Wednesday, 22 January 2014

Dzai : tuition at home : week 3 : Math

Semalam subjek Math for home tuition ahbang Dzai.


Masih menggunakan kindergarten syllabus. Alhamdulillah untuk aktiviti diatas, dari 10 soalan , hanya 1 saja dia jawab salah .. dunno whether dia meneka or not, but for me , its his effort and hopefully berpanjangan.


Ini math aktiviti dalam BM pulak,s till kindie syllabus. Alhamdulillah utk penyelesaian masalah dia dapat selesaikan dengan menggunakan beads sebagai BBM.


Sebelum start 'kelas' , I sediakan dulu apa yang patut mengikut subjek. and proses belajar tak lebih 20 minit, normally dalam 10 minit jer, dah cukup ... because I tau kalau lama lagi, nanti Dzai akan hilang concentration. 

Dzayd : Homeschool Lesson 1 : Sensory Play



Cerita semalam.  Sensory play activity , bermain dengan salt .. one of recommended activity untuk pre writing. Its fun and its cheap ahaks.. cuma gunakan sebungkus garam halus and bekas, which I guna aluminium baking tin. Minggu ni minggu A dan nombor 1-3 , so semalam bermain dengan Dzayd untuk A and nombor 1.


Mula-mula Dzayd tak nak sentuh. Dia geli. Padahal pasir boleh je sentuh.  Rumput, daun semua boleh... after beberapa kali mencuba , baru dia nak ikut buat... dapatlah buat nombor 1, lepas tu menconteng hahaha 

Tuesday, 21 January 2014

Materials using for Dzayd's homeschool

Disclaimer : I am not a teacher or education professional.  Apa saja yang dipost in my blog adalah melalui pengalaman dengan anak-anak, berpandukan buku-buku, blogs, articles and googles. Hanya berkongsi idea dan pendapat bersama ibubapa yang lain. Thanks


Today, I'm gonna shared few materials yang selalu or akan gunakan with my student kecik tu.


Lesson Plan.  Paling penting.  Kalau tak nanti I meraban dalam kegelapan ahaks.  At least bila dah ada plan, schedule macam ni, terurus sikit... kita tahu mana kelemahan anak kita. Plus we can variety the activity, tak adalah ulang-ulang yang sama ... for Dzayd's age (2tahun 1 bulan), flash cards merupakan material yang penting untuk membantu dalam pembelajaran dia.




This wood 'puzzle' adalah contoh recycle.  Actually ni bekas alphabet beads beli untuk Dzai, the base cantik sangat, so I keep it sampailah idea nak gunakan macam mana sampai.  I'm going to used it with alphabet yang i dah laminate. Plus going to play macam maze or teka teki. and pointing game. contoh show mummy A. show mummy W... Dzai pun suka game macam ni.



Antara flash cards yang I ada, dari pelbagai jenis dan publications, BM or English.


I suka kumpul stickers. Banyak gunanya especially masa nak buat art and craft.. whether dalam buku or yang 3D stickers tu. So I memang kumpul dekat 2 tahun dah ahaks ... bila buat collage or any craft, memang handy sangat


Lagi contoh recycle .  Bekas telur.  Yang plastik tu I selalu gunakan untuk Dzai bila dia kena mengira more than 20.  I will used any beads, or pegs, or anything for him to count ... dengan Dzayd belum lagi.  Yang bekas telur besar tu no idea lagi, simpan je dulu


This is my art and craft box.  Ada buttons, beads, pipe cleaner, mata pun ada .. gunting and glue tu standard lah kan .. simpan dalam bekas macam ni senang, tak bersepah-sepah


Aluminium baking tin. Banyak kegunaanya. Untuk counting 'box', untuk salt sensory play, untuk water play, macam-macam lagi.. nak guna bekas plastik pun boleh.


The most important box of all. The counting box.  Ada macam-macam dalam ni. From beads, button, pom pom, apa saja yang boleh diguna sebagai counting material plus good for fine motor skills especially for Dzayd.


My second counting box, which dalam ni ada pegs biasa yang guna sidai kain tu yang I dah tulis numbers, colourful pegs , pegs yang ada gambar animals and of course, more beads!


Last but not least, my laminated flash cards.


