Thursday, 28 February 2013

Petrosains

Percaya tak yang we all ni tak pernah masuk Petrosains , walaupun, bak kata one of my good friend, "klcc tu tempat baya makan minum, tidur baring..." hahahaha ;)

Tak pernah masuk.  Because every time lalu situ mesti penuh.  Ye lah , selalunya pergi KLCC pun hari weekend, then selalu nampak ramai rombongan budak sekolah ke sana.  So cuti chinese new year hari tu, we went to KLCC awal-awal pagi sebab nak breakfast plus nak pergi borong buku kat Kinokuniya.  Then lalu kat Petrosains tengok tak berapa ramai orang lagi.  Tanya Dzai whether he wants to go in or not, ofkos, jawapan dia nak kan sebab dia dah nampak gambar dinosaur.

Tapi masa tu we all tak breakfast lagi. Kang ada pulak yang tantrum dalam tu sebab lapar. heh. because after korek infor lebih kurang from the staff, they said jalan-jalan dalam tu lebih kurang 2 jam - 2 1/2 jam jugak. waaahh tak sangka besar dalam tu. dari luar nampak kecik je haha. but the staff advise suruh beli tickets dulu sebab sure kejap lagi ramai orang. sometimes beratur panjang nak beli ticket plus nak masuk dalam tu pun kena beratur lagi.  Price for 1 person I lupa, but for us 2 adult and 1 child ni only RM30.00 saja. cheap right. 

Sebeum nak menjelajah Petrosains tu, kena beratur sebab kita akan naik macam time capsule yang I panggil batman car .. heeee .. but sorry not picture masa tu, malas nak snap sebelum naik. google lah nanti keluar gambar time capsule tu.

Dalam 5-10 minit jugaklah dalam capsule tu. Dzayd dah diam jer but dia tak menangis sebab I rasa cuak sebab masa lalu dalam batman car tu, gelap ... but tengok dia ok,  nasib baik. After dah naik benda tu, barulah sampai ke destinasi hahahaha

tengok dua beranak ni ... nak merasa sangat angin hurricane mcam mana. so dalam benda alah ni memang angin kuat gilas, sebijik macam film Twister , Helen Hunt berlakon tu. sampai keluar angin tu  dapat rasa

   
 Gambar penimbang berat tu ada cerita funny disebaliknya.  Nampak je benda ni I pun teruslah berdiri atas tu.  Masa ni Dzayd dalam my SSC. and his current weight is 13kg plus plus. my weight dalam 65kg . so plus minus dapatlah jumlah di atas... but ... tiba-tiba ...... ada orang histeria , marah-marah sebelah i.

"gilaa punya berat macam ni ..... "

hahahahaha mr hubby lupa yang I tengah kendong Dzayd. sekali tu bila dia angkat muka sikit, nampak Dzayd, then he said , "ohh nasib baik"

hahahaha


suka bob the builder i ni ;)

masa ni cute sangat. the petrosains staff tengah explained to Dzai pasal clouds, one to one pulak tu.  I told her Dzarif is autism , so she said yang dorang ni dah biasa dengan special kids, so they know how to handle them. alhamdulillah, so happy to hear that. at least secara tak langsung that day, dapat jugak create awareness regarding autism
Memang makan masa lebih 2 jam jugak dalam tu. and yang penting, Dzai enjoy sangat. banyak benda dia boleh belajar hari tu. bukan dia je, mak ayah dia pun sama. siap ada science show lagi. so its really fun and worth nak msuk dalam ni bawak anak-anak.

Cuma if you have small children or baby macam Dzayd(Dzayd baby ke, bukan toddler? kes mak nak anak dia kecik je) , dont worry. dalam petrosains tu ada changing room for baby. and ada jugak small cafe kalau nak duduk rehat sekejap.

Overall, for me apa yang I nampak masa Dzai kat situ, he really enjoy the trip. almost everything dia nak pegang dan cuba, plus dia akan tanya, "what is that, mummy?" .. "apa ni?" .. so bila explain, dia akan dengar. its a good place for school field trip too.

Tuesday, 26 February 2013

Big boss in da house, yo






Macam orang-orang tua melepak dengan kawan-kawan gayannya.

 Macam dah besar sangat Dzayd ni kan.  Lagi seminggu nak masuk 1tahun 3bulan.

Dengan izinNya, ya Allah, panjangkanlah umur anakku ini.  berilah kesihatan yang baik kepadanya.

*dzafri passed away masa umur kurang 2 hari dari 1 tahun 3 bulan. so me and hubby agak trauma dan paranoid . but apapun, kami redha dengan ketentuan Allah*


 

Monday, 25 February 2013

Kokurikulum di sekolah



About a month ago kalau tak silap, Dzai dah start ada kokurikulum at school every Wednesday.  First week masa baru start hari tu Kelab Keselamatan dan Jalanraya , which is, memang kena betul dengan timing kitorang yang ajar Dzai pasal lintas jalan and all dah bertahun-tahun still tak lepas lagi.  Bukan lintas jalan mana pun, depan rumah ke seberang jalan je.  We need to teach him this sampai dia betul-betul faham.  Aspek keselamatan benda yang paling important.  But I read somewhere, anak-anak autism ni 'kurang peka' atau kurang kefahaman tentang bahaya. And it is the parents duty dan dibantu oleh teachers untuk menyedarkan Dzai betapa bahayanya kalau melintas jalan tanpa berhati-hati. and jangan sesekali main dekat jalanraya.

