Tuesday, 8 May 2012

Masalah : salam

Before this, Dzai ada masalah tak nak salam orang. Memang dia takkan salam , tak kisah kita paksa dia macam mana pun.  Tunjuk kat dia yang kita kena salam tanda hormat orang tua, still dia tak nak.  Buat dunno jer.. geram jugak masa tu, kadang-kadang sampai paksa dia salam dengan tarik tangan dia suruh salam.

Salah I tak patut buat macam tu.  Stress jugak, sebab bila dia tak nak bersalam, mulalah dapat jelingan manja takpun kata-kata sinis dari orang lain, termasuk saudara mara sendiri.  I pernah menangis dengan my mom just because a close family member give statement yang cakap Dzai ni degillah, tak nak mendengar kata, and seolah-olah mengambarkan anak I ni nakal sangat, jahat sangat sampai tak nak bersalam dengan orang lain. Dan yang paling menyedihkan, dia bandingkan pula anak I dengan saudara yang lain.  Macam tak nak bersalam tu satu kesalahan yang besar sangat.

Sigh.

Sedih sangat masa tu.  Yes, I know my son tak macam budak yang lain yang tak ada masalah, but when people talked bad about my son means that they talked bad about me too.  Mak tarak dapat tahan ooooohhh hahaha ni mummy gangster punya ... lu kacau anak wa maksudnya lu kacau wa... hehe .. taklah .. I tak buat apa pun, menangis dalam diam..

Fine, if the kids yang dibandingkan dengan Dzai tu 'normal' , tak ada masalah nak bersalam semua, but it doesnt mean if the kids tahu dan nak bersalam dengan orang bermaksud hidup dia akan berjaya dan menjaminkan dia seorang yang baik .. ermmmm... kadang-kadang ada lagi mentaliti orang yang tak dapat menerima 'Autism' di kalangan mereka WALAUPUN mereka ni golongan yang ada kena mengena dengan pendidikan atau penjagaan kanak-kanak ... pelik kan....

So, masa buat OT session tu memang perkara tak bersalam ni I tanyakan dengan OT tu.  According to her, sensory problem plus autism child ni kan ada masalah social interaction and communication, especially with strangers. Seriously, bila dengar tu I rasa lega, maknanya anak I ni tak peliklah, I mean , maksudnya dia tak nak bersalam tu sebab dia ada condition yang 'menyekat' dia untuk buat seperti orang lain.  Patutlah dari kecik bila suruh bersalam memang dia lari.  But Mr Hubby kacau I yang tengah nak memikirkan macam mana nak overcome this problem : "alaaaah tak salam orang pun tak pe... bukan berdosa". Yep its true but masalahnya, again, apa orang cakap .. sometimes I ni terlampau fikirkan apa orang cakap sampai I pun naik stress sendiri.

Frankly I tak tau apa yang dah we all buat sampai Dzai dah pandai dan mahu untuk bersalam sekarang.  Is it because dia pun makin besar dan makin matured? Or dia ikut apa yang orang lain buat? But I know at school memang mengalakkan bersalam dengan orang lebih tua sebab Dzai pun cerita dekat I, if teachers bagi apa-apa, dia akan salam .. lately kat rumah pun macam tu. If I bagi apa-ap kat dia, even bagi his lunch or dinner, mesti dia kata terima kasih mummy.... salam ;) .... cute!

Or is it because the sensory stimulation yang buat dengan OT before?

Entahlah, tak tahu yang mana satu but alhamdulillah syukur, dalam salah satu usaha itu, nampak berjaya, dengan izinNya.. as Dzai's mom memang everyday I berdoa supaya Dzai tidak mempunyai masalah lain, supaya dia boleh menjadi seperti budak yang lain, dipermudahkan segala urusannya, semoga dia tak ada masalah di sekolah ataupun apa-apa saja. 

So masalah salam dah settle... ni masalah takut rumput pulak.. how? hehehe nanti I ceritakan kay ;)

But I know, there is long way to go .... tak pelah perlahan-lahan kayuh.

Assalammualaikum






2 comments:

  1. i like reading Dzai's story. suka bila tau abg Dzai dah pandai macam2. Good for him! Kekadang lawak pun ada hehehe.. okeh cepat citer pasal rumput pulak! :-)

    ReplyDelete
  2. Nasib baik jumpa balik blog baya penat cari. Yg dulu dah jadi private...anyway, sabarlah, sebagai ibu, memang geram bila org mengata kat anak kita...samalah macam umpat kita ye tak? Anak i hyper...lambat belajar, pun tensi jugalah...:) harap Dzai buleh 'amin'...

    ReplyDelete