Love using montessori as curriculum untuk homeschool Dzayd ni. Using apa saja yang ada di dalam rumah, using colourful and attractive materials .. and as I said earlier , montessori curriculum such as Practical Lovong skills, Math, Sensory, art and craft adalah sangat sesuai for my child.



p/s : I'm going to upload contoh2 material ni dalam FB Supermom0978 Stories for easy reference (atas permintaan a friend ;))

Monday, 20 January 2014

Dzai : tuition at home : week 3 : BM

Always choose the right time to teach you child, special needs or typical.  pastikan waktu itu dia dah kenyang, dah cukup rest, sihat dan dalam mood yang baik

Cara mengajar abang dan adik adalah berbeza.  Pertama , faktor umur.  Kedua, faktor subjek dan curriculum dan ketiga, faktor abang is special needs child, cara mengajar dan belajar adalah berbeza dari anak tipikal.

Untuk Dzai, seperti my post before, untuk tahun ini I akan concentrate for BM untuk membaca dan mengeja. same goes with English.  untuk math, hanya yang basic, biar sampai dia betul2 mengenal nombor dan juga ejaan barulah I akan proceed to next level.  and begitu juga untuk pendidikan islam, akan ajar dia Iqra and basic Islamic lesson.





This is the material that I used today.  Buku bacaan Cahayaku.  hanya 2 mukasurat saja hari ini. Cukuplah.  at least pembacaa 5minit lebih bagus inputnya dari I suruh dia baca 15 minit but nanti dia totally lost di awang-awangan .. tu cabaran mengajar my attention deficit boy. Buku aktiviti untuk ejaan KV+KV dan buku BM which I gunakan pra sekolah syllabus. 


This print out I tak baut sendiri.  Bought it online , from one of the group yang jual BBM.  But I dah out from the group sebab pening dengan notifications . alhamdulillah sempat beli this lovely print out.

Alhamdulillah, for today , he can sit for 30 minutes and amat-amatlah cooperative sekali. syukur.

Esok lusa tak tau lagi..ahaks.





Dzayd : Homeschool Lesson 1 : Warna

I thought that I can documented everything esp pasal 'homeschool' bebudak berdua ni tapi tak boleh jugak. Punyalah jauh skip dari minggu pertama (I ambik minggu pertama persekolahan). Tergendala sebab hari tu Dzayd tak sihat and admitted, then abang pulak demam , lepas balik adik demam semula tapi tak teruk etc etc. 

And I decided untuk start balik as at today 20 Jan 2014, as lesson 1, which is minggu warna dan letter of the week : A.

Untuk lesson hari ini, for language which is mengenal warna. and math (numbers). and sensory activity, as usual their fave, kinetic sand.  

For languange , introduction of colours/warna.  Disebabkan mat ni lebih banyak vocabs dia in english and ahbang pun communicate in english , so terpaksalah mummy ajar in english.  Today I just introduced 3 colours saja, which dia sendiri pun dah tau : yellow, red and blue. Using flash cards and barang2 yang ada di depan mata.

For Math, untuk lesson 1, i perkenalkan nombor 1-3 sahaja.  From one of the books I baca pasal early learning, ada 3 important steps dalam early learning activity 

  • Identification - this part kita perkenalkan kepada our kids . contoh : number : this is 1. this is 2. 
  • Recognition - this part where kita bertanya soalan kepada kids : show me 1 or can you show me yellow etc.
  • Recall - if the kids lepas part recognition, then baru proceed part Recall, which is the same as recognition , bertanyakan soalan : which one is number 1, or can you show me etc etc


This is what I call 2 in 1 activities : sambil buat sensory activity playing the kinetic sand, masa yang sama boleh ajarkan colours dengan Dzayd. Plus boleh bagi contoh warna yang ada depan mata dia

This is for Math/numbers/counting : using flash cards, kita boleh tambah any BBM untuk menjadikan the learning process lagi fun.  for this lesson 1, I gunakan material yang besar dan senang untuk dipegang

Saturday, 11 January 2014

Cerita Hospital in January 2014

Dzayd agak sensitive dengan issue health.  He was admitted for 8 times last year.  Tapi untuk demam saja only 4 times. Yang lain tu pasal selsema, rotavirus and tercekik coin. 

And it happened again, pagi semalam.  Actually Dzayd start demam on 8 Jan, hari Rabu dengan temp yang paling tinggi 38.4.  Lepas tu on 9 Jan hari Khamis, we went to see paeds.  Unfortunately our regular paeds Dr Nasir cuti.  Takpelah jumpa the second paeds yang biasa jumpa, Dr Lim. Since masa pergi tu demam dah redha, paeds cuma bagi ubat demam and antibiotik. Then we went back home.

Sampailah pukul 1.30pagi tu tiba-tiba Dzayd menggigil. Padahal jarak demam dah jauh, every 6 hours and temp pun rendah je.  Bila dia start menggigil, dia start menangis kuat.  One thing about my boy, dia bukan jenis melalak tak tentu pasal.  If dia menangis, meraung tu maksudnya dia sakit or ada something wrong.  Mula-mula we try to make him confortable, bagi ubat, pujuk dia .. but bila tengok almost 20 minutes tak henti menggigil tu, terus I pakai tudung, Mr K siap, bangunkan Dzai terus ke hospital. 

