Saturday, 10 November 2012

Timetable di cuti sekolah

Orang lain sibuk plan cuti sana sini, kita duduk sini sajalah ya sayang baby 

Memang cuti kali ni tak plan ke mana. Memang dari awal pun dah plan lain untuk Dzai. Maybe akan bawak dia jalan-jalan within KL ni je lah kot. Dia pun mintak nak pegi Zoo dengan Sunway Lagoon. Okaylah tu.  Hari tu dia nak ke Aquaria, pegi dah .. untuk kali ke berapa lupa hahaha

His timetable roughly macam ni :

Isnin - Khamis : 8.00pm - 9.30pm - kelas membaca (tuition center)

Selasa : waktu tak confirmed lagi - tuition untuk BM (at home)

Rabu dan Jumaat : 11.00am-12.00pm - tuition (at home)

Khamis : waktu tak confirmed lagi - ST (at home)

Nampak macam full kan timetable dia ... tapi sebenarnya, one session tu cuma 1 jam atau 1 1/2 jam saja.  Untuk home tuition memang I dah remind tutor tu I nak 1 jam saja tak lebih, kalau tak nanti ke laut lah anakku hahaha .. yang kelas emmbaca tu pulak , Mr Hubby decided nak ambik intensive kelas. So kalau intensif kelas kat pusat tu , kena ambik yang waktu 8.00pm - 9.30pm.

Actually pasal kelas membaca ni, last year I pernah hantar Dzai ke sini, Minda Optima dekat Taman Melawati. For 2 months kot masa cuti sekolah sebelum nak masuk darjah 1. Memang nampak ada progress.  Kat sinilah dia belajar konsep membaca Cahayaku.  Then bila masuk darjah 1, sekolah pun gunakan kaedah yang sama and cikgu pun akan bagi extra kelas. But sampai akhir tahun dia belum lagi fasih membaca, still tahap membunyikan sukukata. Then baru I tau yang rupanya kelas membaca di sekolah tu pun hanya 2 atau 3 kali seminggu for only few minutes.  So memang rasanya kenalah sambung balik kat sini, and sebab tu Mr Hubby suruh ambik intensif kelas. Oklah kalau dia sanggup hantar malam-malam kan.

Yang Speech Therapist pulak, ni memang our own initiative.  Psychiatrist Dzai tak pernah recommend for speech therapist sebab dia dah boleh bercakap tapi for us , still limited lagi vocab dia especially dalam BM. Masih belum pandai bercerita.  Kalau kita tanya, Dzai makan apa hari ni kat school? Nasi and chicken. Tu saja. Dia tak tau nak cerita sedap ke tak,ayam masak apa, amakn dengan siapa .. kira tak pandai lagi nak panjangkan ayat dia. Rasanya betterlah start berjumpa ST, lagipun untuk cuti sekolah ni saja dia ada masa, if sekolah dah start memang takkan sempat jumpa ST. 

Syllabus untuk Tahap 2 makin susah.  Terpaksalah abang Dzai berkorban masa sikit cuti ni. 





No comments:

Post a Comment