After that, second week tu pulak, badminton. Masa ni lah. First time my boy pegang racket badminton you .... excited ... tak tidur malam hahaha ... asyik cerita je bila nak main badminton.  Teachers said dia tak mo berhenti hahaha ... fengsan cikgu-cikgu nak melayan.  After dapat main kat sekolah, dia paksa ayah dia beli his own racket badminton siap dengan shuttlecocks .. tapi main kat rumah je lah.

Last week pulak, Pengakap, but kat school je.  Excited mamat tu dapat buat khemah.  Patutnya they have bowling but unfortunately the school tak dapat surat kebenaran keluar dari sekolah.  Alhamdulillah, today the teacher informed that rabu ni boleh dah buat terapi renang... so boleh bayangkan macam mana mamat tu happy dapat swimming with friends dari pagi sampai tengahari... dapat naik bas lagi ;)

Alhamdulillah, rezeki Dzai dapat peluang untuk merasa sama join dengan aktiviti kokurikulum ni.  I fhe still in mainstream or sekolah biasa, dont think dapat peluang sebegini.  Last year di sekolah lama pun masa sukan, Dzai jadi penonton saja kat seat stadium.  Nasib baiklah masa perbarisan dia dapat join sekali... kalau tak, ada pulak angry mummy kat school tu haha.. i know, emo kan .. mr k lately ni suka sangat ingatkan i, "relax .... relax" .. naik geram dengar word tu hihi

I am so happy when Dzai is happy.

Syukur ya Allah

Thursday, 21 February 2013

Cuci kasut


Gambar awal tahun hari tu.  Sebelum sekolah bukak lagi pun.  Tahun ni I ingat nak ajar Dzai buat kerja-kerja di rumah especailly yang berkaitan dengan dia macam basuh kasut and kapur kasut.  First year pakai kasut putih ni, last year kena pakai kasut hitam kat school lama dia.

But sampailah ke minggu lepas tak ada maknanya dia nak basuh kasut.  I know why.  Padahal kerja lain boleh jer dia tolong buat kan.  Memasak ke, sidai baju ke, angkat barang, angkat groceries, jaga adik, ambik barang adik etc .. but basuh kasut, big no for him... sebabnya, dia geli. hahaha... geli nak pegang kasut tu lembab basah je kan. and geli nak sapu kapur tu.

And nak tak nak, mummy jugak yang basuh kasut.


Tukang bersih laman



Presenting .... mat penyapu.

He loves penyapu.

Trust me.

He just love it so much.  Tak dapat pegang penyapu, mengamuk menghempas badan kat lantai.

Aissshh

Masa pregnant rasanya tak mengidam pulak penyapu. hah!

Singapore Holiday - Day 2 - USS

Second day kat Singapore we went to Universal Studio Singapore - USS! yeah bebeh! hahaha mak budak lebih over dari budak sorang tu .. I susah nak explained to Dzai USS tu tempat apa, so I just bagitau tempat sleep Transformers..... hahahahahaha ... senang nak faham .. jadi bila sampainya kat airport, awal-awal cakap nak jumpa transformers .. habih orang dalam lift pun dia cakap nak jumpa transformers ... fengsan. Plan nak sampai USS before waktu bukak 10am. Lepas subuh semua askar bangun dah... bunyi macam ramai je kan padahal 2 orang askar kecik tu je.

Memang plan, as my itinerary, nak pergi awal ke USS. Sebabnya :

  1. kalau lambat takut hujan ataupun terlalu panas
  2. nak masuk entrance pun kena beratur panjang walaupun dah siap-siap beli ticket
  3. masuk awal taklah crowded gila sangat walaupun ramai orang still okay lagi
  4. kalau nak main ride apa-apa, kalau datang awal so taklah ramai or lama nak tunggu
  5. takut susah dapat taxi sebab hari tu hari Sabtu

Oh ya pasal itinerary. Entahlah, since kahwin lagi kalau nak pergi holiday mana-mana , walaupun sedepa kat Melaka tu, I akan buat itinerary kat mr hubby. sebabnya, nanti dia banyak soal tanya berapa bayar hotel, duduk berapa hari, nak buat apa, nak makan kat mana, budak-budak nak buat apa ... betterlah I buat siap-siap itinerary kali ni. Semua infor ada. Apa nak buat on that particular day. Pukul berapa, berapa lama etc. Entrance fee. Taxi fare. Makan kat mana. Semua ada. Complete. Supaya mudah tak ditanya banyak kali yang boleh mengundang amarah haha

So pagi Sabtu tu semua bangun awal. Breakfast kt hotel, kat Indian Restoran yang served vege dishes je. Then naik balik mandi and siap. By 9.0apm macam tu terus turun tunggu taxi. Tak lama tunggu, terus dapat. Perjalanan about 10-15 mins kalau tak silap. Taxi fare dalam berapa ya, cant remember, kalau tak silap not more than SGD15.00 kot. Sampai je kat Resort World Sentosa, terus terjah kat bulatan air pancut dekat USS tu sebelum kena beratur paaanjaaaaaang! lagipun , we all sampai before 10.00am , opening time dia, so harus beratur kat luar tu. but once dah bukak cepat jer dapat masuk.

