Friday, 19 October 2012

bila malam ... (kisah pendek di hospital)

Buat masa ni I kat hospital because the boys admitted sebab jangkitan paru-paru.

Disebabkan selalu batuk, adik kerap jugak termuntah, doktor kata okay muntah tu tapi kalau muntah terlalu kerap sampai tak larat, tak boleh makan minum aah yang tu penyakit lain ... so nak dijadikan cerita , dia termuntah pukul 11.00pm. terpaksalah panggil nurse bantu bersihkan lantai. and nasiblah cleaner on duty lagi masa tu.

borak-boraklah dengan kak cleaner tu. so I asked her, "kak, malam-malam ni kurang sikit kan kerja...."

"uihhh dik .. kadang-kadang teruk jugak ... kalau muntah begini tak apa lagi... tu nak lap darah darah banyak tu... uissshhhh "

"darah apa kak?"

"malam malam sebegini banyak kes gaduh... selalunya bangsa asing (she mentioned it but I tak nak tulis sini) . gaduh sampai ada yang parang di kepala, betis patah .... itu gaduh ... darah menitik banyak macam kolam ....."

"kalau accident lagi teruk .. pernah ada accident 2 beradik. pukul 5 pagi .... otak salah sorang terkeluar eeeee ... darahnya usah cakap dik"

ohhh meremang pulak tengkuk ku .. lepas tu ingat nak sambung borak lagi tanya akak ada pernah tengok kematian tak.. tapi baru teringat, malam jumaat ya cik baya, kang ada yang tak dapat tidur sebab teringat cerita ni hahahaha

but kakak tu sambung lagi " darah orang beranak lah yang paling banyak .... pernah ada ibuk tu tak sempat masuk ke dewan bersalin, sudah beranak kat bawah (entrance)"

"okay kak cukuplah cerita darah ... pening lak saya" hahahaha 

tak sangka kakak cleaner ni pun banyak pengalamannya  ..

No comments:

Post a Comment