Wednesday, 12 November 2014

He can ..... read

Assalammualaikum.

Rasanya ada beberapa kali saya post mengenai Dzarif yang agak merangkak-rangkak dalam membaca (BM). Dia boleh mengeja, boleh bunyikan huruf (phonics), tetapi bila tiba masanya untuk membaca semula perkataan yang dieja untuk mrmbentuk ayat, dia lupa.

Untuk english saya lupakan dulu sebab nak concentrate dalam membaca dalam BM. Alhamdulillah walaupun tidak lancar kebanyakan perkataan KVKV dia dapat baca. Dan huruf dia dapat bunyikan dengan betul.

Dan kerana ini, saya ingin mulakan semula mengajar dia dalam english reading. Saya rasa Dzarif sudah dapat bezakan phonics english dan BM dan tidak keliru seperti sebelumnya.

Dan kerana dia dapat membaca perkataan seperti di dalam gambar ini. Perkataan inilah yang selalu dia lihat dan dengar kami sebut setiap kali ke shopping mall.  Seperti cara Glenn Doman ... sentiasa tunjukkan flash card kepada anak.

Itulah bezanya cara my autistic boy mempelajari sesuatu tidak sama dengan anak tipikal yang lain. Walaupun mengambil masa yang lama, walaupun lambat, saya percaya lambat laun dia boleh.

InsyaAllah.

Dalam projek cuti sekolah yang akan datang, reading it is ahbang.

No comments:

Post a Comment