Tuesday, 5 November 2013

Materials That Promote Fine Motor Skills

This one I dapat from a blog, but lupa blog mana . credit to the blog


Antara art and craft materials, barang-barang yang ada di rumah dan materials yang boleh digunakan untuk aktiviti fine motor skills
  1. pom pom (yang soft balls warna warni tu, boleh beli kat kedai stationery yg jual brg art and craft)
  2. buttons
  3. paper clips
  4. clothes pins (pegs)
  5. rubber bands
  6. tweezers
  7. pipe cleaners (yang berbulu panjang warna warni, ni pun boleh beli kat kedai stationery yg jual art and craft supply)
  8. straws
  9. play dough
  10. knobs and screws (bolts)
  11. stickers
  12. hole punch
  13. syringes (yang bagi ubat anak)
  14. kitchen tongs (penyepit mee)

from these materials, kita kena fikir (or tiru dari blogs) ideas untuk activities yang boleh kita buat untuk anak-anak kita.

InsyaAllah, nanti I share a few kay

Tuesday, 22 October 2013

Pretend play / Role Play


Role play atau pretend play juga memainkan peranan besar dalam development anak-anak kita. Melalui role play or pretend play, kita boleh 'mengorek' lagi vocab mereka, membuatkan mereka berfikir dan juga untuk memperkenalkan sesuatu perkara, seperti contoh gambar di bawah.

Dzayd pretend to be in a boat sebab dia tengah dengar lagu 'Row..row..your boat". Siap dengan dayung tu yang tak tahan. So kita boleh bercerita dnegan dia, boat kena naik kat mana, dalam sungai/laut ada apa, sunagi/laut tu apa.... from one thing to another.  Memang banyak kita boleh ceritakan. Selalunya dia akan menyampuk, dengan bahasa dia.. yang kelaur clear 'tish' (fish)

TV ni ada pro and cons.  For me I suka jugak Baby TV ni. Nampak Dzayd learn few things from there especially vocab dia. And baby songs kan .. memang terpesona mamat tu.

Dzarif bila besar ni jer baru padnai main role play ni : jadi doktor ke , bomba , dinosaur, animals pun ada.. belasah je.. yang penting melalui role play or pretend play kita mengembangkan lagi daya imaginasi anak-anak ni






Table Activity - Educational toys



Apart from few things yang harus dititikberatkan semasa perkembangan pembesaran anak-anak selain dari sensory, motor skill, fine motor skill, eye and hand coordination, communication dan lain-lain, attention span adalah salah satu benda yang penting yang kita kena monitor.

Selain diagnosed as PDD, Dzarif didiagnosed as ADD (Attention Deficit Disorder). Maksudnya his attention spart very short.  Even though dah 2 tahun diagnosed as ADD boy, namun this is one problem yang I tak dapat selesaikan lagi. Kalau feedback dari cikgu-cikgu memang kan sentiasa ada statement 'Dzarif suka berangan dalam eklas" .. ahaks. But apa yang I noticed, emmang berbeza his attention span 2 tahun dulu ngan sekarang. walaupun still short attention span, but nowadays, kalau mood dia baik and buat benda dia suka, 1 jam or 2 jam boleh duduk buat table activity dia.

So with Dzayd , I try to make it as habit buat table activity almost everyday.  Attention span for 2 year old adalah dalam 6 minit. from this website : http://www.childrenshealthnetwork.org/CRS/CRS/pa_battentn_hhg.htm , a child's attention span increase 3-5 minutes per year of a child's age. So Dzarif sepatutnya dah boleh duduk diam baut sesuatu activity tu dalam masa 24 minit atau lebih. And yes, so far, alhamdulillah, kalau kita bagi dia satu task, dia boleh duduk habiskan walaupun mulut bising asyik complaint itu ini.

Contoh gambar di atas. I berikan Dzayd this educational toys. Kena arrange the ring ikut size, dari besar ke kecik or vice versa. But for me, untuk age Dzayd, memadai kalau dia dah boleh masukkan ring tu ke dalam stand kayu tu.  Bab ikut size, kena ajar bila dia dah besar sikit, bila dia lebih memahami detailed instruction.  Tapi buat masa ni, alhamdulillah, when I said : Dzayd, masukkan colours ni (tunjuk the colourful ring) dalam ni (stand), dia boleh buat. Without instruction pun dia faham. 

Mendengar instruction, dapat memahami konsep permainan tersebut dan dapat duduk dalam 5 minit atau lebih - alhamdulillah. that is good enough.  Cukup untuk activity sehari. Sometimes simple thing yang ada kat rumah pun kita boleh suruh anak-anak buat dan jadikan as one of the activity/child's play. Contoh : sorting out baju-baju masukkan dalam bakul. Mcm kita suruh dia asingkan tshirt and stokins. Or mintak anak-anak asingkan susu dengan garfu. Fun way jugak untuk belajar uruskan diri, for attention span activity and motor skills!

Monday, 21 October 2013

Sensory Play/Activity - Coloured Rice


Another idea yang I cedok from blogs yang I baca on sensory play - coloured rice.  Beras atau any kekacang macam kacang hijau , kacang merah or kacang tanah memang sesuai dijadikan bahan untuk sensory play disebabkan size yang kecil , sesuai untuk untuk fine motor skill. Bila anak-anak tidak ada masalah with fine motor skill, insyaAllah akan senang untuk menulis, memegang pensil nanti. I have experience dengan Dzarif yang hanya BOLEH memegang pensil cara yang betul masa berumur 6 tahun ke atas.  Bukan tak pernah diajar sebelum itu, cuma kerana dia mempunya masalah fine motor skills yang I sendiri tak tahu , sebelum dapat diagnosed dia as Autism.

With Dzayd, I cuba buat setakat yang tahu dan termampu, InsyAllah.  I start giving him pencil colour, magic pen, crayon as early as 1 year old, contenglah apa yang patut. Bleum lagi pandai mewarna tapi tak pe, kita buat step by step, insyaAllah.

Disclaimer : beras yang dipakai adalah beras yang terjatuh di lantai kereta sebab plastik beras bocor tak sedar.




Alhamdulillah we had this water/sand play table. Sonang sikit and ahbang Dzai dah perasan macam main tepi pantai hahaha.. dont worry kalau tak ada this table pun still kita boleh enjoy playing with this coloured rice.






Mat Kerinting I yang enjoy sangat this activity sampai tak nak masuk rumah hahaha .. dia tak geli, senang je dia genggam beras-beras tu. Melalui this kind of activity jugak boleh improved vocabulary anak-anak kita, dah boleh jadi session Speech Therapy pulak.  So many things that we can have in 1 activity. Masa tengah main tu kita boleh ajar, apa itu beras, kasar ke lembut, halus ke besar , tunjukkan dari mula warna beras putih boleh bertukar warna dengan letak food colouring. Banyak yang boleh kita perolehi dalam masa 30 minit bermain dengan anak. 

As for me , memang I need this kind of activity for both my boys especially for Dzayd yang makin membesar dan for his age now, memang waktu dia macam 'span' serap segala information yang ada. And alhamdulillah so far, vocab dia bertambah dan cubaan untuk bercakap itu ada walaupun masih gebberish hahah

Sensory play/activity - Finger painting



I love reading mommy mat salleh's blogs untuk toddler/kids activities especially yang focus pasal sensory play. Macam-macam ideas and activities yang mereka share, make me wanna to do all with my kiddos. But of course, dengan vitamin M yang besar and masa tak ada untuk buat semua yang I wish I dapat buat dengan kiddos.  But, cant make it as alasan kan ... 

Tak boleh buat DIY, kadang-kadang kena ambik jalan mudah. Like this finger painting.  Yang sebagusnya buat yang sendiri punya, but lately , nak amsak pun tak ada masa ahaks! lame excuse kan kah kah .. so I choose crayola finger painting ni.

Finger painting is one of sensory activities yang kiddos suka.  Sensory play agak penting untuk child early development sebab melalui sensory play boleh stimulates taste, smell, touch, sight and hearing. 5 deria yang penting untuk perkembangan kanak-kanak. 

Dulu masa zaman Dzai, I tak tahu semua ni. I tak tau yang I kena monitor perkembangan anak-anak not only perkara basic seperti milestone, speech, health .. tapi benda-benda lain seperti stimulate sensory, fine motor skills, motor skills, eye and hand coordination dan lain-lain. Bila dah ada ilmu yang sikit dan ciput ni sebolehnya I nak make sure I dapat mengisi masa my kiddos dengan activities yang sepenting ini especially untuk Dzayd.





See.... they have so much fun! Dzayd dengan diapers jer hahaha ... I tak meletakkan syarat untuk dorang melukis betul-betul, just let them to have fun with the colours and their fingers.  Yang penting, from this activity , kita dapat tahu yang anak kita ada sensory problem atau tidak. For information, ada anak-anak Autism ada sensory processing disorder.  Dzarif ada masalah tidak boleh hidu bau rumput. Yes, rumput.  Itu akan buat dia termuntah.