Sampai hospital his temp was 38.9.  Expected , rasanya masa dalam kereta tinggi dari tu but I jerlun dengan air, Letak je air, kain panas... so bertambah takut. MO terus cakap admitted.  Expected, again.  But unfortunately katil penuh, terpaksalah tidur kat bilik VIP that cost RM680.00 semalam.  TERPAKSA. sebab I memang tak berani nak pindah ke hospital lain.  First sebab jauh, second sebab rekod dia dari lahir sampai sekarang kat Ampang Puteri.  Plus Dr Nasir tahu dah history dia demam macam mana.



This is the VIP room. Pengsan dengar harga but sebab emergency tak ada bilik je ambik ni.  Masuk 3.30am on 10 Jan, pukul 3.30pm dapat bilik single standard , yang biasa we all stay. Alhamdulillah. Kalau tak... ayooo nak mengira different nak cover insurance, banyak jugak lah hahah

The first 24 hours admitted, he still demam with highest temp 38.6.  Lepas tu diikuti dengan muntah-muntah and cirit birit. Plus ulcer. Complete lah package Ahdik kali ni. 

Alhamdulillah, after drip dipasang, dengan antibiotics, nampaknya makin sihat cuma muka dia still looks tired.  Until now makan pun sikit je and minum tak nak langsung.  Kena tukar susu without lactose, tak nak dia... Bila bagi dia cakap 'das'-pedas and 'pa'-panas .. nak jugak his milk, terpaksa bagilah tapi dicairkan.

Rasanya by Monday dah boleh balik.  paeds ada tanya nak balik esok tak, but Mr K suruh ahdik rest lagi semalam until sihat betul-betul, sebab his temp still main-main at 37.3 , 37.4

Doctor diagnosis : virus infection .. something mcm tu lah. ada ganggu usus / saluran pemakanan dia sikit.

Sebab Dzayd ni memang sensitive. Kalau batuk sikit demam panas. Selsema je demam jugak.  Cirit pun demam.  But alhamdulillah , blood test semua normal.  Syukur. 


Tuesday, 7 January 2014

Dzayd : Homeschool : M1H2

Masih lagi untuk tema yang sama minggu ini : anggota badan


Warning : gambar blur seblur orang yang ambik gambar itu

For today's lesson plan , belajar mengira, Phonics English and Pantas Membaca. 




Untuk sessi mengira hari ini , sebenarnya I nak mulakan dengan nombor 1-3 untuk minggu ni tapi tadi Dzayd macam tak ada mood and tak berapa nak melayan today so I just buat santai, mengira 1 - 10 ... 

I gunakan ladybird pegs and kotak telor.  For those yang ikut blog I dari zaman supermom0978.com will know yang I love using bekas telur ni ... macam-macam kegunaan boleh. So lalings, dont just simply throw it kay, fikirkan..google a bit, cilok idea dari blogs.. banyak kegunaan benda ni.

As I said it before, with Dzayd, I nak mencuba mengajar membaca dari awal.  rasanya tak salah. whatever the result or the outcome, whether dia tak boleh ke boleh ke, itu tak perlu dirisaukan.  Yang penting, I mencuba. According to Glenn Doman, memang aged mcm Dzayd ni yang paling bagus untuk mengajar membaca..kalau ikutkan method Glenn Doman ajar kena pakai flash card, but masa ni mummy malas ni ajar pakai books dulu.






All these books dah lama I beli for Dzai .. but since Dzai ni jenis kalau belajar kita kena variety books, bahan, material, so for time being, I gunakan material yang lain for him. 

The verdict : first time lesson nak mengajar membaca agak fail, sebab , macam I cakap tadi , student hari ni moody so dia tak berapa nak participate and tak nak respond sangat.. cuma menjeling jer.  But bila I tunjuk first page tadi for Phonics English, dia recognised A for Apple .. tu saja yang disebut. 

For Dzai's lesson , nanti I share kan ya. 

Monday, 6 January 2014

Dzayd : Minggu Anggota Badan

Hari ni baru nak start 'homeschool' for Dzayd. And for him , I gunakan this Manual Pengajaran Pra Sekolah yang I beli untuk Dzai tahun 2010 dulu, plus I cilok-cilok lesson plan and curriculum dari blogs.


