Thursday, 21 February 2013

Singapore Holiday - Day 2 - USS

Second day kat Singapore we went to Universal Studio Singapore - USS! yeah bebeh! hahaha mak budak lebih over dari budak sorang tu .. I susah nak explained to Dzai USS tu tempat apa, so I just bagitau tempat sleep Transformers..... hahahahahaha ... senang nak faham .. jadi bila sampainya kat airport, awal-awal cakap nak jumpa transformers .. habih orang dalam lift pun dia cakap nak jumpa transformers ... fengsan. Plan nak sampai USS before waktu bukak 10am. Lepas subuh semua askar bangun dah... bunyi macam ramai je kan padahal 2 orang askar kecik tu je.

Memang plan, as my itinerary, nak pergi awal ke USS. Sebabnya :

  1. kalau lambat takut hujan ataupun terlalu panas
  2. nak masuk entrance pun kena beratur panjang walaupun dah siap-siap beli ticket
  3. masuk awal taklah crowded gila sangat walaupun ramai orang still okay lagi
  4. kalau nak main ride apa-apa, kalau datang awal so taklah ramai or lama nak tunggu
  5. takut susah dapat taxi sebab hari tu hari Sabtu

Oh ya pasal itinerary. Entahlah, since kahwin lagi kalau nak pergi holiday mana-mana , walaupun sedepa kat Melaka tu, I akan buat itinerary kat mr hubby. sebabnya, nanti dia banyak soal tanya berapa bayar hotel, duduk berapa hari, nak buat apa, nak makan kat mana, budak-budak nak buat apa ... betterlah I buat siap-siap itinerary kali ni. Semua infor ada. Apa nak buat on that particular day. Pukul berapa, berapa lama etc. Entrance fee. Taxi fare. Makan kat mana. Semua ada. Complete. Supaya mudah tak ditanya banyak kali yang boleh mengundang amarah haha

So pagi Sabtu tu semua bangun awal. Breakfast kt hotel, kat Indian Restoran yang served vege dishes je. Then naik balik mandi and siap. By 9.0apm macam tu terus turun tunggu taxi. Tak lama tunggu, terus dapat. Perjalanan about 10-15 mins kalau tak silap. Taxi fare dalam berapa ya, cant remember, kalau tak silap not more than SGD15.00 kot. Sampai je kat Resort World Sentosa, terus terjah kat bulatan air pancut dekat USS tu sebelum kena beratur paaanjaaaaaang! lagipun , we all sampai before 10.00am , opening time dia, so harus beratur kat luar tu. but once dah bukak cepat jer dapat masuk.

A-must-ambik-gambar-spot! hik hik
 
see orang semua beratur panjang-panjang .. see muka my son dah lain macam tu? merajuk sebab tak dapat map. dzai dengan map memang tak dapat dipisahkan. pergi mana-mana macam zoo ke, or places like this dia emsti carik map dulu


Even though I dah beli ticket USS ni online, bukan bermakna boleh masuk terus pun.  Still kena beratur kat entrance.  Cuma online ticketing ni memudahkan tak payah beratur kat counter ticket takut ramai.  masa I sampai awal pukul 9.00am lebih tu, counter ticket pun tak ramai orang.

 Boleh beli online disini :Resort World Sentosa

Ticket masuk adult : SGD74.00. Child 4-12 : SGD54.00

USS ni ada express ticket.  Bermakna kita tak payah beratur panjang if kita ada express ticket ni.  But one express ticket cost SGD50.00, dalam RM125.00 satu ticket, untuk seorang sahaja, untuk digunakan satu ride sahaja. What I did was, I purchased express ticket ni 2. one for mr hubby and one for my Dzai untuk dorang naik Transformers Ride.  masa I dok survey survey tu, Transformers ride ni salah satu paling baru and paling orang suka pergi. and knowing connection antara Dzai dan pakcik2 transformers dia, mesti kompom dia naklah gi ride ni kan, so I meamng purchased for this ride only.

