Friday, 23 November 2012

BBM untuk phonic BM



Dzarif kan masih belum pandai membaca.  Masalahnya bukan dia tak tak kenal huruf.  Bukan dia tak tau bunyikan huruf dan sukukata, tapi cikgu-cikgu dia cakap, dia mudah lupa. Masalahnya macam perkataan yang ada 2 sukukata, sukukata pertama dan kedua dia sebut, bila nak sambungkan jadi perkataan , sukukata kedua saja bunyi, yang pertama dia lupa dah.

Disebabkan masalah ni, we sent him to intensive reading class setiap malam. Plus , ada mintak tolong a friend untuk ajarkan kat rumah bila-bila dia free. Dan selain dari itu, I kena carik kaedah dan cara bagi dia ingat untuk membunyikan setiap sukukata yang ada dalam satu perkataan tu. Dan kena carik macam word game bagi dia seronok dan interested untuk membaca.

So salah satu caranya adalah macam kat gambar ni. I ikut exactly macam buku cahayaku tu. 

Contoh untuk huruf 'm' - ma , me , mi, mo, mu 

I print one paper yang ada huruf m tengah-tengah tu. Then laminate. Kemudian print dan potong kecik-kecik sukukata ma, me , mi, mo , mu tu. 

I print untuk 5 huruf dulu : m, n, l, b dan t dan mengikut vowel a, e, i, o, u

Then I suruh Dzai matchkan setiap huruf dengan sukukata yang mengikut huruf. So sambil dia main, sambil dia membaca.

Lepas ni I nak buat untuk perkataan pulak dengan cara yang sama . contoh kalau ma ... ma , nanti nak suruh dia matchkan mengikut sukukata tu.

Kiranya ni macam word puzzle lah.

Saturday, 10 November 2012

Timetable di cuti sekolah

Orang lain sibuk plan cuti sana sini, kita duduk sini sajalah ya sayang baby 

Memang cuti kali ni tak plan ke mana. Memang dari awal pun dah plan lain untuk Dzai. Maybe akan bawak dia jalan-jalan within KL ni je lah kot. Dia pun mintak nak pegi Zoo dengan Sunway Lagoon. Okaylah tu.  Hari tu dia nak ke Aquaria, pegi dah .. untuk kali ke berapa lupa hahaha

His timetable roughly macam ni :

Isnin - Khamis : 8.00pm - 9.30pm - kelas membaca (tuition center)

Selasa : waktu tak confirmed lagi - tuition untuk BM (at home)

Rabu dan Jumaat : 11.00am-12.00pm - tuition (at home)

Khamis : waktu tak confirmed lagi - ST (at home)

Nampak macam full kan timetable dia ... tapi sebenarnya, one session tu cuma 1 jam atau 1 1/2 jam saja.  Untuk home tuition memang I dah remind tutor tu I nak 1 jam saja tak lebih, kalau tak nanti ke laut lah anakku hahaha .. yang kelas emmbaca tu pulak , Mr Hubby decided nak ambik intensive kelas. So kalau intensif kelas kat pusat tu , kena ambik yang waktu 8.00pm - 9.30pm.

Actually pasal kelas membaca ni, last year I pernah hantar Dzai ke sini, Minda Optima dekat Taman Melawati. For 2 months kot masa cuti sekolah sebelum nak masuk darjah 1. Memang nampak ada progress.  Kat sinilah dia belajar konsep membaca Cahayaku.  Then bila masuk darjah 1, sekolah pun gunakan kaedah yang sama and cikgu pun akan bagi extra kelas. But sampai akhir tahun dia belum lagi fasih membaca, still tahap membunyikan sukukata. Then baru I tau yang rupanya kelas membaca di sekolah tu pun hanya 2 atau 3 kali seminggu for only few minutes.  So memang rasanya kenalah sambung balik kat sini, and sebab tu Mr Hubby suruh ambik intensif kelas. Oklah kalau dia sanggup hantar malam-malam kan.

Yang Speech Therapist pulak, ni memang our own initiative.  Psychiatrist Dzai tak pernah recommend for speech therapist sebab dia dah boleh bercakap tapi for us , still limited lagi vocab dia especially dalam BM. Masih belum pandai bercerita.  Kalau kita tanya, Dzai makan apa hari ni kat school? Nasi and chicken. Tu saja. Dia tak tau nak cerita sedap ke tak,ayam masak apa, amakn dengan siapa .. kira tak pandai lagi nak panjangkan ayat dia. Rasanya betterlah start berjumpa ST, lagipun untuk cuti sekolah ni saja dia ada masa, if sekolah dah start memang takkan sempat jumpa ST. 

Syllabus untuk Tahap 2 makin susah.  Terpaksalah abang Dzai berkorban masa sikit cuti ni. 





