Wednesday, 31 October 2012

learning material - spelling puzzle

Macm nilah I sejak dapat tahu yang Dzai ni ada learning difficulties. Pergi mana-mana mata mesti carik bahan yang sesuai untuk bantu dia belajar. Nak-nak dia kat mainstream kan, banyak dugaannya sebab dia dilayan seperti budak typical yang lain, so mummy and ayah memang banyaaaaakkkk kena bantu dia in terms of learning.


beli kat Toy R Us, KLCC - RM42.90 kot . Nak cari benda lain sebenarnya tapi tk ada so terjumpa ni, belilah yang ni sebab bagus untuk ajar Dzai mengeja in fun way 


 card dia macam ni



untuk main puzzle ni, memang kena duduk dengan Dzai sebab dia belum pandai mengeja dan membaca, but ni salah satu cara nak ajar dia spelling... namppak dia seronok jugak, and at least dia tahu and insyaAllah bila banyak kali dia tengok word tu dia boleh mengeja sendiri ...

Monday, 22 October 2012

Final Sem Exam Result (2012)

My boys kena admitted last Thursday sebab pneumonia. 'Meriah' gitu sebab 2 bedded room tu budak-budak ni conquer habis hahaha ... fening gegirl!

Alhamdulillah last Saturday dah discharged.  Kebetulan pulak hari Sabtu tu ada parent-teacher day, kena ambik report card Dzai. Faham-faham je lah part tunggu bill tu memang makan masa, dah faham sangat. Mana-mana hospital pun. So we mintak permission doctor untuk keluar sekejap pergi sekolah Dzai dengan tangan budak-budak ni still berbalut line tak bukak lagi.

Dzai's result agak menurun sikit kali ni.  Ada 2 subjek yang fail iaitu English and Jawi. But both me and Mr Hubby tak terkejut and tak marah pun sebab bila tengok his paper, memang we all faham sangat kenapa dia tak boleh buat.  My Dzai ni kan belum boleh baca lagi, so exam akhir tahun ni especially English paper banyak comprehension and spelling... how to answer if dia tak tau baca lagi... same goes to BM paper and Jawi ... jawi pun kena mengeja rumi ke jawi ... kesian Dzai.... I think dia belum sampai ke level tu. Tak pelah slowly

A - Seni Visual and Pendidikan Jasmani, Practical Wudhu
B- Sains dan Teknologi,
C - Pendidikan Islam, Arab, Matematik, BM Pemahaman, BM Penulisan
D - Jawi
F - English


For 'Band'
Band 1 - Arab, Pendidikan Islam
Band 2 - English, Matematik, Seni Visual
Band 3 - Pendidikan Jasmani



Overall class ranking : 15/16
Level ranking 88/91


From his result ada few things I nak highlight :

