Monday, 21 October 2013

Bronchitis, Asthma and Phlegm


Selepas Dzayd keluar masuk hospital sebanyak 6 kali tahun ni, last Saturday (19 October 2013), giliran ahbang pulak kena admitted, sebab batuk dan kahak yang agak teruk. Batuk dah dekat 2 minggu lebih tak okay. Dalam masa tu jugak, 2 kali jumpa paeds, sekali jumpa physician, bertkar-tukar ubat, nebuliser 4 kali sehari, supplement and all , still tak okay.  Dalam masa tu jugak tak ke school dalam 2 weeks.  So bila jumpa paeds untuk kali ekdua last Wednesday, ada jugak Dr Nasir suggested untuk admit tapi disebabkan memikirkan pasal Dzayd , we mintak tangguh dulu nak tengok macam mana dalam 2,3 hari tu.

But still, Dzai batuk. And dia keep repeating nak tidur hospital.  Hati macam tak sedap kalau anak dah request macam tu kan, tak pernah lak dia nak tidur hospital bagai.  Last friday ada jugak call hospital, but dapat infor katil penuh.  Hari Sabtu tu datang jugak, jumpa paeds dulu, confirm masuk , paeds ward pun single bed penuh, terpaksalah ambik premier Ward, semata-mata untuk single bed.

Our reason untuk single bed bukan nak eksyen or berlagak.  No, the room rate kat Premier Ward ni RM380.00 semalam, berbanding single bed kat Paeds Ward cuma RM220.00 ke RM250.00 macam tu.  Banyak beza kan. Banyak benda boleh beli hahaha ... cuma bila one of them admitted, semua kena berkampung sini. Nak tinggal dengan sapa? Kalau bab jaga anak, memang we are alone . Tiada siapa yang boleh membantu. Cuma kalau bab nak pinjam duit kitaorang, nak suruh kami buat apa2 untuk sesiapa, memang nampak lah batang hidung orang lain ahaks.. dah merepek.

Anyway, that is the main reason why we need a single room/bed. Supaya orang lain tak terganggu.  Memang pernah ada experience duduk kat sharing bed masa Dzayd sakit, tapi Dzai dah jadi doktor lak round asyik ganggu patient sebelah sampai mak orang tu pun tak selesa. But its not easy to tell your autistic son not to kacau orang sebelah. Not to jalan-jalan sana sini. Not to buat bising. Bukan senang. So jalan penyelesaian, kami kena berkorban 'duit' sikit carik jugak single bed yang available.

Berbalik pasal Dzai. Maybe paeds nak settlekan his antibiotic course dulu plus physio kena sambung untuk kurangkan kahak yang ganggu dia ni.  InsyaAllah , dalam 2 hari ni dapat keluar kot. Lama-lama kat sini pening pulak. Tapi ye lah, dah sampai 2 minggu lebih batuk, takkan nak tunggu kat rumah lagi. Doktor kata not only batuk, his asthma pun ada kacau sikit campur ngan phlegm yang banyak emmang complete pakej semua ada. but Alhamdulillah, dia tak demam. Physio pun kena 2 kali sehari.


 Masa packing hari tu, sempat grab his scissors, glue, buku activity fave dia. So taklah boring sangat kat sini. And nurse pun cucuk kat sebelah kiri, so mudahlah dia nak buat kerja dengan tangan kanan.  Tapi, takkan nak menatap buku yang sama je kan, boring jugaklah dia ... so tengok TV lah kerjanya .


No comments:

Post a Comment