Wednesday, 19 September 2012

Mari kita beratur ....

Masa assessment Dzai last year, the psychologist and psychiatrist berpendapat yang his mind age adalah dalam lingkungan 31/2 thn - 4 1/2 tahun, padahal masa tu umur dia 5 thn 5 bln, kira kebelakang dalam 1 atau 2tahun . 

Tapi dalam tempoh 1 1/2 thn ni memang nampak banyak perubahan dekat Dzai, terutamanya dia makin matured dan juga makin confident.  

Untuk bina keyakinan dia bukan senang, nak buatkan dia percaya yang dia boleh buat sesuatu benda tu especially bila melibatkan communication and social skill.

Salah satu cara yang simple untuk mengajar dia confident, bercakap dengan adult/orang luar (bukan dari ahli keluarga sendiri) dan juga mengajar dia supaya sabar dan belajar beratur, adalah dengan menyuruh dia membayar kat kaunter.  Tak kisahlah kaunter kat Jusco ke, kedai makan ke, supermarket ke ... suka jugak suruh dia beratur and bayar.

Dzarif ni tidak pandai untuk beratur, tidak sabar untuk tunggu giliran dan tidak berapa faham kenapa kena beratur.  Itulah masalah Dzai dulu. Mungkin kerana pemikiran yang tidak matured lagi atau mungkin arahan kita tak berapa difahami,  Cukup risau macamana lah dia kat sekolah.  Mula-mula tu memang ada problem, but alhamdulillah, makin lama makin dia faham yang kadang-kadang dia kena ikut peraturan yang ditetapkan. 



So now dia da pandai beratur, and pandai dah tunggu baki duit.. kalau dulu suruh dia beratur bayar kat kaunter, bagi jer duit kat cashier , terus dia lari ahhahah but now dia dah pandai dah, tahu kalau bagi duit kena tunggu baki...mungkin sebab dia dah pandai bercakap sekarang, dan sejak pandai bergauk dnegan kawan-kawan dia di sekolah, his social skill improved dan yang penting, dia rasa confident bila berhadapan dengan strangers. alhamdulillah

Bila nampak beratur macam ni, nampak macam dah besar sangat Dzai... ayah suka cakap, okay today Dzai belanja makan... senyum dia .... walaupun ayah bagi duit kat dia hehehe

1 comment:

  1. alahai sweetnya abg dzai ni.. abg dzai, pasni belanja laa aunty makan gak ye.. hehehehe

    ReplyDelete