  • Walaupun his grade semua menurun , tapi yang I perasan his confident level makin meningkat. Before this bila exam dia akan kata tak nak buat or tak boleh buat sampai cikgu kena panggil displine teacher (sebab Dzai takut dengan puan tu haha), but kali ni cikgu kata tak ada drama.
  • Dalam masih tak tahu membaca, for him to get B dalam  Sains dan Teknologi (soalan subjektif dan objektif) tu memang cukup yang membanggakan .  I know dia suka sains sains ni semua sebab at home selalu buat experiment sendiri.  Sampai kalau pergi bookstore pun nak beli buku sains yang boleh buat at home.
  • Arab boleh pass, English fail hahahhaha ... dari last semester lagi, dia pass Arab... bila suruh cakap Arab dia tak tau hihibut bila exam pandai pulak dia menjawab.. misteri ini belum lagi terjawab... mummy msdh lsgi dalam kepelikan 
  • Dalam laporan Pendidikan Jasmani for Band 3, cikgu ada tulis yang Dzai  boleh melakukan pergerakan berdasarkan konsep pergerakan dan melalukan aktiviti fizikal berdasarkan konsep kecergasan - rasanya bolehlah samakan PJ ni dengan aktiviti OT kan.  Dzai dapat A and Band 3 for PJ subject, alhamdulillah , pandai lah dia balancekan badan, berlari, melompat ... masa first time OT last year, kelakar betul tengok dia buat semua ni, macam Mr Bean sebijik hahaha ... 
  • His class teacher puji masa buat Seni, Dzai buat cantik and nampak dia have fun and seronok sangat masa buat tu. So I told his teacher at home banyak buat art and craft sebab bagus untuk his fine motor skill. And Dzai memang suka and enjoy buat arts.  At least ada jugak benda yang dia minat dan pandai kan... his class teacher pun agree with my statement tu hahaha ;)
  • Dari segi social interaction semakin improved. Syukur. Tak ada masalah dalam berkawan, kawan usik dia, dia usik kawan tu normallah ... for me okay jer, asalkan jangan luka, bergaduh, bertumbuk dah .. takut nak dengar kalau cikgu kata 'dia suka menyendiri' macam masa kat kindie. Alhamdulillah syukur, makin pandai berkawan.  Makin pandai communicated dengan friends and teachers. Mengikut kata/arahan cikgu. Dan yang paling penting, Dzai makin banyak vocab dia, BM dan English. Syukur ya Allah, Dzai makin pandai bercakap.
  • Dari segi ranking, Dzai dapat second last dalam kelas... well not badlah kan , my mild autism boy bukannya the last one hahahaha notti mummy ... yelah, overall ranking pun dia dapat forth last , maknanya ada 3 budak bawah dia ... I bukan membangga but his class teacher selalu, parent Dzai jer yang declare anak ada masalah pembelajaran, parents yang lain walaupun  terang-terangan anak ada masalah tapi masih mengaku anak 'normal'... I know, denial parents , but jika dibiarkan anak tu macam tu saja without proper assistance , I rasa tak patut ...  siapa yang tak sedih dan terkejut if anak ada masalah , but as parent kita tak boleh biarkan saja dan tutup mata, if anak bermasalah, then kita as ibu bapa kena bantu anak itu dan jangan biarkan dia keseorangan .... sorry , me emo .. cuma sedih dan kesian kat budak tu jer ...
 So far , alhamdulillah, semua ikut apa yang dirancang.  Last year lagi masa nak masukkan dzai sekolah, we all ada plan A, B ,C ... sampai Z hihi .... our plan if Dzai masuk mainstream, biarlah Tahun 1 ni dia menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah, memahami rules and regulation , memahami aturan masa, berkawan dengan student yang lain, belajar mendengar arahan cikgu, belajar bercakap, nak memantapkan communication and social skill dia.... bab academic, we tolak ke sebelah dulu. Dan alhamdulillah, Dzai dapat buat semua tu walaupun hanya 70% dari apa yang dirancang. Syukur.

Jadi, tahun depan, no more play play ya darling ... cuti sekolah ni pun plan dah ada for him. ST and Tutor ke rumah untuk ajar dia.  Hopefully, sebelum masuk Januari 2013 ni, dapat bersedia untuk Tahun 2, insyaAllah.
 

Friday, 19 October 2012

bila malam ... (kisah pendek di hospital)

Buat masa ni I kat hospital because the boys admitted sebab jangkitan paru-paru.

Disebabkan selalu batuk, adik kerap jugak termuntah, doktor kata okay muntah tu tapi kalau muntah terlalu kerap sampai tak larat, tak boleh makan minum aah yang tu penyakit lain ... so nak dijadikan cerita , dia termuntah pukul 11.00pm. terpaksalah panggil nurse bantu bersihkan lantai. and nasiblah cleaner on duty lagi masa tu.

borak-boraklah dengan kak cleaner tu. so I asked her, "kak, malam-malam ni kurang sikit kan kerja...."

"uihhh dik .. kadang-kadang teruk jugak ... kalau muntah begini tak apa lagi... tu nak lap darah darah banyak tu... uissshhhh "

"darah apa kak?"

"malam malam sebegini banyak kes gaduh... selalunya bangsa asing (she mentioned it but I tak nak tulis sini) . gaduh sampai ada yang parang di kepala, betis patah .... itu gaduh ... darah menitik banyak macam kolam ....."

