Tuesday, 28 August 2012

looooove babywearing

I rasa dah berbulan-bulan kalau keluar, dah tak pakai stroller, wearing my ssc jer weeeee ... seronok sebab mudah pakai, cepat dan senang. kalau nak bawak stroller pun kalau keluar lama sangat , make sure tempat tu stroller friendly or kalau mr hubby nak gunakan as tempat letak barang hehe.

bukan apa, pakai ssc ni or any babywearing gear , senang dan mudah. contoh macam myself, from home i dah pakai awal-awal ssc tu , so bila dah sampai ke destinasi di tuju, i just put my dzayd dalam tu, buckle mana yang patut .. wallaaaa siap dah boleh jalan. so far anak i memang tak pernah cranky kalau dalam ssc tu. kalau nak keluarkan dia from ssc tu pun masa dalam kereta, makan, nak menyusu or i nak pergi toilet.

so far dalam collection i cuma ada ssc, tu jer yang pandai pakai sebab senang : i have boba 3g tweetie, ergo petunia pickle bottom-frolicking in fez and jumpsac orbit.

nowadays kalau keluar i suka pakai jubah, selalunya keluar mesti berjubah. if not i pakai seluar and baju yang besar2, loose one and baju panjang nak ke paras lutut ... gegirl insaf kay hehehe no more pakai baju ketat2, pendek2 ... mr hubby tak redha hahaha

anyway, ada i pernah ternampak comment ke terbaca mana-mana yang ada yang kata kalau berjubah susah nak berbabywearing.. for me tak susah. senang jer. sama kalau kita pakai baju apa pun. tak menganggu langsung pergerakan kita and kalau nak NIP (nursing in public), pilihlah jubah yang berzip or button yang panjang sampai ke dada... sama goes to kalau pakai blouse ke. kalau nak senang banyak, pakai nursing blouse or blouse yang berbutton.. selak jer , sambil berbabywearing tu , tak kisahlah ssc ke, wrap or ringsling, bolehlah nursing baby.

so, happy babywearing. remember, safety first! belilah yang original yang memang pasti tahap keselamatan carrier tu. your child's safety mesti diutamakan.

Thursday, 9 August 2012

mencari aktiviti yang 'sihat'

Kanak-kanak autistic sering dikaitkan dengan obses (obsession). Macam-macam benda yang di'obses'kan macam buku, suratkhabar, lori, lampu, lilin, helikopter, cars, spoon and a lot more.

Dzai ada few obsession ikut peringkat umur. Masa dia 2,3 tahun obsess sangat dengan train especially Thomas the Train. selalunya dia obsess dengan cartoon character, lepas Thomas, tak silap I dengan dinosaurs pulak which sampai sekarang, lepas tu Ben 10, Transformers and currently Power Rangers.

I'm not talking about minat sahaja... o b s e s s! Contoh Ben 10 : every ben 10 toys dia nak ada and those things not cheap okay ... aiyaaakk. lepas tu kena ada baju, sweater, botol air, pencil mcm2 lah lagi ada kaitan with ben 10. magazine pun ben 10.

so now his curent obsession ialah membeli toys. bukan main toys. beli saja. and his routine every week nak kena pergi KLCC Toy R Us. every week. pengsan macam ni brader!

So I told mr hubby kita kena cari aktiviti lain , tukar routine Dzai yang tak berapa nak sihat ni. Cuba bayangkan macam sekarang dia suka sangat toys Power Rangers. Dahlah mahal dari transformers and ben 10 toys, kebanyakkannya cuma patung jer, and the price range from rm159 to rm199.

Gila!

If spent kat books or food, tak kisah. Ni sakit hati beli patung plastik harga macam tu..

So my plan is lepas raya ni, every Sunday nak bawak dia ke lake garden kat TItiwangsa or Tasik Perdana. I pun dah laaaama tak pergi tempat tempat ni.

Kat Titiwangsa bolehlah Dzai cuba horse riding plus we all nak bawak dia berjogging situ. Dari melepak kat shopping complex, baik beriadah .. dapat jugak exercise and dapat jugak dia belajar cara imbang kan badan (yep, dia ada problem sikit pasal ni)..

