Saturday, 16 March 2013

Sticker book for ST session

I love using sticker book as Dzai's workbook / activity book.

Sebabnya,kids ni kan suka sticker ...  tak kisah lah sticker yang biasa ke, 3d ke, memang dorang akan suka . Dzai kalau dapat sticker kecik from his teacher pun dah happy .  Adik pun suka main sticker. 


Tak  silap beli ni dekat MPH, Alpha Angle Wangsa Maju. Harga I lupa, masa taip ni buku tu kat bawah hehe, but tak mahal sangat, I think kalau tak silap around rm16.90, not more than RM20.00. this book agak tebal jugak, and banyak sticker.


Dalam buku ni macam ni.. nampak yang tempat kosong warna biru tu, itu untuk letakkan sticker ...

Cara i gunakan buku ni dengan Dzai, I used it as our speech therapy material. Contoh this page topic dia "animals". So sebelum lekatkan sticker tu, I akan suruh Dzai ceritakan apa yang dia nampak dalam gambar tu, what kind of animals, describe the animals in the picture. so secara tak langsung , memaksa Dzai untuk bercerita apa yang dia nampak dalam gambar tu. tu sebab I cakap this kind of book bagus untuk st session.kita pun boleh introduce new words to them. after dia dah bercerita tu,then baru suruh dia lekatkan sticker. for him , its like a reward . after bercerita dapat main sticker.

I sarankan mommies yang masih tercari-cari workbook or activity book yang sesuai for your child, spent time sikit recce dekat MPH or Popular bookstore.  memang banyak buku-buku macam ni dengan harga yang murah, yang tak berapa mahal.  kalau kat Popular bookstore, sapa yang ada member card boeh dapat discount 10%, sama jugak dengan MPH, membership for kids, dapat 10% discount.

Thursday, 14 March 2013

12 warning signs of sensory overloading

from 1001 Great Ideas for teaching and raising children with Autism and Aspergers by Ellen Notbohm and Veronica Zysk , foreword by Dr Temple Grandin
__________________________________________________________________________________

  1. Loss of balance or orientation 
  2. Skin flushes or suddenly goes pale
  3. Child is verbalizing "Stop"
  4. Child steadfastly refuses activity
  5. Racing heartbeat or suddenly drop in pulse
  6. Hysteria, crying 
  7. Stomach distress : cramps, nausea , vomitting
  8. Profuse sweating
  9. Child becomes agitated or angry 
  10. Child begins repeating echolalic phrases, or some familiar non-relevant phrase over and over again (self calming behavior)
  11. Child begins stimming (repetitive, self calming behavior)
  12. Child lashes out, hits or bites

Tuesday, 12 March 2013

broad beans

Dzai ni memang susah makan. picky eater. sayur memang dia tak usik. fruits pun lately dia macam tak nak makan kecuali grapes. kalau dulu orange ke dia makan jugak , now tak. Mr Hubby memang rajin beli fruits, especially kat MBG , Wangsa Walk sebab memang fresh buah-buah dia. but nehi ... dia tak nak jugak... banana and papaya memang dia tak sentuh sebab lembik. but berbeza dengan budak nama Dzayd tu. alhamdulillah, dia ni memang tak pernah tolak rezeki hahaha... janganlah dia tengah sedap makan kek ke, tiba2 suap kat mulut abang or offer ayah dia sikit, memang mengamuk satu rumah.


then chef mummy yang masak cuma sebulan sekali sebab pemalas ni memang terpaksa memerah otak macam mana nak bagi Dzai makan fruits and vegetables .. so kalau fruits, I buatlah smoothies or milkshake... kalau sayur ni susah sikit.

hari tu bila jalan-jalan cold storage, I found this!

frozen broad beans


Selalu tengok rancangan Nigella Lawson tu dia suka buat dip from frozen peas campur cream cheese, butter and salt sikit... I ikut exactly macam tu .. hehehe but sorry gambar dip tu tak ada .. tak sempat snap dalam kelam kabut ... I pakai 1 packet ni untuk 2 kali masak. sekali for the dip, the other one I rebus, buang kulit, lumur dengan butter and salt , lepas tu makan dengan steak .. sedap.

But this broad beans yang leceh sikit, first sebelum makan kena rebus dulu. then kena kopek kulit dia.



My intention masa beli ni naklah pujuk Dzai cuba-cuba makan sebab tengok dia makan Edamame kat sushi king tu sedap je .. edamame tu macam green peas lah, but bila google dia sebenarnya green soybeans. 

First time bagi makan yang rebus tu jer with butter and salt dia tak nak. second time I buat dip for his nachos pun dia tak nak.

Fail.

so, chef .... fikirkan yang lain pulak ....

Saturday, 9 March 2013

activities for Dzayd Harrith



This boy dah besar.

