Wednesday, 1 August 2012

buli?

Actually hari tu i ada post about this, but tulah ilmu di dada tak cukup kan, nak edit pergi delete... bravo gegirl!

anyway, testing nak berblog guna ipad. orang lain advance dah, me still terkial-kial. nak tunggu dapat hupdate kat computer, errmmm bila tahun lah kan.

so berbalik pada tajuk di atas, actually me and mr hubby dah tahu pasal Dzai kena buli about a month ago. terus we all reported the matter to his teacher and principal terus. but I know, benda ni akan berulang.

Dzai pernah turun dari van sekolah menangis sebab dia kata ada orang panggil dia crazy. before this pun i sendiri ada dengar budak-budak dalam van ejek dia but maybe masa tu bergurau or Dzai kacau dorang ke kan, dorang bengang.

But when Dzai's classmate mengadu to me yang dorang nampak few times Dzai ni kena kepung dengan budak darjah 3, hati ku sudah panas. Apalah dosa anak aku kat dorang lak ni. I know Dzai, dia ni kadang kadang memang naughty, but one thing about him, dia takkan kacau orang. Dia tak pandai pun nak kacau orang, usik orang tu adalah, tu pun dengan orang yang dia kenal macam classmate dia. My son ni mild autisn, his social skill and communication terbatas. Dia takkan memandai nak kacau orang lain.

Awal tahun hari tu pun my nephew yang sama sekolah Dzai ada bagitau memang dia pernah nampak Dzai kena buli and dah banyak kali dia tegur budak budak tu. Lepas tu kes ni senyap, then jadi balik.

Mr Hubby ambik langkah korbankan lunch hour dia and mengendap Dzai nak tengok sapa yang 'terlebih pandai' ni kacau anak orang, but so far maybe sebab dorang nampak Mr hubby, memang tak dapat tangkap lagi. Itu time Mr Hubby free, kalau dia ada meeting, terpaksa jugak Dzai balik dengan school van dia. Terpaksalah dia pandai pandai jaga diri sementara nak tunggu van sampai ...

Ikutkan hati nak je I tunggu kat school tu, but apakan daya.. we have our personal reason tak boleh nak buat macam tu.

Last week pulak dia turun dari van, i tengok dia menangis, bila tanya kenapa dia kata one of the boy tu panggil dia crazy... siap Dzai tanya i, Dzai tak crazy kan mummy.... allah! pecah jantung masa tu. terus menangis! The next day, jadi lagi, dia turun dengan muka merah sebelah sebab dia kata budak tu, the same boy yang ejek dia, buat apa ntah. Bila me anf van driver tu marah, the boy kata Dzai yang mulakan dulu.. but ada saksi dalam van tu kata budak tu mulakan. but now , thanks to the driver, dia dah tukarkan budak tu naik van lain.

I have no idea why they called my boy such name... and I think, budak yang baru 9 tahun tak patut dan sepatutnya belum pandai lagi nak name calling orang lain. Dalam rumah ni tak pernah we all pakai bad words macam tu especially crazy, stupid, bodoh ... bila Dzai dah tidur, lainlah kan...

And bila dia kena ejek macam tu baru dia kenal perkataan crazy/gila.

Kalaulah I dapat jumpa parents budak budak tu, I nak tanya ni : Cuba bayangkan you ni Dzai's mother...you know how I feel right now, kan ..... if somebody mengejek anak you macam tu...

But silap silap mak budak tu kata, relaxlah , hal kecik je ni ... kena ejek je, bukan mati pun

errrmmmmm .....

No comments:

Post a Comment