Tuesday, 22 October 2013

Pretend play / Role Play


Role play atau pretend play juga memainkan peranan besar dalam development anak-anak kita. Melalui role play or pretend play, kita boleh 'mengorek' lagi vocab mereka, membuatkan mereka berfikir dan juga untuk memperkenalkan sesuatu perkara, seperti contoh gambar di bawah.

Dzayd pretend to be in a boat sebab dia tengah dengar lagu 'Row..row..your boat". Siap dengan dayung tu yang tak tahan. So kita boleh bercerita dnegan dia, boat kena naik kat mana, dalam sungai/laut ada apa, sunagi/laut tu apa.... from one thing to another.  Memang banyak kita boleh ceritakan. Selalunya dia akan menyampuk, dengan bahasa dia.. yang kelaur clear 'tish' (fish)

TV ni ada pro and cons.  For me I suka jugak Baby TV ni. Nampak Dzayd learn few things from there especially vocab dia. And baby songs kan .. memang terpesona mamat tu.

Dzarif bila besar ni jer baru padnai main role play ni : jadi doktor ke , bomba , dinosaur, animals pun ada.. belasah je.. yang penting melalui role play or pretend play kita mengembangkan lagi daya imaginasi anak-anak ni






Table Activity - Educational toys



Apart from few things yang harus dititikberatkan semasa perkembangan pembesaran anak-anak selain dari sensory, motor skill, fine motor skill, eye and hand coordination, communication dan lain-lain, attention span adalah salah satu benda yang penting yang kita kena monitor.

Selain diagnosed as PDD, Dzarif didiagnosed as ADD (Attention Deficit Disorder). Maksudnya his attention spart very short.  Even though dah 2 tahun diagnosed as ADD boy, namun this is one problem yang I tak dapat selesaikan lagi. Kalau feedback dari cikgu-cikgu memang kan sentiasa ada statement 'Dzarif suka berangan dalam eklas" .. ahaks. But apa yang I noticed, emmang berbeza his attention span 2 tahun dulu ngan sekarang. walaupun still short attention span, but nowadays, kalau mood dia baik and buat benda dia suka, 1 jam or 2 jam boleh duduk buat table activity dia.

So with Dzayd , I try to make it as habit buat table activity almost everyday.  Attention span for 2 year old adalah dalam 6 minit. from this website : http://www.childrenshealthnetwork.org/CRS/CRS/pa_battentn_hhg.htm , a child's attention span increase 3-5 minutes per year of a child's age. So Dzarif sepatutnya dah boleh duduk diam baut sesuatu activity tu dalam masa 24 minit atau lebih. And yes, so far, alhamdulillah, kalau kita bagi dia satu task, dia boleh duduk habiskan walaupun mulut bising asyik complaint itu ini.

Contoh gambar di atas. I berikan Dzayd this educational toys. Kena arrange the ring ikut size, dari besar ke kecik or vice versa. But for me, untuk age Dzayd, memadai kalau dia dah boleh masukkan ring tu ke dalam stand kayu tu.  Bab ikut size, kena ajar bila dia dah besar sikit, bila dia lebih memahami detailed instruction.  Tapi buat masa ni, alhamdulillah, when I said : Dzayd, masukkan colours ni (tunjuk the colourful ring) dalam ni (stand), dia boleh buat. Without instruction pun dia faham. 

Mendengar instruction, dapat memahami konsep permainan tersebut dan dapat duduk dalam 5 minit atau lebih - alhamdulillah. that is good enough.  Cukup untuk activity sehari. Sometimes simple thing yang ada kat rumah pun kita boleh suruh anak-anak buat dan jadikan as one of the activity/child's play. Contoh : sorting out baju-baju masukkan dalam bakul. Mcm kita suruh dia asingkan tshirt and stokins. Or mintak anak-anak asingkan susu dengan garfu. Fun way jugak untuk belajar uruskan diri, for attention span activity and motor skills!