Then, boleh pergi KL Bird Park jugak kan jalan jalan situ ... I rasa cara ni lagi baik dari ikut cakap dia , mengalakkan dia membeli barang yang dia tak main pun.

But places yang I tahu, outdoor activities ni very limited... any suggestion?

Kaedah PECS untuk mengeja

PECS is Picture Exchange Communication System. Yang I faham penggunaan PECS ni adalah salah satu cara untuk communicate dengan anak-anak autism yang non verbal.

http://www.autismsupportnetwork.com/resources/autism-what-picture-exchange-communication-system-or-pecs-223321

Currently, I'm using this system untuk mengajar Dzai cara mengeja. Since dia sekarang pun dah pandai bercakap sikit-sikit both in BM and English, so I'm using PECS untuk mengeja.

If I sempat nak print and laminate, oklah sebab banyak pictures for PECS ni dalam internet. Tapi kalau tak sempat, normally I guna kaedah sendiri ni jer hahaha tulis dan tampal dekat barang-barang dalam rumah. So far yang kena tampal pintu, tingkap, beg, buku, kipas, almari, tangga, suis, ayah dan adik hahaha

And lately since my netbook dah rosak, and kalau nak print or cari material for PECS ni I kena bukak desktop dalam bilik dzai, gunting, double tape and marker lah kawan baik I with colourful paper ni. Kalau ada masa sikit, cepat cepat siapkan material, bila Dzai balik suruh dia tampal.

Hopefully usaha I ni membuahkan hasillah untuk ajar Dzai mengeja..insyaAllah

Tuesday, 7 August 2012

Eczema oh eczema

Dzai ada eczema, dapat tahu dia ada masa umur 8 months, teruk satu badan dia kena. Masa tu ingat dia campak, rupanya tak. Allergic. Masa dia baby sampai umur 3 tahun tu makan susah jugak sebab banyak benda tak boleh makan. Alhamdulillah bila besar okay but still allergic kulit tu, sangat sangatlah sensitive. Ubat antihistamine and krim for allergic skin sentiasa ada kat rumah, plus ubat mata dia. Kalau silap sikit macam dia terken habuk ke, bengkak bengkak mata tu.

Dzafri pun ada eczema but tak seteruk dzai. Maybe sebab dah ada experience dengan Dzai so dah tau nak buat apa dah. Mandian memang pakai baby Sebamed. Badan sentiasa pakai baby lotion or any lotion for sensitive skin. No bedak.

Now, mr dzayd pulak ... lagilah super sensitive kulit dia, lagi teruk dari Dzai. Memang selalu merah je kat pipi tu. Today kat belakang pulak ada bintik bintik merah, macam bintik bintik panas yang selalu Dzai kena dulu. Budak budak ni tak boleh terlalu panas takut kulit kering and eczema datang dan tak boleh terlalu sejuk takut asthma pulak hahaha ... dah lama tak pakai eubos ni but luckily ada one botol tak bukak lagi dalam almari. Nasib ada sebab nak letak kat Dzayd supaya kulit dia tak kering.

If anybody carik body lotion for sensitive skin , cubalah Eubos, but bukannya kalau pakai lotion ni cepat baik tapi mengurangkan kulit kering supaya tak gatal gatal merah, menolong melembapkan kulit ..

Sunday, 5 August 2012

Sumber inspirasi...more ideas ....

Alhamdulillah terjumpa buku ni at Kinokuniya last week. Banyak ideas yang I dapat for Dzai. Cuma mummy kena rajin sikit lagi

Details : Playing, laughing and learning with children on the Autism Spectrum.

By : Julia Moor

Price : RM83.41

Saturday, 4 August 2012

ipad application for blogger

ada dapat comment from my dear reader yang nak tahu I guna apa untuk berblogging bila guna ipad.

untuk masuk blogger, search kat app store-blogger. Pilih icon blogger B besar warna oren tu. Then , masukkan infor pasal blog. Dah settle tu, then dah boleh berblogging dah.