"kalau accident lagi teruk .. pernah ada accident 2 beradik. pukul 5 pagi .... otak salah sorang terkeluar eeeee ... darahnya usah cakap dik"

ohhh meremang pulak tengkuk ku .. lepas tu ingat nak sambung borak lagi tanya akak ada pernah tengok kematian tak.. tapi baru teringat, malam jumaat ya cik baya, kang ada yang tak dapat tidur sebab teringat cerita ni hahahaha

but kakak tu sambung lagi " darah orang beranak lah yang paling banyak .... pernah ada ibuk tu tak sempat masuk ke dewan bersalin, sudah beranak kat bawah (entrance)"

"okay kak cukuplah cerita darah ... pening lak saya" hahahaha 

tak sangka kakak cleaner ni pun banyak pengalamannya  ..

fine motor skill - improvement bab writing and scissors

Semasa assessment last year, barulah mummy and ayah Dzai ni tahu, kalau budak by age of 5 yrs old (diambik kira umur Dzai masa tu 5yrs 5 mths) tak tahu menulis dan menggunting, sebenarnya itu bukan lambat and jangan sekali kata nanti dia pandailah bila masuk sekolah. Itu adalah salah satu simptom masalah pembelajaran.

I dont know exactly what age anak-anak ni harus pandai menulis, ye lah macam Dzai memang agak lambat development dia part ni, Dzafri pulak tak sempat diajar menulis apa (meninggal dunia umur 1 thn 3 bulan), and Dzayd ni baru 10 months. But apa yang I nampak with my friend's children , seawal umur 2 tahun sudah pandai menulis dan dalam umur 3-4 tahun sudah pandai menggunakan gunting.



Tapi tak pe lah ... better late than never kan hik hik ... selepas 2 thn lebih diagnosed , dah tahu mana kelemahan dia , mana part yang harus 'diperbetulkan' , mana part yang kena mummy and ayah support Dzai sepenuhnya untuk cuba buat, alhamdulillah , Dzai dapat menulis, memegang pensil dnegan betul dan menggunting .. yeeeyyyy!

Macam mana Dzai and I buat? entahlah... macam-macam kot .. hahaha kadang-kadang kesian dekat Dzai kena buat ikut cakap mak dia, that's why I ena cari fun and creative way dalam mengajar Dzai bab menulis dan menggunting. Actually bukan 2 benda ni saja yang Dzai lemah before this. Bukak dan tutup button, bukak dan tutup zip, bukak kunci pintu, bukak mangga pintu, makan dengan tangan, bukak bekas makanan, bukak tudung botol air , macam-macam lagi yagn dia lemah dalam penggunaan fine motor skill ni.

So I mengikut advised psychologist sebelum ni, galakkan Dzai untuk buat house chores, dia kena ada duty sendiri kat rumah. Sedikit sebanyak bila dia dapat buat house chores, akan dedahkan dia dengan banyak penggunaan fine motor skill dan juga menjadikan dia lebih matured untuk buat semua benda ni sendiri tanpa bantuan.  Bila kena buat sendiri, dia akan berfikir sendiri macam mana nak buat.

Selain dari tu lebih suka mengajar dia menulis, memegang pensel, memegang gunting, main dengan glue dan warna dengan cara buat art and craft. dengan cara ni Dzai dapat belajar dengan cara yang fun dan tak bosan bagi dia.

Contoh macam gambar kat bawah ni kan.  Dzai buat tabung dari tin kosong. Dia ikut sebijik instruction dari buku sains yang dia beli kat Kinokuniya hari tu : http://mummydhk.blogspot.com/2012/10/material-fror-cuti-sekolah-sains-di.html . 

Nasiblah dalam buku ni simple experiment jer yang boleh buat kat rumah, ambik benda recycle jer... kalau yang susah-susah fengsan mummy.

Semua benda untuk siapkan tabung ni dia buat, kecuali buat lubang kat bekas penutup plastik tu and cover whole tin dengan kertas berwarna.  Melukis bentuk arnab, gunting ikut bentuk, gamkan gambar arnab tu semua Dzai yang buat.