I tak menggunakan sepenuhnya as in this book, just ambik yang mana sesuai untuk umur Dzayd.  But yang best dalam manual ni, ada tema week by week, such as anggota badan, warna, kenderaan etc.  So at least ada idea uuntuk ajar apa for that certain week.  Once dah ada tema in mind, bolehlah kembangkan apa yang kita nak ajar for BM, BI, Numbers, OT, ST etc.

So for this week, 6 Jan 2014 hingga 10 Jan 2014, tema untuk Dzayd minggu ni adalah anggota badan.


This is the material yang I gunakan today. Semalam dah siap-siap asingkan supaya senang today ambik jer bahan apa nak ajar Dzayd supaya tak tergopoh gapah. Lagipun budak kecik tu mood swing. Kelas hari ni pun only for 10 minutes lesson tapi dapat cover semua yang diplan. Alhamdulillah.

For subjeck BM/BI, I gunakan flash cards body parts.  I show him the picture, sebut body parts yang I tunjuk. Second round, I tunjuk the flash cards sambil tunjuk body parts di badan dia. Actually ada few body parts Dzayd tahu, cuma tadi dia tak imitate words I or my action, kecuali teeth dia sebut sendiri. Its okay. first lesson kan.



For OT (motor skills activity), just a simple activity baling bola tennis ke dalam bakul. Alhamdulillah dia boleh masukkan keempat-empat bola dengan jarak dekat. 


Gambar tak terang sebab dia bergerak. Pandai dia dekatkan diri dengan bakul tu supaya tak jatuh bola yang dibaling ahaks.

For Speech Therapy activity, we sing ikut lagi "Head Shoulder Knees and Toes" dekat babyTV tadi. Ingatkan nak pasang youtube kebetulan keluar lagu tu.  I nyanyi bersama dengan menunjukkan body movement, but Dzayd tak imitate ... sebab dia nak enjoy the song sambil menari dan menyanyi style dia. Tak pe, at least dia show interest.

For writing , I know dia belum dapat menulis lagi.Tapi I plan nak practise dengan dia since dia pun dah umur 2 tahun and so far bila bermain I tengok dia tak ada masalah dengan fine motor skills. Dia boleh pulas small parts, boleh cungkil, boleh masukkan shape dalam shape sorter tu etc. So for today, we do the letter A, capital.  I pegang jari dia semasa menulis... dapat tulis A sebanyak 5 kali jer yang lain.... kita conteng! hahaha


Makan-makan kat rumah : Pizza

One of Dzai's fave food is pizza. But before this kalau order Domino's pizza tu dia nak all cheese saja. lain-lain flavour tak nak. 

semalam, mummy dia punya roh masak datang. Teringin nak buat pizza homemade sendiri lepas tengok my close friends buat macam senang je. So me go to Chef Google for rezeki.  Ambik resipi from allrecipe.com kalau tak silap ... ada lah I tokok tambah sikit.  Saja nak letak kat blog so nak buat next time senang nak carik resipi

Resipi :
3 cups of all purpose flour (i pakai tepung gandum jer tadi sebab my all purpose flour habis)
1 1/2 cups warm water
2 tbs vegetable oil 
2 tbs sugar
1 packet yeast (i gunakan 11g of yeast)
1 teaspoon salt (ni i letak lebih sikit)
tomato paste - untuk sapu atas dough

for topping 
minced beef
hotdogs 
(both digoreng dulu)


Mula-mula campur kan semua bahan. Sebelum tu I campurkan yeast dengan air. So after all mixed well, baru i masukkan yeast tadi. Uli-uli, tinggalkan untuk 1 atau 2 jam. Sementara tu goreng hotdog and minced beef. Nak campurkan apa2 seasoning ikut suka.

Lepas tu I campak-campak jer semua. sebelum tu atas dough sapu tomato paste sikit.  last sekali tabur cheese. Bakar at 170C for 20 minutes.



Toilet Training - Night time

Dzai mula his toilet training masa dia 4 year plus kalau tak silap. It was tough masa tu sebab makan masa 1 tahun untuk dia 'master' ke toilet ni and pada masa tu arwah Dzafri kecik lagi. So dapatlah membayangkan suasana kelek si kecik sambik sebelah tangan pegang mop sambil mulut menjerit suruh Dzai ke toilet. Fuh! Masa tu belum tahu Dzai is autistic. Bila difikirkan , patutllah certain instruction agak payah for him to understand.. kesian baby mummy. 

Anyway, a week ago, alhamdulillah, Dzai is officially free diapers sebab malam pun dah tak pakai diaper. Yipeeee good job Dzai!

