Monday, 10 November 2014

Kita yang diduga

Lagi kisah Autism ;)

Sabtu lepas, kami ke Kinokuniya, niat ingin mencari buku untuk Dzayd.  kemudian dia section Family and Relationship, ternampak juga buku-buku untuk Autism ... saja mengusik Dzai, saya kata pada dia , "Dzai .. tu buku autism, macam Dzai" . Walaupun dia tidak tahu dan faham maksud sebenarnya Autism, saya dan suami saja ingatkan dia  bahawa dia mempunyai Autism. Maksud sebenar, faham tidak faham, tak pe lah ..lama kelamaan nanti fahamlah dia.

Tanpa sedari , ada seorang wanita (60an) dan anaknya di lorong buku itu.

"Anak autism ke? Cucu saya pun".

Dan teguran yang pendek itu membawa kepada penceritaan mengenai autism, sekolah, buli, terapi etc ... namun kerana masing-masing mengejar masa, perbualan kami dipendekkan.

Wanita itu mempunyai seorang cucu lelaki yang berusia 5 tahun yang baru diagnosis mild autism dan tinggal bersamanya kerana isu sekolah/centre/terapi.  Wanita itu sedang mencari buku yang sesuai untuk untuk cucunya.  Dari perbualan pendek kami, saya betul-betul menghormati wanita separuh abad ini. Dia begitu 'determined', bersungguh dan kuat semangat untuk membantu cucunya dan terlihat cahaya keredhaan dengan dugaan ini.

Cuma dia agak kehairanan melihatkan Dzarif yang setia berdiri bersama saya dan adiknya, tidak berlari-lari ke sana sini.  Saya ceritakan serba sedikit kisah Dzarif kepadanya, yang pada umur 5 tahun jarang kami ke shopping mall yang besar kerana dia seorang 'darter'. Janganlah terleka sesaat, memang lari entah ke mana lah Dzarif. Itu dulu. Syukur, mungkin kerana faktor umur dia makin besar, mungkin dia makin matang sebab dia seorang 'abang', dan mungkin juga kerana sudah biasa terikat dengan peraturan sekolah yang kena ikut arahan, Dzarif makin dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Syukur alhamdulillah kerana ini semua berlaku dengan izinNya, ujar saya kepada wanita itu.

Dan kerana itu, wanita itu acapkali memeluk dan mencium Dzarif.

Entah kenapa, saat itu terasa hiba sangat.

Hiba kerana selama ini saya banyak berjumpa ibubapa anak autism.

Cuma seorang nenek saja saya kenali dalam alam FB yang menjaga dengan penuh kasih sayang dan kesabaran cucu autisticnya, Neena Safiah.

Dan pada hari itu saya berjumpa dengan Puan Aishah (kalau tak silap namanya, lupo dah) yang begitu gigih dan menyayangi cucunya yang ada autism.

Doa saya
Semoga Allah terus memberikan kesabaran kepada mereka.
dan semoga mereka terus sihat dalam menjalani tanggungjawab dan kehidupan mereka bersama cucu tersayang.

Begitu besar kasih sayang seorang yang bernama nenek.


 

No comments:

Post a Comment