Alhamdulillah 15 bulan dah umurnya. Semoga Allah panjangkanlah umur my darling boy ni, insyaAllah.

Anyway, disebabkan dia pun dah besar, dah pandai nak meniru abang .. pantang abang buat apa saja, mesti dia nak ikut. abang duduk atas meja, dia pun sama. abang menulis, dia pun sibuk carik pencil semua. abang pakai bag nak ke sekolah or tuittion, dia pun nak ... semua nak ikut.

then i pernah terbaca kat mana ntah pasal siblings ni. actually dalam keadaan macam Dzarif and Dzayd, maksud I umur dorang ni, actually its good and better to include Dzayd dalam apa saja activvity yang abang buat. before this memang lah tak larat I nak layan kedua-dua dalam satu masa. memang I mengaku. kalau tengah ajar abang or abang nak buat his art and craft or playing with educational toys, I akan letak adik dalam playpen dia. 

satu hari, bila I tengah sibuk dengan Dzai and adik inside his playpen, tiba-tiba dengar dia cakap " eh .. eh". after that macam-macam bunyi keluar dari mulut dia. lepas tu dia pandang jer apa yang abang tengah buat. ohh sedih pulak tengok Dzayd masa tu, and I rasa dia teringin nak buat apa yang abang buat. and mulut dia yang bising-bising tu dia tengah pegang buku dia ... bila I dekat kat dia, dia tunjuk-tunjuk gambar kat buku tu... oh seriously, memang sedih.

mula dari hari tu , I try to include him in our session hahaha tapi kalau dah keadaan tak terkawal sangat, terpaksa jugaklah letak dia dalam playpen tu. but if abang nak buat drawing ke, or his art and craft kat luar, definitely adik pun join sekali  buat sepah or makan sticker hahaha ... 

macam gambar kat atas tu dia tengah main sticker ... sticker is good for fine motor skill especially untuk toddler umur Dzayd. dah 2,3 buku I baca cadangkan budak umur Dzayd banyakkan main sticker or stick majalah yang dikoyak dengan glue. but kalau tak nak messy, main sticker je hehehe

Friday, 8 March 2013

Tips - good environment for healthy emotional development

 I rasa, insyaAllah, kalau ada masa, I nak buat entry pasal this book yang I tengah baca, which memang bagus sangat pasal penjagaan and tips untuk parents dan anak-anak kita.  I akan buat summary dan juga tulis my own opinion and experience related to my children mengenai setiap point yang ada. Ada jugak idea pasal activity yang boleh kita buat with our child
_________________________________________________________________________________


Book : You Raising Your Child
Michael F. Roizen and Mehmet C. Oz

 Topic 1
  1. Use All Senses
  2. Take it outside
  3. Release her inner Olivia Newton-John
  4. And her inner Columbus. While You are it
  5. Teach who owns the problem
  6. Just watch
  7. Go with the flow
  8. Dont neglect downtime
  9. Control your own stress

Use all senses
for overall development, kena include as many of your child senses : smell (nose), showing object (eye), saying (ear), touch (skin) and taste (tongue). multisensory approach helpes embed memories in brain better than simply using one or two senses to make a point. tapi tak semesti dalam satu masa tu or dalam satu learning situation tu kita kena use every senses, no .. this is written in this book as well, cuma kita kena tengok keadaan anak dan juga activity apa yang kita buat masa tu, cuma its good kalau dapat create learning situation yang melibatkan semua senses dalam satu masa. 

Take it outside
Apa yang I faham from this point, if kids play outside memang dapat banyak benefit dan diantara kebaikannya : keeps a healthy mind in a healthy body dan juga antiobesity agent.. hah! Kids dapat pelajari banyak benda melalui nature, macam boleh belajar pelbagai jenis haiwan, burung, macam mana haiwan ini bergerak, berbeza dari manusia, macam mana ants yang kecik cari makanan dia etc

I really, really agree this term sebab my kids memang sukakan animals, insects, birds .. Dzayd tu bila tengok 2 favorite animals dia , birds and cats, waaaahhh dia punya respond, memang we all happy sangat tengok. dengan dia tiru gaya cat tu berjalan, dengan mulut-mulut muncung.. and keeps pointing to the birds.. best sangat, sangat .. last pergi zoo masa dia belum setahun, so memang dah plan nak bawak dia pergi zoo, bird park nanti.  masa kat singapore, pergi tengok S.E.A Aquarium tu, waahh hapy dia tengok ikan-ikan yang macam-macam warna and size tu.  kalau abang Dzai, usah cakaplah. since dia dah besar ni, and dia pun dah pandaikan bezakan setiap animal tu. hidupan air tinggal dalam laut, monyet tinggal atas pokok etc. 

and I quote from this book : "kids who have experienced hands-on learning from nature do better on standardized tests, and for the wiggly kidon ADHD side of the spectrum, outside play can be the preferred means of getting those ya-ya's out".