So dalam aktiviti ni , dia boleh

  1. melukis sendiri - pegang pensel dah boleh sangat, alhamdulillah . bukans enang nak lukis arnab, walaupun tak cantik mana arab tu, yang penting adalah rupa sikit arnb, and he is confident dapat buat
  2. menggunting sendiri gambar arnab - yang ni memang terkejut. masa dia buat tu I was busy packing sebab nak ke hospital, both boys demam and batuk teruk. so sambil tunggu me and his ayah sampai, Dzai pun continue buat tabung dia tu.... tengok-tengok jer dah siap lukis, gunting and gam kat tabung. so it means memang dia dah confident menggunting. alhamdulillah. fine motor skill its not a problemo lagi (yang I tau lah hahaha)
  3. tak geli pakai gam lagi yipee




Masa mula-mula tahu kalau anak tak pandai lagi dalam penggunaan motor skill or ada problem dengan fine motor skill, bermakna salah satus simptom learning difficulties (autism, dyslexia), sebab sebelum ni I ingat Dzai lambat pandai ...

With Dzayd, insyaAllah i will be extra careful dalam monitor progress and his milestone.


Tuesday, 16 October 2012

Mr DIY - slippers

Mr DIY ni nama kedai kat Aeon Setiawangsa, but I rasa banyak cawangan kat tempat lain.  Few of my 'sisters' dari AM ada sebut banyak kali about this shop , and I pulak memanglah kalau pergi Aeon Setiawangsa selalu lalu kat kedai ni tak pulak jumpa DIY stuff yang selalu dorang cakapkan tu. Ke gegirl yang confuse setiap kali masuk situ pandang tempat lain hahahhaa

Anyway, last Saturday we went there. And yes, ya Allah, banyaknya DIY stuff yang sesuai untuk kegunaan OT activities di rumah for Dzai.  Rambang mata sekejap.... banyak jugaklah I ambik sebabnya harga dia tersangatlah murah.  Yang I ambik tu price range from RM2.30 - RM2.80 jer tak lebih RM3.00. As at today banyak dah my Dzai buat.. nampaknya kena pergi lagi ni!

 cant remember exactly harga dia but price range macam I sebut tadi.  macam-macam colour slippers or ikut animals yang kita nak




cuma satu masalahnya, kita kena 'jahit' selipar ni.  dalam satu pack tu ada sepasang foam selipar, stickers untuk hiasan, tali and jarum plastik for us ikat bahagian tepi untuk bentuk selipar.  part ni I yang buat.  Dai tak pandai lagi. cant blame him  .... kalau dia tahu buat or nak mencuba, this is very good activity untuk fine motor skill and concentration.

 bila dah siap jahit ... tadaaaaa akan rupa macam ni. and hen barulah Dzai memulakan tugas-tugas menampal sticker yang dah ada dalam pack tu.  Dzai ni suka tiru sebijik macam dalam gambar.  his imagination and creativity agak terbatas. apa pun benda or toys or anything , dia akan cuba sedaya upaya ikut exactly macam contoh gambar.. I selalu bagitau its ok buat jer yang mana ikut Dzai suka.. waa mengamuk pakcik tu, nak ikut sebijik ... buatlah asalkan happy


cute kan ... semua tu Dzai buat sendiri. peel the sticker, lekat sticker ikut gambar yang ada ... and of course ada peminatlah kan hahahahha


It is really fun playing 'teacher mummy-school-at-home' ni ... tak kisahlah homeschool ke, montessori dalam rumah ke, art and craft dalam rumah ke but seriously, memang seronok buat-buat benda ni dengan Dzai. 

As I said earlier, the material tak semestinya mahal, benda yang murah macam ni pun banyak benefitnya.  Memang bagus sangat for our OT task kat rumah ... yelah, mummy kan therapist jadian hahaha so kena banyak cari and survery material sendiri.

Wednesday, 10 October 2012

tambah tolak menggunakan beads

This idea I ternampak kat internet, website mana lupa pulak, but its a very good idea untuk buat matematik especially for topik tambah dan tolak.

Menggunakan beads.

