Saturday, 16 February 2013

Dzayd milestone at 14 months

oh my .... sudah lama ku tinggalkan blog ini ... hahahaha busy sangat kaedahnya, but dont think ada sapa-sapa baca pun kan blog picisan ni ;) 

I really miss my blogging world .. tulis itu ini .. blog hop sana sini baca cerita ceriti ibu-ibu yang lain pasal anak masing-masing ... I miss that .....

Why dont I start this very first post for year 2013 pasal Dzyad Harrith.

Alhamdulillah, pada hari ni umur Dzayd dah 1 tahun 2 bulan 11 hari. Syukur. Tapi dalam gembira ada jugak timbul paranoia di hati.  Arwah Dzayd umurnya tak sampai 1 tahun 3 bulan (lagi 2 hari) masa dia meninggal secara tiba-tiba.  when you have experienced such sudden 'tragedy', trauma, paranoid semua akan ada. setiap masa rasa hati tak senang dan tak tenang. takut nak bawak dia mandi pantai atau kolam sekalipun takut mengenangkan kisah Dzafri. but again, I always told myself, semuanya kuasa Allah. ajal, maut - semuanya di tangan Allah. takkan kita boleh lari jika ditakdirkan ajal akan menjemput kita atau anak-anak kita atau suami kita mengadap Illahi.

So I learn to be redha all the time.

But still .... 

So far, dari segi kesihatan,selepas last keluar hospital untuk kali kedua dalam bulan October 2012, so far nampaknya Dzayd makin sihat. Cuma sekali saja bulan Januari hari tu after 3 weeks abang ke sekolah, adik tak sihat sikit, batuk-batuk dan demam. Well, actually sampai buat blood test jugaklah, sebab dia demam more than 5 days (up and down). Their paed pun dah kenal I yang sentiasa trauma and emo. Selagi budak-budak ni tak sihat betul, selagi tulah ku akan keluar masuk clinic dia hahaha asiblah dapat patient gilo macam ni.

Dari milestone dia pulak, alhamdulillah macam-macam dah Dzayd pandai ( di mata me and mr hubby).

Berjalan (without tatih) at age 1 thn 16 hari 

Few words yang dia dah pandai sebut now
  • mama
  • abang
  • go
  • cat (keh)
  • wawo, wird (bird)
  • gal (ball)
  • allahuakhbar
  • nak
  • dap (sedap)
Banyak pointing

His fine motor skill : pandai memegang pencil, stick sticker atas kertas, pegang sudu, bola. if toys mcm stacking toys tu dia dah boleh gunakan jari jemari yang tombam tu untuk pegang toys. 

Faham dengan instruction macam : give to ayah, go ayah/mummy, dont go , jom mandi (terus terkedek-kedek ke toilet), nak ke tak nak(menggeleng means tak nak)

Pandai makan sendiri, tapi result dari makan sendiri tu .... kus mangat ... and boleh pegang sudu sendiri and hisap straw.

Suka tengok pemandangan kat luar kereta bila pegi jalan-jalan.

Bila ternampak kids his age or older sikit, happy gila muka ajak nak main sama.

If pergi main indoor playground at Jusco or Kidz gymsport, memang dia jenis tak takut. semua nak cuba.

Good social skills - pandai bermain bersama with kids his age.

Pandai salam (with his parents saja) , give me 5 and kiss (only at lips ... fengsan).

Suka buku. If bagi buku kat dia, akan bukak seolah-olah tengah baca.

Pandai pegang botol sendiri and cup sendiri.

Apa lagi? Rasanya yang tu lah sedikit lebih kurang about Dzayd. Alhamdulillah. 






 

1 comment: