Sunday, 16 December 2012

Busy life and whatsnot

To many things to blog but enggak ada masa sih ... tetiba bahasa bertukar hahaha

Yep, banyak benda nak tulis sampai kadang-kadang mr hubby pulak yang cakap, 'ah yang, yang ni you boleh masuk blog you .. cerita this and this ... ayooo sudah lama tak berblog...lepas tu ditanyanya "why?" .. urrmmm sabar je lah 

Dari hal Dzai masa cuti sekolah ke hal tukar sekolah.

Dari hal Dzayd yang dah umur 1 tahun dan dah padnai berjalan 3,4 tapak.

Dari hal mummy ... errrk ... nothing new about mummy haha

First , about Dzayd. Alhamdulillah , syukur , last 5th December 2012, we celebrated his 1st birthday. Alhamdulillah. Dan semoga Allah panjangkan umur my lil'kitty cat ni ;)

Nothing much pun celebration dia. Order a cake from my good friend, Maria .. and of course lah Upin Ipin gambarnya, tersenyum-senyum budak kecik tu happy... oh ya, his fave cartoon is Upin Ipin hehe , not bad lah , good start suka BM,I takut mengulangi kesilapan mcm dengan abang Dzai ........

Last weekend pulak we went to Sunway Lagoon for the first time hahahaha a bit funny sebab duduk kat KL tapi tak pernah jejak kaki ke sana. Itupun disebabkan Dzai nak sangat ke 'waterplay' katanya. Habis dgn ST, dgn Tutor dia, dgn sesiapalah yang dia jumpa dia sebab nak ke waterplay tu. So plan pergi last week, and mummy pun panjang akal, terus booked kat Sunway Resort and Spa.

Oh a, dalam 2,3 hari jauh jugak Dzayd boleh berjalan... dalam 4,5 langkah .. alhamdulillah .. suka mamat tu bila diri sendiri pandai berjalan haha .. pemahaman dia dengan apa yang kita cakap makin bertambah. If we larang dia buat apa2, dia akan stop. If tanya dia 'adik nak apa', he will pointed to the thing(s) yang dia nak. If dia tak nak geleng kepala seribu kali haha .. 

About abang Dzai pulak. He is very busy cuti ni. Sebab tak kemana-mana outstation or bercuti jauh adalah kerana jadual abang yang sangat tight , terpaksalah sebab banyak benda nak catch up during cuti ni.

Intensive reading class yang gunakan kaedah membaca Cahayaku tu every night Monday-Thursday , pukul 8.00pm sampai pukul 9.30pm. Start 19/11 hari tu sampailah 27/12 ni kalau tak silap. So far, alhamdulillah, one day pun belum miss lagi sebab teacher sana dah pesan jangan ponteng walaupun satu hari. Progress abang Dzai : masih belum lagi lancar membaca BUT alhamdulillah syukur, dia dah faham konsep 'membaca' dan membunyikan huruf dan sukukata. ;) . Sebelum ni agak susah dia untuk memahami konspe membaca tu. Maksud I, bila dia tengok perkataan tu, dia tak tahu dan masih lagi blur untuk membunyikan setiap huruf dalam kaedah phonics ni. But now dari huruf A-Z dia dah tahun bunyikan setiap huruf. Cuma masih lagi ada penyakit lupa bila ada 2 or 3 sukukata .. tu masalah terbesar sekarang. for example : hati .. dia akan bunyikan h..a - ha, t..i - ti .. tapi lepas tu dia lupa nak bunyikan sukukata pertama , yang bunyi ti saja haha .. but bila practise membaca tadi dengan dia, surprisingly few words dia dah boleh baca dengan lancar tanpa membunyikan dulu. Alhamdulillah. Ada progress walaupun tidak banyak tapi syukur, dia ada peningkatan. If not, if dia still tak ada progress atau masih ada banyak masalah membaca, then I need to do something else, but alhamdulillah, so far, from my opinion, dia perlukan banyak practise lagi. InsyaAllah.

