Friday, 19 October 2012

fine motor skill - improvement bab writing and scissors

Semasa assessment last year, barulah mummy and ayah Dzai ni tahu, kalau budak by age of 5 yrs old (diambik kira umur Dzai masa tu 5yrs 5 mths) tak tahu menulis dan menggunting, sebenarnya itu bukan lambat and jangan sekali kata nanti dia pandailah bila masuk sekolah. Itu adalah salah satu simptom masalah pembelajaran.

I dont know exactly what age anak-anak ni harus pandai menulis, ye lah macam Dzai memang agak lambat development dia part ni, Dzafri pulak tak sempat diajar menulis apa (meninggal dunia umur 1 thn 3 bulan), and Dzayd ni baru 10 months. But apa yang I nampak with my friend's children , seawal umur 2 tahun sudah pandai menulis dan dalam umur 3-4 tahun sudah pandai menggunakan gunting.



Tapi tak pe lah ... better late than never kan hik hik ... selepas 2 thn lebih diagnosed , dah tahu mana kelemahan dia , mana part yang harus 'diperbetulkan' , mana part yang kena mummy and ayah support Dzai sepenuhnya untuk cuba buat, alhamdulillah , Dzai dapat menulis, memegang pensil dnegan betul dan menggunting .. yeeeyyyy!

Macam mana Dzai and I buat? entahlah... macam-macam kot .. hahaha kadang-kadang kesian dekat Dzai kena buat ikut cakap mak dia, that's why I ena cari fun and creative way dalam mengajar Dzai bab menulis dan menggunting. Actually bukan 2 benda ni saja yang Dzai lemah before this. Bukak dan tutup button, bukak dan tutup zip, bukak kunci pintu, bukak mangga pintu, makan dengan tangan, bukak bekas makanan, bukak tudung botol air , macam-macam lagi yagn dia lemah dalam penggunaan fine motor skill ni.

So I mengikut advised psychologist sebelum ni, galakkan Dzai untuk buat house chores, dia kena ada duty sendiri kat rumah. Sedikit sebanyak bila dia dapat buat house chores, akan dedahkan dia dengan banyak penggunaan fine motor skill dan juga menjadikan dia lebih matured untuk buat semua benda ni sendiri tanpa bantuan.  Bila kena buat sendiri, dia akan berfikir sendiri macam mana nak buat.

Selain dari tu lebih suka mengajar dia menulis, memegang pensel, memegang gunting, main dengan glue dan warna dengan cara buat art and craft. dengan cara ni Dzai dapat belajar dengan cara yang fun dan tak bosan bagi dia.

Contoh macam gambar kat bawah ni kan.  Dzai buat tabung dari tin kosong. Dia ikut sebijik instruction dari buku sains yang dia beli kat Kinokuniya hari tu : http://mummydhk.blogspot.com/2012/10/material-fror-cuti-sekolah-sains-di.html . 

Nasiblah dalam buku ni simple experiment jer yang boleh buat kat rumah, ambik benda recycle jer... kalau yang susah-susah fengsan mummy.

Semua benda untuk siapkan tabung ni dia buat, kecuali buat lubang kat bekas penutup plastik tu and cover whole tin dengan kertas berwarna.  Melukis bentuk arnab, gunting ikut bentuk, gamkan gambar arnab tu semua Dzai yang buat.

So dalam aktiviti ni , dia boleh

  1. melukis sendiri - pegang pensel dah boleh sangat, alhamdulillah . bukans enang nak lukis arnab, walaupun tak cantik mana arab tu, yang penting adalah rupa sikit arnb, and he is confident dapat buat
  2. menggunting sendiri gambar arnab - yang ni memang terkejut. masa dia buat tu I was busy packing sebab nak ke hospital, both boys demam and batuk teruk. so sambil tunggu me and his ayah sampai, Dzai pun continue buat tabung dia tu.... tengok-tengok jer dah siap lukis, gunting and gam kat tabung. so it means memang dia dah confident menggunting. alhamdulillah. fine motor skill its not a problemo lagi (yang I tau lah hahaha)
  3. tak geli pakai gam lagi yipee




Masa mula-mula tahu kalau anak tak pandai lagi dalam penggunaan motor skill or ada problem dengan fine motor skill, bermakna salah satus simptom learning difficulties (autism, dyslexia), sebab sebelum ni I ingat Dzai lambat pandai ...

With Dzayd, insyaAllah i will be extra careful dalam monitor progress and his milestone.


1 comment:

  1. very good info kak baya. keep sharing. im still having a lot to learn. harapnya Allah bg lah byk2 kesabaran dan kerajinan kt mama ihsan ni. kesian ihsan. lately dh la cepat je nk marah. apa pun xjadi kalau marah huu

    ReplyDelete