Thursday, 8 November 2012

DST - Haiwan

I dah start untuk subjek tahun 2 dengan Dzai dalam 2 minggu ni.  Satu hari, satu subjek yang berlainan mengikut topik dalam buku teks ... oh ya, mak dia memang over, siap beli buku teks lagi dekat bookstore kat Aeon Setiawangsa. I tak sure buku sama yang akan digunakan kat school but nak tunggu buku tu lambat, bulan December nnt baru bukak untuk beli buku, so I beli dulu ... lagipun tak mahal mana, ada 4 subjek jer : BM, English, Math and DST. Yang lain beli buku latihan yang price range pun dalam RM4-RM7. For Arab, tak jumpa buku teks sebab arab, tauhid, feqah, akhlak and jawi, sekolah Dzai gunakan JAIS. so I cuma beli for buku latihan arab saja.

So today, turn subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk Topik 2 : Haiwan. Nasiblah timetable dia I dah siapkan so tak adalah daku meraban dalam kegelapan hahaha .. cuma list detailed activities tak siap-siap..otak tepu or otak dah tuas, susah nak berfikir...



Biasanya ni cara I :

  • Everyday ikut subjek seperti yang diplankan 
  • Ikut topik dalam buku teks, at least ada guidance nak ajar topik apa untuk hari itu
  • Go through the topic with him.  Explained to him.  Kalau perlu, kena sertakan contoh-contoh yang sesuai.
  • Then buat aktiviti seperti yang ada dalam buku
  • After that, buat latihan dalam aktiviti book pulak, mengikut topik yang sesuai
  • Agak-agak Dzai dah faham apa yang dia belajar, cuba buat note / material / latihan (seperti yang kat atas, dilaminate) bersama. cth : perlindungan haiwan. dia faham air untuk haiwan apa, so dia lukis haiwan tu. untuk sarang, dia faham untuk perlindungan haiwan apa .... etc
 Macam hari ni, one of the sub topic is perlindungan haiwan. So to make things fun sikit, I asked him to draw the animals dekat kertas warna, gunting and glue kat paper, after that I laminate. So that , this BBM boleh digunakan semula bila sekolah dah bukak balik, then dia boleh recall balik apa yang dia belajar hari ni.

Lagipun anak I ni lebih kepda kemahiran visual.  Dia respond cepat kepada gambar, grafik dari perkataan. maklumlah, mamat ni baru nak belajar membaca. So kalau dengan gambar, cepat sikitlah 'tangkap'nya.

Ni tengah pujuk dia buat gambar haiwan bertelur dan haiwan melahirkan but sibuk dengan origami... silap-silap mummy kena lukis .... haiwan lidi .... hahahahha

No comments:

Post a Comment