Wednesday, 19 September 2012

Toilet / potty training

Disclaimer / Amaran : Kalau tengah makan , jangan baca post ni... ada gambar yg menggerunkan hahaha .. pesanan dari gegirl


I buat mukadimah pelik-pelik memang no. 1 kan ... anyway, rasa terdetik nak buat post pasal potty training.  Dzarif dah pass his potty training last year, maksudnya kalau keluar pun dia tak pakai pampers dah, but unfortunately, bila tidur malam tak lepas lagi.  If dia tidur siang pun tak pakai pampers, bila dia terasa nak buang air, dia bangun terus.

Actually I mulakan potty training Dzarif masa dia umur dalam 4 tahun macam tu (2009).  Itupun masa tu ingat nak hantar dia ke tadika, atas saranan ST (masa tu tak tau lagi dia PDD). so tadika yang dekat rumah tu suruh ajar potty training, but cuma bertahan 3 hari jer sekolah situ sebab masa tu dia belum pun umur 4 tahun. tapi walaupun tak hantar dia ke tadika tu, I start jugak his potty , and masa tu memang 'gila' kejap lah melayan kerenah dia dengan Dzafri masa tu baby lagi. For months I ajar dia, padahal akwan-kawan I lain yang tengah ajar anak potty yang sama umur dengan Dzai semua dah pass with flyin colours, my boy je tak lepas lagi.Masa tu memujuk hati sendiri , mungkin Dzai tak pandai cakap lagi tu yang susah sikit potty training dia.

Soalan : adakah anak-anak yang ada autism mungkin lambat potty?

Pada pandangan I, tak semua yang lambat.  Masalah atau cabaran utama potty untuk anak-anak autism ni sebab masalah komunikasi. Itu yang membataskan sikit, dan cabaran untuk anak-anak itu memahami arahan ibu. This is what happened to me masa ajar Dzai potty.  First dia belum pandai bercakap so susah dia nak communicate dnegan I bila dia terasa nak ke toilet.  Plus dia tak berapa faham keperluan kenapa tak boleh pakai pampers dan kenapa kena ke toilet.  Bukan mustahil, tapi mngkin akan ambik masa yang lama sikit , but kalau anak itu pandai bercakap dan tahu berkomunikasi, insyaAllah tak ada masalah.

Apapun : SABAR! 

Lama jugak nak bagi dia pass... almost a year hahahaha... rasanya boleh dapat anugerah paling lama kena belajar potty, maybe teacher mummy dia yang tak pandai ajar ;) ... but bila dia masuk kindie tahun 2010 tu, the first 3months memang on and off dia pakai pampers, but his class teacher tak bagi pakai sebab nak ajar dia kan, kecuali masa dia pergi field trip tu adalah pakaikan dia pampers and memang sentiasa ada extra seluar and pampers dalam his school bag.

Cara I ajar Dzai potty secara berperingkat. Macam tips from babycenter ni :

ABC of potty training
Tapi I tak ikut exactly macam ni.

A - access your child readiness
I kena ajar Dzai potty sebab umur dia bersesuaian dah masa tu plus keperluan untuk masuk ke kindie masa tu kena diaper-free. I mungkin dah lewat ajar Dzai potty masa tu, maklumlah anak pertama, banyak perkara yang terlewat ajar sebab tak ada pengalaman lagi.  If kita rasa anak dah ready for potty seawal umur 2 tahun lagi atau sebelum tu, why not mulakan awal.. tak salah. 
B- buy the right equipment
Equipment dalam potty training ni yang I tahu is the potty untuk ajar the child tempat untuk dia buat his/her business , dan untuk ajar dia tak boleh buat kat tempat lain especially lantai hahaha the right place to do is in the toilet. But Dzai tak nak pakai pun, dia rasa macam geli. Dia lebih suka berlari masuk toilet, tapi yang tak best, tak buat kat toilet bowl, atas lantai toilet jer, so kena aware sentiasa sebab nak kena basuh lantai toilet.