For home tutor pulak, his tutor ajak dia benda basic dulu which I agree. No point of doing the Standard 2 syllabus and subject if he doesnt know the basic one : ejaan untuk nombor, betul-betul tahu 1 -100, really faham konspet tambah, tolak. And his tutor pun nak ajar dia membaca English. So I told his teacher Alice, buatlah apa yang patut, at least Dzai ada guidance dalam hal Math and English ni. Tapi teacher dia complaint kat I, bila amsa Math mata Dzai segar bugar but bila English, mengantuklah, dreaming lah haha .. sabar je lah mamat tu, but I dah bagitau teacher Alice tu about his ADD. 1 jam for him duduk kat meja tu rasanya memang lama dah, kalau dapat 30 minutes pertama dia concentrate pun dah bagus sangat.

For his session with homebased ST pulak pun ada peningkatan. Alhamdulillah. Memang me and hubby pun perasan dia dah makin pandai bercakap dalam BM, with ayat ayang panjang.  Masa assessment hari tu, memang banyak amsalah yang ST pointed out. Semua masalah tu I tahu and I noticed about it, tu sebab I tahu dia kena ada ST yang kerap cuti ni.  Bila dah start sekolah nanti I kena fikirkan dulu timetable dia. For now his ST, teacher Siti ajar dia hari dalam seminggu, and kejadian hari ini , semalam dan esok. So far, dia dah tahu sequence hari dari Isnin - Ahad.

And lastly about his school.

Setelah kali ke seribu berbincang between me and mr hubby, we decided that Dzai rasanya belum lagi bersedia ke mainstream.  Perkara pertama yang worried us is the environment.  Disebabkan Dzai di sekolah biasa, dia juga dilayan oleh guru-guru and other student macam murid yang lain, which rasanya , disebabkan itulah I rasa dia tak sesuai ke sekolah biasa.  Dengan being bully almost everyday, plus kena ejek, plus masalah communication lagi among him and the other student, I rasa , sekolah biasa bukan 'tempat' untuk Dzai waktu ini.  Secondly, syllabus dan subject untuk Tahap 2 tahun depan amatlah susah dan akan membebankan Dzai ... trust me.  I had bought the BM, English, Math and Sains dan Teknologi text book. And frankly, I dont think my son boleh .. I tak nak dia nanti stress dalam diam. Walaupun I tahu dia suka ke sekolah, but biarlah dia enjoy ke sekolah dan bukan kerana terpaksa.

So we decided to sent him to Pendidikan Khas.

I know ada yang bersetuju dan ada yang tidak.  For me , kadang-kadang hal sekolah ni nasib.  Rezeki dan nasib baik, akan berjumpa dengan guru yang berdedikasi, sabar dan ikhlas dalam menjaga hal ehwal murud ni.  Kadang-kdang nasib tak baik, ada jugak perkara tak diingini berlaku, seperti pengalaman a friend of mine. memang buntu dan takut nak lepaskan anak I , especially my PDD son ni. But I know, I kena jugak hantar dia ke sekolah, mana boleh nak peram bawah keti mummy je kan.

But rasanya inilah jalan terbaik yang Allah tunjukkan kepada me and hubby sebabnya proses penukaran Dzai dari swasta ke sekolah kerajaan amatlah mudah.  Ada jugak dengar kawan-kawan yang lain ada masalah dalma hal proses penukaran sekolah ni but syukur, rezeki Dzai.

Dalam proses menukarkan anak ke pendidikan khas , ada beberapa perkara yang kita kena buat. 

Dalam my case : penukaran dari sekolah swata ke sekolah sekolah kerajaan (pendidikan khas) untuk kawasan Kuala Lumpur.