A-must-ambik-gambar-spot! hik hik
 
see orang semua beratur panjang-panjang .. see muka my son dah lain macam tu? merajuk sebab tak dapat map. dzai dengan map memang tak dapat dipisahkan. pergi mana-mana macam zoo ke, or places like this dia emsti carik map dulu


Even though I dah beli ticket USS ni online, bukan bermakna boleh masuk terus pun.  Still kena beratur kat entrance.  Cuma online ticketing ni memudahkan tak payah beratur kat counter ticket takut ramai.  masa I sampai awal pukul 9.00am lebih tu, counter ticket pun tak ramai orang.

 Boleh beli online disini :Resort World Sentosa

Ticket masuk adult : SGD74.00. Child 4-12 : SGD54.00

USS ni ada express ticket.  Bermakna kita tak payah beratur panjang if kita ada express ticket ni.  But one express ticket cost SGD50.00, dalam RM125.00 satu ticket, untuk seorang sahaja, untuk digunakan satu ride sahaja. What I did was, I purchased express ticket ni 2. one for mr hubby and one for my Dzai untuk dorang naik Transformers Ride.  masa I dok survey survey tu, Transformers ride ni salah satu paling baru and paling orang suka pergi. and knowing connection antara Dzai dan pakcik2 transformers dia, mesti kompom dia naklah gi ride ni kan, so I meamng purchased for this ride only.

Lagipun I think dalam banyak-banyak ride tu we all cuma naik 3,4 saja. Itupun ikut Dzai mana dia nak naik. Lagipun kena tengok height jugaklah if nak naik tu. so baby Dzayd memang tak boleh naik apa-apa. I cuma naik satu je, Madagascar ride dengan Dzai, mr hubby jaga Dzayd. yang lain Dzai naik with ayah dia. But we went to semualah places yang ada dalam USS tu kecuali Shrek Kingdom tu Dzai takut hahaha oh plus Waterworld tak masuk.

So those yang nak bawak anak kecik or autism child like me, memang kena plan betul-betul sebab kawasan ni kawasan besar. Plus keadaan cuaca sama.  Kalau tak hujan okaylah macam masa we all pergi tu tapi memang panas. Kena plan mana nak naik dulu.  Mana ride yang paling utama nak kena beratur awal or purchase the express ticket. Kena gi toilet break. etc etc

And remember hari panas, please drink a lot of water. Tak pasal dehydrated kat USS lak hehehe


Map ada dimana-mana kat shopping cart 'di tepi jalan' tu. Just ambik je. Free.

Ini budak bukan takut. Relax jer dia berlari kat depan kejar si Woody ni

Map tak lepas kat tangan . Suka abang Dzai ambik gambar kat kereta polis




Dalam banyak-banyak star, ku ambik yang ni saja... so taukan motip di sebalik? hahahahaha

This one kat Hollywood kot ke New York..macam tu lah hihi

Sesame Street show.. cuba teka sapa yang paling excited? omak budak-budak ni hahahaha rindu dgn geng sesame street, 30 tahun dulu layan kartun ni je



Abang takut sebab dinosaur tu 'hidup' ahahhahaa nak geget kepala orang .. scary okay.. dalam citer Jurassic Park macam ni lah kot .. selain dari area Transformers, area Jurassic ni pun fave kesukaan Dzai ... satu masa dulu, dia obsessed jugak dengan all dinosaurs ni

One thing kena really take note bila ke USS ni, especially nak ambik gambar dengan Transformers ke, or any character yang tengah berjalan-jalan tu, kena beratur sebab ramai orang nak ambik gambar sama. If tak beratur, the staff takkan teragak-agak untuk suruh kita beratur walaupun tengah posing maut hah!

another must-take-photo-spot!

main bubble tengah-tengah jalan .. tu betty boop kat belakang .. Dzai sempat ambik gambar dengan Betty tu but tak nak den upload sini.. sexy sangat hahaha

muka dah blur sebab dah penat. lagipun dia tak boleh focus dah sebab ayah dia asyik cakap nak tengok fish kat S.E.A Aquarium sebelah






Okay, pasal stroller. Pergi ke Singapore hari tu I tak bawak stroller, sebabnya kesian kat Mr Hubby nak kena jaga 2 luggage bag. Well, what's new abut us dengan luggage terlebih ni kan? Biasaklah hahaha .. 1 bag memang cukup kain baju untuk 4 orang, pampers (kalau pergi holiday or balik kampung I tak akai diapers), terlekung, sejadah, charger, toiletries. 1 bag lagi tu penuh dengan ubat-ubat budak2 takut demam tengah malam ke, dengan aero chamber and ubat2 lagi takut asthma, botol susu, susu, ribena Dzai, makanan adik .... I told Mr Hubby, kita ni nak travel light tunggu Dzayd dah 6,7 tahun. Bila dah tak pakai pampers, dah tak minum susu, makan pun boleh makan makanan kita hehe

I dah survey sebelum ke USS yang kita boleh rent stroller.  But Dzayd tak duduk sangat pun kecuali masa I temankan Dzai ke ride Madagascar je....most of the time, seperti dalam gambar letak barang saja.I prefer Dzayd dalam SSC, and dia pun comfortable that way. stroller rental fee : double (mcm dalam gambar) - SGD15 and single - SGD10. wheelchair pun available for rent.  But kalau one family nak masuk any ride in the theme park, you guys kena tinggalkan stroller kat luar. and each stroller dorang print nama yang sewa this thing.