Child with Autism akan mempunyai deria bau, pendengaran, penglihatan, rasa dan sentuhan yang lebih sensitif dari anak-anak tipikal yagn lain.  it is important to tackle this sensory problem, if , the child ada masalah.  Normally OT akan tahu apa nak dibuat. Alhamdulillah Dzai cuma ada masalah bau rumput sahaja. But I still enjoying doing this fun activities especially when Dzayd, 22 months pun dah mula enjoy this kind of play.

Bronchitis, Asthma and Phlegm


Selepas Dzayd keluar masuk hospital sebanyak 6 kali tahun ni, last Saturday (19 October 2013), giliran ahbang pulak kena admitted, sebab batuk dan kahak yang agak teruk. Batuk dah dekat 2 minggu lebih tak okay. Dalam masa tu jugak, 2 kali jumpa paeds, sekali jumpa physician, bertkar-tukar ubat, nebuliser 4 kali sehari, supplement and all , still tak okay.  Dalam masa tu jugak tak ke school dalam 2 weeks.  So bila jumpa paeds untuk kali ekdua last Wednesday, ada jugak Dr Nasir suggested untuk admit tapi disebabkan memikirkan pasal Dzayd , we mintak tangguh dulu nak tengok macam mana dalam 2,3 hari tu.

But still, Dzai batuk. And dia keep repeating nak tidur hospital.  Hati macam tak sedap kalau anak dah request macam tu kan, tak pernah lak dia nak tidur hospital bagai.  Last friday ada jugak call hospital, but dapat infor katil penuh.  Hari Sabtu tu datang jugak, jumpa paeds dulu, confirm masuk , paeds ward pun single bed penuh, terpaksalah ambik premier Ward, semata-mata untuk single bed.

Our reason untuk single bed bukan nak eksyen or berlagak.  No, the room rate kat Premier Ward ni RM380.00 semalam, berbanding single bed kat Paeds Ward cuma RM220.00 ke RM250.00 macam tu.  Banyak beza kan. Banyak benda boleh beli hahaha ... cuma bila one of them admitted, semua kena berkampung sini. Nak tinggal dengan sapa? Kalau bab jaga anak, memang we are alone . Tiada siapa yang boleh membantu. Cuma kalau bab nak pinjam duit kitaorang, nak suruh kami buat apa2 untuk sesiapa, memang nampak lah batang hidung orang lain ahaks.. dah merepek.

Anyway, that is the main reason why we need a single room/bed. Supaya orang lain tak terganggu.  Memang pernah ada experience duduk kat sharing bed masa Dzayd sakit, tapi Dzai dah jadi doktor lak round asyik ganggu patient sebelah sampai mak orang tu pun tak selesa. But its not easy to tell your autistic son not to kacau orang sebelah. Not to jalan-jalan sana sini. Not to buat bising. Bukan senang. So jalan penyelesaian, kami kena berkorban 'duit' sikit carik jugak single bed yang available.

Berbalik pasal Dzai. Maybe paeds nak settlekan his antibiotic course dulu plus physio kena sambung untuk kurangkan kahak yang ganggu dia ni.  InsyaAllah , dalam 2 hari ni dapat keluar kot. Lama-lama kat sini pening pulak. Tapi ye lah, dah sampai 2 minggu lebih batuk, takkan nak tunggu kat rumah lagi. Doktor kata not only batuk, his asthma pun ada kacau sikit campur ngan phlegm yang banyak emmang complete pakej semua ada. but Alhamdulillah, dia tak demam. Physio pun kena 2 kali sehari.


 Masa packing hari tu, sempat grab his scissors, glue, buku activity fave dia. So taklah boring sangat kat sini. And nurse pun cucuk kat sebelah kiri, so mudahlah dia nak buat kerja dengan tangan kanan.  Tapi, takkan nak menatap buku yang sama je kan, boring jugaklah dia ... so tengok TV lah kerjanya .


Tuesday, 27 August 2013

My first pandora

Menghilang dari blog dan kemudian muncul kembali untuk beberapa kali adalah normal bagi saya kan..kan...kan hahaha! not going to put 'the post' why ku hilang macam biskut kejap ada , kejap tak ada tu . sebab utamanya biasalah......

MALAS

hah!

satu lagi kegilaan ku sekarang kat Instagram. senang dan mudah. 

hah again!

anyway, I nak show off sikit benda yang tak seberapa ni. something yang I dah aim lama dah, tapi baru semalam dapat. alhamdulillah. rezeki.







Charm yang mampu dibeli hanya untuk saat ini. 






Memang dah lama teringin this bracelet. But biasalah, benda yang kita nak tak semestinya dapat , dan tak semestinya dapat cepat-cepat kan. kalau ada rezeki, adalah. if not, nak buat macam mana.

So semalam, sebelum ikut Mr K ke gathering raya sekolah menengah dia (yep, he is from class 82!!!), we went to KLCC beli barang and bagi anak-anak I makan dulu. even though ada open house, ada food, tapi memang ginilah cara kitaorang bila ada anak autism yang picky eater. yang si adik tak risau sangat sebab insyaAllah dia memang makan apa saja. ada rendang, lagi dia suka. yang si abang memang risau kalau nak ke mana-mana. so selesaikan hal makan anak-anak.

Then tiba-tiba ayah dorang lak nak beli kasut. okay. tunggu mr K memilih bukan sekejap. selalunya perempuan yang shopping lama kan, but in my case, my husband yang ambik masa kalau nak beli apa-apa.

Dah settle hal semua orang. Barulah mak dia boleh menyopping dengan tenang walaupun dari hujung mata I can see muka masham dia mengejar Dzayd hahaha.


My first Pandora bracelet ;)


Pandora KLCC located at 1st Floor. The first thing SA akan tanya is type of bracelet that you want. Ada macam-macam jenis, ikut budget. I memang aim for silver, karana, me tak suka pakai gold. dunno why. dari dulu lagi. After dah choose bracelet, dia akan ukur pulak mengikut size, mine size 90 (betul ke....hahaha). 

After tu barulah boleh choose charm yang kita nak, pun ikut kesesuaian budget sebab charm pun ada banyak range dari segi jenis material and prices. Ikut suka nak letak charms macam mana pun.

Every bracelet have a story.

SA akan tanya apa yang kita plan nak letak. kalau blur macam I hari tu, dia akan tanya pasal yourself. So I cakap I nak something about me and my boys. So SA tu tunjukkan yang bentuk love tu, warna biru, ada tulis mother and son. this one 2 biji but for 1 price, tak silap rm295. tak ingat dah. oh ya. silver bracelet is RM295.00 satu. terus I suka coz biru=sapphire=birth stone. ada pulak tulis mother and son, lagi suka.

My budget actually tak lebih RM1,00.00. just be frank to SA tu, and they will help you carikkan charms yang you suka berdasarkan budget and apa yang you minat. 

Then of course nak letak something yang remind me of my soulmate tu kan. Ni straight forward je. Carik yang love symbol. Dapat satu. Then SA tunjukkan symbol infinity. cantik. agree yang tu jugak.

and last, dia suggest for something untuk letak kat tengah-tengah tu. she suggested murano charms. and then SA tu tanya my fave colour. dia tunjukkan a few.

But my eyes dah ternampak charms lambat pink ribbon tu. everybody know apa maksud pink ribbon kan. I know , for breast cancer, tapi everytime I nampak pink ribbon tu, I akan teringatkan cancer.

I lost 3 person whom I loved dalam masa 6 tahun ni. semuanya kerana kanser.

2007, I lost my cousin sister yang I dah anggap sebagai kakak sendiri. Masa tu umur dia 43 tahun, ada 4 orang anak. she passed away due to appendix cancer.

2009, I lost my pak long. a great man, yang I anggap macam my own father. due to prostate cancer. pak long ayah kepada my cousin sister yang meninggal tu.

2010, I lost my own child secara tiba-tiba sehinggakan pakar-pakar tak dapat nak tahu apakah penyebab sebenar dia meninggal, tapi salah satu penyebabnya adalah lung tumor.

so now you know why I choose a symbol yang melambangkan cancer kan.

Anyway, gegirl sudah happy. apa yang dihajati sudah dalam genggaman hahaha.

Next , nak kumpul charms pulak sampai penuh.  Jangan Dzayd mengganas nak tarik-tarik , sudah!

Selamat Hari Raya

Cak... ku menjelma kembali.

Bersarang sudah!

Alhamdulillah.  Dapat juga merasa Ramadhan dan Syawal tahun ini.

Nak cerita pasal Dzarif. Pasal puasa dan raya dia.

