Tuesday, 27 August 2013

Selamat Hari Raya

Cak... ku menjelma kembali.

Bersarang sudah!

Alhamdulillah.  Dapat juga merasa Ramadhan dan Syawal tahun ini.

Nak cerita pasal Dzarif. Pasal puasa dan raya dia.

Tahun ini pertama kali Dzai cuba untuk berpuasa. Actually, tak plan sebenarnya.  Cuma masa sahur hari pertama ramadhan, me and mr K cuba kejutkan dia, just tanya je whether dia nak bangun for sahur tak and seterusnya, for puasa.  Dia tahu masa tu nak puasa sebab we explained to him and ada jugak we all tanya dia nak puasa ke tak.

So bangun sahur ramadhan pertama tu, amazingly, Dzai jaga and dapat jugak dia jamah makanan sikit.  I ajar dia niat, dia ikut, dengan mata masih terpejam.

Alhamdulillah. Dapat juga dia berpuasa penuh untuk 27 hari tahun ni. lagi 2 hari tu pun sebab dia kena asthma attack. tu pun gagah nak puasa, sampai paeds kena pujuk suruh rest dulu.

I learn something valuable about Dzai. Yes, he is autistic. Yes, dia tak seperti kanak-kanak tipikal sebaya umur dia. Tapi, alhamdulillah, berkat doa dan tawakkal, Allah kabulkan doa kami. ;)

Raya tahun ni di Jitra. Alhamdulillah, tak seperti thaun yang lain dan tak seperti waktu yang lain bila balik kampung Dzai akan buat perangai sikit. Tapi kali ni kurang sikit tantrumnya. Cuma bila tak dapat tengok TV, atau kena kacau with his cousins, ada jugaklah bunga-bunga mengamuk tu, but not so bad macam sebelumnya.

Dia juga dah lebih faham apa erti raya.  Nak bersalam dengan orang. Nak jugak cuba makanan raya macam ketupat daun palas. Rendang belum berjaya lagi. serunding pun serunding ikan je. Kuih-kuih raya ada jugak dia cuba maybe sebab ikutkan cousins dia. apa-apapun, raya yang bermakna.


Bila tetamu datang visit rumah pun, dia lebih relax dari tahun sebelum ni.  Nak jugak jadi 'host'. Kalau sebelum ni dia buat tak tau je orang datang, but now dia dah nak berborak, join the guest, main-main bersama.

Alhamdulillah.

Nampak tak seberapa apa yang I ceritakan ni, but in our world, in autism's world, percayalah, this is huge development for my child. Social interaction is one of the problem for autism child. But bila Dzai menunjukkan peningkatan sebegini, tidak lagi mengamuk, tidak lagi menyorokkan diri bila orang datang, ya Allah, memang berasa syukur sangat-sangat.

Semoga ada lagi 'surprise' dari Dzai, dengan izinNya. AMEEN.

No comments:

Post a Comment