Friday, 28 September 2012

my personal tips and info about ADD

Dzai's condition PDD and ADD

PDD - pervasive development disorder
The diagnostic category of pervasive developmental disorders (PDD) refers to a group of disorders characterized by delays in the development of socialization and communication skills - http://www.ninds.nih.gov/disorders/pdd/pdd.htm

ADD- attention deficit disorer
The symptoms of ADHD include inattention and/or hyperactivity and impulsivity. These are traits that most children display at some point or another. But to establish a diagnosis of ADHD, sometimes referred to as ADD, the symptoms should be inappropriate for the child's age. - http://www.webmd.com/add-adhd/guide/adhd-symptoms


Actually I tengah draft post pasal PDD-NOs ni, nanti dah mantop baru I publish the post.

Anyway, pasal ADD.

ADD dikaitkan dengan short attention span.  It is important for parents to be more alert, and teachers, of course dengan kelakuan anak-anak. Fokus dan attention ada lah keyword dalam masalah ADD.

For example, our son.  Yes, Dzai's attention span is very short since dia kecik lagi.  being a mom yang tak ada experience and ilmu langsung pasal learning difficulties at that time, thought that 'ohh biasalah budak-budak'... Well, its not biasa ...

A kid's attention span should be dalam 3-5 minutes in every year of age. (bermula dengan umur 2 tahun)

For example :

2 yr old - 3 to 5 mins
3 yr old - 6 to 10 mins
4 yr old - 9 to 15 mins
5 yr old - 12 to 20 mins
6 yr old- 15 to 25 mins
7 yr old - 18 to 30 mins

lebih kurang macam ni lah chart dia hahaha .. 

And my Dzai at age 5-6 yr old , his attention span not more than 10 mins.  I berterima kasih dengan his kindie class teacher last year, she's the one yang highlight this matter to me.

Masa tu masih awaL tahun, dalam bulan Januari, Februari kalau tak silap, her teacher call me few times informing me yang dia risau pasal Dzai dalam kelas.  Bila cikgu tengah bercakap kat depan, tengah mengajar or tengah baca buku ke, dia tak boleh nak focus or concentrate dengan apa yang cikgu ajar.  Dia akan pandang ke luar kelas.  Pandang atas bawah.  Main dengan pencil.  Main dengan tangan dia. Bila cikgu panggil nama dia pun, kali ke 3 baru dia respond.  So her teacher is so worried about this condition masa tu.

And sebab inilah we terus bawak dia jumpa child psychiatrist and dari situlah bemula episod hidup Dzai, PDD + ADD boy....

Dalam mengajar anak yang ada ADD, definitely cara kita berbeza dengan mengajar anak tipikal. If anak tipikal boleh buat kerja rumah straight 30mins - 1 hour, and tidak memerlukan assistance sepenuhnya dari parent , berlainan dengan anak yang ada ADD.

  1. Perkara pertama, make sure duration membuat kerja / revision itu dalam masa yang amat pendek. satu session mungkin 10-15 minit untuk certain topik or subject.
  2. Kena berada dalam suasana yang tiada gangguan langsung i.e. dari TV, bunyi bising , ada mainan, ada computer or gadget yang lain , adik yang bising (sorry, yang ni Dzai tak boleh lari huk huk)
  3. Anak kena dalam keadaan yang selesa : sudah mandi, selesai dinner/lunch, sihat, tidak diganggu pemikirannya dengan yang lain e.g. "lepas belajar ni , kita pergi Jusco okay." atau benda lain yang menarik perhatian anak untuk memikirkan perkara itu dan tidak dapat menumpukan fokus sepenuhnya.
  4. Jangan terlalu memaksa.
  5. Jika anak penat, harus berhenti.  No point kalau teruskan jugak sebab confirm anak dah tak bleh nak focus lagi.
  6. Selain dari buku sekolah , kalau boleh waktu kita buat revision and ulangkaji pelajaran tu, gunakan material yang menarik perhatian anak.  Gunakan jugak buku yang ada illustration.

