Tuesday, 18 February 2014

Homeschool : Minggu 17/2 - 21/2/14




Material yang dah siap untuk lesson plan minggu 17 Feb hingga 21 Feb for both boys. Untuk tahun ini I banyak tumpukan perhatian untuk mengajar Dzarif membaca both in BM and English , simple math, ejaan dalam BM dan English. Untuk aktiviti book Dzarif, I gunakan syllabus kindergarten year 5-6 , sesuai dengan keadaan and neuro age Dzai (http://mummydhk.blogspot.com/2014/02/mencari-yang-sesuai.html

Untuk Dzayd (2 tahun), I kena concentrate banyak benda and I suka ambik montessori approach dalam mengajar dia and ada activities yang ahbang pun boleh join sekali.

A - untuk Dzayd. Numbers recognition. Matchkan number di ikan dengan number di pegs.

B - untuk Dzai. Numbers recognition. Matchkan nombor dengan perkataan.

C & D - sama jer gambar tu hehe .. for both boys. colours sorting. asingkan beads (tak tau nak panggil apa bulat2 tu) dalam mangkuk yang sama warna. using kitchen thong or chopsticks. good for fine motor skills.

E - untuk Dzai. Numbers recognition tapi ini untuk nombor 'puluh' - sepuluh, dua puluh etc

F - untuk Dzayd. letter of the week C - cat and cacing.

G - untuk Dzayd. counting. menggunakan star or any BBM or any material untuk mengira mengikut flash cards.

H - untuk Dzai. mengeja menggunakan alphabet beads.yang ni pun promotes creativity and fine motor skills activity.


For gambar C and D, dah buat tadi. Ahbang guna chopstick, senang jer for him. Warna pun dah kenal.  For ahdik, alhamdulillah dia recognised yellow and green kalau tak silap. But nak pakai kitchen thong tu dia tak pandai lagi. But at least dia ada mencuba tadi, itu yang penting. 

Mungkin akan tambah dengan finger painting or homemade playdoh for sensory.  Tengok kalau sempat. 




Monday, 17 February 2014

Mencari yang sesuai



I akui salah satu benda yang paling susah adalah mencari material, buku aktiviti, reading books etc yang sesuai untuk my autistic child. He is 9, but belajar di PPKI , yang memang jauh berbeza dengan syllabus and subjects Darjah 3 mainstream. and his neurological age (mind age) is about 3 tahun kebelakang, so dalam 6 tahun lah kiranya Dzai ni.

Mengambil kira faktor-faktor di atas dan juga cubaan berkali-kali menggunakan buku aktiviti yang lain .yes, rumah ni dah macam kedai buku tapi sayang banyak aktiviti books digunakan separuh je. agak-agak tak sesuai dengan pemahaman dia, I stopkan and tukar buku.

So last week, we went to a bookstore Hasani di Sri Rampai. Banyak sangat pilihan, tapi I tertarik dengan isi kandungan buku aktiviti ni dari Mind to Mind. Alhamdulillah, I rasa , after berpuluh puluh buku, I have made the right choice. 

And untuk reading material, I berbalik kepada Bacalah Anakku. Terpaksa beli lain sebab yang lama dah diberi kepada kawan. Alhamdulillah, today 17/2/14 , dah baca buku ke2. 

For English, I gunakan 2 books. Satu Peter and Jane. Satu dari Robin's. But for reading in english I tak menaruh harapan sangat sebab Dzai agak confused phonics english and BM.