Saturday, 22 December 2012

Ada kawan tak?

Anak-anak autisma ada masalah untuk berkawan.  Salah satu ciri autisma : social skills problem.  Bukan TAK NAK, tapi menghadapi masalah untuk berkawan dan berkomunikasi.

Dzai tak ada kawan. Kawan yang betul-betul dipanggil kawan. Cuma ada kawan sekolah , kawan yang dia main di sekolah tu pun tak tahu nama ... anak-anak my friend ... his second cousins.

Itu saja.

Sedih?

Entahlah.  Mungkin Dzai belum nampak lagi 'keistimewaan' berkawan ni, and I rasa pun tanpa kawan, dia masih lagi boleh bergembira , happily playing with his lil' brother, his ayah or friends yang datang ke rumah.  Doing origami by his own pun dah cukup buat dia happy ... 'kawan' dia sekarang ada kertas-kertas origami.

But this morning, bila I bertanyakan sama ada Dzai ada kawan atau tak, jawapan jujur yang dia berikan buat I termenung dan menangis.

"Yes, Dzai have friend ... ada ... you are my friend, mummy ...."

Terdiam kerana bangga dan gembira walaupun sering kena marah sebab tak nak membaca, selalu menjerit tak tentu pasal, tak nak buat ulangkaji, asyik nak tengok TV .. dia masih menganggap mummy yang garang ini sebagai kawannya. 

Tapi hati menangis mendengar jawapan itu sebab , Dzai mengharapkan mummynya ini akan selamanya berada bersama dia .. but macam mana nak bagitau my PDD boy ini , ajal, maut, kesihatan bukan di tangan kita ... dan jika umur panjang sekalipun, satu hari nanti Dzai mungkin terpaksa berkawan dengan orang lain jugak, bukan mummy sorang ...

Apa pun . buat apa nak memikirkan benda yang sedih dan berat kan? Just enjoy saja moment ni, anak-anak dan suami masih di depan mata .. takpelah Dzai , tak ada kawan pun tak pe, asal anak mummy happy,sihat dan selamat tu dah cukup...




1 comment:

  1. semoga abg dzai jumpa kawan yang baik.. kawan yang betol2 kawan.. sbb skrg ni.. kawan leh hancurkan kawan.. abg dzai kawan ngan Auf aje laa ye..

    ReplyDelete