Monday, 18 February 2013

Singapore Holiday - Day 1

We went to Singapore cuti Hari Wilayah hari tu, 1hb Feb - 3hb Feb 2013.

First time keluar dari Malaysia. Tu pun memang nak carik flight yang cuma 1 jam saja, tak lebih. why tak drive? My darling hubby ni tak suka drive jauh-jauh especially tempat yang jarang or tak pernah pergi, memang dia tak nak. Lagipun last dia ke Singapore tahun 1998, and me pulak tak pernah, so lupakan nak drive ke sana. Ada juga cuba survey-survey nak naik coach bas dari JB, but dengan 1 toddler and 1 autism boy, rasanya memang susah lah nak travel dengan bas je. Plus I rasa macam tiring, knowing mr hubby pun tak berapa gemar travel macam tu. We all lebih suka dalam satu masa, satu tempat je.  If nak ke JB, JB je. If Singapore, then Singapore saja.

First time me and my sons nak keluar dari Malaysia. Mr Hubby dah biasa. Me and Dzai je tak pernah hihi, so agak jakun di situ. Macam manalah I nak pergi jauh. Sebelum kahwin, memang tak mampu lah walaupun bekerja. Then kawin ingat nak tompang-tompanglah rezeki husband, abih tu lepas nikah after sebulan setengah preggie dengan Dzai. Habislah, mana boleh gi mana-mana. After dapat Dzai, anak pertama kan , so memang tak reti lah kalau nak pergi jauh-jauh. setakat balik kampung jitra dan kluang, pergi melaka, pergi PD bolehlah hahaha... then sedar tak sedar after that preggie arwah Dzafri pulak after 3 years. Then alasan yang sama masa tu, anak kecik susah nak pergi jauh-jauh, tambahan masa tu Dzai dalam keadaan yang amat, amat, amatlah hypernya plus dia masih belum bercakap lagi masa tu, tak faham instruction kita... adohai, memang setakat bawak holiday ke PD je lah haha.

Then afer Dzafri meninggal, lagilah we all tak kemana. Masih dalam kesedihan. Cuma tahun tu we went to Kelantan sebab my brother nikah. after 1 year Dzafri meninggal, barulah pergi holiday ke Langkawi hahaha .Tahun yang sama pregnant Dzayd. Kompom tak pergi mana. Balik kampung pun raya coz msa tu my pregnancy ada problem tak boleh travel jauh.

So tahun ni kira tahun yang sesuai untuk travel.  Dzayd pun dah lebih setahun . Abang Dzai pulak makin besar, alhamdulillah, makin senang nak control dia.  No more perangai hyper berlari pecut ke sana sini haha. But still I tak berani naik flight jauh-jauh, berjam-jam walaupun dalam hati teringin nak ke Paris ke, Istanbul ke, Australia ...... ku pendam sebuah duka lah nampaknya hahaha

Hari Jumaat tu, keluar dari rumah around 9am to KL Sentral.  Since we all naik MAS, so I prefer check in our luggage kat KL Sentral then ambik ERL ke KLIA.  Senang dan selesa.  The boys pun boleh enjoy naik train.  Lagipun sekejap je from KL Sentral to KLIA dalam 20 mins. harga Adult RM35 and kids RM15.

Tips : sebolehnya , I nak bagi Dzai selesa dan tak nak tunggu lama.  But flight delay etc kadang2 dah luar kemampuan kita nak control.  So seeloknya, bila sampai tu bawak pergi makan sini dulu (KLIA) untuk habiskan masa. Then cariklah indoor plaground supaya tak boring.  Plus bila nak berjalan ni, bawaklah jugak segala mak nenek : Ipad, PSP, Tab supaya anak tak boring

Another tips : make sure buat social story or explained to our child mana kita nak pergi, buat apa, naik apa, berapa lama etc.. pokcik google kan ada. Just google and show him/her all the pictures so that he/she will understand sedikit sebanyak about the journey. Especially yang nak naik flight ni.  What to do bila telinga berdengung. Kena pakai seatbelt.  Tak boleh bangun tak tentu pasal.  Berapa lama.  Jangan bising-bising.