Beads ni beli kat Toy R Us.  Satu bekas yang penuh dengan beads ni baru RM32.95 , ada 950 beads. Selalunya beads ni digunakan untuk buat accessories kan macam rantai, gelang .. but I gunakan untuk Dzai mengira, buat tambah dan tolak.  Pilih beads yang besar sikit, kalau kecik sangat yang halus tu nak pegang pun susah. 

Selain dari buat matematik, its good for fine motor skill activity too. 

 colourful beads dalam panjang 1.5cm lebih kurang

 I gunakan bekas telur sebagai tempat Dzai letak beads untuk mengira. senang. contoh 12 + 7 . satu bekas letak 12 beads, satu bekas letak 7 .. so dia tak confuse.

at school dia tak daptlah gunakan methd macam ni. kalau tambah tolak tu kena pandai kira sendiri, but kat rumah I bagi dia gunakan cara ni supaya dia faham konsep tambah dan tolak tu macam mana

books on autism spectrum - playing

I ada beli these books lama dah, few months ago. cuma dapat buat sikit-sikit jer activity from these books. so since Dzai pun dah habis exam and banyak masa terluang after balik school, haruslah mummy dia kena pandai plan dengan free time dia supaya Dzai tak boring and dia taklah mengadap toys and cartoon Ultraman tu jer.

 Playing, Laughing and Learning with children on the autism spectrum by Julia Moor
Kinokuniya RM83.41




 in this book, memang banyak activities yang boleh kita buat dengan anak. kebanyakkannya activities dalam buku ni kita boleh buat kat rumah menggunakan benda-benda yang ada dalam rumah




 contoh index activities yang boleh kita buat. ada contoh problem anak-anak autism, solution permainan yang boleh kita buat, together with list of materials yang kita perlukan dan instruction permainan


 Ini pulak buku untuk activities sesuai untuk anak yang ada masalah social and motor skills and sensory processing disorder

Early Intervention Games by Barbara Sher
Kinokuniya RM55.80


 index activities dalam buku ni . terbahagi kepada social gross motor games, social fine motor games, water games.


dalam buku ni detailed sikit. setiap activity diterangkan tujuan aktiviti, goals, materials, set up, directions, variations, what is being learned and modifications. banyak activities yang melibatkan secara berkumpulan, but kita boleh gunakan aktiviti tu untuk one to one.

Tuesday, 9 October 2012

Sand Art



(actually starfish dia ni cantik, bila mummy kcau jadi buruks sikit hahahaha)

Mesti ramai yang familiar with sand art ni cuma me jer yang tak tau hahahha bukan tak tau apa, tak pernah beli sebab me tak tau macam mana nak buat, so kalau i tak tau , nanti macam mana nak ajar Dzai kan. and I thought Dzai tak minat sebab ingat ni girly stuff hek hek ... rupanya sangkaan ku salah 

I bought this sand art kat kedai majalah kat carrefour hari tu.  RM2.50 tak silap satu set dengan gambar and sand kaler-kaler tu.  Saja je beli sebab macam tergerak nak buat dengan Dzai. so I bought 3 set.  Memang selama ni mana-mana kedai pun jual benda alah ni kan cuma I jer yang tak pernh beli.

So semalam cubalah buat dengan Dzai since dia pun dah habis exam, so petang-petang macam free sikit tk ada benda nak buat.

And I found this thing amatlah useful sebab :

  • buat ni memerlukan focus and concentration sebab sekali dah mula, akan buat sampai akhir,  sampai habis.  so abang Dzai semalam dengan tekun dan cermatnya tak nak bagi tumpah sand tu, buat dari mula sampai habis.  ambil masa dalam 30-45 minit. alhamdulillah. satu sessi yang lama tu for my ADD boy.
  •  bagus dalam penggunaan warna. for kids yang masih lagi menggunakan satu warna untuk semua gambar, this is one cheap and good art and craft. sebab each bentuk or each gambar tu boleh letak lain-lain warna, selain tu boleh belajar warna etc. macam star warna apa, huruf ni nak warna apa, fave colour apa....
  •  good for hand and eye coordination sebab macam Dzai semalam dia berhati-hati sangat takut sand tumpah nanti mummy jadi incredible hulk hahaha anyway, its good for eye and hand coordination sebab kena gunaan both untuk buat benda ni. Dzai ni kadang-kadang if dia concentrate bab tangan, mata dia entah kemana tu yang kadang-kadang benda berterabur, tumpah
  • good fine motor skill sebab nak meratakan sand tu supaya kena kat gambar tu dengan menggunakan tooth pick