For muslim, dont worry, dalam USS ni ada few tempat makan yang halal.  But we tak makan sini sebabnya heavy breakfast pagi tu.  And we only spent dalam 3 jam saja.. sebab memang itu estimated time yang we all nak duduk dalam tu. Because bukan semua ride Dzai nak and boleh naik.  Me and Mr Hubby pun tak teringin pulak nak cuba yang lain hahaha .. lagipun dari pukul 10.00am sampai 1.30pm, oklah tu dapat jalan semua tempat.  Plus hari pun dah panas, and we all nak tengok fish kat S.E.A Aquarium kat sebelah USS je. I memang plan nak balik ke hotel and ambik taxi by 4.00pm or 4.30pm before SEMUA orang decided nak balik and ambik taxi. Mahu fengsan nak balik nanti. Oh ya, nak tahu mana tempat halal. one, dekat kedai-kedai makan tu ada dorang letak sign halal. second, tengok kat map. Third, just tanya je USS staff situ, dorang tahu mana restoran halal or tak.

Prayer room pun ada, but tak ingat dah mana.  Dalam map semua ada. Baby changing room tak perasan pulak because masa tu Dzayd 'ok' hehe ... I salin his diapers kat S.E.A Aquarieum, sejuk sikit.

Oh ya, lupa nak cakap pasal souvenirs shop... siap je lah purse dan wallet tu.  Kalau tak cukup cash tak pe, bagi get ready credit cards muahahaha ... banyak jugak we spent for souvenirs, sebab first harga bukan murah, second beli ikut Dzai nak, third beli for friends. Macam-macam souvenir ada. Rambang mata okay.

Tips:

1.  Expected meltdowns and tantrums due to loud noise/music
Kat sini, as expected, macam tempat lain jugak, akan agak bising dengan sound system, music and all.  Plus factor cuaca pun kadang-kdang menyumbang kepada tantrum anak-anak autism ni. And orang ramai. Bila orang ramai, sometimes nak ambik gambar pun kena beratur.  Macam Dzai, dia belum sepenuhnya memahami kenapa kena beratur. Kenapa kena take turns and all. Semua nak cepat and ikut cara dia.  Walaupun dah explained before, beribu-ribu kali, but still,bila dalam keadaan terlampau happy and excited tu, bila ada benda yang menganggu sikit, mulalah bunga-bunga tantrum tu nak keluar mengundang kepada meltdown.  Tapi hari tu alhamdulillah, tiada kejadian yang memeningkan kepala. Cuma apa yang dia nak macam nak main bubble, nak main transformers tu, kena ikut cepatlah before siren berbunyi.

2.  Make sure anak dalam keadaan yang selesa
I make sure both Dzai and Dzayd selesa sebelum bertolak ke USS. mandi, breakfast, sihat. Before keluar hotel tu i checked their temperature dulu. Pakaikan baju dan kasut yang selesa.  kalau cuaca panas jangan pakaikan baju dan seluar tebal.

3.  Plan your time wisely
Macam I cakap tadi, kat USS tak berapa lama sangat dalam 3 1/2 jam.  Then sambung ke S.E.A Aquarium which the kids memang enjoy sangat.  kat situ dah habis masa dalam 2 jam. Keluar dari pukul 9.00am.  Plus minus semua, by pukul 4.30pm we naik taxi dah. Lama jugk kan tu.  Kalau we stay kat USS sampai petang, then sambung tgk fish lagi, mahu balik pukul 7.00pm macam tu. takut beratur lama for taxi. takut lah kan macam tu... so awal-awal dah keluar sebelum yang lain keluar.

3.  Sabar itu indah
:)

 4.  Kalau dah penat berjalan, just lepak kat few restaurant yang ada outsie chairs tu.  Even though we all tak kan just minum je, okay je lepas kat situ. tak kena halau punya haha. satu lagi, kalau panas masuk je dalam souvenir shop tu kejap, ambik angin aircond. tu yg i buat masa sana. tengok Dzayd semacam je sebab panas cepat-cepat masuk kedai hihi

5.  Kalau boleh, for those yang ada anak kecik macam I or special need child mcm Dzai, avoid pergi masa cuti sekolah malaysia and singapore or public holidays... tu yang taxi driver sana pesan. kalau masa tu tunggu taxi pun mahu berjam-jam. Nak main rides pun susah. Nak berjalan pun ramai. 


