itu mahu menjaga, tapi oleh kerana nenek itu memerlukan bantuan untuk membersihkan dia 'luar dan dalam', eloklah kiranya mereka befikir anak perempuan haruslah menjaga, supaya menjaga aib nenek itu.  Namun, tanggapan mereka salah, kerana mengingatkan kakak mereka, anak perempuan nenek itu mahu menjaganya.

Kerana tidak tahan ibu sendiri diherdik, dimaki, diletakkan di depan bili air, tidur hanya berlapikkan suratkhabar dan plastik, salah seorang anak lelaki nenek itu mengambilnya dan menjaganya.  Terpaksa dia memujuk isterinya supaya sama-sama membantu dalam menjaga nenek itu.  Bukan anak lelaki itu tidak boleh menjaga ibunya, tetapi disebabkan ibunya memerlukan bantuan untuk mandi, mencuci dan sebagainya, eloklah jikalau seorang perempuan yang melakukannya, dari seorang lelaki walaupun anak sendiri.

Sebelum nenek itu dibawa anak elakinya, anak perempuannya sempat berpesan, "baguslah mak tinggal kat rumah sana , kalau nak mati, mati kat rumah anak jantan mak ....."

Ini kisah benar.

Itulah ayat yang diberikan oleh anak  perempuannya.  Dan kuasa Allah SWT, nenek itu meninggal hanya selepas 4 bulan dibawa ke rumah anak lelakinya. Pada hari kematiannya, anak perempuannya itu langsung tidak menatap wajah ibunya sendiri.  Mungkin takut akan bayang-bayang sendiri , mungkin.....

Nenek itu seorang yang sangat baik.  Seorang ibu dan isteri yang baik, yang mengikut tuntutan Allah.  Solat tidak pernah tinggal.  Mengaji, berwirid semasa hayatnya ... tapi apa kan daya, Allah mengujinya di akhir hayatnya dengan kelakuan anaknya itu. 

Dan selepas beberapa tahun nenek itu meninggal dunia, hidup anak perempuannya makin porak peranda.

Suaminya baru meninggal dunia beberapa bulan yang lalu.  Ketiga-tiga anaknya bertekak, bergaduh berebutkan harta.  Tiada seorang pun yang mahu menjaganya sekarang.

Balasan?

Hanya Allah yang tahu.


1 comment:

  1. skrg ni mmg Allah balas cash aje kan.. kdg2 sedih bila tgk mcm ni..

    ReplyDelete