Tips  : make sure our baby amat, amatlah selesa kalau tak nak berdepan dengan cranky baby.  If possible, mulakan journey waktu nap time dorang hahaha . Make sure baby kenyang, diapers yang bersih, make sure familiar faces ada around him/her - contoh, mcm Dzayd, if I kena pergi toilet ke apa, we make sure abang ada dekat dengan dia so that dia tak panic tengok muka orang lain kat sekeliling tu. Masa dalam flight, sebolehnya peluk and bercakap or nyanyi perlahan-lahan kat baby kita supaya dia tenang. lagipun dornag tak tau nak handle pressure dlm flight tu kan.. bila kita terasa telinga berdengung tu, bagi baby kita drink or susu supaya dia telan liquid untuk hilangkan dengung tu.


Our flight hari tu patutnya pukul 12.05pm but was delayed to 1.15pm ... ptffft hahaha ... my timing sebenarnya dah okay sangat.  keluar rumah pukul 9.00am, sampai KL Sentral dalam 9.40am, check in luggage, naik ERL pukul 10.10am, sampai KLIA dalam 10.30am.  Breakfast ding dong ding dong pukul 11.30am settle.  But bila delay flight.. urrrmmm anakku dah tunjuk bunga-bunga nak bersilat kat KLIA tu haha. 

Sampai Changi International Airportaround 2.30pm macam tu kot.  Go thru immigration, ambik bag then terus ke taxi stand. Alhamdulillah waktu we all pergi ni bukan waktu peak. So memang senanglah nak dapat taxi. From airport to our hotel dalam lebih kurang 20 mins kalau tak silap or less, and the price dalam SGD12.00. and oh ya, masa we all pergi ni , kena convert SGD1=RM2.50. and dont forget to isi form putih tu.

Tips : selama stay 3 hari 2 malam at Singapore, mostly our time gunakan taxi as our mode of transportation, we found out that all the taxi drivers yang kitaorang jumpa (dalam 6 drivers) , dorang ni full of information and amat fasih communicate in English.Kalau cakap BM pun sikit-sikit dorang faham jugak. So ambik kesempatan untuk bertanya apa-apa especially tempat yang kita akan visit. Sama ada senang dapat taxi atau tak. Waktu mana yang peak. Tempat mana yang best selain tempat yang dah diplan etc ..


We stayed at Landmark Village Hotel. And nasib baik jugaklah taxi driver situ familiar dengan nama our hotel. Sampai hotel, check in semua. Rezeki anak autism I, dapat extra bed free..weee ... and plus masa check in tu, I dapat this customer service yang baik dan peramah, and tahu yang kita as muslim very particular pasal food. Kalau kat Singapore especially at the hotels, kena tanya sama ada halal atau tak. So this customer service lady arranged for our breakfast to be at this Indian Restaurant dalam hotel jugak (5th Floor kalau tak silap). Breakfast kat sini semua veggie. So okaylah kan .

A bit about the hotel.  Why we choose the hotel :

  1. Near to the airport (about 20 mins) and also tempat-tempat yang we all plan nak pergi
  2. Near (within walking distance) to Arab Street and Bugis Street yang ada restoran makanan halal! yep, ini yang paling penting sebenarnya haha
  3. Near Restoran Zam Zam yaang famous kat Singapore dengan murtabak and nasi berianinya. Malam-malam tak payah pergi jauh-jauh. Sederet tu ada 3,4 restoran mamak
  4. Near (walking distance about 3 mins) to Masjid Sultan - the must see and must go mosque kat sini
  5. Near to MRT Station
  6. Near (walking distance) to Rafflesia Hospital - ni pun ada ciri yang penting for me kalau nak kemana-mana.  I need to know the nearest hospital or clinics just in case of emergency. Maklumlah bawak budak kecik. Sometimes we dont know, tiba-tiba demam ke apa
  7. Dekat dengan convenience store macam 7 Eleven ada 2 kat situ , walking distance 3 minit depan hotel. Plus hotel ni sebelah shopping mal, tapi shopping mall yang tak happening lah mcm Semua House tu hahaha ada jugak jual snacks, drinks
  8. Taxi stand kat bawah hotel saja
  9. Harga yang affordable (yang we all mampu lah hehehe)
  10. Review yang agak menariks dalam Tripadvisor and other website. Lagipun room dorang baru renovated, so cantiklah walaupun hotel ni bukan hotel baru, but bilik and toilet for us, memang selesa sangatlah.
I buat reservation thru the hotel website itself after bandingkan harga dengan booking.com, agoda and apa lagi satu lupa pulak.. but rasanya still from the hotel website harga lagi murah, dapat pulak weekend saver, dalam SGD195 semalam .. kalau baca review yang lain, harga tu memang ok sangat berbanding harga hotel yang lain di Singapore.

