Monday, 17 February 2014

Mencari yang sesuai



I akui salah satu benda yang paling susah adalah mencari material, buku aktiviti, reading books etc yang sesuai untuk my autistic child. He is 9, but belajar di PPKI , yang memang jauh berbeza dengan syllabus and subjects Darjah 3 mainstream. and his neurological age (mind age) is about 3 tahun kebelakang, so dalam 6 tahun lah kiranya Dzai ni.

Mengambil kira faktor-faktor di atas dan juga cubaan berkali-kali menggunakan buku aktiviti yang lain .yes, rumah ni dah macam kedai buku tapi sayang banyak aktiviti books digunakan separuh je. agak-agak tak sesuai dengan pemahaman dia, I stopkan and tukar buku.

So last week, we went to a bookstore Hasani di Sri Rampai. Banyak sangat pilihan, tapi I tertarik dengan isi kandungan buku aktiviti ni dari Mind to Mind. Alhamdulillah, I rasa , after berpuluh puluh buku, I have made the right choice. 

And untuk reading material, I berbalik kepada Bacalah Anakku. Terpaksa beli lain sebab yang lama dah diberi kepada kawan. Alhamdulillah, today 17/2/14 , dah baca buku ke2. 

For English, I gunakan 2 books. Satu Peter and Jane. Satu dari Robin's. But for reading in english I tak menaruh harapan sangat sebab Dzai agak confused phonics english and BM.

No comments:

Post a Comment