Okay. stop dulu naaa ... ada lagi nanti entry pasal pergi Night Safari and SEA Aquarium

Monday, 18 February 2013

Singapore Holiday - Day 1

We went to Singapore cuti Hari Wilayah hari tu, 1hb Feb - 3hb Feb 2013.

First time keluar dari Malaysia. Tu pun memang nak carik flight yang cuma 1 jam saja, tak lebih. why tak drive? My darling hubby ni tak suka drive jauh-jauh especially tempat yang jarang or tak pernah pergi, memang dia tak nak. Lagipun last dia ke Singapore tahun 1998, and me pulak tak pernah, so lupakan nak drive ke sana. Ada juga cuba survey-survey nak naik coach bas dari JB, but dengan 1 toddler and 1 autism boy, rasanya memang susah lah nak travel dengan bas je. Plus I rasa macam tiring, knowing mr hubby pun tak berapa gemar travel macam tu. We all lebih suka dalam satu masa, satu tempat je.  If nak ke JB, JB je. If Singapore, then Singapore saja.

First time me and my sons nak keluar dari Malaysia. Mr Hubby dah biasa. Me and Dzai je tak pernah hihi, so agak jakun di situ. Macam manalah I nak pergi jauh. Sebelum kahwin, memang tak mampu lah walaupun bekerja. Then kawin ingat nak tompang-tompanglah rezeki husband, abih tu lepas nikah after sebulan setengah preggie dengan Dzai. Habislah, mana boleh gi mana-mana. After dapat Dzai, anak pertama kan , so memang tak reti lah kalau nak pergi jauh-jauh. setakat balik kampung jitra dan kluang, pergi melaka, pergi PD bolehlah hahaha... then sedar tak sedar after that preggie arwah Dzafri pulak after 3 years. Then alasan yang sama masa tu, anak kecik susah nak pergi jauh-jauh, tambahan masa tu Dzai dalam keadaan yang amat, amat, amatlah hypernya plus dia masih belum bercakap lagi masa tu, tak faham instruction kita... adohai, memang setakat bawak holiday ke PD je lah haha.

Then afer Dzafri meninggal, lagilah we all tak kemana. Masih dalam kesedihan. Cuma tahun tu we went to Kelantan sebab my brother nikah. after 1 year Dzafri meninggal, barulah pergi holiday ke Langkawi hahaha .Tahun yang sama pregnant Dzayd. Kompom tak pergi mana. Balik kampung pun raya coz msa tu my pregnancy ada problem tak boleh travel jauh.

So tahun ni kira tahun yang sesuai untuk travel.  Dzayd pun dah lebih setahun . Abang Dzai pulak makin besar, alhamdulillah, makin senang nak control dia.  No more perangai hyper berlari pecut ke sana sini haha. But still I tak berani naik flight jauh-jauh, berjam-jam walaupun dalam hati teringin nak ke Paris ke, Istanbul ke, Australia ...... ku pendam sebuah duka lah nampaknya hahaha

Hari Jumaat tu, keluar dari rumah around 9am to KL Sentral.  Since we all naik MAS, so I prefer check in our luggage kat KL Sentral then ambik ERL ke KLIA.  Senang dan selesa.  The boys pun boleh enjoy naik train.  Lagipun sekejap je from KL Sentral to KLIA dalam 20 mins. harga Adult RM35 and kids RM15.

Tips : sebolehnya , I nak bagi Dzai selesa dan tak nak tunggu lama.  But flight delay etc kadang2 dah luar kemampuan kita nak control.  So seeloknya, bila sampai tu bawak pergi makan sini dulu (KLIA) untuk habiskan masa. Then cariklah indoor plaground supaya tak boring.  Plus bila nak berjalan ni, bawaklah jugak segala mak nenek : Ipad, PSP, Tab supaya anak tak boring

Another tips : make sure buat social story or explained to our child mana kita nak pergi, buat apa, naik apa, berapa lama etc.. pokcik google kan ada. Just google and show him/her all the pictures so that he/she will understand sedikit sebanyak about the journey. Especially yang nak naik flight ni.  What to do bila telinga berdengung. Kena pakai seatbelt.  Tak boleh bangun tak tentu pasal.  Berapa lama.  Jangan bising-bising.

Tips  : make sure our baby amat, amatlah selesa kalau tak nak berdepan dengan cranky baby.  If possible, mulakan journey waktu nap time dorang hahaha . Make sure baby kenyang, diapers yang bersih, make sure familiar faces ada around him/her - contoh, mcm Dzayd, if I kena pergi toilet ke apa, we make sure abang ada dekat dengan dia so that dia tak panic tengok muka orang lain kat sekeliling tu. Masa dalam flight, sebolehnya peluk and bercakap or nyanyi perlahan-lahan kat baby kita supaya dia tenang. lagipun dornag tak tau nak handle pressure dlm flight tu kan.. bila kita terasa telinga berdengung tu, bagi baby kita drink or susu supaya dia telan liquid untuk hilangkan dengung tu.