Tapi yang tak  bestnya, ini sesuai untuk aktiviti outdoor dan bukan indoor. walau macam mana careful pun abang Dzai semalam, still ada sand tertumpah and kena lap and mop semua... so dinasihatkan, jangan buat mistake macam saya , baik buat kat luar rumah hahaha

As I always put in my post, bila ada anak yang ada learning difficulties ni, yang ada anak masalah fine motor skill and others , memang kena kreatif . Tak semestinya material mesti yang mahal, yang murah pun banyak gunanya .. yang penting mummy kena pandai survey survey .... ;)

Thursday, 4 October 2012

thursday rambling

Every parents ada cara parenting yang berbeza.  Tidak akan sama.  Kalau kita bandingkan cara parenting our parents dan cara kita, mesti ada perbezaannya. 

Tiada parenting yang salah, cuma kalau parent mengajar anak-anak ke jalan yang bukan-bukan, mengajar anak benda yang salah, then lain ceritalah kan ... but for me , every parent ada cara yang terendiri dan cara yang unik untuk mengajar anak.

Janganlah kerana anak-anak parent A semuanya berjaya, semuanya berpelajaran tinggi, janganlah pula parent B yang mempunyai anak bermasalah dalam pelajaran dikutuk caranya dalam membesarkan anak.

Tidak perlu.

masing-masing ada cara tersendiri.

Janganlah bermegah benda yang tidak nyata, benda yang kita sendiri tidak akan tahu kerana segala kejadian berlaku adalah kerana Allah dan hanya Allah saja yang maha mengetahui ... janganlah mendabik dada anak yang berkelulusan tinggi itu akan berjaya dunia dan akhirat, jika solat pun entah ke mana.

Dan janganlah mengherdik anak orang lain yang kurang pelajarannya, kerana mana tahu, dengan izin Allah, anak itu yang menjadi ahli Syurga.

Wallahualam

Wednesday, 3 October 2012

Baby Khalifah series


Dah lama dah nak beli this Baby Khalifah series for Dzayd since dia baby tapi asyik postponed sampai time dia pandai respond sikit. And not only for Dzayd, abang Dzai pun boleh tumpang belajar sama kan.

Beli kat Bukuonline2u.com  . Harga RM90.00 + RM5.00 postage.  Very fast and efficient service.  Order hari Isnin, buat payment semua before 3pm, they post same day jugak, and semalam dapat dah...


 6 set of books dalam tu with 6 CD- Adab, Iqra, My first Arabic, My first Kalimah, Family and Solat.  But these CD kena pakai with laptop or computer tak boleh pasang kat TV, sebab dia macam learning interactive CD, ada soalan boleh jawab, so kita kena click jawapan tu

Gift yang dapat, tak taulah memang dalam set or gift dorang bagi , alhamdulillah.. yang CD tu pun free , dalam tu ada macam-macam : doa, cerita Nabi, belajar iqra, belajar Quran

Kartun dalam English, gegirl punya suara nama Aishah... cartoon pun okay, amatlah terang and seronoklah budak nak tengok.. Pasang kat Dzayd yang 10 bulan tu pun excited sampai nak pegang-pegang. And the carton tu colourful lagilah menarik perhatian budak-budak kan.

Setiap CD mengikut CD yang attached dengan buku tu.  Contoh kalau Iqra : CD dia pasal belajar Iqra lah. so far baru pasang CD Iqra and Family .. 

And buku yang dibagi tu macam activity book tu sesuai dengan umur Dzai kot.


Tuesday, 2 October 2012

Menu Dzayd : sup cendawan

Dilemma I setiap hari : what to cook ... ada time tak to cook ahaks!  Bila angin malas tu menjelma, well... setiap hari menjelma hahaha , kalau boleh Dzai and Dzayd's meal I nak masak sekali jer.. sebab selalunyalah, Dzai suka makan nasi dengan ikan goreng or ayam goreng or sup .. Dzayd pulak mana boleh makan goreng-goreng lagi kan, so whether its puree, baked or sup. Then I kena masak 2,3 kali, fenat okay... lunch/dinner for Dzai, lunch/dinner for Dzayd and dinner for Mr Hubby, the big boss.

