Friday, 1 March 2013

Belajar beli food sendiri

Since second day of school, every morning I akan bekalkan Dzai with his fave food. his menu bertukar everyday : scramble eggs or roti telur or hotdogs or nugget or pancake or nasi goreng or peanut butter sandwich or cheese sandwich or wedges.  Siap mummy buat ala-ala bendto bagi dia excited makan, siap dengan food pick lah, food flag lah..macam-macam

Sampailah about 3 weeks ago, cikgu Dzai yang mengajar pengurusan diri, approached me, saying that mungkin sekali sekala Dzai boleh belajar beli food sendiri kat kantin. maybe mula dengan beli drinks dulu.  Actually I am worried Dzai tak boleh dan tak pandai beli sendiri, terlupa yang dia di PPKI , where kakak-kakak PPM sentiasa with the students.

So first step, balik dari sekolah, I ajak dia ke kantin dulu. suruh dia beli drinks yang dia nak. selalunya dia akan beli ice lemon tea yang dalam box tu - RM1.00.  tapi satu masalahnya, if air kotak tu habis, dia dah tak pandai nak mintak yang lain or mintak yang dalam tin punya. so terpinga-pinga mamat tu kat situ bila kakak kantin tu kata dah habis. mummy pun ajar dialah jenis-jenis drinks yang lain.

Tengok dalam seminggu lebih tu dia dah pandai beli drinks setiap kali balik sekolah. tapi bekal tetap bawak. takpe. kita pergi step kedua , last friday, start I tak bekalkan dia apa-apa. memang bising Dzai suruh I cook breakfast for him hahahaha but I told him yang dia kena belajar beli food sendiri. kalau tak, sampai bila-bila pun dia takkan pandai. kenapa start hari jumaat last week sebab setiap Jumaat balik pukul 12.00pm.  If dia tak makan pun, at least balik awal, so tak lapar sangat sementara nak balik pukul 12.00pm tu. 

Hari tu dia berjaya beli food kat kantin dengan pengawasan kakak PPM.  Dia beli nasi lemak and drink, total RM1.50 tapi pagi tu Dzai minta RM5.00, bunyi macam nak beli makanan banyak hihi normally we gave him RM4.00, tapi kalau dia mintak lebih, kami bagi lebihlah.

So yesterday , hari Khamis, I mintak dia beli food sendiri kat kantin.  Dzai tak nak. bising dia pagi tu.  but I have a strong reason to ask him to practise buy food kat kantin.  last wednesday after his hydro therapy (swimming), food was given by the school to all PPKI students.  I tersampai awal kat sekolah masa nak ambik dia balik tu.  I tengok semua students tengah sedap makan nasi ayam yang cikgu bagi,provided by then canteen. anak I sorang jer tengah syok makan bekal.

tiba-tiba I rasa sedih.

yes, I know, 'its good' kalau dia suka bawak bekal, tapi untuk keadaan anak I yang perlu belajar untuk menguruskan diri sendiri dan belum lagi matured ikut umurnya sendiri, this is not good.  he needs to learn to eat canteen food or outside food. he needs to learn untuk pandai membawa diri.  In future, esok lusa, mana tau, tak mungkin selamanya I can be there for him, to prepare his bekal. mana tau ajal dah sampai. dan mana tau kesihatan tak mengizinkan. tu semua memang I selalu fikir.

So, I need to prepare my son untuk hadapi benda-benda yang kita sendiri tak tau apa yang akan terjadi in the future. he needs to learn to buy food at canteen.  he needs to learn to eat food yang dijual kat kantin tu. maybe for other mother with typical child benda ni remeh saja. and maybe ada yang anggap I sebagai mak pemalas tak nak masak untuk anak ke sekolah. whatever people say, I dont care. yang penting, I perlu mengajar anak I cara menjaga dirinya.

Rasanya I nak buat jadual dari Isnin - Rabu, Dzai akan bawak bekal. sebab Isnin dan Selasa balik pukul 1.00pm, nanti dia tak nak makan kesian pulak lapar sampai tengahari tu.Rabu pulak selalu ada kokurikulum.  hari Khamis dan Jumaat jer lah nampak okay sikit for him to buy food.

Macam semalam, dia beli Oreos and susu kotak jer. Aisssh. today dah pesan suruh beli nasi ke , or nugget ke or noodle. 

Hari ni tengoklah makan apa budak tu

3 comments:

  1. Sangat bagus! skill yg ni sgt penting utk future, teruskan dgn khabar yg baik2...

    ReplyDelete
  2. kadang kadang baca blog u boleh buat sebak baya........ begitulah kasihnya ibu kan............ semoga berjaya dan sabar selalu ya baya

    ReplyDelete
  3. paklong/maklong : skill yang amat penting tapi untuk mengajarnya memerlukan kesabaran yang amat, amat tinggi

    ros : laaa jangan sebak lah, aku kan selalu emo haha

    ReplyDelete