Tahun ini pertama kali Dzai cuba untuk berpuasa. Actually, tak plan sebenarnya.  Cuma masa sahur hari pertama ramadhan, me and mr K cuba kejutkan dia, just tanya je whether dia nak bangun for sahur tak and seterusnya, for puasa.  Dia tahu masa tu nak puasa sebab we explained to him and ada jugak we all tanya dia nak puasa ke tak.

So bangun sahur ramadhan pertama tu, amazingly, Dzai jaga and dapat jugak dia jamah makanan sikit.  I ajar dia niat, dia ikut, dengan mata masih terpejam.

Alhamdulillah. Dapat juga dia berpuasa penuh untuk 27 hari tahun ni. lagi 2 hari tu pun sebab dia kena asthma attack. tu pun gagah nak puasa, sampai paeds kena pujuk suruh rest dulu.

I learn something valuable about Dzai. Yes, he is autistic. Yes, dia tak seperti kanak-kanak tipikal sebaya umur dia. Tapi, alhamdulillah, berkat doa dan tawakkal, Allah kabulkan doa kami. ;)

Raya tahun ni di Jitra. Alhamdulillah, tak seperti thaun yang lain dan tak seperti waktu yang lain bila balik kampung Dzai akan buat perangai sikit. Tapi kali ni kurang sikit tantrumnya. Cuma bila tak dapat tengok TV, atau kena kacau with his cousins, ada jugaklah bunga-bunga mengamuk tu, but not so bad macam sebelumnya.

Dia juga dah lebih faham apa erti raya.  Nak bersalam dengan orang. Nak jugak cuba makanan raya macam ketupat daun palas. Rendang belum berjaya lagi. serunding pun serunding ikan je. Kuih-kuih raya ada jugak dia cuba maybe sebab ikutkan cousins dia. apa-apapun, raya yang bermakna.


Bila tetamu datang visit rumah pun, dia lebih relax dari tahun sebelum ni.  Nak jugak jadi 'host'. Kalau sebelum ni dia buat tak tau je orang datang, but now dia dah nak berborak, join the guest, main-main bersama.

Alhamdulillah.

Nampak tak seberapa apa yang I ceritakan ni, but in our world, in autism's world, percayalah, this is huge development for my child. Social interaction is one of the problem for autism child. But bila Dzai menunjukkan peningkatan sebegini, tidak lagi mengamuk, tidak lagi menyorokkan diri bila orang datang, ya Allah, memang berasa syukur sangat-sangat.

Semoga ada lagi 'surprise' dari Dzai, dengan izinNya. AMEEN.

Saturday, 20 April 2013

fit, diarrhea, rotavirus and whatsnot

Oh my ... my ... sudah lama ku tidak ketemu sama mu, wahai blog ku.

Semakin hari semakin sibuk .. padahal duduk rumah jer, bukan ada side business ke apa, cuma kerja menjaga si kecik yang macam budak besar panjat sana sini tu.

So many things happened for past 2 months. 

Where do I start .....

Cuti sekolah bulan March 2013 hari tu, dengan happy dan suka rianya, we went to Johor Bahru untuk melayani permintaan abang Dzai yang nak pergi ke Legoland. Dah lama dia request nak ke sana, but because of the reviews yang selalu we all dengar dan baca mengatakan tempat tu panas and agak payah untuk bermain setiap ride sebab kena beratur panjang, so we selalu buat excuse setiap kali Dzai ajak. Alah nak pergi boleh , cuma saja je kan nak mengacau anak bujang tu.

Setelah dia pujuk rayu ayah dia buat kali entah ke berapa juta, akhirnya his dad agreed to go cuti sekolah hari tu.  We went there on 23/3/2013, stayed 3 days 2 nights dekat Thistle, JB.

Malam tu bermula satu persatu 'episod malang'. I dont believe in bad luck, but I strongly believe apa yang berlaku ni semua ketentuan Allah. Qada' dan qadar yang harus kita terima.

Start with, hari pertama di JB, sebelum sampai hotel dah sesat barat entah ke mana wakakaka ... memang this is our first time pergi JB, urrmmm actually mr hubby pernah dah few times ke JB cuma tempat yang we all pergi ni dia pun first time. padahal dah ikut maps kat tab i tu, actually dah dekat, but because salah turn, habis pusing keliling JB sampai dah nak ke Woodland hah! akhirnya dengan bantuan mr hubby's friend , he guided us thru phone, sampai jugak hotel. Dah keluarkan barang, mr hubby nak park kereta kat parking, naik atas bilik jer muka masam. the window sebelah driver tu tak tak boleh tutup, setengah jer. fengsan tak fengsan kan ... tingkap tak boleh tutup, hari tu hari sabtu, tempat yang we all langsung tak familiar, tak tau ada mechanic boleh buat ke tak sebab esoknya hari ahad, coti okay. 

Malam tu mr hubby keluar minum with his friend, to discuss kot kot his friend kenal anybody yang boleh baiki that window. and malam tu jugak security hotel datang because dorang perasan pasal tingkap tu, and they asked us to move the car betul-betul depan CCTV so that apa-apa hal the security tau.

Bab ni memang I puji sangat the management and security Thistle Hotel, JB.  they really concerned dengan keadaan guest dan vehicle dalam premise dorang. memang thumbs up.

discuss punya discuss, we have few options. one, mr hubby's friend nak tolong but the thing is dia pun tak sure orang yang dia nak jumpa ahad tu boleh buat ke tak. second, one of the security officer kenal a mechanic yang boleh datang hotel and tolong baiki apa yang patut, coz that person dah biasa baiki kereta guest from Singapore yang selalunya datang hari Ahad.

so we choose option no. 2. tapi biasalah kan nak tunggu orang ni memang lambat. takkan nak melepak dalam hotel jer kan. Ahad tu plan nak ke Legoland. ticket semua dah beli. Sabtu tu pulak before ke hotel dah pergi Puteri Harbour Theme Park. Ahad tu memang patut ke Legoland. then mr hubby kata , just tinggalkan kunci kereta dengan security officer tu biar dia atur, we went to Legoland by taxi, which tak berapa jauh sangat dalam 20 minit gitu.

Alhamdulillah, dapat ke Legoland. cerita penuh pasal Legoland tu nantilah kay. balik pulak, my dearie sister from AM (autisme malaysia) group datang pick us from legoland to our hotel.

Dilla babe, jasamu ku kenang selamanya. i lebiu muaaah.

hahhaha

dan alhamdulillah, tingkap tu dapat dibaiki.

next day, hari isnin we check out dalam pukul 12pm , then terus menuju ke JPO. pun sesat jugak sebab salah turn. pfffttff!

dah alang-alang ke JB, takkan tak nak singgah rumah my mom kat Kluang kan. so the unexpected plan, kitaorang singgah ke my mom's house hari isnin tu, hari khamis we went back KL.

hari khamis 28/08/2013 , sampai rumah pukul 6.45pm macam tu lah. kemas lebih kurang, I naik berehat dengan Dzayd and Dzai. pukul 8.00pm tu terasa badan Dzayd macam panas sikit, nak demam. checked termometer 37.5. dalam hati, ohh okaylah tak berapa panas.  so I bagi ubat demam.

pukul 12.00am tu, I terjaga, mr hubby baru nak tidur. terus I bangun checked Dzayd's temperature. masa tu tak silap I the reading was 38.2 sebelah telinga, sebelah lagi 38.4. baru I nak cakap dengan mr hubby I nak turun sebab nak ambik voren , I saw Dzayd's eyes dah rolling , pandang ke atas. and immediately I knew yang Dzayd nak kena fit. 

pasal fit ni pun I dapat experience thru Dzafri. dia pernah kena twice. 

pasal Dzayd tadi, bila mata dia pandang ke atas, badan dah kaku, terus I jerit kat mr hubby : Dzayd kena fit! 2 saat after that, badan dia mula mengeras, tangan kiri keras, tapak tangan tegak. tapak kaki pun sama. mr hubby dah panic , keep asking me what to do.

I memang dah panic, kerja nak menangis jer. but I tahan. tak boleh dua-dua panic. first I mengiring kan dia, second kain atas kepala tu I basahkan lagi. third, I tengok timing dia berapa lama. forth, I lari ke bawah ambik voren untuk rendahkan temperature dia, which I rasa my termometer bagi false reading. masa I ke bawah, mr hubby jaga Dzayd. dalam dia kena fit tu, I masukkan ubat. and panggil nama dia sekuat yang boleh.

this febrile fit start pukul 12.01pm - 12.04pm. dalam 3 minit. and few seconds before it stops, mulut Dzayd berbuih. doctor kata air liur yang berkumpul. lepas stop tu, I terus packed apa yang patut, kejutkan Dzai and terus ke hospital. alhamdulillah, masa tu dia menangis kuat. kalau dia diam jer, tak alert, memang lagi bertambah risau. on the way tu I call emergency room, saying that I am on my way with my 16 months old baby yang kena fit. 