So , bila kemalasan mummy melanda , mari masak meal yang semua boleh makan hihi I mean, for Dzai and adik.


 Mummy's simple recipe : sup mushroom with egg tofu and asparagus. Lebih suka gunakan shitake, tapi masa ni Cold Storage tak ada shitake, so ambik brown mushroom




For Dzayd's meal yang kena tumis, I akan gunakan olive oil 


bahan-bahan
bawang putih 
egg tofu
fresh brown button mushroom
asparagus 

cara buat macam masak sup biasa. tumis bawang putih sikit dengan olive oil. masukkan semua.  kalau rajin, masukkan fresh chicken stok, lagi yummy.. for Dzayd, I blend sup ni jadi puree, well macam mushroom gravy ada jugak hihi and bila makan petang nasi yang di lenyek with sup tu I blend tapi tak halus. 

For abang, nasi panas and sup panas ... habis satu pinggan and satu mangkuk sup ;)






Monday, 1 October 2012

Attention Deficit Disorder book



Dapat jugak beli buku ADD ni.  Agak susah nak carik buku pasal ADD, sebab selalunya title book mesti ADHD but actually lebih kurang sama condition disorder ni, tapi kalau buku ADD mesti solely focus pasal ADD kan.

Attention Deficit Disorder - The Unfocused  Mind in Children and Adult - by Thomas E Brown.  Beli kat Kinokuniya, bahagian Psychology, RM68.40.

material for cuti sekolah : sains di rumah

Masih lagi cerita tentang plan cuti sekolah nanti.  Since ada baby ni, I kena buat plan dan perancangan.  kadang-kadang plan menjadi, kadang-kadang tidak. Kalau tak buat plan susah sikit, nanti kelams dan kabuts jadinya, if dah tahu atau dah ada material and plannya, senanglah sikit nak ikut kan.

Last Saturday we went to KLCC, abang Dzai nak beli books and toy... toy tu tetap ada aiissshh.. so  berjalanlah kami di awal pukul 10.00 pagi tu to Kinokuniya , nasiblah dah bukak.. and memang betul dia nak beli buku, selain dari buku origami, dia terjumpa buku Saintis Kecil ni, DIY sains thingy at home and dalam BM. Terjumpa dekat section kanak-kanak (BM), hujung sikit kat kaunter Customer Service. Its a good book untuk yang suka buat DIY kat rumah.  Macam Dzai darjah 1 kan dah belajar Sains dan Teknologi, so when he found this book memang dia happy sangat sebab banyak benda dia boleh buat at hom



RM49.90




Abang Dzai ni sebenarnya seorang yang suka berfikir.  Kalau toys pun dia suka beli Transformers, Ben 10, Power Rangers - benda yang boleh sambung-sambung and cmplicated, something yang ada istuction.  macam buku ni, even though dia belum pandai membaca, looking at the pictures tu jer dia dah agak nak buat macam mana ...

Yang tak bestnya, "mmmy, can we do this"... "mummy, bestnya, I want to do this mummy, please" .... apasallah dia pilih mummy jer hahahaha selalu suruh dia belajar dengan ayah, ayah pun rela tapi kena weekend jer lah, tu jer waktu free time Mr Hubby, tapi Dzai mesti jawab : 'no..ayah tak pandai' hahahahaha mungkin dari kecik sampai sekarang , dia belajar dengan Teacher Mummy, tiba-tiba belajar dengan ayah dia mesti tak nak hehe

I pun dah start kumpul bahan-bahan yang patutu : botol, kotak, paperclip ... mana yang patut ... its ging to be fun, fun cuti sekolah hahaha cuti or not cuti, mata budak-budak ni pukul 7.00am jer dah terbukak besar, tak boleh mummy nak sleep lama sikit , so tulah I cakap .. 'fun fun cuti sekolah' !!!