For photo edit, I pakai PE HD -fotolr.. search kat app store- photo edit - macam macam free application yang keluar so boleh choose from there.

word 'treasure hunt'

selalu dalam my post i ada cakap yang I need to be more creative dalam mengajar Dzai, supaya dia rasakan yang learning is fun. From few books yang I baca pun ada mentioned the same. kalau dengan kids yang tak ada masalah pembelajaran, maybe any cara pun work with them but if you have a kid like mine, yang mild autiam plus ADD, nak mengajar dia one to one with only books memang dia agak keboringan. Itupun syukur at school dia boleh go through apa yang cikgu ajar, tapi his teacher pernah bagitau, kalau part yang menyanyi dan menari, Dzailah no. 1 hahaha

so today, saturday, since belum ada plan nak pergi mana-mana plus ayah pun ada mengaji this morning, mummy pun menjalankan tugas as teacher mummy. material dah siap malam semalam.

idea ni i dapat from one of the books i baca, cara lebih kurang dengan kaedah PECS, cuma i gunakan cara ni untuk ajar Dzai perkataan BM dan mengeja. plus i tukar jadikan macam carik treasure hunt lah konon-konon siap bagi map, yang nak dicari adalah object dalam gambar.

my son suka pirate thingy ni, so i pun gunakan apa yang dia suka untuk material kali ni.

habis dengan ayah and adik jadi mangsa, but as usual, adik dalam keadaan redha hahahaha

Thursday, 2 August 2012

'rumah saya'

ambik ko ... banyakkan update hehe sebab dah dapat tau macam mana nak berblogging from ipad plus dah upload application for picture edit, makin senang lah.

jangan boghing (boring) sudah ;)

anyway, ni award winning drawing from Dzai hahahaha ... kat mata mummy jer award winning .... but dia dapat A for this drawing untuk exam dia hari tu.. not bad kan ... tak tau if cikgu dia bagi semua dapat A hihi

sebenarnya I lupa soalan for this , whether nak kena lukis istana ke lukis rumah ... but I think rumah kot , sebab tu yang Dzai lukis ada tangga bagai, nasib dia tak lukis rumah bersepah hehehe

Fine motor skill - scissors skill

Salah satu masalah terbesar Dzai is his fine motor skill lemah, but this is from the assessment last year. Alhamdulillah, after 1 1/2 year, nampak banyaaakkk perubahannya.

First, dulu dia susah dan tak tau nak pegang pensil. Disebabkan jari dia lemah, he rasakan that holding a pencil macam benda yang menyakitkan for him plus dia pun tak pandai lagi pegang pencil dengan cara yang betul.

So OT ajar macam mana nak overcome masalah menulis ni. Memang masa kindie last year his teachers tahu yang dia takkan buat homework sebab tak nak menulis. Tapi sampai bila macam tu kan. But syukur sangat sangat, segala paksaan untuk buat latihan menulis, brushing, theraputty, main dengan pembaris, macam macam lagilah akhirnya Dzai dapat jugak pegang pencil walaupun kadang kadang dia pegang cara dia and yang utama , tulisannya makin improved, dah boleh dibaca.

But one more masalah yang belum selesai lagi, iaitu part menggunting. Dia belum lagi 'dapat rentak' how to hold the scissor properly. Sesuka hati je pegang.. kat school ntah macam mana agaknya hahaha

Buku buku Kumon ni i dah lama beli. ada untuk pasting skills, scissors skills, writing skills, reading skills and mengikut umur. I suka beli buku ni ikut umur yang paling rendah dulu for Dzai, kira stage easy lah... tapi easy tak easy agak susah for my dzarif. Tu sebab tak beli ikut age sebenar, i ikut kemampuan dan kemahiran dia.

These books is good, memang I recomended to mommies yang nak cari buku untuk fine motor skills ni. These Kumon books I beli kat MPH, macam macam subjek ada. Kalau anak advance bolehlah belikan buku ikut age. Ada for english and math kalau tak silap.

So today since Dzai tak go school sebab tak sihat, whole morning dia habiskan masa menggunting and main gam. walaupun gunting cara dia, lepas jugaklah hehe ... takpelah, slowly.. bila dia dah faham cara sebenar nak menggunting, baru dia boleh buat kot, insyaAllah

Sticker chart reward

Untuk pujuk Dzai ni buat homework, baca buku, buat latihan, buat OT, main educational toys with me bukannya senang... fuh! memang selalu mummy jadi angry bird kaler purple. tapi i tak nak sampai nak memaksa dia buat semua tu, nanti lagi dia tak nak buat and dia akan fikir, to study just because terpaksa.... nope, not that way...