contoh potty yang boleh kita pakai but nowadays dah macam-macam jenis, yang ada muzik pun ada hehe beli ikut keperluan anak

The other 'equipment' yang penting is this :


memang sentiasa handy kat living room or dapur.  masalah dengan Dzai masa tu, dia tak pandai bercakap lagi. so setiap kali he needs to go to the toilet, dia tak sempat nak lari, dia akan 'terbuat' his business kat mana-mana saja ... masa tu puas explained to him yang dia kena pergi toilet, but I guess, it make sense now , mungkin masa tu dia tak berapa nak faham. lagipun , makcik cleaner ni kena bertindak cepat dari mengelakkan dia bermain dengan takungan air itu and plus masa tu Dzafri tengah merangkak, takut adik kena kotoran yang tidak perlu hahaha

And sekarang pun ada training pants. I think bagus beli training pants tu kalau sesiapa nak ajar anak potty.

C- create the routine

cara I ajar Dzai macam ni.
  • first 2 weeks - every 10 minutes ajak dia ke toilet or tanya dia nak ke toilet atau tak.  ada yang kata bagi kurang air, tapi i tak naklah buat macam tu. but my 2 weeks tak berjaya , so makan masa 1 bulan jugak untuk routine 10 minit ni. masa ni still on and off pakai pampers ke sekolah.  and memang ada kejadian dzai terbuang air besar kat living sebab tak sempat ke toilet, atau tak sempat mmebuang kat potty dia.but bila dia rasa tak selesa buat macam tu, dia cuma buat big business masa malam, bila dah pakai pampers hihi
  • 2nd months - 4th months - every 20 to 30 minutes kena tanya dia ke toilet. masih lagi ada kejadian tak sempat ke toilet, tapi dia dah pandai nak control and ke toilet sendiri.
lepas tu I lupa pasal apa lama sangat baru dia nak master potty ni. yang I ingat masa tu, his potty training tergendala sebab Dzafri meninggal, and I pun dalam keadaan yang ting tong lagi masa tu. But kemudian, slowly dia dah pass nak ke toilet sendiri bila kat rumah.

memang set routine tu penting.  Bila dia dah tau waktu ke toilet, so senanglah .

Masa nak keluar berjalan, ni pun cabaran jugak. at first I tak confident but bila difikir sampai bila nak takut-takut kan, so I buat trial and error.  But dlm bag dia mesti ada :

  • seluar and baju
  • spender
  • wipes
  • pampers
Berbulan-bulan jugaklah kalau keluar mesti bawak these things. And its  good thing bila dia start belajar ke toilet bila keluar, dia start belajar baca 'signboard'. From here dia tahu toilet for men and women, sign ke toilet etc ... Tahun 2011 masa masuk kindie, memang diaper free masa ke sekolah, kecuali kalau pergi field trip and masa sukan , sebab bila dia tengah gembira atau sibuk, dia lupa ke toilet.

D - ditch the nappy

I belum tahap kena lupakan pampers lagi sebab still pakai waktu malam. Cuma sekarng dia pakai cloth diaper macam adik dia, so hopefully cepatlah dia terasa tak selesa pakaikan so that dia boleh bangun malam hehe

E to H kira oklah kot, done hahaha


Lepas dia dah pandai ke toilet, ntuk bagi dia comfortable lagi, we belikan dia seat cover yang cushion tu supaya muat untuk bahagian punggung dia


children toilet seat cover yang ber'cushion' - something like this.. macam-macam pattern ada jual
cuma J - jump for joy belum lagi pasal tak lepas malam lagi.

urrrmmmmm

2 comments:

  1. susah jugak ye kak nak ajar.. risau plak ain.. nnt bila nak ajar auf plak.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. hehehe mungkin dgn auf senang jer ain.. akak dgn dzai je payah sikit.. kawan2 akak semua buat dlm masa seminggu, dua dah okay

    ReplyDelete