Sampai ER, after I bagitau nama semua, terus nurse ambik adn checked temperature.

39.6!

ya Allah .. I suspected masa dia kena tu, the temperature almost 40.0 kot. terus after this incident, kitaorang gigih carik termometer exactly dengan yang hospital pakai. memang trauma and paranoid. not only that, after discharged tu, I terus pack barang dalam emergency bag. takut sangat...and oh ya, baru teringat, I tak pack algi, sebab the one I pack before dah pakai last 2 weeks... yep, Dzayd admitted again after 6 hari keluar hospital pasal fit tu.

fuh!

so, untuk kali ni , we kena stay dalam 6 hari. 3/4/2013 baru discharged from hospital, sebab masa tu his fever up and down, plus diarrhea. dahlah trauma , sebab Dzayd kena fit macam Dzafri, so macam-macam terbayang kat kepala ni. stool test, blood test.. semua turn out to be ok.

few days after balik rumah, dia start demam balik, tapi just low grade fever. takpelah, ubat-ubat semua ada. then hari selasa 9/4/2013, start pukul 12.00am tu Dzayd muntah-muntah ... tak terkira dah berapa kali. minum susu muntah. minum air pun muntah, and he cant sleep dari pukul 12pagi tu sampai ke pagi esoknya. and again, another trip to the hospital but kali ni lega sikit sebab our regular paeds dah balik from umrah. and he knows medical history budak2 ni termasuk Dzafri.

but bila Dzayd sakit kali ni, me and mr hubby agak sedih, stress, susah hati, trauma, panik semua da. sebabnya Dzayd's condition ni : demam, muntah-muntah, tak boleh makan, minum susu, diarrhea - semua simptom yang Dzafri ada few days before he passed away. so sapa yang senang duduk kalau the simptom tu lebih kurang sama.

dan kali ni, paeds suruh buat xray.

alhamdulillah , his chest okay. no growth or whatsoever macam Dzafri.

blood test pun ok.

cuma yang tak okay, his stool test kali ni positive for Rotavirus.

aiyayayaya ... even paeds pun pelik sebab dia tahu Dzayd duduk rumah, tak ke taska or babysitter. mana pulak dapat Rotavirus ni. plus, we all baru je balik rumah dalam 5,6 hari sebab sebelum tu Dzayd admitted pasal fit.

dalam tempoh 48 hours tu memang mencabar keimanan, kesabaran dan juga kebersihan diri . dzayd tak berhenti muntah dan tak berhenti diarrhea. tak boleh minum sikit, semua keluar, atas bawah. makan emmang dia tak lalu. plus kena drip, lagilah dia rimas.

and , hari kedua, guess sapa pulak yang muntah-muntah dan diarrhea secara beramai-ramai???

me and Dzai.

berjangkit rupanya Rotavirus ni. and no, muslim tak boleh ambik Rotavirus vaccine, tak halal,

but me and Dzai tak masuk drip. sebab we all pandai minum sendiri.  Dzai lah yang paling padnai. air 100plus tu berbotol-botol dia minum, sebab we all explained to him sakit kali ni dia kena minum banyak air. so dia pun minumlah apa saja drinks yang ada. alhamdulillah.

but me quite bad jugak sampai doctor pun tanya nak masuk drip tak... kalau on drip lagi susah I nak jaga Dzayd. so I tak mo, makan ubat sudah.

 alhamdulillah 10/4/2013 hari Jumaat tu, dah boleh discharged. semua orang sihat sepenuhnya.

akan tetapi, hari ahad tu pulak, melarat kena kat mr hubby sampai lah last wednesday barulah nampak okay.

infor regarding rotavirus :

http://www.medicinenet.com/rotavirus/article.htm

http://teenshealth.org/parent/infections/bacterial_viral/rotavirus.html

http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/rotavirusinfections.html

melalui pembacaan and pertanyaan dekat our paeds, dari mana dapat Rotavirus ni sungguh susah diketahui ... cuma yang pelik satu jer. yes, we all selalu makan luar, but, Dzayd (sebab dia yang kena dulu), bukanlah makan outside food sangat. kalau keluar pun dia cuma jamah sikit-sikit. dia selalunya makan makanan dia yang I masak . but paeds kata, dari air kat rumah pun boleh kena virus ni. wallahualam.

cara nak pastikan supaya tak terkena lagi, kena selalu bersihkan tangan kita.

but sebab I dah phobia, agak rajin sikit masak dalam seminggu ni hahaha .. takut punya pasal. kalau makan luar pun, i kena lebih choosy tempat mana nak makan.

as for the kids, I bagi dorang makan supplement Kordel Probiotics, Vitamin C, habatussauda and olive oil. insyaAllah, dengan izinNya, supaya the kids sihat seperti biasa. ameen






Saturday, 16 March 2013

Sticker book for ST session

I love using sticker book as Dzai's workbook / activity book.

Sebabnya,kids ni kan suka sticker ...  tak kisah lah sticker yang biasa ke, 3d ke, memang dorang akan suka . Dzai kalau dapat sticker kecik from his teacher pun dah happy .  Adik pun suka main sticker. 


Tak  silap beli ni dekat MPH, Alpha Angle Wangsa Maju. Harga I lupa, masa taip ni buku tu kat bawah hehe, but tak mahal sangat, I think kalau tak silap around rm16.90, not more than RM20.00. this book agak tebal jugak, and banyak sticker.


Dalam buku ni macam ni.. nampak yang tempat kosong warna biru tu, itu untuk letakkan sticker ...

Cara i gunakan buku ni dengan Dzai, I used it as our speech therapy material. Contoh this page topic dia "animals". So sebelum lekatkan sticker tu, I akan suruh Dzai ceritakan apa yang dia nampak dalam gambar tu, what kind of animals, describe the animals in the picture. so secara tak langsung , memaksa Dzai untuk bercerita apa yang dia nampak dalam gambar tu. tu sebab I cakap this kind of book bagus untuk st session.kita pun boleh introduce new words to them. after dia dah bercerita tu,then baru suruh dia lekatkan sticker. for him , its like a reward . after bercerita dapat main sticker.

I sarankan mommies yang masih tercari-cari workbook or activity book yang sesuai for your child, spent time sikit recce dekat MPH or Popular bookstore.  memang banyak buku-buku macam ni dengan harga yang murah, yang tak berapa mahal.  kalau kat Popular bookstore, sapa yang ada member card boeh dapat discount 10%, sama jugak dengan MPH, membership for kids, dapat 10% discount.

Thursday, 14 March 2013

12 warning signs of sensory overloading

from 1001 Great Ideas for teaching and raising children with Autism and Aspergers by Ellen Notbohm and Veronica Zysk , foreword by Dr Temple Grandin
__________________________________________________________________________________

  1. Loss of balance or orientation 
  2. Skin flushes or suddenly goes pale
  3. Child is verbalizing "Stop"
  4. Child steadfastly refuses activity
  5. Racing heartbeat or suddenly drop in pulse
  6. Hysteria, crying 
  7. Stomach distress : cramps, nausea , vomitting
  8. Profuse sweating
  9. Child becomes agitated or angry 
  10. Child begins repeating echolalic phrases, or some familiar non-relevant phrase over and over again (self calming behavior)
  11. Child begins stimming (repetitive, self calming behavior)
  12. Child lashes out, hits or bites

Tuesday, 12 March 2013

broad beans

Dzai ni memang susah makan. picky eater. sayur memang dia tak usik. fruits pun lately dia macam tak nak makan kecuali grapes. kalau dulu orange ke dia makan jugak , now tak. Mr Hubby memang rajin beli fruits, especially kat MBG , Wangsa Walk sebab memang fresh buah-buah dia. but nehi ... dia tak nak jugak... banana and papaya memang dia tak sentuh sebab lembik. but berbeza dengan budak nama Dzayd tu. alhamdulillah, dia ni memang tak pernah tolak rezeki hahaha... janganlah dia tengah sedap makan kek ke, tiba2 suap kat mulut abang or offer ayah dia sikit, memang mengamuk satu rumah.


then chef mummy yang masak cuma sebulan sekali sebab pemalas ni memang terpaksa memerah otak macam mana nak bagi Dzai makan fruits and vegetables .. so kalau fruits, I buatlah smoothies or milkshake... kalau sayur ni susah sikit.

hari tu bila jalan-jalan cold storage, I found this!

frozen broad beans


Selalu tengok rancangan Nigella Lawson tu dia suka buat dip from frozen peas campur cream cheese, butter and salt sikit... I ikut exactly macam tu .. hehehe but sorry gambar dip tu tak ada .. tak sempat snap dalam kelam kabut ... I pakai 1 packet ni untuk 2 kali masak. sekali for the dip, the other one I rebus, buang kulit, lumur dengan butter and salt , lepas tu makan dengan steak .. sedap.

