Thursday, 4 October 2012

thursday rambling

Every parents ada cara parenting yang berbeza.  Tidak akan sama.  Kalau kita bandingkan cara parenting our parents dan cara kita, mesti ada perbezaannya. 

Tiada parenting yang salah, cuma kalau parent mengajar anak-anak ke jalan yang bukan-bukan, mengajar anak benda yang salah, then lain ceritalah kan ... but for me , every parent ada cara yang terendiri dan cara yang unik untuk mengajar anak.

Janganlah kerana anak-anak parent A semuanya berjaya, semuanya berpelajaran tinggi, janganlah pula parent B yang mempunyai anak bermasalah dalam pelajaran dikutuk caranya dalam membesarkan anak.

Tidak perlu.

masing-masing ada cara tersendiri.

Janganlah bermegah benda yang tidak nyata, benda yang kita sendiri tidak akan tahu kerana segala kejadian berlaku adalah kerana Allah dan hanya Allah saja yang maha mengetahui ... janganlah mendabik dada anak yang berkelulusan tinggi itu akan berjaya dunia dan akhirat, jika solat pun entah ke mana.

Dan janganlah mengherdik anak orang lain yang kurang pelajarannya, kerana mana tahu, dengan izin Allah, anak itu yang menjadi ahli Syurga.

Wallahualam

1 comment:

  1. haah kan kak.. skrg ni mcm2 parent bangga kan.. as of me.. asalkan anak kita ingat n sayang kita, Allah n nabinya.. itu dah cukup menbanggakan..

    ReplyDelete