so i need to think the fun and creative way to make him study, buat homework, writing, baca buku etc

selain dari reward yang ayah dia bagi dengan beli toys every week(hurrrrrgggghhhhh) ... i punya reward simple je and so so murah dari reward ayah.

my reward is bagi sticker. that 3D sticker. any activities yang Dzai buat satu hari termasuklah mandi, makan, pergi sekolah, buat homework , I akan bagi satu sticker untuk satu avtivity... hehehe pandai tak mummy.. and I sendiri terkejut dia pun excited every time I bagi dia sticker ni. and these sticker I lekatkan kat jadual yang I dah laminated. so i jadikan macam scrap book macam tu lah. everyday mesti tampal but sejak bulan puasa ni mummy lupa pulak hehe

walaupun nampak simple, but apa yang I nampak, everytime dia dapat sticker ni dia memang happy, maybe dia rasa apa yang dia buat tu kita hargai usaha dia. selain mengajar dia his responsible, this is one of the way nak ajar dia ikut jadual, ikut masa yang ditetapkan, macam petang kena buat apa, malam kena buat apa.

and for those yang nak carik colourful sticker 3D ni, kat Kinokuniya and MPH ada... setepek harga dalam RM10.90 - RM12.90

Puasa kali pertama ...

.... for Dzai hehe

walaupun sahur pukul 7.30am

walaupun kadang- kadang dia ada minum sikit tapi tak makan.

yang penting dia nak mencuba. and we as his parent nak mengajar dia apa itu puasa, kenapa kena puasa.

mula-mula i risau jugak bila we all cakap pasal puasa, yang Dzai kena belajar puasa, which no food and drinks sampai waktu maghrib, dia tak nak puasa. terus kata dzai tak boley puasa hehehe

then i terdengar ustaz jemputan MHI hari tu. ustaz tu kata untuk mengajar budak kecik yang belum baligh ni puasa, biarkan kalau dia 'bersahur' pukul 8.00am pun, biarkan dia puasa sampai setengah hari dulu, yang penting kita dedahkan dia dan ajar dia pasal puasa but tambah ustaz lagi, yang penting sebelum mengajar puasa, kita kena mengajar solat dulu.

;)

so bila dengar ustaz tu cakap macam tu, lega sikit hati ku. so starting last saturday, Dzai bersahur at 7.30am lepas tu memang dia tak makan and tak minum sampai waktu berbuka.

alhamdulillah, a good start.

cuma bila time sekolah dia request nak bawak satu botol kecik drink dia. hehehe kira dah tak aci lah kan, but drink tu pun dia minum in the morning je, after that and balik rumah pun dia tak makan and tak minum sampai maghrib.

tapi hari ni dia tak go school and puasa sebab tak berapa sihat. yesterday balik with running nose, and buka puasa at 6.00pm, sebab dia nampak tak larat sangat and i need to give him ubat.

apa pun cara , insyaAllah, lama lama dia akan faham kenapa kena puasa.

step by step

Wednesday, 1 August 2012

Dzayd at 8 months

Lama tak cerita pasal mr dzayd.

Nak masuk 8 months dah budak tu... makin bambam , alhamdulillah and makin manjos ... urghhh tensi ... hihi.. tak nak tinggal sekejap, tak nak duduk dalam playpen.. mesti mummy nak kena duduk sebelah dia... yelah Dzayd, mummy tak payah basuh baju, sidai baju, lipat baju, gosok baju, ayah and abang tak payah makan hahaha

Anyway, this boy tengah 'busy'... tengah nak belajar merangkak, duduk dan berdiri sekali gus .... selalu tengok dia sengetkan badan nak duduk hahaha but tak lepas lagi

And semalam dapat rasa ada 2 batang gigi nak tumbuh kat gusi bawah bahagian gigi depan weeeeeeee....

DIY - material for speech therapy

Actually this idea i ambik from
one of the website yang ada ideas for speech therapy but i ubah jadikan material untuk ajar Dzai mengeja dan buat ayat dalam BM.

sekarang ni I tengah concentrate nak ajar dia memantapkan lagi BM dia. Dia masih belum pandai membaca tapi pandai bunyikan suku kata. So cara guna paper cups ni cara yang senang and fun for Dzai.