Monday, 21 October 2013

Sensory Play/Activity - Coloured Rice


Another idea yang I cedok from blogs yang I baca on sensory play - coloured rice.  Beras atau any kekacang macam kacang hijau , kacang merah or kacang tanah memang sesuai dijadikan bahan untuk sensory play disebabkan size yang kecil , sesuai untuk untuk fine motor skill. Bila anak-anak tidak ada masalah with fine motor skill, insyaAllah akan senang untuk menulis, memegang pensil nanti. I have experience dengan Dzarif yang hanya BOLEH memegang pensil cara yang betul masa berumur 6 tahun ke atas.  Bukan tak pernah diajar sebelum itu, cuma kerana dia mempunya masalah fine motor skills yang I sendiri tak tahu , sebelum dapat diagnosed dia as Autism.

With Dzayd, I cuba buat setakat yang tahu dan termampu, InsyAllah.  I start giving him pencil colour, magic pen, crayon as early as 1 year old, contenglah apa yang patut. Bleum lagi pandai mewarna tapi tak pe, kita buat step by step, insyaAllah.

Disclaimer : beras yang dipakai adalah beras yang terjatuh di lantai kereta sebab plastik beras bocor tak sedar.




Alhamdulillah we had this water/sand play table. Sonang sikit and ahbang Dzai dah perasan macam main tepi pantai hahaha.. dont worry kalau tak ada this table pun still kita boleh enjoy playing with this coloured rice.






Mat Kerinting I yang enjoy sangat this activity sampai tak nak masuk rumah hahaha .. dia tak geli, senang je dia genggam beras-beras tu. Melalui this kind of activity jugak boleh improved vocabulary anak-anak kita, dah boleh jadi session Speech Therapy pulak.  So many things that we can have in 1 activity. Masa tengah main tu kita boleh ajar, apa itu beras, kasar ke lembut, halus ke besar , tunjukkan dari mula warna beras putih boleh bertukar warna dengan letak food colouring. Banyak yang boleh kita perolehi dalam masa 30 minit bermain dengan anak. 

As for me , memang I need this kind of activity for both my boys especially for Dzayd yang makin membesar dan for his age now, memang waktu dia macam 'span' serap segala information yang ada. And alhamdulillah so far, vocab dia bertambah dan cubaan untuk bercakap itu ada walaupun masih gebberish hahah

Sensory play/activity - Finger painting



I love reading mommy mat salleh's blogs untuk toddler/kids activities especially yang focus pasal sensory play. Macam-macam ideas and activities yang mereka share, make me wanna to do all with my kiddos. But of course, dengan vitamin M yang besar and masa tak ada untuk buat semua yang I wish I dapat buat dengan kiddos.  But, cant make it as alasan kan ... 

Tak boleh buat DIY, kadang-kadang kena ambik jalan mudah. Like this finger painting.  Yang sebagusnya buat yang sendiri punya, but lately , nak amsak pun tak ada masa ahaks! lame excuse kan kah kah .. so I choose crayola finger painting ni.

Finger painting is one of sensory activities yang kiddos suka.  Sensory play agak penting untuk child early development sebab melalui sensory play boleh stimulates taste, smell, touch, sight and hearing. 5 deria yang penting untuk perkembangan kanak-kanak. 

Dulu masa zaman Dzai, I tak tahu semua ni. I tak tau yang I kena monitor perkembangan anak-anak not only perkara basic seperti milestone, speech, health .. tapi benda-benda lain seperti stimulate sensory, fine motor skills, motor skills, eye and hand coordination dan lain-lain. Bila dah ada ilmu yang sikit dan ciput ni sebolehnya I nak make sure I dapat mengisi masa my kiddos dengan activities yang sepenting ini especially untuk Dzayd.





See.... they have so much fun! Dzayd dengan diapers jer hahaha ... I tak meletakkan syarat untuk dorang melukis betul-betul, just let them to have fun with the colours and their fingers.  Yang penting, from this activity , kita dapat tahu yang anak kita ada sensory problem atau tidak. For information, ada anak-anak Autism ada sensory processing disorder.  Dzarif ada masalah tidak boleh hidu bau rumput. Yes, rumput.  Itu akan buat dia termuntah.