And I agree this too, sebab macam Dzai, kalau bwak dia ke playground or indoor playground, morning walk at Titiwangsa, nampak dia 'lain'. tak nampak stress, elok jer dengar instruction kita, seronok tengok dia berjalan sambil observed apa yang ada di sekeliling dia. if bawak kat playground memang dia suka, but unfortunately, playground kat rumah ni dah teruk sangat plus kebanyakan yang main situ bukan budak from kawasan rumah ni, so they agak 'kasar' sikit dengan my boy, so memang jarang dah main sini. cuma pagi-pagi after sending Dzai ke sekolah, I jalan-jalan sekejap dengan my Dzayd, which dia memang enjoy dapat lepas jalan sendiri.

Release her inner Olivia Newton John
yang ni macam kelakar sikit kan haha ...mula-mula memang tak faham apa kaitan dengan artis ni, but bila baca the point barulah faham sikit-sikit hehehe... the author said, kids kena get physical. "a child's mind doesnt simply develop from passively processing what she is seeing and hearing". a child learn a lot bila dia sendiri experience sesuatu benda tu. contoh macam main bola, panjat tangga , all this memories yang membentuk knowledge and intelligence kanak-kanak tu, selain dari apa yang dia dengar dari kita or hanya melihat apa kita buat, bila dia sendiri buat , akan lebih teguh ingatan dia untuk sesuatu benda tu.
oh connection dengan olivia newton john? she is a singer, songwriter, actress.. mungkin kaintannya, author nak suruh anak-anak kita ni seaktif and sekreatif artis ni kot... or not? hehehe


and her inner columbus. while you're at it
satu lagi perumpamaan. christopher columbus kan seorang pengembara. so apa yang I faham from this point biarkan anak-anak kita tu explore sendiri sesuatu benda tu. jangan selalu sangat menegah itu ini tak boleh, melainkan mendatangkan bahaya. itu semestinya kita kena pantau lah kan. 


Teach who owns the problem
this point I memang suka sebab terkena batang hidung sendiri hah! "rather than telling your child no all the time, a smart tactic is to make him aware of the potential consequences of his actions so that he learns to make wise choices". but again, apa saja yang mendatagkan bahaya kepada anak, kita kena pantau lah kan keadaan masa tu. cuma kadang-kdang , biarkan jugak if anak kita terjatuh sedikit tanpa sebarang injury or luka, so that next time , insyaAllah, dia faham akan bahayanya sesuatu benda tu , so that dia tak buat lagi.

Just watch
apa yang I boleh summarised from this , tak semestinya all the time we need to stimulate our child 24/7, walaupun memang penting untuk interacting with them and stimulating your child. ada masanya kita cuma 'lihat' saja keadaan anak itu untuk menuntukan apa aktiviti, stimulation and his/her emotions by observing their behavior.

Go with the flow
"flow your child lead".
"a mind is much better able to absorb things if its engaged and interested"

untuk memblehkan our child itu respond dengan apa saja aktiviti , pembelajaran dan pelajaran yang kita ajarkan , adalah penting untuk kita mengikut kemahuan dan kegemaran dia. jangan memaksa sangat menyuruh anak kita melakukan apa yang kita mahu dari apa yang dia ingin lakukan.

Dont neglect downtime 
again, "children do not need to be stimulated al the time"

galakkan anak-anak kita berfikir outside the box, biarkan anak kita mencari kreativiti sendiri, galakkan mereka bergaul dengan strangers (of course, under parent supervision) for stronger social skills. satu lagi, anak-anak kita jugak perlu masa untuk bersendiri. not all the time they need their mama or daddy to play with them .. macam kitalah kan, sometimes we need privacy hehe

Control your own stress
amat penting untuk parents control their stress and emotions di depan anak-anak kerana anak-anak akan learn to do the same thing and become 'hardwired to react that way in more stressful situation. so amatlah penting untuk tidak menunjukkan stress di depan anak.







Tuesday, 5 March 2013

malas phase

I dalam fasa kemalasan yang teramat sangat.

and frankly no mood dalam mengajar Dzai. bukan sebab dia tak nak or aggresif ke - NO. sebab mak dia malas nak ajar.

boleh gitu?

mr hubby banyak kali suruh contact Dzai's ST untuk sambung balik his therapy at home, but nak call, nak set schedule pun malas.

mungkin keadaan ni normal atapun mungkin tidak for a mother , like me, yang ada anak learning difficulties macam Dzai sepatutnya lagi bertambah semangat dan tekun nak ajar anak kan .. but dont know why, tiba-tiba sampai satu masa ni , rasa kurang bersemangat dan malas.

banyak betul perkataan malas dalam post ni.

so tu saja. sebab malas nak taip.

Saturday, 2 March 2013

Assistant yang paling setia


This is my loyal assistant.

