Tuesday, 27 August 2013

My first pandora

Menghilang dari blog dan kemudian muncul kembali untuk beberapa kali adalah normal bagi saya kan..kan...kan hahaha! not going to put 'the post' why ku hilang macam biskut kejap ada , kejap tak ada tu . sebab utamanya biasalah......

MALAS

hah!

satu lagi kegilaan ku sekarang kat Instagram. senang dan mudah. 

hah again!

anyway, I nak show off sikit benda yang tak seberapa ni. something yang I dah aim lama dah, tapi baru semalam dapat. alhamdulillah. rezeki.







Charm yang mampu dibeli hanya untuk saat ini. 






Memang dah lama teringin this bracelet. But biasalah, benda yang kita nak tak semestinya dapat , dan tak semestinya dapat cepat-cepat kan. kalau ada rezeki, adalah. if not, nak buat macam mana.

So semalam, sebelum ikut Mr K ke gathering raya sekolah menengah dia (yep, he is from class 82!!!), we went to KLCC beli barang and bagi anak-anak I makan dulu. even though ada open house, ada food, tapi memang ginilah cara kitaorang bila ada anak autism yang picky eater. yang si adik tak risau sangat sebab insyaAllah dia memang makan apa saja. ada rendang, lagi dia suka. yang si abang memang risau kalau nak ke mana-mana. so selesaikan hal makan anak-anak.

Then tiba-tiba ayah dorang lak nak beli kasut. okay. tunggu mr K memilih bukan sekejap. selalunya perempuan yang shopping lama kan, but in my case, my husband yang ambik masa kalau nak beli apa-apa.

Dah settle hal semua orang. Barulah mak dia boleh menyopping dengan tenang walaupun dari hujung mata I can see muka masham dia mengejar Dzayd hahaha.


My first Pandora bracelet ;)


Pandora KLCC located at 1st Floor. The first thing SA akan tanya is type of bracelet that you want. Ada macam-macam jenis, ikut budget. I memang aim for silver, karana, me tak suka pakai gold. dunno why. dari dulu lagi. After dah choose bracelet, dia akan ukur pulak mengikut size, mine size 90 (betul ke....hahaha). 

After tu barulah boleh choose charm yang kita nak, pun ikut kesesuaian budget sebab charm pun ada banyak range dari segi jenis material and prices. Ikut suka nak letak charms macam mana pun.

Every bracelet have a story.

SA akan tanya apa yang kita plan nak letak. kalau blur macam I hari tu, dia akan tanya pasal yourself. So I cakap I nak something about me and my boys. So SA tu tunjukkan yang bentuk love tu, warna biru, ada tulis mother and son. this one 2 biji but for 1 price, tak silap rm295. tak ingat dah. oh ya. silver bracelet is RM295.00 satu. terus I suka coz biru=sapphire=birth stone. ada pulak tulis mother and son, lagi suka.

My budget actually tak lebih RM1,00.00. just be frank to SA tu, and they will help you carikkan charms yang you suka berdasarkan budget and apa yang you minat. 

Then of course nak letak something yang remind me of my soulmate tu kan. Ni straight forward je. Carik yang love symbol. Dapat satu. Then SA tunjukkan symbol infinity. cantik. agree yang tu jugak.

and last, dia suggest for something untuk letak kat tengah-tengah tu. she suggested murano charms. and then SA tu tanya my fave colour. dia tunjukkan a few.

But my eyes dah ternampak charms lambat pink ribbon tu. everybody know apa maksud pink ribbon kan. I know , for breast cancer, tapi everytime I nampak pink ribbon tu, I akan teringatkan cancer.

I lost 3 person whom I loved dalam masa 6 tahun ni. semuanya kerana kanser.

2007, I lost my cousin sister yang I dah anggap sebagai kakak sendiri. Masa tu umur dia 43 tahun, ada 4 orang anak. she passed away due to appendix cancer.

2009, I lost my pak long. a great man, yang I anggap macam my own father. due to prostate cancer. pak long ayah kepada my cousin sister yang meninggal tu.

2010, I lost my own child secara tiba-tiba sehinggakan pakar-pakar tak dapat nak tahu apakah penyebab sebenar dia meninggal, tapi salah satu penyebabnya adalah lung tumor.

so now you know why I choose a symbol yang melambangkan cancer kan.

Anyway, gegirl sudah happy. apa yang dihajati sudah dalam genggaman hahaha.

Next , nak kumpul charms pulak sampai penuh.  Jangan Dzayd mengganas nak tarik-tarik , sudah!

Selamat Hari Raya

Cak... ku menjelma kembali.

Bersarang sudah!

Alhamdulillah.  Dapat juga merasa Ramadhan dan Syawal tahun ini.

Nak cerita pasal Dzarif. Pasal puasa dan raya dia.

Tahun ini pertama kali Dzai cuba untuk berpuasa. Actually, tak plan sebenarnya.  Cuma masa sahur hari pertama ramadhan, me and mr K cuba kejutkan dia, just tanya je whether dia nak bangun for sahur tak and seterusnya, for puasa.  Dia tahu masa tu nak puasa sebab we explained to him and ada jugak we all tanya dia nak puasa ke tak.

So bangun sahur ramadhan pertama tu, amazingly, Dzai jaga and dapat jugak dia jamah makanan sikit.  I ajar dia niat, dia ikut, dengan mata masih terpejam.

Alhamdulillah. Dapat juga dia berpuasa penuh untuk 27 hari tahun ni. lagi 2 hari tu pun sebab dia kena asthma attack. tu pun gagah nak puasa, sampai paeds kena pujuk suruh rest dulu.

I learn something valuable about Dzai. Yes, he is autistic. Yes, dia tak seperti kanak-kanak tipikal sebaya umur dia. Tapi, alhamdulillah, berkat doa dan tawakkal, Allah kabulkan doa kami. ;)

Raya tahun ni di Jitra. Alhamdulillah, tak seperti thaun yang lain dan tak seperti waktu yang lain bila balik kampung Dzai akan buat perangai sikit. Tapi kali ni kurang sikit tantrumnya. Cuma bila tak dapat tengok TV, atau kena kacau with his cousins, ada jugaklah bunga-bunga mengamuk tu, but not so bad macam sebelumnya.

Dia juga dah lebih faham apa erti raya.  Nak bersalam dengan orang. Nak jugak cuba makanan raya macam ketupat daun palas. Rendang belum berjaya lagi. serunding pun serunding ikan je. Kuih-kuih raya ada jugak dia cuba maybe sebab ikutkan cousins dia. apa-apapun, raya yang bermakna.


Bila tetamu datang visit rumah pun, dia lebih relax dari tahun sebelum ni.  Nak jugak jadi 'host'. Kalau sebelum ni dia buat tak tau je orang datang, but now dia dah nak berborak, join the guest, main-main bersama.

Alhamdulillah.

Nampak tak seberapa apa yang I ceritakan ni, but in our world, in autism's world, percayalah, this is huge development for my child. Social interaction is one of the problem for autism child. But bila Dzai menunjukkan peningkatan sebegini, tidak lagi mengamuk, tidak lagi menyorokkan diri bila orang datang, ya Allah, memang berasa syukur sangat-sangat.

Semoga ada lagi 'surprise' dari Dzai, dengan izinNya. AMEEN.