But this broad beans yang leceh sikit, first sebelum makan kena rebus dulu. then kena kopek kulit dia.



My intention masa beli ni naklah pujuk Dzai cuba-cuba makan sebab tengok dia makan Edamame kat sushi king tu sedap je .. edamame tu macam green peas lah, but bila google dia sebenarnya green soybeans. 

First time bagi makan yang rebus tu jer with butter and salt dia tak nak. second time I buat dip for his nachos pun dia tak nak.

Fail.

so, chef .... fikirkan yang lain pulak ....

Saturday, 9 March 2013

activities for Dzayd Harrith



This boy dah besar.

Alhamdulillah 15 bulan dah umurnya. Semoga Allah panjangkanlah umur my darling boy ni, insyaAllah.

Anyway, disebabkan dia pun dah besar, dah pandai nak meniru abang .. pantang abang buat apa saja, mesti dia nak ikut. abang duduk atas meja, dia pun sama. abang menulis, dia pun sibuk carik pencil semua. abang pakai bag nak ke sekolah or tuittion, dia pun nak ... semua nak ikut.

then i pernah terbaca kat mana ntah pasal siblings ni. actually dalam keadaan macam Dzarif and Dzayd, maksud I umur dorang ni, actually its good and better to include Dzayd dalam apa saja activvity yang abang buat. before this memang lah tak larat I nak layan kedua-dua dalam satu masa. memang I mengaku. kalau tengah ajar abang or abang nak buat his art and craft or playing with educational toys, I akan letak adik dalam playpen dia. 

satu hari, bila I tengah sibuk dengan Dzai and adik inside his playpen, tiba-tiba dengar dia cakap " eh .. eh". after that macam-macam bunyi keluar dari mulut dia. lepas tu dia pandang jer apa yang abang tengah buat. ohh sedih pulak tengok Dzayd masa tu, and I rasa dia teringin nak buat apa yang abang buat. and mulut dia yang bising-bising tu dia tengah pegang buku dia ... bila I dekat kat dia, dia tunjuk-tunjuk gambar kat buku tu... oh seriously, memang sedih.

mula dari hari tu , I try to include him in our session hahaha tapi kalau dah keadaan tak terkawal sangat, terpaksa jugaklah letak dia dalam playpen tu. but if abang nak buat drawing ke, or his art and craft kat luar, definitely adik pun join sekali  buat sepah or makan sticker hahaha ... 

macam gambar kat atas tu dia tengah main sticker ... sticker is good for fine motor skill especially untuk toddler umur Dzayd. dah 2,3 buku I baca cadangkan budak umur Dzayd banyakkan main sticker or stick majalah yang dikoyak dengan glue. but kalau tak nak messy, main sticker je hehehe

Friday, 8 March 2013

Tips - good environment for healthy emotional development

 I rasa, insyaAllah, kalau ada masa, I nak buat entry pasal this book yang I tengah baca, which memang bagus sangat pasal penjagaan and tips untuk parents dan anak-anak kita.  I akan buat summary dan juga tulis my own opinion and experience related to my children mengenai setiap point yang ada. Ada jugak idea pasal activity yang boleh kita buat with our child
_________________________________________________________________________________


Book : You Raising Your Child
Michael F. Roizen and Mehmet C. Oz

 Topic 1
  1. Use All Senses
  2. Take it outside
  3. Release her inner Olivia Newton-John
  4. And her inner Columbus. While You are it
  5. Teach who owns the problem
  6. Just watch
  7. Go with the flow
  8. Dont neglect downtime
  9. Control your own stress

Use all senses
for overall development, kena include as many of your child senses : smell (nose), showing object (eye), saying (ear), touch (skin) and taste (tongue). multisensory approach helpes embed memories in brain better than simply using one or two senses to make a point. tapi tak semesti dalam satu masa tu or dalam satu learning situation tu kita kena use every senses, no .. this is written in this book as well, cuma kita kena tengok keadaan anak dan juga activity apa yang kita buat masa tu, cuma its good kalau dapat create learning situation yang melibatkan semua senses dalam satu masa. 

Take it outside
Apa yang I faham from this point, if kids play outside memang dapat banyak benefit dan diantara kebaikannya : keeps a healthy mind in a healthy body dan juga antiobesity agent.. hah! Kids dapat pelajari banyak benda melalui nature, macam boleh belajar pelbagai jenis haiwan, burung, macam mana haiwan ini bergerak, berbeza dari manusia, macam mana ants yang kecik cari makanan dia etc

I really, really agree this term sebab my kids memang sukakan animals, insects, birds .. Dzayd tu bila tengok 2 favorite animals dia , birds and cats, waaaahhh dia punya respond, memang we all happy sangat tengok. dengan dia tiru gaya cat tu berjalan, dengan mulut-mulut muncung.. and keeps pointing to the birds.. best sangat, sangat .. last pergi zoo masa dia belum setahun, so memang dah plan nak bawak dia pergi zoo, bird park nanti.  masa kat singapore, pergi tengok S.E.A Aquarium tu, waahh hapy dia tengok ikan-ikan yang macam-macam warna and size tu.  kalau abang Dzai, usah cakaplah. since dia dah besar ni, and dia pun dah pandaikan bezakan setiap animal tu. hidupan air tinggal dalam laut, monyet tinggal atas pokok etc. 

and I quote from this book : "kids who have experienced hands-on learning from nature do better on standardized tests, and for the wiggly kidon ADHD side of the spectrum, outside play can be the preferred means of getting those ya-ya's out".

And I agree this too, sebab macam Dzai, kalau bwak dia ke playground or indoor playground, morning walk at Titiwangsa, nampak dia 'lain'. tak nampak stress, elok jer dengar instruction kita, seronok tengok dia berjalan sambil observed apa yang ada di sekeliling dia. if bawak kat playground memang dia suka, but unfortunately, playground kat rumah ni dah teruk sangat plus kebanyakan yang main situ bukan budak from kawasan rumah ni, so they agak 'kasar' sikit dengan my boy, so memang jarang dah main sini. cuma pagi-pagi after sending Dzai ke sekolah, I jalan-jalan sekejap dengan my Dzayd, which dia memang enjoy dapat lepas jalan sendiri.

Release her inner Olivia Newton John
yang ni macam kelakar sikit kan haha ...mula-mula memang tak faham apa kaitan dengan artis ni, but bila baca the point barulah faham sikit-sikit hehehe... the author said, kids kena get physical. "a child's mind doesnt simply develop from passively processing what she is seeing and hearing". a child learn a lot bila dia sendiri experience sesuatu benda tu. contoh macam main bola, panjat tangga , all this memories yang membentuk knowledge and intelligence kanak-kanak tu, selain dari apa yang dia dengar dari kita or hanya melihat apa kita buat, bila dia sendiri buat , akan lebih teguh ingatan dia untuk sesuatu benda tu.
oh connection dengan olivia newton john? she is a singer, songwriter, actress.. mungkin kaintannya, author nak suruh anak-anak kita ni seaktif and sekreatif artis ni kot... or not? hehehe


and her inner columbus. while you're at it
satu lagi perumpamaan. christopher columbus kan seorang pengembara. so apa yang I faham from this point biarkan anak-anak kita tu explore sendiri sesuatu benda tu. jangan selalu sangat menegah itu ini tak boleh, melainkan mendatangkan bahaya. itu semestinya kita kena pantau lah kan. 


Teach who owns the problem
this point I memang suka sebab terkena batang hidung sendiri hah! "rather than telling your child no all the time, a smart tactic is to make him aware of the potential consequences of his actions so that he learns to make wise choices". but again, apa saja yang mendatagkan bahaya kepada anak, kita kena pantau lah kan keadaan masa tu. cuma kadang-kdang , biarkan jugak if anak kita terjatuh sedikit tanpa sebarang injury or luka, so that next time , insyaAllah, dia faham akan bahayanya sesuatu benda tu , so that dia tak buat lagi.

Just watch
apa yang I boleh summarised from this , tak semestinya all the time we need to stimulate our child 24/7, walaupun memang penting untuk interacting with them and stimulating your child. ada masanya kita cuma 'lihat' saja keadaan anak itu untuk menuntukan apa aktiviti, stimulation and his/her emotions by observing their behavior.

Go with the flow
"flow your child lead".
"a mind is much better able to absorb things if its engaged and interested"

untuk memblehkan our child itu respond dengan apa saja aktiviti , pembelajaran dan pelajaran yang kita ajarkan , adalah penting untuk kita mengikut kemahuan dan kegemaran dia. jangan memaksa sangat menyuruh anak kita melakukan apa yang kita mahu dari apa yang dia ingin lakukan.