Thursday, 8 November 2012

adik and his push walker



1.  Macam nak mesin rumput

2.  Kenapa bontot tonggek sangat dik oii?

3.  Baju semua sendat, sampai nampak his CD


Rasanya dalam sebulan dua ni Dzayd gigih nak belajar berjalan. 2 hari ni dah pandai beridir lama sikit dalam 30seconds hahaha tapi ada sekali dua jer dia menapak setapak. Rasanya dia takut lagi kot

We bought this push walker or walk and ride ni brand Playskool. Brand Fisher Price pun ada dengan satu lagi lupa pulak. Actually Mr Hubby tak berkenan sangat benda ni, tu pun after beli baru realised benda ni kurang ciri keselamatan sikit.  If your baby baru nak berjalan or baru nak belajar berjalan, tak boleh lepaskan dia sorang2 berdiri and tolak benda ni sebab wheels dia agak licin, kalau tertolak laju nanti wheels tu berjalan laju takut anak kita terjatuh. Lagipun this thing meant for 12 months and above kalau tak silap ke ada yang 9months above, tak ingat.  Apa pun tak bleh biarkan Dzayd tolak sorang-sorang, memang nak kena control takut dia tertolak laju nanti boleh jatuh.

But one thing best, after dia dah besar sikit, dah pandai berjalan and control his body balancing, benda ni boleh tukar jadi ride pulak.. jadi macam motor tu...okaylah kan masa tu sebab dia dah pandai control and dah besar sikit kaki pun dah boleh control kelajuan .


DST - Haiwan

I dah start untuk subjek tahun 2 dengan Dzai dalam 2 minggu ni.  Satu hari, satu subjek yang berlainan mengikut topik dalam buku teks ... oh ya, mak dia memang over, siap beli buku teks lagi dekat bookstore kat Aeon Setiawangsa. I tak sure buku sama yang akan digunakan kat school but nak tunggu buku tu lambat, bulan December nnt baru bukak untuk beli buku, so I beli dulu ... lagipun tak mahal mana, ada 4 subjek jer : BM, English, Math and DST. Yang lain beli buku latihan yang price range pun dalam RM4-RM7. For Arab, tak jumpa buku teks sebab arab, tauhid, feqah, akhlak and jawi, sekolah Dzai gunakan JAIS. so I cuma beli for buku latihan arab saja.

So today, turn subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk Topik 2 : Haiwan. Nasiblah timetable dia I dah siapkan so tak adalah daku meraban dalam kegelapan hahaha .. cuma list detailed activities tak siap-siap..otak tepu or otak dah tuas, susah nak berfikir...



Biasanya ni cara I :

  • Everyday ikut subjek seperti yang diplankan 
  • Ikut topik dalam buku teks, at least ada guidance nak ajar topik apa untuk hari itu
  • Go through the topic with him.  Explained to him.  Kalau perlu, kena sertakan contoh-contoh yang sesuai.
  • Then buat aktiviti seperti yang ada dalam buku
  • After that, buat latihan dalam aktiviti book pulak, mengikut topik yang sesuai
  • Agak-agak Dzai dah faham apa yang dia belajar, cuba buat note / material / latihan (seperti yang kat atas, dilaminate) bersama. cth : perlindungan haiwan. dia faham air untuk haiwan apa, so dia lukis haiwan tu. untuk sarang, dia faham untuk perlindungan haiwan apa .... etc
 Macam hari ni, one of the sub topic is perlindungan haiwan. So to make things fun sikit, I asked him to draw the animals dekat kertas warna, gunting and glue kat paper, after that I laminate. So that , this BBM boleh digunakan semula bila sekolah dah bukak balik, then dia boleh recall balik apa yang dia belajar hari ni.

Lagipun anak I ni lebih kepda kemahiran visual.  Dia respond cepat kepada gambar, grafik dari perkataan. maklumlah, mamat ni baru nak belajar membaca. So kalau dengan gambar, cepat sikitlah 'tangkap'nya.

Ni tengah pujuk dia buat gambar haiwan bertelur dan haiwan melahirkan but sibuk dengan origami... silap-silap mummy kena lukis .... haiwan lidi .... hahahahha

Tuesday, 6 November 2012

Indoor exercise



Sharing my books pasal indoor activities yang kita boleh buat at home. 

2 books yang jadi peneman I dalam few months ni :
  1. Early Intervention Games by Barbara Sher - Fun,joyful way to develop skills in children with autism spectrum or sensory processing disorder
  2. Playing, laughing and learning with children on the autism spectrum - play ideas for parents

I love these 2 books sebab banyak sangat play ideas yang kita boleh buat di rumah , whether its indoor or outdoor (kat depan rumh ke, playground, recreational park) .. and kebanyakan aktiviti tu memang relate to OT. 

Banyak activity jumping, rolling, balancing, coordination  and banyak jugak for fine motor skills idea macam blowing, tactile games, straw sucking, smelling game and banyak lagi games yang I pun belum sempat buat hehehehe


 Macam gambar kat atas , I ambik dari buku Julia Moor tu untuk Physical games and activites.  Sebenarnya kena pakai large plastic hoop (hula hoop) tu, tapi I tak ada ... hahaha apasal daku tak pernah beli ya? So I just use small carpet jer untuk bagi Dzai his area.

The instruction is simple and ambik masa dalam 5 mins saja

  • Jumping left and right
  • Jumping front and back
  • Jumping in and out
  • Jumping setempat for 5 or 10 times
If anak belum pandai melompat, its okay kalau suruh dia bergerak mengikut arahan kita. Tujuan game ni adalah untuk mendengar arahan selain dari  physical exercise yang bagus untuk OT ideas.