Well , mesti ada yang kata, alamak ... lambatnya baru nak training yang malam. Yep, memang we (me and mr K) saja ambik masa yang lama sebab we nak pastikan yang Dzai betul-betul ready.  Macam berpuasa last year. Memang before this ada bagi hint suruh dia berpuasa tapi dia tak nak, ye lah , kecik lagi kan.  So last year when he was 8, sahur yang pertama , dengan nama Allah, I cuba ajak dia puasa. Alhamdulillah dia terus bangun makan, and berpuasa penuh selama 27 hari. 3 days sebab dia asthma. 

So, based on that experience, kami berpendapat, biar ambik masa sikit untuk membuat perubahan baru ke atas Dzai, asalkan , tepat pada waktunya.  Biar takes time, tapi when we know masa tu sesuai, insyaAllah, kita takkan ambik masa yang panjang untuk latih or buat sesuatu benda tu.

Same goes with this toilet training waktu malam.  Started last week, I told him Dzai dah besar.  Can we try and go sleep without your diaper? We try first. Kalau Dzai kencing, then kita pakai. He said, yes boleh. So for 3 nights I kejutkan dia for pee... but for few days ni dia langusng tak nak bangun but no accident! Alhamdulillah. 

My tips untuk toilet training (for autistic child) beaed on my experience :

  1. Tunggu masa yang sesuai supaya dia betul-betul ready. This I baca dalam one of the book in toilet training.
  2. Must have visual or stories sebelum nak start
  3. Mommies kena sabar banyak-banyak
  4. Must be consistent!
  5. Dont ever, ever marah the child if the child ter'pee' or ter'big business' .. once kita marah or tegur, they will register in their mind yang apa dia buat tu salah and susah nak start balik
  6. kalau dah few times or dah lama buat tak dapat. stop dulu. cari jalan lain
  7. kena consistently remind your child pasal going to toilet
  8. kalau nak buat schedule toilet (for beginner) pun bagus
  9. Kalau nak letak accessories mcm cushion toilet seat pun okay jugak
  10. Always, always puji your child walaupun hanya pee .. mulakan dengan 'Alhamdulillah, Dzai dah pandai ... esok Dzai buat macam ni lagi ya'



Saturday, 4 January 2014

LESSON PLAN 2014

For year 2014, ada few things yang I berazam nak buat. which is one of the thing is to follow exactly lesson plan yang I dah buat for these 2 kiddos.

Lesson Plan or Main Focus for Dzarif
  1. BM (for subjek and membaca)
  • Untuk dia lancar membaca perkataan yang mudah 
  • Memperbanyakkan latihan mengeja esp KVK, KV+KV etc
  • Mengalakkan dia banyak membaca buku cerita, majalah dalam BM

     2.  English (for subjek and reading)
  • Banyakkan sight words
  • Latihan membaca setiap hari 

     3.  Maths 
  • Memperkenalkan nombor 1 - 1000
  • Memastikan dia lancar mengira 
  • Memastikan dia tahu nombor dan perkiraan
  • Mengajar mengeja nombor dalam perkataan at least 1-50
  • Simple tambah, tolak
    
     4.  Writing
  • Latihan menulis alphabet especially huruf kecil setiap hari supaya tak lupa

     5.  Pend Islam
  • Iqra
  • Jawi
  • Simple syllabus Pend Islam (kindergarten syllabus)





Lesson Plan or Main Focus for Dzayd


  1. Speech Therapy
  2. Fine and motor skills activity
  3. Sensory activity
  4. Practical life 
  5. Writing
  6. BM / BI - membaca (tak salah starts awal kan)
  7. Math (numbers)
* Nak try Montessori dengan Dzayd


But of course for Dzayd mestilah yang simple-simple . Mamat tu baru 2 tahun kan ... tapi mummy dia berangan tinggi hahaha .. well again, tak salah kalau mulakan awal kan

Wednesday, 1 January 2014

2014

Alhamdulillah.

Masih diberi rezeki bernafas di bumi Allah pada tahun yang baru.

Alhamdulillah, masih dikelilingi ahli keluarga yang disayangi.

Syukur.

Azam?

Entahlah..lama tak berazam hahaha .. cuma mendoakan yang baik-baik sahaja.

Dzarif dah masuk 8 tahun.  Kalau di sekolah mainstream, dah masuk darjah 3, but since he is in special class, tak ikut turutan umur, ikut development student, so he is in Class B, kalau ikut las year,  this year tak tahu lagi.

Dzayd pulak, alhamdulillah dah 2 tahun umurnya. Makin panjang akal. Penat tapi seronok dengan mat kerinting ni.

Until then, kita sambung lagi.

Selamat bersekolah esok and selamat menjadi ibuk supiran ya kepada ibuk-ibuk.