Dont neglect downtime 
again, "children do not need to be stimulated al the time"

galakkan anak-anak kita berfikir outside the box, biarkan anak kita mencari kreativiti sendiri, galakkan mereka bergaul dengan strangers (of course, under parent supervision) for stronger social skills. satu lagi, anak-anak kita jugak perlu masa untuk bersendiri. not all the time they need their mama or daddy to play with them .. macam kitalah kan, sometimes we need privacy hehe

Control your own stress
amat penting untuk parents control their stress and emotions di depan anak-anak kerana anak-anak akan learn to do the same thing and become 'hardwired to react that way in more stressful situation. so amatlah penting untuk tidak menunjukkan stress di depan anak.







Tuesday, 5 March 2013

malas phase

I dalam fasa kemalasan yang teramat sangat.

and frankly no mood dalam mengajar Dzai. bukan sebab dia tak nak or aggresif ke - NO. sebab mak dia malas nak ajar.

boleh gitu?

mr hubby banyak kali suruh contact Dzai's ST untuk sambung balik his therapy at home, but nak call, nak set schedule pun malas.

mungkin keadaan ni normal atapun mungkin tidak for a mother , like me, yang ada anak learning difficulties macam Dzai sepatutnya lagi bertambah semangat dan tekun nak ajar anak kan .. but dont know why, tiba-tiba sampai satu masa ni , rasa kurang bersemangat dan malas.

banyak betul perkataan malas dalam post ni.

so tu saja. sebab malas nak taip.

Saturday, 2 March 2013

Assistant yang paling setia


This is my loyal assistant.

Assistant chef - Dzai.

Assistant sidai baju - Dzai.

Assistant jaga adik - Dzai.

Assistant kemas rumah, sapu sampah - Dzai.

Assistant lipat baju, lipat cloth diaper - Dzai.


Pendek kata, kalau tak ada assistant ni, memang boring hidup mummy.

I love you my handsome assistant.


p/s masa tu bersemangat kacau bechamel sauce tu sebab one of his fave food is lasagna.

Friday, 1 March 2013

Belajar beli food sendiri

Since second day of school, every morning I akan bekalkan Dzai with his fave food. his menu bertukar everyday : scramble eggs or roti telur or hotdogs or nugget or pancake or nasi goreng or peanut butter sandwich or cheese sandwich or wedges.  Siap mummy buat ala-ala bendto bagi dia excited makan, siap dengan food pick lah, food flag lah..macam-macam

Sampailah about 3 weeks ago, cikgu Dzai yang mengajar pengurusan diri, approached me, saying that mungkin sekali sekala Dzai boleh belajar beli food sendiri kat kantin. maybe mula dengan beli drinks dulu.  Actually I am worried Dzai tak boleh dan tak pandai beli sendiri, terlupa yang dia di PPKI , where kakak-kakak PPM sentiasa with the students.

So first step, balik dari sekolah, I ajak dia ke kantin dulu. suruh dia beli drinks yang dia nak. selalunya dia akan beli ice lemon tea yang dalam box tu - RM1.00.  tapi satu masalahnya, if air kotak tu habis, dia dah tak pandai nak mintak yang lain or mintak yang dalam tin punya. so terpinga-pinga mamat tu kat situ bila kakak kantin tu kata dah habis. mummy pun ajar dialah jenis-jenis drinks yang lain.

Tengok dalam seminggu lebih tu dia dah pandai beli drinks setiap kali balik sekolah. tapi bekal tetap bawak. takpe. kita pergi step kedua , last friday, start I tak bekalkan dia apa-apa. memang bising Dzai suruh I cook breakfast for him hahahaha but I told him yang dia kena belajar beli food sendiri. kalau tak, sampai bila-bila pun dia takkan pandai. kenapa start hari jumaat last week sebab setiap Jumaat balik pukul 12.00pm.  If dia tak makan pun, at least balik awal, so tak lapar sangat sementara nak balik pukul 12.00pm tu. 

Hari tu dia berjaya beli food kat kantin dengan pengawasan kakak PPM.  Dia beli nasi lemak and drink, total RM1.50 tapi pagi tu Dzai minta RM5.00, bunyi macam nak beli makanan banyak hihi normally we gave him RM4.00, tapi kalau dia mintak lebih, kami bagi lebihlah.

So yesterday , hari Khamis, I mintak dia beli food sendiri kat kantin.  Dzai tak nak. bising dia pagi tu.  but I have a strong reason to ask him to practise buy food kat kantin.  last wednesday after his hydro therapy (swimming), food was given by the school to all PPKI students.  I tersampai awal kat sekolah masa nak ambik dia balik tu.  I tengok semua students tengah sedap makan nasi ayam yang cikgu bagi,provided by then canteen. anak I sorang jer tengah syok makan bekal.

tiba-tiba I rasa sedih.

yes, I know, 'its good' kalau dia suka bawak bekal, tapi untuk keadaan anak I yang perlu belajar untuk menguruskan diri sendiri dan belum lagi matured ikut umurnya sendiri, this is not good.  he needs to learn to eat canteen food or outside food. he needs to learn untuk pandai membawa diri.  In future, esok lusa, mana tau, tak mungkin selamanya I can be there for him, to prepare his bekal. mana tau ajal dah sampai. dan mana tau kesihatan tak mengizinkan. tu semua memang I selalu fikir.

So, I need to prepare my son untuk hadapi benda-benda yang kita sendiri tak tau apa yang akan terjadi in the future. he needs to learn to buy food at canteen.  he needs to learn to eat food yang dijual kat kantin tu. maybe for other mother with typical child benda ni remeh saja. and maybe ada yang anggap I sebagai mak pemalas tak nak masak untuk anak ke sekolah. whatever people say, I dont care. yang penting, I perlu mengajar anak I cara menjaga dirinya.

Rasanya I nak buat jadual dari Isnin - Rabu, Dzai akan bawak bekal. sebab Isnin dan Selasa balik pukul 1.00pm, nanti dia tak nak makan kesian pulak lapar sampai tengahari tu.Rabu pulak selalu ada kokurikulum.  hari Khamis dan Jumaat jer lah nampak okay sikit for him to buy food.

Macam semalam, dia beli Oreos and susu kotak jer. Aisssh. today dah pesan suruh beli nasi ke , or nugget ke or noodle. 

Hari ni tengoklah makan apa budak tu

Thursday, 28 February 2013

Petrosains

Percaya tak yang we all ni tak pernah masuk Petrosains , walaupun, bak kata one of my good friend, "klcc tu tempat baya makan minum, tidur baring..." hahahaha ;)

Tak pernah masuk.  Because every time lalu situ mesti penuh.  Ye lah , selalunya pergi KLCC pun hari weekend, then selalu nampak ramai rombongan budak sekolah ke sana.  So cuti chinese new year hari tu, we went to KLCC awal-awal pagi sebab nak breakfast plus nak pergi borong buku kat Kinokuniya.  Then lalu kat Petrosains tengok tak berapa ramai orang lagi.  Tanya Dzai whether he wants to go in or not, ofkos, jawapan dia nak kan sebab dia dah nampak gambar dinosaur.

Tapi masa tu we all tak breakfast lagi. Kang ada pulak yang tantrum dalam tu sebab lapar. heh. because after korek infor lebih kurang from the staff, they said jalan-jalan dalam tu lebih kurang 2 jam - 2 1/2 jam jugak. waaahh tak sangka besar dalam tu. dari luar nampak kecik je haha. but the staff advise suruh beli tickets dulu sebab sure kejap lagi ramai orang. sometimes beratur panjang nak beli ticket plus nak masuk dalam tu pun kena beratur lagi.  Price for 1 person I lupa, but for us 2 adult and 1 child ni only RM30.00 saja. cheap right. 

Sebeum nak menjelajah Petrosains tu, kena beratur sebab kita akan naik macam time capsule yang I panggil batman car .. heeee .. but sorry not picture masa tu, malas nak snap sebelum naik. google lah nanti keluar gambar time capsule tu.

Dalam 5-10 minit jugaklah dalam capsule tu. Dzayd dah diam jer but dia tak menangis sebab I rasa cuak sebab masa lalu dalam batman car tu, gelap ... but tengok dia ok,  nasib baik. After dah naik benda tu, barulah sampai ke destinasi hahahaha

tengok dua beranak ni ... nak merasa sangat angin hurricane mcam mana. so dalam benda alah ni memang angin kuat gilas, sebijik macam film Twister , Helen Hunt berlakon tu. sampai keluar angin tu  dapat rasa

   
 Gambar penimbang berat tu ada cerita funny disebaliknya.  Nampak je benda ni I pun teruslah berdiri atas tu.  Masa ni Dzayd dalam my SSC. and his current weight is 13kg plus plus. my weight dalam 65kg . so plus minus dapatlah jumlah di atas... but ... tiba-tiba ...... ada orang histeria , marah-marah sebelah i.