Lagipun I think dalam banyak-banyak ride tu we all cuma naik 3,4 saja. Itupun ikut Dzai mana dia nak naik. Lagipun kena tengok height jugaklah if nak naik tu. so baby Dzayd memang tak boleh naik apa-apa. I cuma naik satu je, Madagascar ride dengan Dzai, mr hubby jaga Dzayd. yang lain Dzai naik with ayah dia. But we went to semualah places yang ada dalam USS tu kecuali Shrek Kingdom tu Dzai takut hahaha oh plus Waterworld tak masuk.

So those yang nak bawak anak kecik or autism child like me, memang kena plan betul-betul sebab kawasan ni kawasan besar. Plus keadaan cuaca sama.  Kalau tak hujan okaylah macam masa we all pergi tu tapi memang panas. Kena plan mana nak naik dulu.  Mana ride yang paling utama nak kena beratur awal or purchase the express ticket. Kena gi toilet break. etc etc

And remember hari panas, please drink a lot of water. Tak pasal dehydrated kat USS lak hehehe


Map ada dimana-mana kat shopping cart 'di tepi jalan' tu. Just ambik je. Free.

Ini budak bukan takut. Relax jer dia berlari kat depan kejar si Woody ni

Map tak lepas kat tangan . Suka abang Dzai ambik gambar kat kereta polis




Dalam banyak-banyak star, ku ambik yang ni saja... so taukan motip di sebalik? hahahahaha

This one kat Hollywood kot ke New York..macam tu lah hihi

Sesame Street show.. cuba teka sapa yang paling excited? omak budak-budak ni hahahaha rindu dgn geng sesame street, 30 tahun dulu layan kartun ni je



Abang takut sebab dinosaur tu 'hidup' ahahhahaa nak geget kepala orang .. scary okay.. dalam citer Jurassic Park macam ni lah kot .. selain dari area Transformers, area Jurassic ni pun fave kesukaan Dzai ... satu masa dulu, dia obsessed jugak dengan all dinosaurs ni

One thing kena really take note bila ke USS ni, especially nak ambik gambar dengan Transformers ke, or any character yang tengah berjalan-jalan tu, kena beratur sebab ramai orang nak ambik gambar sama. If tak beratur, the staff takkan teragak-agak untuk suruh kita beratur walaupun tengah posing maut hah!

another must-take-photo-spot!

main bubble tengah-tengah jalan .. tu betty boop kat belakang .. Dzai sempat ambik gambar dengan Betty tu but tak nak den upload sini.. sexy sangat hahaha

muka dah blur sebab dah penat. lagipun dia tak boleh focus dah sebab ayah dia asyik cakap nak tengok fish kat S.E.A Aquarium sebelah






Okay, pasal stroller. Pergi ke Singapore hari tu I tak bawak stroller, sebabnya kesian kat Mr Hubby nak kena jaga 2 luggage bag. Well, what's new abut us dengan luggage terlebih ni kan? Biasaklah hahaha .. 1 bag memang cukup kain baju untuk 4 orang, pampers (kalau pergi holiday or balik kampung I tak akai diapers), terlekung, sejadah, charger, toiletries. 1 bag lagi tu penuh dengan ubat-ubat budak2 takut demam tengah malam ke, dengan aero chamber and ubat2 lagi takut asthma, botol susu, susu, ribena Dzai, makanan adik .... I told Mr Hubby, kita ni nak travel light tunggu Dzayd dah 6,7 tahun. Bila dah tak pakai pampers, dah tak minum susu, makan pun boleh makan makanan kita hehe

I dah survey sebelum ke USS yang kita boleh rent stroller.  But Dzayd tak duduk sangat pun kecuali masa I temankan Dzai ke ride Madagascar je....most of the time, seperti dalam gambar letak barang saja.I prefer Dzayd dalam SSC, and dia pun comfortable that way. stroller rental fee : double (mcm dalam gambar) - SGD15 and single - SGD10. wheelchair pun available for rent.  But kalau one family nak masuk any ride in the theme park, you guys kena tinggalkan stroller kat luar. and each stroller dorang print nama yang sewa this thing.