First, kena buat OKU kad. Pernah terbaca experience and feeling mommies yang kena buat OKU kad for our children ni. Mix feeling. Ada yang merasa sedih.  Ada yang risau dengan 'label' OKU tu. But frankly, masa I kena buat OKU kad ni dan submit the form, I dont feel anything. I mean, perasaan susah hati ke, perasaan sayu ke tak ada masa tu.  Tak taulah nanti-nanti kalau ada mulut-mulut yang mengejek maybe perasaan sedih tu datang, but so far, mungkin tahap ni dah tahap redha dengan segala yang berlaku, dan dah banyak dah I go through with Dzai , mungkin daftar kad OKU ni tak berapa nak bagi impak kesedihan to me sebab me and Dzai pernah kena lagi teruk keadaannya dari ni. And OKU kad tu pun ada detailsnya sekarang , akan tertulis 'masalah pembelajaran'.Kad ni akan siap dalam masa 1 bulan. Its ok. Yang penting simpan resit pedaftaran tu untuk kita submit a copy untuk pendaftaran sekolah nanti.

I buat kad OKU ni kat JKM di Grand Season Hotel , Tingkat 9. Kena bawak form JKM  yang siap signed by the doctor (psychiatrist) . And remember to put the doctor's mmc no too (kira mcm registration no. for doctors).

Second, macam Dzai, sekarang ni dia kat sekolah private. so untuk masuk ke sekolah kerajaan, kena isi form yang diambil di Jabatan Pendidikan Negeri, Jalan Duta tu , borang kemasukan murid swasta ke sekolah bantuan kerajaan. Dah ambik form tu, parent isi, kemudian bawak ke sekolah lama untuk ditandatangani guru besar sekolah swasta tu and berhenti sekolah . Then the school will give sijil berhenti sekolah and other document tapi yang penting , borang tu yang dah siap signed with sijil berhenti sekolah.

Then barulah submit the form untuk masuk ke pendidikan khas menggunakan borang yang kita submit ke JKM tu (selalunya doctor akan signed the form and bagi kita 4 salinan). Disebabkan I tinggal di KL dan sekolah yang I nak tu un di KL, so I terus ke JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Wilayah di Jalan Duta . Senang je ke sana.  Betul-betul deret stadium hoki and hentian duta, ada junction sebelah kiri tu masuk kat situ. Then pergi ke bahagian Pendidikan Khas , tingkat bawah. Antara dokumen yang kena submit (semua dalam 2 salinan) :

1.  NRIC parent
2.  Surat beranak anak (I bagi sekali salinan MyKid Dzai)
3.  Sijil Nikah
4.  Bil yang ada alamat kita
5. Report  assessment dari doctor
6. Sijil berhenti sekoah (ni kes macam I dari swasta ke kerajaan)

And then masa nak submit tu , better bawaklah sekali anak kita. Sometimes they will interview.  macam Dzai hari tu, rezeki dia , pegawai tu tak interview pun cuma tengok jer gelagat dia, and she said boleh masuk sekolah ni. Syukur. And bawak sekalilah report card (jika ada), sebab macam Dzai dia kan umur 8 tahun tahun depan, and tahun ni dia darjah 1 so adalah report card dia semua.  If anak dari pra sekolah tu tak payahlah kot .

And if, sekolah yang kita nak tu ada kosong, they will issue the letter of offer terus. And again, betapa mudahnya urusan pertukaran sekolah Dzai, Allah bagi rezeki kepadanya, hari yang sama we all dapat surat offer ke sekolah yang kami nak. Syukur alhamdulilah, inilah jalan yang sebaiknya untuk Dzai, insyaAllah

But, even though Dzai di pendidikan khas nanti, and I tahu the syllabus and cara pembelajaran takkan sama dengan dia di mainstream, I masih akan continue dengan apa yang I buat sekarang.

Will continue dengan home tutor dia, ST dan reading class selain dari latihan dan exercise ulangkaji yang I buat with him at home.

InsyaAllah, semoga segala diberkati olehNya.

3 comments:

  1. semoga abg dzai lebih cemerlang kat sekolah baru dia.. semoga Allah permudahkan semuanya..

    ReplyDelete
  2. I believe both or you know what's the best for Dzai. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk dia.

    ReplyDelete
  3. I believe both of you know what's the best for Dzai. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk dia.

    ReplyDelete