"gilaa punya berat macam ni ..... "

hahahahaha mr hubby lupa yang I tengah kendong Dzayd. sekali tu bila dia angkat muka sikit, nampak Dzayd, then he said , "ohh nasib baik"

hahahaha


suka bob the builder i ni ;)

masa ni cute sangat. the petrosains staff tengah explained to Dzai pasal clouds, one to one pulak tu.  I told her Dzarif is autism , so she said yang dorang ni dah biasa dengan special kids, so they know how to handle them. alhamdulillah, so happy to hear that. at least secara tak langsung that day, dapat jugak create awareness regarding autism
Memang makan masa lebih 2 jam jugak dalam tu. and yang penting, Dzai enjoy sangat. banyak benda dia boleh belajar hari tu. bukan dia je, mak ayah dia pun sama. siap ada science show lagi. so its really fun and worth nak msuk dalam ni bawak anak-anak.

Cuma if you have small children or baby macam Dzayd(Dzayd baby ke, bukan toddler? kes mak nak anak dia kecik je) , dont worry. dalam petrosains tu ada changing room for baby. and ada jugak small cafe kalau nak duduk rehat sekejap.

Overall, for me apa yang I nampak masa Dzai kat situ, he really enjoy the trip. almost everything dia nak pegang dan cuba, plus dia akan tanya, "what is that, mummy?" .. "apa ni?" .. so bila explain, dia akan dengar. its a good place for school field trip too.

Tuesday, 26 February 2013

Big boss in da house, yo






Macam orang-orang tua melepak dengan kawan-kawan gayannya.

 Macam dah besar sangat Dzayd ni kan.  Lagi seminggu nak masuk 1tahun 3bulan.

Dengan izinNya, ya Allah, panjangkanlah umur anakku ini.  berilah kesihatan yang baik kepadanya.

*dzafri passed away masa umur kurang 2 hari dari 1 tahun 3 bulan. so me and hubby agak trauma dan paranoid . but apapun, kami redha dengan ketentuan Allah*


 

Monday, 25 February 2013

Kokurikulum di sekolah



About a month ago kalau tak silap, Dzai dah start ada kokurikulum at school every Wednesday.  First week masa baru start hari tu Kelab Keselamatan dan Jalanraya , which is, memang kena betul dengan timing kitorang yang ajar Dzai pasal lintas jalan and all dah bertahun-tahun still tak lepas lagi.  Bukan lintas jalan mana pun, depan rumah ke seberang jalan je.  We need to teach him this sampai dia betul-betul faham.  Aspek keselamatan benda yang paling important.  But I read somewhere, anak-anak autism ni 'kurang peka' atau kurang kefahaman tentang bahaya. And it is the parents duty dan dibantu oleh teachers untuk menyedarkan Dzai betapa bahayanya kalau melintas jalan tanpa berhati-hati. and jangan sesekali main dekat jalanraya.

After that, second week tu pulak, badminton. Masa ni lah. First time my boy pegang racket badminton you .... excited ... tak tidur malam hahaha ... asyik cerita je bila nak main badminton.  Teachers said dia tak mo berhenti hahaha ... fengsan cikgu-cikgu nak melayan.  After dapat main kat sekolah, dia paksa ayah dia beli his own racket badminton siap dengan shuttlecocks .. tapi main kat rumah je lah.

Last week pulak, Pengakap, but kat school je.  Excited mamat tu dapat buat khemah.  Patutnya they have bowling but unfortunately the school tak dapat surat kebenaran keluar dari sekolah.  Alhamdulillah, today the teacher informed that rabu ni boleh dah buat terapi renang... so boleh bayangkan macam mana mamat tu happy dapat swimming with friends dari pagi sampai tengahari... dapat naik bas lagi ;)

Alhamdulillah, rezeki Dzai dapat peluang untuk merasa sama join dengan aktiviti kokurikulum ni.  I fhe still in mainstream or sekolah biasa, dont think dapat peluang sebegini.  Last year di sekolah lama pun masa sukan, Dzai jadi penonton saja kat seat stadium.  Nasib baiklah masa perbarisan dia dapat join sekali... kalau tak, ada pulak angry mummy kat school tu haha.. i know, emo kan .. mr k lately ni suka sangat ingatkan i, "relax .... relax" .. naik geram dengar word tu hihi

I am so happy when Dzai is happy.

Syukur ya Allah

Thursday, 21 February 2013

Cuci kasut


Gambar awal tahun hari tu.  Sebelum sekolah bukak lagi pun.  Tahun ni I ingat nak ajar Dzai buat kerja-kerja di rumah especailly yang berkaitan dengan dia macam basuh kasut and kapur kasut.  First year pakai kasut putih ni, last year kena pakai kasut hitam kat school lama dia.

But sampailah ke minggu lepas tak ada maknanya dia nak basuh kasut.  I know why.  Padahal kerja lain boleh jer dia tolong buat kan.  Memasak ke, sidai baju ke, angkat barang, angkat groceries, jaga adik, ambik barang adik etc .. but basuh kasut, big no for him... sebabnya, dia geli. hahaha... geli nak pegang kasut tu lembab basah je kan. and geli nak sapu kapur tu.

And nak tak nak, mummy jugak yang basuh kasut.


Tukang bersih laman



Presenting .... mat penyapu.

He loves penyapu.

Trust me.

He just love it so much.  Tak dapat pegang penyapu, mengamuk menghempas badan kat lantai.

Aissshh

Masa pregnant rasanya tak mengidam pulak penyapu. hah!

Singapore Holiday - Day 2 - USS

Second day kat Singapore we went to Universal Studio Singapore - USS! yeah bebeh! hahaha mak budak lebih over dari budak sorang tu .. I susah nak explained to Dzai USS tu tempat apa, so I just bagitau tempat sleep Transformers..... hahahahahaha ... senang nak faham .. jadi bila sampainya kat airport, awal-awal cakap nak jumpa transformers .. habih orang dalam lift pun dia cakap nak jumpa transformers ... fengsan. Plan nak sampai USS before waktu bukak 10am. Lepas subuh semua askar bangun dah... bunyi macam ramai je kan padahal 2 orang askar kecik tu je.

Memang plan, as my itinerary, nak pergi awal ke USS. Sebabnya :

  1. kalau lambat takut hujan ataupun terlalu panas
  2. nak masuk entrance pun kena beratur panjang walaupun dah siap-siap beli ticket
  3. masuk awal taklah crowded gila sangat walaupun ramai orang still okay lagi
  4. kalau nak main ride apa-apa, kalau datang awal so taklah ramai or lama nak tunggu
  5. takut susah dapat taxi sebab hari tu hari Sabtu

Oh ya pasal itinerary. Entahlah, since kahwin lagi kalau nak pergi holiday mana-mana , walaupun sedepa kat Melaka tu, I akan buat itinerary kat mr hubby. sebabnya, nanti dia banyak soal tanya berapa bayar hotel, duduk berapa hari, nak buat apa, nak makan kat mana, budak-budak nak buat apa ... betterlah I buat siap-siap itinerary kali ni. Semua infor ada. Apa nak buat on that particular day. Pukul berapa, berapa lama etc. Entrance fee. Taxi fare. Makan kat mana. Semua ada. Complete. Supaya mudah tak ditanya banyak kali yang boleh mengundang amarah haha

So pagi Sabtu tu semua bangun awal. Breakfast kt hotel, kat Indian Restoran yang served vege dishes je. Then naik balik mandi and siap. By 9.0apm macam tu terus turun tunggu taxi. Tak lama tunggu, terus dapat. Perjalanan about 10-15 mins kalau tak silap. Taxi fare dalam berapa ya, cant remember, kalau tak silap not more than SGD15.00 kot. Sampai je kat Resort World Sentosa, terus terjah kat bulatan air pancut dekat USS tu sebelum kena beratur paaanjaaaaaang! lagipun , we all sampai before 10.00am , opening time dia, so harus beratur kat luar tu. but once dah bukak cepat jer dapat masuk.

A-must-ambik-gambar-spot! hik hik
 
see orang semua beratur panjang-panjang .. see muka my son dah lain macam tu? merajuk sebab tak dapat map. dzai dengan map memang tak dapat dipisahkan. pergi mana-mana macam zoo ke, or places like this dia emsti carik map dulu


Even though I dah beli ticket USS ni online, bukan bermakna boleh masuk terus pun.  Still kena beratur kat entrance.  Cuma online ticketing ni memudahkan tak payah beratur kat counter ticket takut ramai.  masa I sampai awal pukul 9.00am lebih tu, counter ticket pun tak ramai orang.

 Boleh beli online disini :Resort World Sentosa

Ticket masuk adult : SGD74.00. Child 4-12 : SGD54.00

USS ni ada express ticket.  Bermakna kita tak payah beratur panjang if kita ada express ticket ni.  But one express ticket cost SGD50.00, dalam RM125.00 satu ticket, untuk seorang sahaja, untuk digunakan satu ride sahaja. What I did was, I purchased express ticket ni 2. one for mr hubby and one for my Dzai untuk dorang naik Transformers Ride.  masa I dok survey survey tu, Transformers ride ni salah satu paling baru and paling orang suka pergi. and knowing connection antara Dzai dan pakcik2 transformers dia, mesti kompom dia naklah gi ride ni kan, so I meamng purchased for this ride only.

