Tuesday, 25 September 2012

Sejadah untuk abang

I selalu cakap yang I need to be kreatif dalam mengajar my Dzai.  tak kisahlah dari segi academic ke, dari segi OT ke, ST ke, dari segi kehidupan, house chores atau yang berkaitan dengan agama.

Austism atau tidak, dalam pendidikan agama, Dzai harus belajar seperti anak tipikal yang lain,cuma mugkin caranya mungkin berbeza sedikit. Alhamdulillah, Dzai di sekolah yang diajar matapelajaran agama sebagai subjek utama - Fiqah, Tauhid, Akhlak, Iqra' dan Hafazan. Ohh dan juga solat.

Walaupun we all ada ustaz yang datang ke rumah setiap minggu untuk mengajar mengaji, taulah dengan perangai Dzai yang up and down tu, kadang-kdang dia nak belajar dengan ustaz, kadang-kadang tak nak. But so far yang I tahu, at school memang dia belajar Iqra, dan melihatkan dari buku Iqra'nya memang ada progress, sebab dia kena huruf Jawi sejak tadika lagi.

Bila dia dah masuk 7 tahun ni, I dah kena start ajar dia puasa dan juga solat.  Bulan Ramadhan yang lepas, memang dia belum lagi berpuasa, cuma puasa cara dialah, sahur at 7am, minum air sebotol kat school-itu saja. Tak makan tak minum dari balik sekolah sampai Maghrib hehe ... bolehlah, for a start.  But next year dia kena belajar berpuasa, dapat 1/2 hari untuk setiap hari dalam sebulan tu pun cukuplah.  Kalau dapat puasa penuh whole day lagi bagus. InsyaAllah.

Tapi I pernah tengok satu rancangan ni, MHI kot, seorang ustaz memberikan pendapat pasal budak-budak yang belum baligh berpuasa.  Kata ustaz tu, actually yang penting dan yang utama,kita kena ajar anak solat dahulu, kemudian barulah ajar anak berpuasa.

That is what I'm going to do , insyaAllah, nak ajar Dzai solat.  Bukan Dzai tak tahu solat tu apa.  Dia tahu, and I rasa dia faham apa itu solat cuma dia tak faham kenapa kena solat. Bila ayah solat, dia tahu ayah solat. Kat school pun memang kena solat, subjek wajib sebelum balik. Masa mula-mula dulu, cikgu ada cakap dia tak nak ikut solat, min-main jer dengan kawan-kawan kat belakang but now alhamdulillah, dia nak dah ikut solat.  Kalau kat rumah if ayah ke masjid, kalau mood baik , dia akan ikut.And mr Hubby rajin mengajak dia, sama ada dia nak ikut atau tak. Kalau ayah solat kat rumah jer, dia akan ikut-ikut jugak ayah solat.  Ada satu hari tu pun I terkejut tiba-tiba dia solat sebelah I hahaha.  Kalau I tengah solat, dia pandai jaga adik tak nak kacau I solat.

And macam I cakap tadi, utuk mengajar Dzai ni, I kena ajar cara yang kreatif, sebab dia ni suka ikut mood.  Kalau mood okay dia buat, kalau mood tak okay dia tak nak layan. Kalau paksa.. ermmm .... memang dia akan lari, tapi we all pun tak naklah memaksa dia.  Benda yang paksa ni, nanti dia buat tak ikhlas, dia akan buat sebab kena paksa and takut bukan sebab dia kena buat.


hari tu tertengok channel TV9, rancangan Safiyya, ada pasal his website for islamic childer, Young Khalifah Terus google google tengok apa yang menariks, and I terus beli sejadah for kids.  Sangat sangatlah cute.



I piih this blue simple sejadah. Hopefully bila ada sejadah ni rajinlah sikit Dzai nak ikut we all solat.. tapi so far belum rajin lagi hahaha harga RM55.00 .. very nice material, tapi tak berapa tebal. Material dia tak mcam sejadah kita yang boleh melekap dekat lantai, so sejadah ni bergerk-gerak sebab kain dia lembut. But warna yang colourful tu memang cantik, menarik perhatian.


 Adik yang tengah standby nak 'attack' abang hihihi .. ni Dzai bukan solat, dia dah solat masa kat sekolah, tapi bila balik jer dia nampak this sejadah for him, terus dia pretend dia tengah solat. But alhamdulillah , tengok dia dah pandai solat ikut step yang sepatutunya. rukuk, sujud.. kalau dulu pakai main hentam but now, alhamdulillah pandai dah dia. cuma sebutan dia tak tau lagi.


Sekarang ni dalam emngajar anak, macam-macam material, alat, cara yang kita boleh ajar, not straight forward saja.  macam-macam yang boleh digunakan untuk membantu dalam mengajar anak-anak kita, especially my boy ni.

Ini salah satu usaha mummy. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin


No comments:

Post a Comment