Our flight hari tu patutnya pukul 12.05pm but was delayed to 1.15pm ... ptffft hahaha ... my timing sebenarnya dah okay sangat.  keluar rumah pukul 9.00am, sampai KL Sentral dalam 9.40am, check in luggage, naik ERL pukul 10.10am, sampai KLIA dalam 10.30am.  Breakfast ding dong ding dong pukul 11.30am settle.  But bila delay flight.. urrrmmm anakku dah tunjuk bunga-bunga nak bersilat kat KLIA tu haha. 

Sampai Changi International Airportaround 2.30pm macam tu kot.  Go thru immigration, ambik bag then terus ke taxi stand. Alhamdulillah waktu we all pergi ni bukan waktu peak. So memang senanglah nak dapat taxi. From airport to our hotel dalam lebih kurang 20 mins kalau tak silap or less, and the price dalam SGD12.00. and oh ya, masa we all pergi ni , kena convert SGD1=RM2.50. and dont forget to isi form putih tu.

Tips : selama stay 3 hari 2 malam at Singapore, mostly our time gunakan taxi as our mode of transportation, we found out that all the taxi drivers yang kitaorang jumpa (dalam 6 drivers) , dorang ni full of information and amat fasih communicate in English.Kalau cakap BM pun sikit-sikit dorang faham jugak. So ambik kesempatan untuk bertanya apa-apa especially tempat yang kita akan visit. Sama ada senang dapat taxi atau tak. Waktu mana yang peak. Tempat mana yang best selain tempat yang dah diplan etc ..


We stayed at Landmark Village Hotel. And nasib baik jugaklah taxi driver situ familiar dengan nama our hotel. Sampai hotel, check in semua. Rezeki anak autism I, dapat extra bed free..weee ... and plus masa check in tu, I dapat this customer service yang baik dan peramah, and tahu yang kita as muslim very particular pasal food. Kalau kat Singapore especially at the hotels, kena tanya sama ada halal atau tak. So this customer service lady arranged for our breakfast to be at this Indian Restaurant dalam hotel jugak (5th Floor kalau tak silap). Breakfast kat sini semua veggie. So okaylah kan .

A bit about the hotel.  Why we choose the hotel :

  1. Near to the airport (about 20 mins) and also tempat-tempat yang we all plan nak pergi
  2. Near (within walking distance) to Arab Street and Bugis Street yang ada restoran makanan halal! yep, ini yang paling penting sebenarnya haha
  3. Near Restoran Zam Zam yaang famous kat Singapore dengan murtabak and nasi berianinya. Malam-malam tak payah pergi jauh-jauh. Sederet tu ada 3,4 restoran mamak
  4. Near (walking distance about 3 mins) to Masjid Sultan - the must see and must go mosque kat sini
  5. Near to MRT Station
  6. Near (walking distance) to Rafflesia Hospital - ni pun ada ciri yang penting for me kalau nak kemana-mana.  I need to know the nearest hospital or clinics just in case of emergency. Maklumlah bawak budak kecik. Sometimes we dont know, tiba-tiba demam ke apa
  7. Dekat dengan convenience store macam 7 Eleven ada 2 kat situ , walking distance 3 minit depan hotel. Plus hotel ni sebelah shopping mal, tapi shopping mall yang tak happening lah mcm Semua House tu hahaha ada jugak jual snacks, drinks
  8. Taxi stand kat bawah hotel saja
  9. Harga yang affordable (yang we all mampu lah hehehe)
  10. Review yang agak menariks dalam Tripadvisor and other website. Lagipun room dorang baru renovated, so cantiklah walaupun hotel ni bukan hotel baru, but bilik and toilet for us, memang selesa sangatlah.
I buat reservation thru the hotel website itself after bandingkan harga dengan booking.com, agoda and apa lagi satu lupa pulak.. but rasanya still from the hotel website harga lagi murah, dapat pulak weekend saver, dalam SGD195 semalam .. kalau baca review yang lain, harga tu memang ok sangat berbanding harga hotel yang lain di Singapore.

Abang Dzai is checking his bed hahaha






Nice toilet, kan, walaupun a bit small, tapi okay sangatlah, bersih and rsanya macam baru renovated ni ... toilet kat rumah pun tak secantik ni so jangan komplen lebih-lebih kay gegirl hiks ..  shower bath, shampoo, tooth brush, tooth paste, iron and iron board semua ada kat sini

Our view from hotel room. Kalau dalam bilik bila waktu solat dengar lah waktu azan .. Mr Hubby pun dapat solat Subuh kat masjid ni, happy lah dia


After dah selesai check in, letak bag and barang-barang, solat semua, we went down untuk jalan-jalan cari makan. Since our friends semua sibuk pergi carik si Zam Zam Restoran untuk rasa murtabak yang lain dari murtabak kat sini, we all pun jalanlah nak carik.  Ikut my map kat Tab kata 15 mins, rupanya turun je hotel, lintas jalan depan tu, terus sampai dah hahahaha lebih kurang 3 minit je. Alhamdulillah rezeki kami semua , tempat yang memang selalunya penuh, tapi masa we all masuk tu ada pulak tempat kosong for us di bahagian atas yang berair-cond. best ;)


this is the one. murtabak Zam Zam Restoran. yang ni mutton kot. dia ada various size and price. this one .. urrm tak ingat i, SGD10.00 kot... tapi memang besar .. tak terlarat makan berdua..should take the smaller size

Nasi beriani ... makan masa perut lapar dan nasi pulak panas-panas memanglah sngat ohsem!


