Sunday, 17 February 2013

Dzai di PPKI

When you have learning difficulties child, like mine yang ada Autism, sometimes its kinda difficult to find a good suitable school for him / her.  Banyak faktor yang nak kena ambik kira. For example bila me and mr hubby nak carik school for Dzai, ada few things we need to consider :

  • location - harus dekat dengan rumah sebab masalah kesihatan Dzai yang ada asthma dan jugak dari segi kecemasan yang lain
  • selagi boleh mencari sekolah yang amat sesuai dengan Dzai supaya tidak dibuli dengan budak lain
  • sekolah yang ada ciri-ciri keselamatan : guard, students tak dibenar keluar sekolah without parents/guidance yang ambik etc
  • toilet dan classroom yang bersih dan selesa
  • teachers yang memahami student macam Dzai
  • students yang tak ada masalah untuk menerima student macam Dzai
  • keadaan kantin yang selesa dan senang for Dzai nak beli food

Bunyi macam parent Dzai ni lorat kan, tapi sebenarnya inilah antara ciri-ciri sekolah yang we need to consider betul-betul sebabnya, Dzai bukan macam anak tipikal ang lain. Yang boleh menjaga diri sendiri. Yang boleh ke kantin membeli makanan sendiri. Yang tiada masalah dari segi attitude dan komunikasi.

Disebabkan kriteria di ataslah, maka me and mr hubby buat keputusan untuk tukarkan Dzai ke PPKI (program pendidikan khas integrasi). Walaupun baru masuk 2 bulan persekolahan, alhamdulillah, rasa syukur sebab Dzai tidak lagi stress kerana dibuli atau diejek 'crazy'. dan tidak lagi dibebani homework yang kadang kala tak terlarat oleh Dzai.  Walaupun cara pembelajaran memang berbeza antara PPKI dan mainstream, but apa yang penting untuk Dzai bagi kami adalah , persekitaran sekolah yang SELAMAT for him.  yang tak memberi beban dari segi mental (diejek, dibuli, dikejar). for us itu saja yang penting. dan sejujurnya, I tak fikirkan lagi soal akademik Dzai. 

We have our own plans for my autistic boy ni. 

Plan A, B, C , D ....Z .... kena ada. tak boleh kalau tak ada plan. 

So berbalik dengan Dzai di PPKI. So far I tengok dia dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan di PPKI dan di kelas.. oh, dia dapat di kelas kedua.. alhamdulillah. 

Tengok teachers pun semua okay, memahami keadaan students yang 'terpaksa diberi perhatian lebih ni'. even PPM pun so far amat memberi kerjasama.

Baru last week dapat buku teks yang khas untuk murid masalah pembelajaran. So maksudnya, murid PPKI pun tidak dilupakan dalam pelajaran, cuma caranya nyata berbeza dengan pembelajaran dan pelajaran di mainstream. Perlahan kayuh kay Dzai.

Lagi satu yang I peratikan, kelas PPKI agak jauh dari kelas murid mainstream. as for me, my humble opinion, i suka dengan keadaan macam ni, bukan apa , nak tak nak untuk akui, memang murid PPKI 'ada juga' sekali sekala diejek kerana berada di pendidikan khas, and mcm Dzai, one of his friend ada masalah fizikal. his mom told me ada jugak murid dari mainstream yang mengejek cara jalan anaknya. so kalau bangunan PPKI jauh sikit dari student yang lain, I think its a good thing jugak supaya mereka tak bertembung selalu dengan murid yang lain. 

Kalau risaukan dari segi sosial, waktu rehat mereka ada jugak bertembung dengan students yang lain, walaupun murid PPKI dibenarkan rehat 10 minit awal untuk mereka beli makanan. Sometimes, it depends for individual sendiri. tak semua murid itu suka mengejek, membuli.. one of the PPM informed me ada sorang, dua murid mainstream yang suka rehat dengan murid PPKI .. wahhh bagus kan, walaupun sorang, dua. 

And the teachers and PPM really committed with the PPKI students. the teachers even have their break with the student. sharing their toilets with the students. bilik guru pun sebelah kelas-kelas murid PPKI ni.  

;)

When I asked Dzai suka tak school baru ni. Jawapannya : its awesome mummy, because no homework.

Tepok dahi 100 kali! hahahaha

So hopefully, insyaAllah, dengan izinNya, Dzai dapat terus bersekolah di sini. 

No comments:

Post a Comment