Abang Dzai is checking his bed hahaha






Nice toilet, kan, walaupun a bit small, tapi okay sangatlah, bersih and rsanya macam baru renovated ni ... toilet kat rumah pun tak secantik ni so jangan komplen lebih-lebih kay gegirl hiks ..  shower bath, shampoo, tooth brush, tooth paste, iron and iron board semua ada kat sini

Our view from hotel room. Kalau dalam bilik bila waktu solat dengar lah waktu azan .. Mr Hubby pun dapat solat Subuh kat masjid ni, happy lah dia


After dah selesai check in, letak bag and barang-barang, solat semua, we went down untuk jalan-jalan cari makan. Since our friends semua sibuk pergi carik si Zam Zam Restoran untuk rasa murtabak yang lain dari murtabak kat sini, we all pun jalanlah nak carik.  Ikut my map kat Tab kata 15 mins, rupanya turun je hotel, lintas jalan depan tu, terus sampai dah hahahaha lebih kurang 3 minit je. Alhamdulillah rezeki kami semua , tempat yang memang selalunya penuh, tapi masa we all masuk tu ada pulak tempat kosong for us di bahagian atas yang berair-cond. best ;)


this is the one. murtabak Zam Zam Restoran. yang ni mutton kot. dia ada various size and price. this one .. urrm tak ingat i, SGD10.00 kot... tapi memang besar .. tak terlarat makan berdua..should take the smaller size

Nasi beriani ... makan masa perut lapar dan nasi pulak panas-panas memanglah sngat ohsem!


After makan, we decided to jalan jalan kawasan sekitar .. berjalan sepanjang Arab Street yang jual kain-kain yang cantik-cantik, tapi i tak beli pon hihi .. lebih kurang macam kawasan Jalan TAR lah .. then ke Bugis Street and apa street ntah sebelah tu untuk tengok tempat-tempat makan kat situ.  And dont worry ya, petang-petang masa we all berjalan tu, emmang banyak restoran halal kat situ ... kat was-was just check kat depan pintu or window dorang ada tulis halal ... macam-macam jenis makanan ada : arab, persian, minang, western .. so just pilih saja .



Our jalan-jalan petang ... belakang tu Masjid Sultan . ada banner tulis ustaz Don Daniyal buat ceramah situ minggu selepas I pergi tu... alaaa rugi di situ tak dapat dengar ceramah ustaz Don..dekat dengan restoran minang belakang tu

Malay Heritage Centre - dulu asalnya istana lama. Tapi dorang ubah macam muzium, some sort macam tu lah but tak masuk pun sebabnya landscape kat luar memang cantik .. seronok Dzai berlari sorang-sorang sebab luas dan bersih

Melayani perasaan sornag-sorang hahaha .. adik lak boleh nap kejap masa ni, kalau tak dah lama berlari bersama .. *lap peluh*


Malam tu I plan nak bawak budak-budak ni jalan ke Marina Bay after maghrib, sebab from pakcik google kata, malam-malam ada macam laser show situ and nak jalan-jalan tengok Singapore Flyer pun dah dekat situ. Tapi boleh pulak Mr Hubby pakat dengan Dzayd tidur awal!!! 9.00pm tidur dah ... aiyakkkk terpaksa I and Dzai keluar sendiri tapau dinner.  Walaupun still ramai kat luar tapi tak berapa sibuk, I tak berani jauh-jauh .. jadinya tapaulah kat restoran mamak balik tapi restoran Victory pulak (halal).

So we stop first kay day 1 .. ponat den nak mengarang hahaha

1 comment:

  1. best kan singapore.... nampak dzai enjoy sangat..

    ReplyDelete