Cara I simple saja nak ajar Dzai.  First, I buatkan schedule for him.  Monday-revision BM, Tuesday-revision Math and so on ... kalau hari yang dia buat homework, I tak buat revision.  But sekarang ni kan tak ada sangat homework, just kerja kat school yang dia tak sempat buat or tak nak buat, cikgu suruh buat kat rumah.  And I ambik 5 minit untuk ajar reading - BM and English. And another 5 minit untuk go through subjeck and topik untuk esok kat sekolah.

Total masa belajar : dalam 20-30 minit.

From my experience , dari reading from books and psychiatrist pesan dulu, biar Dzai belajar dalam duration waktu yang singkat dan sekejap, tapi dia dapat memberi perhatian sepenuhnya dan faham apa yang kita ajar dari kita suruh dia belajar dalam masa yang lama macam dalam 1 jam atau lebih 1 jam, but the input yang dia dapat mungkin less than 10% atau tak ada langsung.... If waktu belajar 20 minit, insyaAllah input yang dia dapat dalam 50% berbanding dengan belajar 1 1/2 jam tapi hanya dapat input 10%... yang mana satu nak kan?

Anak-anak yang ada ADD, like my son, memang akan cepat hilang tumpuan.. dah nama attention deficit kan ... so as parent, kena berusaha lebih dan be sensitive dengan masa dan keadaan anak itu.  Macam I tulis above, jangan biarkan anak terlalu lama sangat belajar dalam satu masa tu, atau membaca buku terlalu lama, mungkin pertengahan jalan dia hilang tumpuan.  Bagi kanak-kanak yang tiada masalah, yang tiada ADD, yang tiada masalah pembelajaran mungkin dapat meneruskan waktu belajar tu straight more than 1 hour.

Contoh kat sekolah.. I know Dzai tak dapat tumpukan 100% dalam kelasnya. He can't, even though he tried to. But at least each subjek yang diajar samada 30 minit atau 1 jam.  So kalau waktu subjek Math 1 jam, kemudian BM 30 minit, at least ada selang seli subjek tak buat dia bosan kena mengadap benda yang sama.

Second I akan ajar dia dalam start pukul 6.30pm - 7.00pm.  Sebab waktu tu dia dah makan (sebab dia sampai rumah 4.30pm, so I akan bagi dia makan dalam 5.00pm), dia dah mandi, dah relax, dah dapat berehat tengok TV.. kira waktu ni waktu sesuai untuk dia buat revision or homework. Kena carik waktu sesuai dengan anak.  If I start at 7.00pm, by 7.30 pm or 8.00pm dah stop. But dalam masa 1 jam tu bukan straight buat homework atau revision atau membaca.. selalunya ada 3 session dalam 1 jam.

Contoh

start 7.00 pm - 7.20pm : buat homework - bukan straight 20 mins, ada Dzai berhenti minum, ke toilet

7.20pm - 7.40pm : berhenti solat / Dzai nak berhenti minum or tengok TV sekejap

7.40pm - 8.00pm : sambung revision - dalam waktu ni pun Dzai ada stop few times untuk minum, toilet

Contoh Dzai's timetable.

Third yang penting , environment... Digalakkan anak-anak ADD ni belajar dalam environment/bilik/tempat yang kosong, yang tiada gangguan dari segi gangguan bunyi atau gangguan penglihatan macam TV, mainan, or anything yang akan kacau tumpuan dia. I have tried this before.  Belajar dekat family area yang jauh dari TV and his toys, tak menjadi jugak.  So now I perasan dia suka belajar kat bilik dia walaupun ada toys ada books, tu tak emnganggu dia. And tempat meja makan and living room pun di suka buat kerja situ. tapi kena tutup TV lah semua. and yang jadi gangguan selalu, adik dia hahaha

 And cara I lastly, reward progrm.  Ada yang setuju dan ada yang tak setuju pasal rewar program ni akan memanjakan anak, but for me it works.  Maksudnya, dengan reward program ni, Dzai lagi semangat nak buat kerja.  Lagi bersungguh nak buat revision dan homework.  reward tak tentu yang besar dan mahal. Selalunya I akan bagi 3D sticker.  Tu pun dia seronok.  Kadang-kadang stationery.  Kalau dia dapat buat something 'big', macam exam hari tu, or pergi sekolah selalu tak ponteng, or be a good boy sangat, then we reward him big jugak.

Tapi ada jugak keadaan, dia nak reward lebih hehehe





 


No comments:

Post a Comment