For muslim, dont worry, dalam USS ni ada few tempat makan yang halal.  But we tak makan sini sebabnya heavy breakfast pagi tu.  And we only spent dalam 3 jam saja.. sebab memang itu estimated time yang we all nak duduk dalam tu. Because bukan semua ride Dzai nak and boleh naik.  Me and Mr Hubby pun tak teringin pulak nak cuba yang lain hahaha .. lagipun dari pukul 10.00am sampai 1.30pm, oklah tu dapat jalan semua tempat.  Plus hari pun dah panas, and we all nak tengok fish kat S.E.A Aquarium kat sebelah USS je. I memang plan nak balik ke hotel and ambik taxi by 4.00pm or 4.30pm before SEMUA orang decided nak balik and ambik taxi. Mahu fengsan nak balik nanti. Oh ya, nak tahu mana tempat halal. one, dekat kedai-kedai makan tu ada dorang letak sign halal. second, tengok kat map. Third, just tanya je USS staff situ, dorang tahu mana restoran halal or tak.

Prayer room pun ada, but tak ingat dah mana.  Dalam map semua ada. Baby changing room tak perasan pulak because masa tu Dzayd 'ok' hehe ... I salin his diapers kat S.E.A Aquarieum, sejuk sikit.

Oh ya, lupa nak cakap pasal souvenirs shop... siap je lah purse dan wallet tu.  Kalau tak cukup cash tak pe, bagi get ready credit cards muahahaha ... banyak jugak we spent for souvenirs, sebab first harga bukan murah, second beli ikut Dzai nak, third beli for friends. Macam-macam souvenir ada. Rambang mata okay.

Tips:

1.  Expected meltdowns and tantrums due to loud noise/music
Kat sini, as expected, macam tempat lain jugak, akan agak bising dengan sound system, music and all.  Plus factor cuaca pun kadang-kdang menyumbang kepada tantrum anak-anak autism ni. And orang ramai. Bila orang ramai, sometimes nak ambik gambar pun kena beratur.  Macam Dzai, dia belum sepenuhnya memahami kenapa kena beratur. Kenapa kena take turns and all. Semua nak cepat and ikut cara dia.  Walaupun dah explained before, beribu-ribu kali, but still,bila dalam keadaan terlampau happy and excited tu, bila ada benda yang menganggu sikit, mulalah bunga-bunga tantrum tu nak keluar mengundang kepada meltdown.  Tapi hari tu alhamdulillah, tiada kejadian yang memeningkan kepala. Cuma apa yang dia nak macam nak main bubble, nak main transformers tu, kena ikut cepatlah before siren berbunyi.

2.  Make sure anak dalam keadaan yang selesa
I make sure both Dzai and Dzayd selesa sebelum bertolak ke USS. mandi, breakfast, sihat. Before keluar hotel tu i checked their temperature dulu. Pakaikan baju dan kasut yang selesa.  kalau cuaca panas jangan pakaikan baju dan seluar tebal.

3.  Plan your time wisely
Macam I cakap tadi, kat USS tak berapa lama sangat dalam 3 1/2 jam.  Then sambung ke S.E.A Aquarium which the kids memang enjoy sangat.  kat situ dah habis masa dalam 2 jam. Keluar dari pukul 9.00am.  Plus minus semua, by pukul 4.30pm we naik taxi dah. Lama jugk kan tu.  Kalau we stay kat USS sampai petang, then sambung tgk fish lagi, mahu balik pukul 7.00pm macam tu. takut beratur lama for taxi. takut lah kan macam tu... so awal-awal dah keluar sebelum yang lain keluar.

3.  Sabar itu indah
:)

 4.  Kalau dah penat berjalan, just lepak kat few restaurant yang ada outsie chairs tu.  Even though we all tak kan just minum je, okay je lepas kat situ. tak kena halau punya haha. satu lagi, kalau panas masuk je dalam souvenir shop tu kejap, ambik angin aircond. tu yg i buat masa sana. tengok Dzayd semacam je sebab panas cepat-cepat masuk kedai hihi

5.  Kalau boleh, for those yang ada anak kecik macam I or special need child mcm Dzai, avoid pergi masa cuti sekolah malaysia and singapore or public holidays... tu yang taxi driver sana pesan. kalau masa tu tunggu taxi pun mahu berjam-jam. Nak main rides pun susah. Nak berjalan pun ramai. 


Okay. stop dulu naaa ... ada lagi nanti entry pasal pergi Night Safari and SEA Aquarium

No comments:

Post a Comment