Monday, 22 October 2012

Final Sem Exam Result (2012)

My boys kena admitted last Thursday sebab pneumonia. 'Meriah' gitu sebab 2 bedded room tu budak-budak ni conquer habis hahaha ... fening gegirl!

Alhamdulillah last Saturday dah discharged.  Kebetulan pulak hari Sabtu tu ada parent-teacher day, kena ambik report card Dzai. Faham-faham je lah part tunggu bill tu memang makan masa, dah faham sangat. Mana-mana hospital pun. So we mintak permission doctor untuk keluar sekejap pergi sekolah Dzai dengan tangan budak-budak ni still berbalut line tak bukak lagi.

Dzai's result agak menurun sikit kali ni.  Ada 2 subjek yang fail iaitu English and Jawi. But both me and Mr Hubby tak terkejut and tak marah pun sebab bila tengok his paper, memang we all faham sangat kenapa dia tak boleh buat.  My Dzai ni kan belum boleh baca lagi, so exam akhir tahun ni especially English paper banyak comprehension and spelling... how to answer if dia tak tau baca lagi... same goes to BM paper and Jawi ... jawi pun kena mengeja rumi ke jawi ... kesian Dzai.... I think dia belum sampai ke level tu. Tak pelah slowly

A - Seni Visual and Pendidikan Jasmani, Practical Wudhu
B- Sains dan Teknologi,
C - Pendidikan Islam, Arab, Matematik, BM Pemahaman, BM Penulisan
D - Jawi
F - English


For 'Band'
Band 1 - Arab, Pendidikan Islam
Band 2 - English, Matematik, Seni Visual
Band 3 - Pendidikan Jasmani



Overall class ranking : 15/16
Level ranking 88/91


From his result ada few things I nak highlight :

  • Walaupun his grade semua menurun , tapi yang I perasan his confident level makin meningkat. Before this bila exam dia akan kata tak nak buat or tak boleh buat sampai cikgu kena panggil displine teacher (sebab Dzai takut dengan puan tu haha), but kali ni cikgu kata tak ada drama.
  • Dalam masih tak tahu membaca, for him to get B dalam  Sains dan Teknologi (soalan subjektif dan objektif) tu memang cukup yang membanggakan .  I know dia suka sains sains ni semua sebab at home selalu buat experiment sendiri.  Sampai kalau pergi bookstore pun nak beli buku sains yang boleh buat at home.
  • Arab boleh pass, English fail hahahhaha ... dari last semester lagi, dia pass Arab... bila suruh cakap Arab dia tak tau hihibut bila exam pandai pulak dia menjawab.. misteri ini belum lagi terjawab... mummy msdh lsgi dalam kepelikan 
  • Dalam laporan Pendidikan Jasmani for Band 3, cikgu ada tulis yang Dzai  boleh melakukan pergerakan berdasarkan konsep pergerakan dan melalukan aktiviti fizikal berdasarkan konsep kecergasan - rasanya bolehlah samakan PJ ni dengan aktiviti OT kan.  Dzai dapat A and Band 3 for PJ subject, alhamdulillah , pandai lah dia balancekan badan, berlari, melompat ... masa first time OT last year, kelakar betul tengok dia buat semua ni, macam Mr Bean sebijik hahaha ... 
  • His class teacher puji masa buat Seni, Dzai buat cantik and nampak dia have fun and seronok sangat masa buat tu. So I told his teacher at home banyak buat art and craft sebab bagus untuk his fine motor skill. And Dzai memang suka and enjoy buat arts.  At least ada jugak benda yang dia minat dan pandai kan... his class teacher pun agree with my statement tu hahaha ;)
  • Dari segi social interaction semakin improved. Syukur. Tak ada masalah dalam berkawan, kawan usik dia, dia usik kawan tu normallah ... for me okay jer, asalkan jangan luka, bergaduh, bertumbuk dah .. takut nak dengar kalau cikgu kata 'dia suka menyendiri' macam masa kat kindie. Alhamdulillah syukur, makin pandai berkawan.  Makin pandai communicated dengan friends and teachers. Mengikut kata/arahan cikgu. Dan yang paling penting, Dzai makin banyak vocab dia, BM dan English. Syukur ya Allah, Dzai makin pandai bercakap.
  • Dari segi ranking, Dzai dapat second last dalam kelas... well not badlah kan , my mild autism boy bukannya the last one hahahaha notti mummy ... yelah, overall ranking pun dia dapat forth last , maknanya ada 3 budak bawah dia ... I bukan membangga but his class teacher selalu, parent Dzai jer yang declare anak ada masalah pembelajaran, parents yang lain walaupun  terang-terangan anak ada masalah tapi masih mengaku anak 'normal'... I know, denial parents , but jika dibiarkan anak tu macam tu saja without proper assistance , I rasa tak patut ...  siapa yang tak sedih dan terkejut if anak ada masalah , but as parent kita tak boleh biarkan saja dan tutup mata, if anak bermasalah, then kita as ibu bapa kena bantu anak itu dan jangan biarkan dia keseorangan .... sorry , me emo .. cuma sedih dan kesian kat budak tu jer ...
 So far , alhamdulillah, semua ikut apa yang dirancang.  Last year lagi masa nak masukkan dzai sekolah, we all ada plan A, B ,C ... sampai Z hihi .... our plan if Dzai masuk mainstream, biarlah Tahun 1 ni dia menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah, memahami rules and regulation , memahami aturan masa, berkawan dengan student yang lain, belajar mendengar arahan cikgu, belajar bercakap, nak memantapkan communication and social skill dia.... bab academic, we tolak ke sebelah dulu. Dan alhamdulillah, Dzai dapat buat semua tu walaupun hanya 70% dari apa yang dirancang. Syukur.

Jadi, tahun depan, no more play play ya darling ... cuti sekolah ni pun plan dah ada for him. ST and Tutor ke rumah untuk ajar dia.  Hopefully, sebelum masuk Januari 2013 ni, dapat bersedia untuk Tahun 2, insyaAllah.
 

No comments:

Post a Comment