Lagipun I think dalam banyak-banyak ride tu we all cuma naik 3,4 saja. Itupun ikut Dzai mana dia nak naik. Lagipun kena tengok height jugaklah if nak naik tu. so baby Dzayd memang tak boleh naik apa-apa. I cuma naik satu je, Madagascar ride dengan Dzai, mr hubby jaga Dzayd. yang lain Dzai naik with ayah dia. But we went to semualah places yang ada dalam USS tu kecuali Shrek Kingdom tu Dzai takut hahaha oh plus Waterworld tak masuk.

So those yang nak bawak anak kecik or autism child like me, memang kena plan betul-betul sebab kawasan ni kawasan besar. Plus keadaan cuaca sama.  Kalau tak hujan okaylah macam masa we all pergi tu tapi memang panas. Kena plan mana nak naik dulu.  Mana ride yang paling utama nak kena beratur awal or purchase the express ticket. Kena gi toilet break. etc etc

And remember hari panas, please drink a lot of water. Tak pasal dehydrated kat USS lak hehehe


Map ada dimana-mana kat shopping cart 'di tepi jalan' tu. Just ambik je. Free.

Ini budak bukan takut. Relax jer dia berlari kat depan kejar si Woody ni

Map tak lepas kat tangan . Suka abang Dzai ambik gambar kat kereta polis




Dalam banyak-banyak star, ku ambik yang ni saja... so taukan motip di sebalik? hahahahaha

This one kat Hollywood kot ke New York..macam tu lah hihi

Sesame Street show.. cuba teka sapa yang paling excited? omak budak-budak ni hahahaha rindu dgn geng sesame street, 30 tahun dulu layan kartun ni je



Abang takut sebab dinosaur tu 'hidup' ahahhahaa nak geget kepala orang .. scary okay.. dalam citer Jurassic Park macam ni lah kot .. selain dari area Transformers, area Jurassic ni pun fave kesukaan Dzai ... satu masa dulu, dia obsessed jugak dengan all dinosaurs ni

One thing kena really take note bila ke USS ni, especially nak ambik gambar dengan Transformers ke, or any character yang tengah berjalan-jalan tu, kena beratur sebab ramai orang nak ambik gambar sama. If tak beratur, the staff takkan teragak-agak untuk suruh kita beratur walaupun tengah posing maut hah!

another must-take-photo-spot!

main bubble tengah-tengah jalan .. tu betty boop kat belakang .. Dzai sempat ambik gambar dengan Betty tu but tak nak den upload sini.. sexy sangat hahaha

muka dah blur sebab dah penat. lagipun dia tak boleh focus dah sebab ayah dia asyik cakap nak tengok fish kat S.E.A Aquarium sebelah






Okay, pasal stroller. Pergi ke Singapore hari tu I tak bawak stroller, sebabnya kesian kat Mr Hubby nak kena jaga 2 luggage bag. Well, what's new abut us dengan luggage terlebih ni kan? Biasaklah hahaha .. 1 bag memang cukup kain baju untuk 4 orang, pampers (kalau pergi holiday or balik kampung I tak akai diapers), terlekung, sejadah, charger, toiletries. 1 bag lagi tu penuh dengan ubat-ubat budak2 takut demam tengah malam ke, dengan aero chamber and ubat2 lagi takut asthma, botol susu, susu, ribena Dzai, makanan adik .... I told Mr Hubby, kita ni nak travel light tunggu Dzayd dah 6,7 tahun. Bila dah tak pakai pampers, dah tak minum susu, makan pun boleh makan makanan kita hehe

I dah survey sebelum ke USS yang kita boleh rent stroller.  But Dzayd tak duduk sangat pun kecuali masa I temankan Dzai ke ride Madagascar je....most of the time, seperti dalam gambar letak barang saja.I prefer Dzayd dalam SSC, and dia pun comfortable that way. stroller rental fee : double (mcm dalam gambar) - SGD15 and single - SGD10. wheelchair pun available for rent.  But kalau one family nak masuk any ride in the theme park, you guys kena tinggalkan stroller kat luar. and each stroller dorang print nama yang sewa this thing.

For muslim, dont worry, dalam USS ni ada few tempat makan yang halal.  But we tak makan sini sebabnya heavy breakfast pagi tu.  And we only spent dalam 3 jam saja.. sebab memang itu estimated time yang we all nak duduk dalam tu. Because bukan semua ride Dzai nak and boleh naik.  Me and Mr Hubby pun tak teringin pulak nak cuba yang lain hahaha .. lagipun dari pukul 10.00am sampai 1.30pm, oklah tu dapat jalan semua tempat.  Plus hari pun dah panas, and we all nak tengok fish kat S.E.A Aquarium kat sebelah USS je. I memang plan nak balik ke hotel and ambik taxi by 4.00pm or 4.30pm before SEMUA orang decided nak balik and ambik taxi. Mahu fengsan nak balik nanti. Oh ya, nak tahu mana tempat halal. one, dekat kedai-kedai makan tu ada dorang letak sign halal. second, tengok kat map. Third, just tanya je USS staff situ, dorang tahu mana restoran halal or tak.

Prayer room pun ada, but tak ingat dah mana.  Dalam map semua ada. Baby changing room tak perasan pulak because masa tu Dzayd 'ok' hehe ... I salin his diapers kat S.E.A Aquarieum, sejuk sikit.

Oh ya, lupa nak cakap pasal souvenirs shop... siap je lah purse dan wallet tu.  Kalau tak cukup cash tak pe, bagi get ready credit cards muahahaha ... banyak jugak we spent for souvenirs, sebab first harga bukan murah, second beli ikut Dzai nak, third beli for friends. Macam-macam souvenir ada. Rambang mata okay.

Tips:

1.  Expected meltdowns and tantrums due to loud noise/music
Kat sini, as expected, macam tempat lain jugak, akan agak bising dengan sound system, music and all.  Plus factor cuaca pun kadang-kdang menyumbang kepada tantrum anak-anak autism ni. And orang ramai. Bila orang ramai, sometimes nak ambik gambar pun kena beratur.  Macam Dzai, dia belum sepenuhnya memahami kenapa kena beratur. Kenapa kena take turns and all. Semua nak cepat and ikut cara dia.  Walaupun dah explained before, beribu-ribu kali, but still,bila dalam keadaan terlampau happy and excited tu, bila ada benda yang menganggu sikit, mulalah bunga-bunga tantrum tu nak keluar mengundang kepada meltdown.  Tapi hari tu alhamdulillah, tiada kejadian yang memeningkan kepala. Cuma apa yang dia nak macam nak main bubble, nak main transformers tu, kena ikut cepatlah before siren berbunyi.

2.  Make sure anak dalam keadaan yang selesa
I make sure both Dzai and Dzayd selesa sebelum bertolak ke USS. mandi, breakfast, sihat. Before keluar hotel tu i checked their temperature dulu. Pakaikan baju dan kasut yang selesa.  kalau cuaca panas jangan pakaikan baju dan seluar tebal.

3.  Plan your time wisely
Macam I cakap tadi, kat USS tak berapa lama sangat dalam 3 1/2 jam.  Then sambung ke S.E.A Aquarium which the kids memang enjoy sangat.  kat situ dah habis masa dalam 2 jam. Keluar dari pukul 9.00am.  Plus minus semua, by pukul 4.30pm we naik taxi dah. Lama jugk kan tu.  Kalau we stay kat USS sampai petang, then sambung tgk fish lagi, mahu balik pukul 7.00pm macam tu. takut beratur lama for taxi. takut lah kan macam tu... so awal-awal dah keluar sebelum yang lain keluar.

3.  Sabar itu indah
:)

 4.  Kalau dah penat berjalan, just lepak kat few restaurant yang ada outsie chairs tu.  Even though we all tak kan just minum je, okay je lepas kat situ. tak kena halau punya haha. satu lagi, kalau panas masuk je dalam souvenir shop tu kejap, ambik angin aircond. tu yg i buat masa sana. tengok Dzayd semacam je sebab panas cepat-cepat masuk kedai hihi

5.  Kalau boleh, for those yang ada anak kecik macam I or special need child mcm Dzai, avoid pergi masa cuti sekolah malaysia and singapore or public holidays... tu yang taxi driver sana pesan. kalau masa tu tunggu taxi pun mahu berjam-jam. Nak main rides pun susah. Nak berjalan pun ramai. 


Okay. stop dulu naaa ... ada lagi nanti entry pasal pergi Night Safari and SEA Aquarium