Tuesday, 9 October 2012

Sand Art



(actually starfish dia ni cantik, bila mummy kcau jadi buruks sikit hahahaha)

Mesti ramai yang familiar with sand art ni cuma me jer yang tak tau hahahha bukan tak tau apa, tak pernah beli sebab me tak tau macam mana nak buat, so kalau i tak tau , nanti macam mana nak ajar Dzai kan. and I thought Dzai tak minat sebab ingat ni girly stuff hek hek ... rupanya sangkaan ku salah 

I bought this sand art kat kedai majalah kat carrefour hari tu.  RM2.50 tak silap satu set dengan gambar and sand kaler-kaler tu.  Saja je beli sebab macam tergerak nak buat dengan Dzai. so I bought 3 set.  Memang selama ni mana-mana kedai pun jual benda alah ni kan cuma I jer yang tak pernh beli.

So semalam cubalah buat dengan Dzai since dia pun dah habis exam, so petang-petang macam free sikit tk ada benda nak buat.

And I found this thing amatlah useful sebab :

  • buat ni memerlukan focus and concentration sebab sekali dah mula, akan buat sampai akhir,  sampai habis.  so abang Dzai semalam dengan tekun dan cermatnya tak nak bagi tumpah sand tu, buat dari mula sampai habis.  ambil masa dalam 30-45 minit. alhamdulillah. satu sessi yang lama tu for my ADD boy.
  •  bagus dalam penggunaan warna. for kids yang masih lagi menggunakan satu warna untuk semua gambar, this is one cheap and good art and craft. sebab each bentuk or each gambar tu boleh letak lain-lain warna, selain tu boleh belajar warna etc. macam star warna apa, huruf ni nak warna apa, fave colour apa....
  •  good for hand and eye coordination sebab macam Dzai semalam dia berhati-hati sangat takut sand tumpah nanti mummy jadi incredible hulk hahaha anyway, its good for eye and hand coordination sebab kena gunaan both untuk buat benda ni. Dzai ni kadang-kadang if dia concentrate bab tangan, mata dia entah kemana tu yang kadang-kadang benda berterabur, tumpah
  • good fine motor skill sebab nak meratakan sand tu supaya kena kat gambar tu dengan menggunakan tooth pick

Tapi yang tak  bestnya, ini sesuai untuk aktiviti outdoor dan bukan indoor. walau macam mana careful pun abang Dzai semalam, still ada sand tertumpah and kena lap and mop semua... so dinasihatkan, jangan buat mistake macam saya , baik buat kat luar rumah hahaha

As I always put in my post, bila ada anak yang ada learning difficulties ni, yang ada anak masalah fine motor skill and others , memang kena kreatif . Tak semestinya material mesti yang mahal, yang murah pun banyak gunanya .. yang penting mummy kena pandai survey survey .... ;)

No comments:

Post a Comment