Child with Autism akan mempunyai deria bau, pendengaran, penglihatan, rasa dan sentuhan yang lebih sensitif dari anak-anak tipikal yagn lain.  it is important to tackle this sensory problem, if , the child ada masalah.  Normally OT akan tahu apa nak dibuat. Alhamdulillah Dzai cuma ada masalah bau rumput sahaja. But I still enjoying doing this fun activities especially when Dzayd, 22 months pun dah mula enjoy this kind of play.

Bronchitis, Asthma and Phlegm


Selepas Dzayd keluar masuk hospital sebanyak 6 kali tahun ni, last Saturday (19 October 2013), giliran ahbang pulak kena admitted, sebab batuk dan kahak yang agak teruk. Batuk dah dekat 2 minggu lebih tak okay. Dalam masa tu jugak, 2 kali jumpa paeds, sekali jumpa physician, bertkar-tukar ubat, nebuliser 4 kali sehari, supplement and all , still tak okay.  Dalam masa tu jugak tak ke school dalam 2 weeks.  So bila jumpa paeds untuk kali ekdua last Wednesday, ada jugak Dr Nasir suggested untuk admit tapi disebabkan memikirkan pasal Dzayd , we mintak tangguh dulu nak tengok macam mana dalam 2,3 hari tu.

But still, Dzai batuk. And dia keep repeating nak tidur hospital.  Hati macam tak sedap kalau anak dah request macam tu kan, tak pernah lak dia nak tidur hospital bagai.  Last friday ada jugak call hospital, but dapat infor katil penuh.  Hari Sabtu tu datang jugak, jumpa paeds dulu, confirm masuk , paeds ward pun single bed penuh, terpaksalah ambik premier Ward, semata-mata untuk single bed.

Our reason untuk single bed bukan nak eksyen or berlagak.  No, the room rate kat Premier Ward ni RM380.00 semalam, berbanding single bed kat Paeds Ward cuma RM220.00 ke RM250.00 macam tu.  Banyak beza kan. Banyak benda boleh beli hahaha ... cuma bila one of them admitted, semua kena berkampung sini. Nak tinggal dengan sapa? Kalau bab jaga anak, memang we are alone . Tiada siapa yang boleh membantu. Cuma kalau bab nak pinjam duit kitaorang, nak suruh kami buat apa2 untuk sesiapa, memang nampak lah batang hidung orang lain ahaks.. dah merepek.

Anyway, that is the main reason why we need a single room/bed. Supaya orang lain tak terganggu.  Memang pernah ada experience duduk kat sharing bed masa Dzayd sakit, tapi Dzai dah jadi doktor lak round asyik ganggu patient sebelah sampai mak orang tu pun tak selesa. But its not easy to tell your autistic son not to kacau orang sebelah. Not to jalan-jalan sana sini. Not to buat bising. Bukan senang. So jalan penyelesaian, kami kena berkorban 'duit' sikit carik jugak single bed yang available.

Berbalik pasal Dzai. Maybe paeds nak settlekan his antibiotic course dulu plus physio kena sambung untuk kurangkan kahak yang ganggu dia ni.  InsyaAllah , dalam 2 hari ni dapat keluar kot. Lama-lama kat sini pening pulak. Tapi ye lah, dah sampai 2 minggu lebih batuk, takkan nak tunggu kat rumah lagi. Doktor kata not only batuk, his asthma pun ada kacau sikit campur ngan phlegm yang banyak emmang complete pakej semua ada. but Alhamdulillah, dia tak demam. Physio pun kena 2 kali sehari.


 Masa packing hari tu, sempat grab his scissors, glue, buku activity fave dia. So taklah boring sangat kat sini. And nurse pun cucuk kat sebelah kiri, so mudahlah dia nak buat kerja dengan tangan kanan.  Tapi, takkan nak menatap buku yang sama je kan, boring jugaklah dia ... so tengok TV lah kerjanya .