Untuk ajar anak I yang mild autism plus ADD ni, I need to find cara yang paling fun dan tak memboringkan. Kalau cara yang plain and boring or kalau cara yang terus baca from buku tu alamat ke lautlah ... so mak dia yang tak creative ni kena creative kan lah diri.

yang diperlukan paper cup yang banyak, gam, gunting and label perkataan yang nak diajar. I buat basic dulu macam perkataan from body parts and ayat simple macam saya mahu makan etc etc ... setiap paper cup tampalkan satu perkataan saja. macam contoh gambar tu. then kalau tambah 'saya' atau 'ini' dah boleh buat ayat dah.

Tapi Dzai seronok susun paper cup ni panjang panjang... hehe ciri classic autistic-menyusun barang

buli?

Actually hari tu i ada post about this, but tulah ilmu di dada tak cukup kan, nak edit pergi delete... bravo gegirl!

anyway, testing nak berblog guna ipad. orang lain advance dah, me still terkial-kial. nak tunggu dapat hupdate kat computer, errmmm bila tahun lah kan.

so berbalik pada tajuk di atas, actually me and mr hubby dah tahu pasal Dzai kena buli about a month ago. terus we all reported the matter to his teacher and principal terus. but I know, benda ni akan berulang.

Dzai pernah turun dari van sekolah menangis sebab dia kata ada orang panggil dia crazy. before this pun i sendiri ada dengar budak-budak dalam van ejek dia but maybe masa tu bergurau or Dzai kacau dorang ke kan, dorang bengang.

But when Dzai's classmate mengadu to me yang dorang nampak few times Dzai ni kena kepung dengan budak darjah 3, hati ku sudah panas. Apalah dosa anak aku kat dorang lak ni. I know Dzai, dia ni kadang kadang memang naughty, but one thing about him, dia takkan kacau orang. Dia tak pandai pun nak kacau orang, usik orang tu adalah, tu pun dengan orang yang dia kenal macam classmate dia. My son ni mild autisn, his social skill and communication terbatas. Dia takkan memandai nak kacau orang lain.

Awal tahun hari tu pun my nephew yang sama sekolah Dzai ada bagitau memang dia pernah nampak Dzai kena buli and dah banyak kali dia tegur budak budak tu. Lepas tu kes ni senyap, then jadi balik.

Mr Hubby ambik langkah korbankan lunch hour dia and mengendap Dzai nak tengok sapa yang 'terlebih pandai' ni kacau anak orang, but so far maybe sebab dorang nampak Mr hubby, memang tak dapat tangkap lagi. Itu time Mr Hubby free, kalau dia ada meeting, terpaksa jugak Dzai balik dengan school van dia. Terpaksalah dia pandai pandai jaga diri sementara nak tunggu van sampai ...

Ikutkan hati nak je I tunggu kat school tu, but apakan daya.. we have our personal reason tak boleh nak buat macam tu.

Last week pulak dia turun dari van, i tengok dia menangis, bila tanya kenapa dia kata one of the boy tu panggil dia crazy... siap Dzai tanya i, Dzai tak crazy kan mummy.... allah! pecah jantung masa tu. terus menangis! The next day, jadi lagi, dia turun dengan muka merah sebelah sebab dia kata budak tu, the same boy yang ejek dia, buat apa ntah. Bila me anf van driver tu marah, the boy kata Dzai yang mulakan dulu.. but ada saksi dalam van tu kata budak tu mulakan. but now , thanks to the driver, dia dah tukarkan budak tu naik van lain.

I have no idea why they called my boy such name... and I think, budak yang baru 9 tahun tak patut dan sepatutnya belum pandai lagi nak name calling orang lain. Dalam rumah ni tak pernah we all pakai bad words macam tu especially crazy, stupid, bodoh ... bila Dzai dah tidur, lainlah kan...

And bila dia kena ejek macam tu baru dia kenal perkataan crazy/gila.

Kalaulah I dapat jumpa parents budak budak tu, I nak tanya ni : Cuba bayangkan you ni Dzai's mother...you know how I feel right now, kan ..... if somebody mengejek anak you macam tu...

But silap silap mak budak tu kata, relaxlah , hal kecik je ni ... kena ejek je, bukan mati pun

errrmmmmm .....