Sunday, 30 September 2012

Origami .. kisah mummy dan Dzai

Bunyi macam sadis kan.

Memang sadis, especially for me yang tangan sememangnya keras ni hahaha

Abang Dzai mula minat dengan origami ni about 3,4 months ago.  I pun lupa macam mana tiba-tiba dia minat pulak nak buat origami ni semua, sebab I tak pernah ajar or introduce him to origami sebab I tahu betapa susahnya nak buat hew hew , but ada satu masa tu dia minat sangat sampai ajak me and Mr Hubby ke KLCC nak carik books and origami paper.

Waaa mana pulak dapat infor anakku ni.

Anyway, itu bermulalah episod mummy kena melembutkan tangan buat origami bagai. Frankly, I hate it okay hahahaha seriously , menyampah betul buat origami ni sebab I ni tak berseni, tak pandai langusng nak figure out how to do it walaupun dah ada step by step kat buku.. selalunya memang tak jadi... tapi abang Dzai ni pun kelakar, dia beli, dia minat sangat, dia tak tau buat, dia tak nak cuba sebab takut salah, lepas tu mummy jadi mangsa keadaan ... boleh???? Tapi good thing about origami, it is a good OT material especially for fine motor skill... and its fun way in learning using the fingers sebab melipat kertas bagai and a good thing for focus and attention ... bila buat ni, abang Dzai punya attention span increase , sebab dia boleh duduk dalam 30mins to 1 hour just to do this... bagus kan for OT material...

Nak tak nak, mummy kena lah buat jugak.. kdang-kadang dinosaur jadi macam rupa kuda, goal post jadi macam khemah pun ada... janji ado kan Dzai.

And these things tak murah okay ... mahal jugak, maybe sebab I tak beli kertas jer,I beli set yang ada instruction book semua.  Tapi nak buat macam mana , abang Dzai memang minat art and craft ni.. tadi pun dia mengjilangkan diri dalam Kinokuniya bahagian stationery tu sebab ternampak glow in the dark apa ntah , yang DIY craft.. tap tak beli pun sebab banyak beli buku tadi. Maybe next time for cuti sekolah material pulak.

Ni collection origami dia yang terbaru... mesti ada berunsurkan dinosaur or binatang ... susah oooh to make animal origami... mulalah mummy dia berangin jer

'
Actually,origami ni is good for fine motor skill sebab kena gunakan jari untuk melipat kertas, and macam gambar kat atas ni , origami dari Kumon activity book tak silap, dia dah ada gambarajah dalam buku tu, cuma kena cut and paste ikut instruction.  Ni pun activity book yang bagus for fine motor skill, but Dzai still tak pandai mengunting lagi ;(

 contoh mcam ni lah yang Kumon activity book tu, which I think senang sikit dari kena melipat kertas hehe

kepala dinosaur,I think.. hahahaa Dzai ni tak nak buat sendiri, sebab dia ni takut salah, so tekalah sapa kena jadi mangsa.... mummy pulak berOT 


Ni buku origami yang beli few months ago, ingatkan yang senang-senang lah tapi hampeh... susah semuanya ke memang me yang kelabu asap.. but ada few things dalam buku ni Dzai pandai buat ;)




contoh origami from buku di atas... but Dzai ni suka benda-benda complicated macam ni, lagi susah lagi dia suka... jadi ke tak , tu belakang kira, dia ni memang suka baca instruction... kalau dia beli toys kan, the first thing dia cari : instruction! hahahaha kelakar anakku

lagi contoh buku rigami.. this set dengan kertas... ada few dah buat dan menjadi, and ada yang Dzai buat sendiri... contoh dia I tak ambik gambar, sebab malas nak cari haha

Semua buku origami ni I beli kat Kinokuniya, Harga jangan tanya sebab kena belek kat belakang buku, I lupa hehe cari dekat section Interest and Hobby.

1 comment:

  1. Origami memang sesuai utk autisme,adhd sbb bantu meningkatkan daya fokus, fine motor skill

    ReplyDelete