After makan, we decided to jalan jalan kawasan sekitar .. berjalan sepanjang Arab Street yang jual kain-kain yang cantik-cantik, tapi i tak beli pon hihi .. lebih kurang macam kawasan Jalan TAR lah .. then ke Bugis Street and apa street ntah sebelah tu untuk tengok tempat-tempat makan kat situ.  And dont worry ya, petang-petang masa we all berjalan tu, emmang banyak restoran halal kat situ ... kat was-was just check kat depan pintu or window dorang ada tulis halal ... macam-macam jenis makanan ada : arab, persian, minang, western .. so just pilih saja .



Our jalan-jalan petang ... belakang tu Masjid Sultan . ada banner tulis ustaz Don Daniyal buat ceramah situ minggu selepas I pergi tu... alaaa rugi di situ tak dapat dengar ceramah ustaz Don..dekat dengan restoran minang belakang tu

Malay Heritage Centre - dulu asalnya istana lama. Tapi dorang ubah macam muzium, some sort macam tu lah but tak masuk pun sebabnya landscape kat luar memang cantik .. seronok Dzai berlari sorang-sorang sebab luas dan bersih

Melayani perasaan sornag-sorang hahaha .. adik lak boleh nap kejap masa ni, kalau tak dah lama berlari bersama .. *lap peluh*


Malam tu I plan nak bawak budak-budak ni jalan ke Marina Bay after maghrib, sebab from pakcik google kata, malam-malam ada macam laser show situ and nak jalan-jalan tengok Singapore Flyer pun dah dekat situ. Tapi boleh pulak Mr Hubby pakat dengan Dzayd tidur awal!!! 9.00pm tidur dah ... aiyakkkk terpaksa I and Dzai keluar sendiri tapau dinner.  Walaupun still ramai kat luar tapi tak berapa sibuk, I tak berani jauh-jauh .. jadinya tapaulah kat restoran mamak balik tapi restoran Victory pulak (halal).

So we stop first kay day 1 .. ponat den nak mengarang hahaha

Sunday, 17 February 2013

Dzai di PPKI

When you have learning difficulties child, like mine yang ada Autism, sometimes its kinda difficult to find a good suitable school for him / her.  Banyak faktor yang nak kena ambik kira. For example bila me and mr hubby nak carik school for Dzai, ada few things we need to consider :

  • location - harus dekat dengan rumah sebab masalah kesihatan Dzai yang ada asthma dan jugak dari segi kecemasan yang lain
  • selagi boleh mencari sekolah yang amat sesuai dengan Dzai supaya tidak dibuli dengan budak lain
  • sekolah yang ada ciri-ciri keselamatan : guard, students tak dibenar keluar sekolah without parents/guidance yang ambik etc
  • toilet dan classroom yang bersih dan selesa
  • teachers yang memahami student macam Dzai
  • students yang tak ada masalah untuk menerima student macam Dzai
  • keadaan kantin yang selesa dan senang for Dzai nak beli food

Bunyi macam parent Dzai ni lorat kan, tapi sebenarnya inilah antara ciri-ciri sekolah yang we need to consider betul-betul sebabnya, Dzai bukan macam anak tipikal ang lain. Yang boleh menjaga diri sendiri. Yang boleh ke kantin membeli makanan sendiri. Yang tiada masalah dari segi attitude dan komunikasi.

Disebabkan kriteria di ataslah, maka me and mr hubby buat keputusan untuk tukarkan Dzai ke PPKI (program pendidikan khas integrasi). Walaupun baru masuk 2 bulan persekolahan, alhamdulillah, rasa syukur sebab Dzai tidak lagi stress kerana dibuli atau diejek 'crazy'. dan tidak lagi dibebani homework yang kadang kala tak terlarat oleh Dzai.  Walaupun cara pembelajaran memang berbeza antara PPKI dan mainstream, but apa yang penting untuk Dzai bagi kami adalah , persekitaran sekolah yang SELAMAT for him.  yang tak memberi beban dari segi mental (diejek, dibuli, dikejar). for us itu saja yang penting. dan sejujurnya, I tak fikirkan lagi soal akademik Dzai. 

We have our own plans for my autistic boy ni. 

Plan A, B, C , D ....Z .... kena ada. tak boleh kalau tak ada plan. 

So berbalik dengan Dzai di PPKI. So far I tengok dia dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan di PPKI dan di kelas.. oh, dia dapat di kelas kedua.. alhamdulillah. 

Tengok teachers pun semua okay, memahami keadaan students yang 'terpaksa diberi perhatian lebih ni'. even PPM pun so far amat memberi kerjasama.

Baru last week dapat buku teks yang khas untuk murid masalah pembelajaran. So maksudnya, murid PPKI pun tidak dilupakan dalam pelajaran, cuma caranya nyata berbeza dengan pembelajaran dan pelajaran di mainstream. Perlahan kayuh kay Dzai.

