Friday, 23 November 2012

BBM untuk phonic BM



Dzarif kan masih belum pandai membaca.  Masalahnya bukan dia tak tak kenal huruf.  Bukan dia tak tau bunyikan huruf dan sukukata, tapi cikgu-cikgu dia cakap, dia mudah lupa. Masalahnya macam perkataan yang ada 2 sukukata, sukukata pertama dan kedua dia sebut, bila nak sambungkan jadi perkataan , sukukata kedua saja bunyi, yang pertama dia lupa dah.

Disebabkan masalah ni, we sent him to intensive reading class setiap malam. Plus , ada mintak tolong a friend untuk ajarkan kat rumah bila-bila dia free. Dan selain dari itu, I kena carik kaedah dan cara bagi dia ingat untuk membunyikan setiap sukukata yang ada dalam satu perkataan tu. Dan kena carik macam word game bagi dia seronok dan interested untuk membaca.

So salah satu caranya adalah macam kat gambar ni. I ikut exactly macam buku cahayaku tu. 

Contoh untuk huruf 'm' - ma , me , mi, mo, mu 

I print one paper yang ada huruf m tengah-tengah tu. Then laminate. Kemudian print dan potong kecik-kecik sukukata ma, me , mi, mo , mu tu. 

I print untuk 5 huruf dulu : m, n, l, b dan t dan mengikut vowel a, e, i, o, u

Then I suruh Dzai matchkan setiap huruf dengan sukukata yang mengikut huruf. So sambil dia main, sambil dia membaca.

Lepas ni I nak buat untuk perkataan pulak dengan cara yang sama . contoh kalau ma ... ma , nanti nak suruh dia matchkan mengikut sukukata tu.

Kiranya ni macam word puzzle lah.

No comments:

Post a Comment