Assistant chef - Dzai.

Assistant sidai baju - Dzai.

Assistant jaga adik - Dzai.

Assistant kemas rumah, sapu sampah - Dzai.

Assistant lipat baju, lipat cloth diaper - Dzai.


Pendek kata, kalau tak ada assistant ni, memang boring hidup mummy.

I love you my handsome assistant.


p/s masa tu bersemangat kacau bechamel sauce tu sebab one of his fave food is lasagna.

Friday, 1 March 2013

Belajar beli food sendiri

Since second day of school, every morning I akan bekalkan Dzai with his fave food. his menu bertukar everyday : scramble eggs or roti telur or hotdogs or nugget or pancake or nasi goreng or peanut butter sandwich or cheese sandwich or wedges.  Siap mummy buat ala-ala bendto bagi dia excited makan, siap dengan food pick lah, food flag lah..macam-macam

Sampailah about 3 weeks ago, cikgu Dzai yang mengajar pengurusan diri, approached me, saying that mungkin sekali sekala Dzai boleh belajar beli food sendiri kat kantin. maybe mula dengan beli drinks dulu.  Actually I am worried Dzai tak boleh dan tak pandai beli sendiri, terlupa yang dia di PPKI , where kakak-kakak PPM sentiasa with the students.

So first step, balik dari sekolah, I ajak dia ke kantin dulu. suruh dia beli drinks yang dia nak. selalunya dia akan beli ice lemon tea yang dalam box tu - RM1.00.  tapi satu masalahnya, if air kotak tu habis, dia dah tak pandai nak mintak yang lain or mintak yang dalam tin punya. so terpinga-pinga mamat tu kat situ bila kakak kantin tu kata dah habis. mummy pun ajar dialah jenis-jenis drinks yang lain.

Tengok dalam seminggu lebih tu dia dah pandai beli drinks setiap kali balik sekolah. tapi bekal tetap bawak. takpe. kita pergi step kedua , last friday, start I tak bekalkan dia apa-apa. memang bising Dzai suruh I cook breakfast for him hahahaha but I told him yang dia kena belajar beli food sendiri. kalau tak, sampai bila-bila pun dia takkan pandai. kenapa start hari jumaat last week sebab setiap Jumaat balik pukul 12.00pm.  If dia tak makan pun, at least balik awal, so tak lapar sangat sementara nak balik pukul 12.00pm tu. 

Hari tu dia berjaya beli food kat kantin dengan pengawasan kakak PPM.  Dia beli nasi lemak and drink, total RM1.50 tapi pagi tu Dzai minta RM5.00, bunyi macam nak beli makanan banyak hihi normally we gave him RM4.00, tapi kalau dia mintak lebih, kami bagi lebihlah.

So yesterday , hari Khamis, I mintak dia beli food sendiri kat kantin.  Dzai tak nak. bising dia pagi tu.  but I have a strong reason to ask him to practise buy food kat kantin.  last wednesday after his hydro therapy (swimming), food was given by the school to all PPKI students.  I tersampai awal kat sekolah masa nak ambik dia balik tu.  I tengok semua students tengah sedap makan nasi ayam yang cikgu bagi,provided by then canteen. anak I sorang jer tengah syok makan bekal.

tiba-tiba I rasa sedih.

yes, I know, 'its good' kalau dia suka bawak bekal, tapi untuk keadaan anak I yang perlu belajar untuk menguruskan diri sendiri dan belum lagi matured ikut umurnya sendiri, this is not good.  he needs to learn to eat canteen food or outside food. he needs to learn untuk pandai membawa diri.  In future, esok lusa, mana tau, tak mungkin selamanya I can be there for him, to prepare his bekal. mana tau ajal dah sampai. dan mana tau kesihatan tak mengizinkan. tu semua memang I selalu fikir.

So, I need to prepare my son untuk hadapi benda-benda yang kita sendiri tak tau apa yang akan terjadi in the future. he needs to learn to buy food at canteen.  he needs to learn to eat food yang dijual kat kantin tu. maybe for other mother with typical child benda ni remeh saja. and maybe ada yang anggap I sebagai mak pemalas tak nak masak untuk anak ke sekolah. whatever people say, I dont care. yang penting, I perlu mengajar anak I cara menjaga dirinya.

Rasanya I nak buat jadual dari Isnin - Rabu, Dzai akan bawak bekal. sebab Isnin dan Selasa balik pukul 1.00pm, nanti dia tak nak makan kesian pulak lapar sampai tengahari tu.Rabu pulak selalu ada kokurikulum.  hari Khamis dan Jumaat jer lah nampak okay sikit for him to buy food.

Macam semalam, dia beli Oreos and susu kotak jer. Aisssh. today dah pesan suruh beli nasi ke , or nugget ke or noodle. 

Hari ni tengoklah makan apa budak tu