Lagi satu yang I peratikan, kelas PPKI agak jauh dari kelas murid mainstream. as for me, my humble opinion, i suka dengan keadaan macam ni, bukan apa , nak tak nak untuk akui, memang murid PPKI 'ada juga' sekali sekala diejek kerana berada di pendidikan khas, and mcm Dzai, one of his friend ada masalah fizikal. his mom told me ada jugak murid dari mainstream yang mengejek cara jalan anaknya. so kalau bangunan PPKI jauh sikit dari student yang lain, I think its a good thing jugak supaya mereka tak bertembung selalu dengan murid yang lain. 

Kalau risaukan dari segi sosial, waktu rehat mereka ada jugak bertembung dengan students yang lain, walaupun murid PPKI dibenarkan rehat 10 minit awal untuk mereka beli makanan. Sometimes, it depends for individual sendiri. tak semua murid itu suka mengejek, membuli.. one of the PPM informed me ada sorang, dua murid mainstream yang suka rehat dengan murid PPKI .. wahhh bagus kan, walaupun sorang, dua. 

And the teachers and PPM really committed with the PPKI students. the teachers even have their break with the student. sharing their toilets with the students. bilik guru pun sebelah kelas-kelas murid PPKI ni.  

;)

When I asked Dzai suka tak school baru ni. Jawapannya : its awesome mummy, because no homework.

Tepok dahi 100 kali! hahahaha

So hopefully, insyaAllah, dengan izinNya, Dzai dapat terus bersekolah di sini. 

Saturday, 16 February 2013

Dzayd milestone at 14 months

oh my .... sudah lama ku tinggalkan blog ini ... hahahaha busy sangat kaedahnya, but dont think ada sapa-sapa baca pun kan blog picisan ni ;) 

I really miss my blogging world .. tulis itu ini .. blog hop sana sini baca cerita ceriti ibu-ibu yang lain pasal anak masing-masing ... I miss that .....

Why dont I start this very first post for year 2013 pasal Dzyad Harrith.

Alhamdulillah, pada hari ni umur Dzayd dah 1 tahun 2 bulan 11 hari. Syukur. Tapi dalam gembira ada jugak timbul paranoia di hati.  Arwah Dzayd umurnya tak sampai 1 tahun 3 bulan (lagi 2 hari) masa dia meninggal secara tiba-tiba.  when you have experienced such sudden 'tragedy', trauma, paranoid semua akan ada. setiap masa rasa hati tak senang dan tak tenang. takut nak bawak dia mandi pantai atau kolam sekalipun takut mengenangkan kisah Dzafri. but again, I always told myself, semuanya kuasa Allah. ajal, maut - semuanya di tangan Allah. takkan kita boleh lari jika ditakdirkan ajal akan menjemput kita atau anak-anak kita atau suami kita mengadap Illahi.

So I learn to be redha all the time.

But still .... 

So far, dari segi kesihatan,selepas last keluar hospital untuk kali kedua dalam bulan October 2012, so far nampaknya Dzayd makin sihat. Cuma sekali saja bulan Januari hari tu after 3 weeks abang ke sekolah, adik tak sihat sikit, batuk-batuk dan demam. Well, actually sampai buat blood test jugaklah, sebab dia demam more than 5 days (up and down). Their paed pun dah kenal I yang sentiasa trauma and emo. Selagi budak-budak ni tak sihat betul, selagi tulah ku akan keluar masuk clinic dia hahaha asiblah dapat patient gilo macam ni.

Dari milestone dia pulak, alhamdulillah macam-macam dah Dzayd pandai ( di mata me and mr hubby).

Berjalan (without tatih) at age 1 thn 16 hari 

Few words yang dia dah pandai sebut now
  • mama
  • abang
  • go
  • cat (keh)
  • wawo, wird (bird)
  • gal (ball)
  • allahuakhbar
  • nak
  • dap (sedap)
Banyak pointing

His fine motor skill : pandai memegang pencil, stick sticker atas kertas, pegang sudu, bola. if toys mcm stacking toys tu dia dah boleh gunakan jari jemari yang tombam tu untuk pegang toys. 

Faham dengan instruction macam : give to ayah, go ayah/mummy, dont go , jom mandi (terus terkedek-kedek ke toilet), nak ke tak nak(menggeleng means tak nak)

Pandai makan sendiri, tapi result dari makan sendiri tu .... kus mangat ... and boleh pegang sudu sendiri and hisap straw.

Suka tengok pemandangan kat luar kereta bila pegi jalan-jalan.

Bila ternampak kids his age or older sikit, happy gila muka ajak nak main sama.

If pergi main indoor playground at Jusco or Kidz gymsport, memang dia jenis tak takut. semua nak cuba.

Good social skills - pandai bermain bersama with kids his age.

Pandai salam (with his parents saja) , give me 5 and kiss (only at lips ... fengsan).

Suka buku. If bagi buku kat dia, akan bukak seolah-olah tengah baca.

Pandai pegang botol sendiri and cup sendiri.

Apa lagi? Rasanya yang tu lah sedikit lebih kurang about Dzayd. Alhamdulillah.