Wednesday, 5 September 2012

Progress bacaan dan tulisan Dzai

Its been a while since I update this blog. Super busy with raya and whatsnot.

Anyway, rindu nak update pasal my Dzai. Nampaknya dia OK kat school since hal kena buli tu. Sepanjang bulan Ramadhan hari tu, his dad jemput dia balik dari sekolah sebab balik sekolah awal kan dari hari biasa plus Mr Hubby guna time lunch dia jemput Dzai. Bila start sekolah lepas raya ni pun still dijemput cuma kalau Mr Hubby sibuk jer dia kena balik dgn aunty van dia. 

But so far tengok, insyaAllah tak ada masalah.

Okay, pasal update progress Dzai.. 

Alhamdulillah makin hari makin dia improved. Walaupun bukan dari segi pelajaran, tapi dari segi lain memang banyak dia dah improved.  Contoh : communication dalam BM, makin alert dengan persekitaran, faham dengan jadual/aktiviti seharian, trying to communicate dengan orang lain selain mummy and ayah, makin pandai bergaul, faham dengan responsible dia kena baut homework, pergi school, jaga adik hehhe

Cuma masih belum pandai membaca walaupun sudah pandai bunyikan sukukata.

Untuk BM, at school gunakan program bacaan Cahayaku.








Now dah sampai mukasurat 12... agak slow sikit rasanya sebab dari awal tahun sampai sekrang baru 12 mukasurat, akan tetapi kalau dibandingkan dengan previous page, satu mukasurat tu berbulan-bulan dia nak 'master' but lately, 3,4 kali baca dah boleh baca mukasurat lain


Ni contoh di awal mukasurat/sukukata dalam Cahayaku ni... berbulan-bulan nak habiskan 1 page hahaha but syukur dapat cikgu yang penyabar..... thank you so much Teacher fauziah!



Ini pulak program bacaan for english reading yang digunakan kat sekolah, Read Easy.  Dari awal tahun sampai sekarang, september 2012, Dzarif dah baca sampai book 4... weehhooooo hahaha .. I tak taulah dia menghafal ke apa, rasanya dia macam memorised tau few words yang dia biasa , sebab bila suruh baca buku lain dia macam tak boleh baca.. cuma ada few words dia kenal : the, on , is , big ... tak pelah perlahan-lahan kayuh ... yang penting dia kena betul-betul pandai membaca bukan setakat menghafal perkataan



Ni kaedah membaca read easy, sama dengan yang lain, kaedah phoenics.


Selain belajar mengaji dengan ustaz Ramlan yang datang ke rumah every weekend, Dzai jugak belajar Iqra' at school, termasuk dalam subjek .. everyday rasanya kecuali Jumaat, ada Hafazan... dengan Ustaz Ramlan yang datang rumah tu bukannya dia nak mengaji pun, kadang-kadang tension gilos kena paksa mengaji, ustaz pun rajin memujuk, tapi still Dzai tak nak.


But as at this week, alhamdulillah sampai mukasurat 23 dah , dah baca sampai mim ;) ... kalau baca dengan I kat rumah laju jer dia hahaha ... confident budak ni.. bagus

Buku tulisan math dia selalu buat I geli hati.. hari tu his teacher siap lukis smiley lagi , yang ni pulak dapat star.. selalu gak Dzai dapat star for buku latihan math, but buku lain .... jarang jarang hahahaha sebabnya, kalau amth tak menulis sangat, cikgu dia boleh baca tulisan (nombor) dia, kalau buku lain yang kena menulis banyak, adohaiiiiii

contoh 
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

confirmed migraine cikgu yang kena tanda buku ni.. but I have to say, I puji my son.  Kira nilah tulisan yang cantik yang pernah Dzai tulis berbanding setahun yang dulu, berbanding 6 bulan yang dulu .. sekrang ni pandai jarakkan each word, dulu semua bersambung jadi satu perkataan. Now, I pun dah boleh baca sikit-sikit tulisan dia... yelah berbanding dengan budak tipikal, memang jauh beza, but that's the thing, tak boleh bandingkan my mild autism boy yang still ada fine motor skill issue ni dengan anak tipikal yang lain.. kira tulisan ni, tulisan paling cantik di mata mummy .... hahaha mummy emo!




1 comment:

  1. bagus laa abg dzai ni.. byk dah improve nya.. insyaAllah pelan2.. nanti lagi banyak perubahannya

    ReplyDelete