Wednesday, 26 September 2012

Merancang program cuti sekolah

Cuti sekolah akan datang bulan November ni.  Hajat di hati mummy of course nak berjalan-jalan, makan angin, holiday gitu kan but Mr Hubby's rule and regulation : tak boleh pergi jauh-jauh selagi Dzayd tak lebih 1 tahun. Sooooooo hasrat ku ke Langkawi terpaksalah dilupakan ... plan nak pergi dekat-dekat jer lah.

But I thought of doing something yang kat KL jer. Malas nak outstation.  Bukannya apa, kalau nak pergi ke PD untuk 3 hari pun, mak aiii barang yang nak kena bawak dah 3,4 bag.. fengsan gitu.  Contoh : macam balik kampung hari tu.  Segala nebuliser machine semua kena angkut bawak sebab takut abang Dzai tiba-tiba wheezing ke, bauk teruk takut tak ada paeds clinic sana. And rupanya betul.  Ada specialist hospital but NO paeditrician so no medication for children.  Boleh? Nasib I bawak semua ubat budak-budak ni, tak sure dengan dosage, I call my good friend a doctor mintak advise.

Mula-mula plan nak ke Legoland , tapi bila I baca few review and blogs pasal Legoland ni, I ingat nak postponed dulu, sebab first legoland hotel belum bukak lagi kan, end of next year, so tak syiok lah kalau tak duduk dalam hotel legoland. second , banyak lagi dalam tu belum bukak kan.. so we think, next year lah pergi baru sedap sikit.

Sebabnya, I nak pegi Sunway Lagoon .. weeeeeee.... hahahaha mengalahkan Dzai. We all tak pernah pergi sana, percaya atay tak... sejak I tunjuk website kat Dzai , bising dia nak pergi 'water play' , 'water play' hahaha ...

Then I thought of sending Dzai to any class for the holiday, weekend class. Art class ke dancing class ke.  Ada a few jugak ternampak , but tak discuss dengan ayah dia lagi... bila fikir balik , rasanya baik dia buat art and craft dengan me at home, lagi fun fun.. if I nak hantar ke kelas, kena explain to the teacher pasal anak I ni mild autism, then kena berhadapan risiko 'sorry, kami tak boleh.tak ada experience nak handle autism kid'.. so , dari bayar the fees tu baik I gunakan untuk beli bahan-bahan untuk superb art and craft kat rumah kan. kalau bersepah ke, tak lawa ke, tak mencapai piawaian ke, tak ada siapa yang akan marah my Dzai hehe

Selain dari aktiviti arts, I kena start mengajar Dzai untuk subjek/topik Tahun 2.  Kena mula dah lepas dia habis exam ni. At least I have plus minus 2 months before dia masuk tahun 2.  At least dia bersedia, tak adalah nanti dia ternganga jer kan, confuse sana sini.

And I thought of getting a ST (speech therapist) datang ke rumah sepanjang cuti sekolah tu.. dapat seminggu sekali pun jadilah, at least Dzarif dapat improved his speech kan..

Macam-macam mummy dia rancang ni ... entak dapat buat ke tak 


Macam ni lah mummy kepada seorang anak yang bernama Dzai, yang ada learning difficulties. terpaksa lah mak dia kena plan A, B,C .. memang kena ada perancangan... 

Over ke mummy ni? Biarlah hover, janji me and hubby laksanakan our responsible.

Usaha, tawakkal and doa.. insyaAllah .. the rest, hanya Dia yang tahu.

1 comment:

  1. haah kan dah nak longgg school holiday.. ain rs craft and art with mummy at home tu lagi bagus and berfaedah.. nnt adik leh join sekali.. hehehe

    *ain pon x penah g sunway lagoon

    ReplyDelete