Friday, 14 September 2012

bila abang Dzai demam ....

abang dzai demam since last saturday. habis plan minggu lepas nak ke open house, we got 5 invitations! taklah plan nak pergi semua, plan ingat nak pegi 2 rumah jer sebab satu rumah tu rumah mr hubby's close friend for more than 20 years, and I pun kenal sama since we all belum kawin (selalu berdating 3 orang hahaha) and satu rumah yang i nak pergi tu rumah my good friend, ros kat gombak... pilih rumah yang dekat-dekat. tapi apakan daya, habih plan ku semua sebab abang demam panas. and sampai ke hari ni dia masih lagi demam. seminggu tak ke sekolah. tapi masalahnya esok ada jamuan merdekaraya kat ssekolah. cupcakes dah ditempah utuk dia bawak. risau jugak nak bagi dia pergi esok, tapi tawakkal lah sebab nampak dia dah sihat sikit.



Ni gambar ambik siang tadi (khamis 13/9/12). Tengah tunggu nombor ambik darah kat Ampang Puteri.  Dzai demam dari sabtu lepas, masa birthday dia.... hari Isnin 10/9/12 terus ke AP, jumpa our regular paeds, Dr. Nasir. Then doctor prescribed antibiotik, ubat batuk rhinathiol and ubat selsema actifed. ubat demam pulak ibuprofen, supp pcm and voren memang ada sentiasa kat rumah.

So kalau dzai demam, I dah paham dah konsep ubat demam ni, from what doctor explained to me. Paracetamol (sama ada ubat makan or supp), voren and ibuprofen semua kategori yang berbeza. So contoh dzai demam pukul 10.00malam, I dah masukkan ubat pcm (which his dose 250mg+125mg). pukul 1.00pagi dia demam lagi temp tinggi, so I boleh masukkan voren pulak ... macam tu lah kaedahnya if you all faham gegirl cakap apa ni hahahha

Cuma I tak berapa nak surelah pasal satu hal ni yang I terbaca kat internet few weeks ago.  Ada satu mom ni dia buat comment yang ubat demam masuk kat punggung ni tak elok, and katanya jangan gunakan ubat ni kalau demam.  Setahu I yang tak ada medical background ni, this is what I understand from the doctorS explanationS, yang ubat cucuk bontot and ubat makan tu benda yang sama , paracetamol. Kalau tak caya pegi check ubat budak2 ni. selalunya ubat bontot tu tulis pcm kan, pcm tu stand for paracetamol lah .. haaa kang salah ada pulak yang kutuk kiri kanan ni hehehe...so from what my doctor cakap, ubat dia sama, cuma kita tengok dose yang diberikan tu betul atau tak and kena ikut waktu, kena jarakkan between the ubats.  But again , it depends lah kan, mom knows best. so dia percaya apa yang dia buat tu yang terbaik untuk anak2 dia and I respect that... cuma bila I terbaca dia cakap bahaya, I pun buat research jugaklah tanya paeds. As I said earlier, I yang tak ada medical background ni kenalah percaya kan apa yagn doctor prescribed, insyaAllah ubat yang dia selalu bagi tu sesuwai dengan my kids. Dahlah lately budak2 ni demam sampai tinggi temperature ... sampai 39.2 tu pun ada.

Berbalik dengan kisah abang dzai demam. since dia dah demam nak masuk hari ke 6 today, and demam tak okay lagi, so pagi tadi jumpa paeds balik. and of course dah demam lama ni kenalah buat blood test.



Panic jugaklah mamat ni bila doctor kata nak ambik darah but alhamdulillah dia okay jer, cuma bunyi2 sikit jer menangis tadi. and syukur , blood test dia okay... tak ada apa yang abnormal... cuma doktor kata viral fever lah, if viral memang lambat sikit baik... buat blood test pun murah jer RM37.00.

Mula-mula cuak takut Dzai tantrum atau mengamuk, but ni bukan kali pertama dia ambik darah ... memang ada bunga-bunga nak lari, and mulut dia bising macam bunyi merengek, but we told him how strong he is, Dr Nasir pun tlong pujuk kata its nothing, kena ambik darah sebab tak sihat etc ... masuk jer kat blood lab tu I told the nurse yang Dzai ni mild autism, takut nanti tiba-tib dia tantrum... but alhamdulillah, senang jer semalam.

So far tengok demam dah okay sikit cuma berdoa janganlah berjangkit kat adik pulak.

But




mummy pulak dah mula sakit tekak ..... oh nooooooooooooo!

No comments:

Post a Comment