Monday, 6 January 2014

Dzayd : Minggu Anggota Badan

Hari ni baru nak start 'homeschool' for Dzayd. And for him , I gunakan this Manual Pengajaran Pra Sekolah yang I beli untuk Dzai tahun 2010 dulu, plus I cilok-cilok lesson plan and curriculum dari blogs.


I tak menggunakan sepenuhnya as in this book, just ambik yang mana sesuai untuk umur Dzayd.  But yang best dalam manual ni, ada tema week by week, such as anggota badan, warna, kenderaan etc.  So at least ada idea uuntuk ajar apa for that certain week.  Once dah ada tema in mind, bolehlah kembangkan apa yang kita nak ajar for BM, BI, Numbers, OT, ST etc.

So for this week, 6 Jan 2014 hingga 10 Jan 2014, tema untuk Dzayd minggu ni adalah anggota badan.


This is the material yang I gunakan today. Semalam dah siap-siap asingkan supaya senang today ambik jer bahan apa nak ajar Dzayd supaya tak tergopoh gapah. Lagipun budak kecik tu mood swing. Kelas hari ni pun only for 10 minutes lesson tapi dapat cover semua yang diplan. Alhamdulillah.

For subjeck BM/BI, I gunakan flash cards body parts.  I show him the picture, sebut body parts yang I tunjuk. Second round, I tunjuk the flash cards sambil tunjuk body parts di badan dia. Actually ada few body parts Dzayd tahu, cuma tadi dia tak imitate words I or my action, kecuali teeth dia sebut sendiri. Its okay. first lesson kan.



For OT (motor skills activity), just a simple activity baling bola tennis ke dalam bakul. Alhamdulillah dia boleh masukkan keempat-empat bola dengan jarak dekat. 


Gambar tak terang sebab dia bergerak. Pandai dia dekatkan diri dengan bakul tu supaya tak jatuh bola yang dibaling ahaks.

For Speech Therapy activity, we sing ikut lagi "Head Shoulder Knees and Toes" dekat babyTV tadi. Ingatkan nak pasang youtube kebetulan keluar lagu tu.  I nyanyi bersama dengan menunjukkan body movement, but Dzayd tak imitate ... sebab dia nak enjoy the song sambil menari dan menyanyi style dia. Tak pe, at least dia show interest.

For writing , I know dia belum dapat menulis lagi.Tapi I plan nak practise dengan dia since dia pun dah umur 2 tahun and so far bila bermain I tengok dia tak ada masalah dengan fine motor skills. Dia boleh pulas small parts, boleh cungkil, boleh masukkan shape dalam shape sorter tu etc. So for today, we do the letter A, capital.  I pegang jari dia semasa menulis... dapat tulis A sebanyak 5 kali jer yang lain.... kita conteng! hahaha


No comments:

Post a Comment