Saturday, 12 May 2012

Minggu exam

Next week starting on Monday, Dzai start his mid year exam.  Monday ni ada paper BM.

Ohh I tell you, mummy ni macam nak kena hypertension rasanya hahaha.. bila dapat jer note pasal exam ni, rasa macam tak tenteram hidupku.. risau giler... hahaha mak dia over kan, anak dia relax jer.. I rasa Dzai tak berapa nak faham apa itu 'Exam' .. I explainkan kat dia yang nanti teacher akan bagi paper and dia kena jawab without teacher tolong.  Kat rumah memang ada aktiviti book but nasib baik his teacher, subjek Dunia Sains Teknologi, bagi contoh exam paper last year, so dapatlah dia tahu 'the actual exam tu macam mana'.  I siap ingatkan dia suruh turn the pages takut nanti dia buat the first page jer, page yang kat belakang tu dia tak buat.

Dzai ada one major problem : dia tak tahu lagi membaca , so untuk dia paham soalan tu agak payah.  But, dari apa yang I nampak 2,3 hari ni, if ada soalan subjektif and soalan bergambar, insyaAllah dia boleh jawab.  I tak tahu whether dia teka jer terkena jawapan betul, but bila dia explained to me kenapa pilih jawapan tu, memang dia faham soalan mengikut gambar yang ada.  Kira jawapan dia bagi tu bersebab bukan sebab dia meneka.  But dari 30 soalan, cuma 8 atau 12 jer yang betul. 

Kalau bab menjawab soalan dari segi penulisan, I rasa memang yang ni dia tak dapat buat.  Ni yang I risau.  Especially BM and English bahagian penulisan nanti, nak buat ayat, ejaan and sambung ayat... rasanya Dzai tak dapat buat ... tak pelah, memang expected... satu lagi yang merisaukan I, Arab, Tauhid, Feqah and Akhlak.. semuanya ni dalam Jawi... and then kena jawab secara penulisan, dalam Jawi... aiyooo memang susah lah ntuk dia.  But kalau Arab tu, maybe dia boleh jawab part huruf hijaiyyah and nombor. Maybe Jawi pun dia boleh jawab sikit-sikit.  Apapun , tawakkal lah semoga Dzai boleh jawab soalan sikit, walaupun tak semua but hopefully dia tak biarkan page tu kosong ;)

Dari hari Jumaat pun sibuk buat latihan seni since soalan dah dapat.  Ada 3 soalan seni, cuma pilih satu and buat latihan kat rumah.

1.  Lukis pemandangan rumah dan kawasan rumah - yang ni agak susah for Dzai sebab kemahiran melukis dia tak berapa OK lagi, so untuk melukis sesuatau yang memerlukan imagination tinggi tu, I rasa susah sikit kot

2.  Lukis mask, gunting dan warnakan mask - dia nak buat yang ni but masalahnya, dia tak tau nak pegang gunting tu elok-elok, so I tak bagi dia buat soalan ni.

3.  Letakkan 6 helai daun atas kertas lukisan, kemudian renjiskan poster colour dengan menggunakan berus dan berus gigi -  yang ni senang, nasib baik ada soalan macam ni.  So I suruh Dzai buat yang ni jer, and nampaknya dia pun happy buat yang ni plus rasanya dia pernah buat kat sekolah sebab dia yang tunjukkan I cara-cara nak buat. Hati lega lah sikit bila tahu ada soalan yang dia tahu buat.  

So far dah buat 2 kali soalan no 3 for seni ni. Alhamdulillah, nampaknya dia boleh buat. And he know what to do, insyaAllah.

Whatever it is, I cuma boleh berdoa , semoga segala urusan Dzai dipermudahkan olehNya.  Usaha dah pun dibuat (tengah buat), tawakkal and berdoa ... tu saja I boleh buat. Walau apa pun, mummy sangat-sangatlah bangga dengan Dzai, dengan semangat yang dia tunjukkan .  Dia bersngguh-sungguh buat latihan kat rumah, tak buat alasan apa pun... syukur.




Assalammualaikum



1 comment: